Datuk Husam bergambar bersama penduduk Banggol Setul selepas minum pagi bersama mereka
MALAYSIA Dateline melaporkan..
Parti Amanah Negara (Amanah) menawarkan pentadbiran Islam lebih baik dan memfokus untuk menyelesaikan isu-isu rakyat bila diberi peluang menjadi kerajaan di Kelantan.
Adun Salor, Datuk Husam Musa yang kini Adun Amanah tunggal di Kelantan berkata rakyat Kelantan perlu memilih satu kerajaan yang meneruskan cara Tok Guru Nik Aziz jika mahu negeri itu maju dan selamat pada masa depan.
"Asas kerajaan arwah Tok Guru adalah Islam yang mengutamakan rakyat miskin dan mereka yang kekurangan keperluan asas, bukan mengejar taukey besar untuk dapat habuan segera.
"Arwah kalau ada orang miskin datang jumpa cukup sensitif dan saya sentiasa risau semasa bekerja bersamanya," kata beliau di majlis ramah mesra di kedai kopi Pok Ya, simpang Gebeng, Banggol Setul dalam Dun Meranti semalam.
Amanah kata beliau akan berusaha keras bagi membawa Islam yang mencari penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi termasuk masalah air, sekolah agama Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan menaikkan taraf hidup rakyat di kampung-kampung.
"Sekolah YIK ni kita telah berjaya mengubahnya daripada keadaan daif semasa kita ambil alih tahun 1990 menjadi begitu baik sekarang.
"Jasa awrah Ustaz Yahya Othman dalam hal ini amat besar walaupun nampaknya tiada siapa mahu mengenangnya," kata beliau.
Sepatutnya kata beliau tidak berlaku pemilihan secara salah proses guru-guru YIK naik pangkat ke jawatan tetap.
"Semua orang tahu ada guru-guru YIK yang lama dan patut dinaikkan pangkat disishkan untuk diberi laluan kepada isteri orang besar atau mereka yang ada hubungan dengan wakil rakyat," katanya.
Kalau Amanah diberi kuasa menurut beliau, salah satu usaha terpenting adalah menjadikan semua guru YIK adalah tetap dan berpencen.
Sementara itu malam tadi ketika mengahdiri majlis ramah mesra di kampung Cherang dalam kawasan Kota Bharu berkata bukan Pas sahaja yang memperjuangkan Islam, malah Amanah turut memperjuangkan Islam.
"Islam menganjurkan "Fastabiqul khoirat” yang bermaksud “Boleh berlumba-lumba dalam membuat kebajikan” dengan syarat memang kita ingin kepada Islam yang gagah," katanya.
Menjawab satu soalan hadirin, beliau berkata tujuan Amanah ditubuhkan serta hala tuju parti Amanah berlandaskan dasar Islam yang diterjemahkan dengan bijaksana seseuai di keadaan Malaysia.
"Misalnya, di tempat kita terdapat ada bangsa Cina, india dan Melayu, jika kita memperjuangkan hanya dasar bangsa melayu semata-mata, Islam tidak akan dapat naik untuk memerintah," katanya.
"Misalnya, di tempat kita terdapat ada bangsa Cina, india dan Melayu, jika kita memperjuangkan hanya dasar bangsa melayu semata-mata, Islam tidak akan dapat naik untuk memerintah," katanya.
Beliau jmembawa kisah Nabi Sulaiman yang berdoa kepada Allah untuk memberi kerajaan yang paling besar kepada baginda
"Dalam siyasah kita perlulah bijak dalam menangani sebarang perbezaan supaya mendapat kekuatan," katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inikah perjuangan Amanah di Kelantan? Parti Islamkah Amanah? Atau ianya seperti PKR, UMNO, DAP dan sekandang dengannya yang kononnya perjuangkan Islam tapi bukan parti Islam?