Saturday, September 10, 2016

Selamat Hari Raya E/Adha -Teks Khutbah Haji Abd Hadi


Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah.
Selamat menyambut Hari Raya Eidil Adha atau Hari Raya Korban. Bersempena dengan ibadat haji yang menjadi rukun Islam yang kelima dan bersempena dengan pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan keluarganya yang dipilih Allah kerana berjaya menyempurnakan semua perintah Allah. Firman Allah:
Maksudnya: 
  •  Dan tiadalah sesiapa yang bencikan agama Ibrahim melainkan dia menjadi orang yang membodohkan dirinya sendiri. Sesungguhnya kami memilih dia didunia ini(menjadi Rasul kesayangan Allah) dan sesungguhnya di akhirat dia dimasukkan dalam kalangan orang-orang yang soleh(yang tinggi martabatnya). Ingatlah apabila berkata kepadanya oleh Tuhannya: Islamlah! Ibrahim berkata: saya Islam kerana Tuhan Pencipta seluruh alam..
Teks Khutbah Eidul Adha 1437H Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang boleh di muatturun di sini.
http://webtv.terengganukini.net/tekskhutbah/????%20???%20??????%201437.pdf

Hasil carian imej untuk selamat hariraya korban

Hasil carian imej untuk selamat hariraya korban

Hasil carian imej untuk selamat hariraya korban

Dari Weblog Ibnu Hasyim, Selamat Hariraya Haji, maaf zahir batin.

Hasil carian imej untuk selamat hariraya korban

Tubuh Tabung Pembeli Rumah Kebangsaan -Datuk Iskandar



SAYA bersetuju dengan pandangan pemaju-pemaju yang menolak cadangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan agar para pemaju dibenarkan memberi pinjaman kepada mereka yang membeli rumah dari mereka.

Pemaju sepatutnya memberi tumpuan kepada peranan membina rumah. Sementara bank memberi tumpuan kepada peranan menyediakan pembiayaan. Kerajaan Persekutuan perlu memastikan setiap pihak melaksanakan peranan mereka dengan lebih berkesan dan dapat mencapai matlamat mereka.

Kerajaan Persekutuan tidak sepatutnya mencampur aduk peranan kedua-dua pihak tersebut. Sebaliknya Kerajaan Persekutuan sepatutnya menubuhkan satu tabung atau badan untuk menyediakan pinjaman untuk rakyat yang gagal memperolehi pinjaman dari bank.

Kerajaan Negeri Selangor telah menawarkan beberapa skim untuk mereka yang gagal memperolehi pinjaman bank. Di antaranya adalah skim Dana Selangor atau Danasel yang merupakan skim sewa beli.

Fasa pertama skim ini melibatkan 118 pembeli pangsapuri kos rendah Rimba Jaya, Shah Alam. Seramai 32 keluarga telah pun berpindah masuk. Tetapi kemampuan Kerajaan Negeri adalah terhad. Hanya RM20 juta yang dapat disediakan untuk tahun ini.

Oleh yang demikian Kerajaan Persekutuan perlu mencontohi kerajaan negeri dengan mewujudkan skim yang sama untuk semua pembeli rumah dan tidak hanya mereka yang hendak membeli Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Saya yakin rakyat akan merasa lega jika satu tabung khusus dengan modal permulaan sebanyak RM300 juta dapat ditubuhkan. Jumlah ini hanya sekadar separuh dari kos projek Taman Tugu yang dicadangkan dan manfaatnya akan dapat dirasakan oleh lebih ramai rakyat marhaen.

Saya berharap menteri yang terlibat akan dapat mencetuskan idea-idea yang baru untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat. Kerajaan Persekutuan patut memulakan inisiatif dan tidak menyerahkan tanggungjawab mereka kepada pihak lain.

Datuk Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bandar Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor
9 September 2016 - HARAKAHDAILY 9/9/2016  

Jangan Aktif Galaxy Note 7 Dalam Pesawat.. Meletup/Terbakar!

Australia Larang Aktif Galaxy Note 7 Dalam Pesawat

PENGGUNA

DUA buah syarikat penerbangan Australia, Qantas dan Virgin Australia, melarang para penumpangnya untuk mengaktifkan dan mengecas Samsung Galaxy Note 7 semasa penerbangan dalam pesawat mereka.

Agensi berita Agence France-Presse (AFP) melaporkan, larangan keras tersebut terpaksa dikuatkuasakan kerana beberapa siri kes yang membabitkan bateri telefon bimbit pintar model itu terbakar atau meletup semasa sedang dicas oleh penumpang.
Australia Larang Aktif Galaxy Note 7 Dalam Pesawat
Samsung yang merupakan pengeluar telefon pintar terbesar antarabangsa dalam kenyataannya pada minggu lalu menyatakan bahawa kesemua produk Galaxy Note 7 yang sedang dipasarkan di seluruh dunia telah ditarik balik.
Menurut sebuah laman berita luar negara, difahamkan syarikat telekomunikasi gergasi terkenal dari Korea Selatan itu telah menarik sebanyak 2.5 juta unit model tersebut yang berada dalam pasaran seluruh dunia.
“Berikutan penarikan peranti elektronik peribadi Samsung Galaxy Note 7, kami 
meminta para penumpang agar mematikan atau tidak mengecas telefon itu semasa penerbangan,” kata jurucakap Qantas menerusi kenyataan. 

Larangan penggunaan Samsung Galaxy Note 7 semasa dalam penerbangan dikuatkuasakan untuk semua destinasi, sama ada penerbangan laluan domestik mahupun antarabangsa.
Selain Qantas, pesaing syarikat itu, Virgin Australia juga mengeluarkan amaran yang sama melalui satu kenyataan mereka dan perkara itu diumumkan kepada penumpangnya sebelum penerbangan bermula. (IH)

Jemaah Haji China Boleh Baca Bahasa Melayu



MAKKAH: Ketika melayari web Malaysia di Masjid an Nur di al Misfalah seorang jemaah haji dari China turut berminat membaca berita Bahasa Melayu.

Ahmad, 60-an dari Sinchuan China mengeja setiap patah perkataan berita tersebut.

Perkataan dieja didapati betul dan beliau tersenyum kepada penulis.

Biarpun sukar berkomunikasi lanjut namun jemaah haji terbabit sedikit sebanyak boleh membaca bahasa Melayu.

Masjid An Nur kini menjadi tumpuan jemaah haji dari China yang datang dari pelbagai wilayah. 

Mirip wajah mereka hampir serupa, lelaki berusia berjanggut panjang seperti orang Arab. Begitu juga perempuan memakai tudung rekabentuk sama.

Tudung agak singkat hanya kelihatan sekadar menutup rambut sahaja.

Hampir 95 peratus makmun yang datang di masjid berkenaan ialah jemaah haji dari China. 

Malah setiap selepas solat Asar turut diadakan tazkirah yang diterjemahkan dalam bahasa  China. 

Ahnad memberitahu jemaah haji dari China datang dari pelbagai wilayah termasuk Beijing, Sinchuan, Yunan dan wilayah sempadan dengan Rusia.

Kelihatan juga jemaah haji yang datang dari Tibet yang terletaknya Gunung Everest.

Jemaah haji China berjalan agak cepat tanpa mengira jantina. Tubuh mereka juga agak tegak biar pun tinggi sama dengan orang Melayu. -HARAKAHDAILY 9/9/2016

Parti Pribumi Bersatu, 2 Harimau Tak Boleh Duduk Atas 1 Bukit?

Parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) rasmi berdaftar Jumaat setelah Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berpuashati dengan penjelasan yang diberikan oleh Presiden pro tem Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai beberapa hal berkaitan permohonan pendaftaran itu.
Turut hadir di ibupejabat ROS di Putrajaya pagi Jumaat untuk menerima pendaftaran rasmi itu ialah Pengerusi pro tem parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad. 
Semalam Khamis Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi memberitahu ROS secara prinsip telah lulus pendaftaran parti itu dan ringkasan nama parti itu ialah ‘PPBM’ dan bukan ‘Bersatu’ seperti yang dipohon. Katanya kelulusan rasmi akan dikeluarkan selepas pihak PPBM memperinci tugas Pengerusi dan Presiden yang digariskan dalam perlembagaan parti.
"Ini kerana jawatan Pengerusi (kalau ikut dalam perlembagaan parti) menyatakan tugasnya mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi. Manakala Presiden untuk mesyuarat majlis kepresidenan.
Muhyiddin yang ditemui wartawan di situ berkata pihak ROS telah menerima penjelasan PPBM mengenai soal peranan Presiden dan Pengerusi parti. Katanya sebab PPBM memasukan jawatan Presiden dan Pengerusi dalam perlembagaan parti untuk memastikan wujud ‘ check and balance’ agar telus.
Selain itu untuk membolehkan parti dilihat ikut hasrat rakyat. Katanya PPBM juga akan pinda sikit logo parti. Ketika isu pendaftaran PPBM sudah beres…kini kedengaran antara isu yang hangat menjadi sosek mengenai parti itu ialah..siapa bos?
Ada kata-kata yang terkenal yang menyebut dua harimau tidak boleh duduk diatas satu bukit. Kata-kata ini sudah banyak kali terbukti kebenarannya. Mereka yang lama dalam bidang politik cukup sedia maklum stail Dr Mahathir. Begitu juga halnya dengan cara dan lenggok Muhyiddin.
Dalam lipatan sejarah Dr Mahathir berdepan masalah dengan dua timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Musa Hitam. Masa pentabiran Dr Mahathir - Musa mereka dikenali sebagai '2M'.
Beliau juga bermasalah dengan Tun Abdullah Badawi yang dilantik sebagai pengantinya.Kini dengan Datuk Seri Najib Tun Razak pula. Tandatanya kini apakah Muhyiddin boleh bertahan melayan karenah Dr Mahathir. Setakat ini parti yang mempunyai jawatan Pengerusi ialah DAP.Jawatan pengerusi itu tidak nyata tidak ada kuasa eksekutif.
Dalam PKR pula lain ceritanya.Dulunya Anwar dikenali sebagai Ketua Umum PKR.Jawatan itu tidak ada dalam perlembagaan parti. Presiden parti ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Namun satu dunia tahu orang yang paling berkuasa dalam parti itu ialah Anwar.
Kata orang dalam mana-mana organasasi baru biasanya segalanya nampak mulus dan cantik. Seperti juga kapal di laut…badai dan gelombang pasti melanda.- AD 9/9/2016

Friday, September 09, 2016

Mesir Tingkatkan Hukuman Khitan Wanita. Kurangkan Nafsu Seks?

Hasil carian imej untuk kihtan wanita
SEORANG ahli parlimen Mesir mencadangkan wanita perlu “mengurangkan nafsu seks” dengan bersunat kerana lelaki negara itu “lemah tenaga batin.”
“Lelaki kita mengalami masalah lemah batin, sebagai buktinya Mesir antara negara yang paling ramai pengguna ubat perangsang seks, yang hanya digunakan oleh golongan lembik,” kata Elhamy Agina.
Beliau memberikan kenyataan tersebut sebagai mengulas usul kerajaan untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan berkhitan di kalangan wanita, portal Egyptian Streets Ahad lalu.
“Jika kita hentikan amalan wanita bersunat, kita memerlukan lelaki yang kuat tetapi kita tidak ada lelaki jenis itu,” katanya lagi, seperti dipetik The Washington Post  kelmarin.
Elhamy juga berkata lebih baik wanita meneruskan tradisi itu bagi “mengurangkan nafsu” mereka, dengan itu isteri kekal “setia pada suami” dan kehidupan akan berjalan lancar.
Mesir mempunyai kadar wanita bersunat paling tinggi berbanding beberapa lagi negara di benua itu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Kajian badan kanak-kanak sedunia Unicef pada 2013 menunjukkan kira-kira 27.2 juta wanita, daripada lebih 80 juta penduduk, di negara itu bersunat.
Namun pada 2008, Mesir mengharamkan amalan tersebut. Mereka yang mengkhitan anak perempuan boleh dipenjara tiga bulan hingga tiga tahun dan dikenakan denda yang tinggi.
Kabinet Mesir baru-baru ini meluluskan draf undang-undang untuk mengenakan denda lebih berat terhadap mereka yang memaksa kanak-kanak perempuan dan wanita berkhitan.
Menurut rang undang-undang itu, pesalah akan dihukum penjara lima hingga tujuh tahun, dan hukuman lebih berat dikenakan jika amalan itu membawa kematian atau kecacatan.
Mei lalu, seorang gadis remaja maut kerana komplikasi bersunat, mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak Mesir mengetatkan undang-undang.
Elhamy bagaimanapun mengendurkan kenyataan awalnya minggu ini ketika bercakap kepada akhbar Al Masry Al Youm, lapor Washington Post lagi.
Wakil rakyat itu menjelaskan beliau menolak hukuman lebih berat pada pesalah kes wanita berkhitan kerana memahami “betapa sukarnya ia boleh dilaksanakan di Mesir.”
Ketika bercakap kepada stesen TV Mehwar Channel pula, ahli parlimen itu berkata kenyataannya hujung minggu lalu harus dianggap sebagai “bahan lawak” sahaja.
“Saya tidak takut, dan saya tidak bermaksud memperlekeh lelaki Mesir,” katanya. “Lelaki Mesir memang lelaki sejati, dan saya juga seorang lelaki sejati.”
Jika tidak percaya, tambahnya: “ambil telefon isteri saya dan tanyalah dia.”- Malay Mail.
egypt_parliament

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah kempen tingkatkan hukuman khitan bagi wanita, termasuk kenpen menghina Islam?

Rosyam Nor: Boleh Baca Al-Quran Pada Usia 45 Tahun.

 Rosyam Nor (bertopi, depan) berjalan kaki sejauh 47.2 kilometer untuk mengajak orang ramai menghayati Al-Quran. FOTO: M AZHAR ARIF.
Gombak: Pelakon Datuk Rosyam Nor berkata, selama berpuluh-puluh tahun dia meninggalkan Al-Quran sehinggalah pada usia 45 tahun hatinya terbuka untuk mendekati kitab suci umat Islam itu.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 49, berkata, pada usia berkenaan dia mengambil langkah belajar dari mula iaitu 'iqra' sehinggalah akhirnya dia pandai mengaji.

"Berpuluh-puluh tahun saya tinggalkan Al-Quran dan berjinak-jinak kembali masa umur saya 45 tahun. Alhamdulillah, sekarang saya sudah boleh membacanya," kata Rosyam kepada mStar Online pada Khamis.

Rosyam berjaya menamatkan misi berjalan kaki sejauh 47.2 Kilometer bermula pukul 6.30 pagi dari Kompleks Kumpulan Karangkraf di Shah Alam dan tiba di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini kira-kira
pukul 4 petang bersama anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Kira-kira dua ribu pengunjung dan mahasiswa berkumpul di masjid berkenaan bagi menyambut ketibaan Rosyam dan para sukarelawan yang menyertai misi tersebut.

Kata Rosyam, dia bersyukur kerana inisiatifnya untuk mendampingi Al-Quran itu membawa kejayaan apabila dia mampu membacanya pada hari ini.
  Rosyam akhirnya berhaya tiba di UIAM Gombak pada waktu yang ditetapkan.
Ujarnya, hidup seseorang umat Islam itu perlu berdampingan dengan kitab itu dan peluang untuk mendekatinya adalah perlu sebagai pelengkap sesebuah kehidupan.

"Kepada semua masyarakat Islam, jadikan permulaan untuk berjinak-jinak dengan Al-Quran pada Ahad ini sempena hari wukuf di Arafah," ujarnya.

Dalam pada itu Rosyam berkata, penyertaannya dalam misi berjalan kaki bagi mempromosikan World #QuranHour itu bukan untuk meraih publisiti sebaliknya mahu mengajak masyarakat agar terus mendekati kitab suci berkenaan.

Katanya, berjalan kaki sambil membawa Al-Quran tidak lebih sekadar satu simbol  agar hasrat untuk melihat masyarakat Islam membaca Al-Quran menjadi kenyataan.

"Alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan ingin saya tegaskan kempen ini bukan untuk menagih sebarang publisiti sebaliknya ingin menyeru orang ramai agar memartabatkan Al-Quran dalam kehidupan seharian walaupun hanya satu jam," katanya.

Berkongsi pengalaman berkenaan Rosyam akui teruja dan gembira dengan reaksi pengguna jalan raya yang menyokong usaha itu.

“Saya agak penat tapi kepuasan itu adalah lebih utama apatah lagi saat kami disapa dan ditegur baik oleh pengguna jalan raya dengan membunyikan hon sambil melambai tangan  tanda menyokong usaha murni ini.

“Saya bersyukur kerana terpilih untuk sama-sama terlibat dan berharap program seumpama ini akan terus menjadi acara tahunan walaupun selebriti yang terlibat nanti bukanlah diri saya,” katanya.

Katanya lagi, dalam misi ini beliau ingin mengajak umat Islam seluruh negara untuk meluangkan masa selama sejam membaca al-Quran pada Ahad ini pada pukul 9 pagi sempena hari wukuf di Arafah bagi  umat Islam yang menunaikan haji. (mStar)

Rosyam Nor: "Saya berjalan dengan tawakal kepada ALLAH..."



GOMBAK - "Saya berjalan dengan tawakal agar ALLAH memudahkan segala-galanya". Demikian reaksi Ikon Rumah Ngaji, Datuk Rosyam Nor sejurus beliau menamatkan perjalanan sejauh 47.2 kilometer bagi Walk for World #QuranHour, hari ini.


Menurut aktor popular itu, beliau tidak melakukan sebarang persiapan kerana idea untuk berjalan kaki bagi mempromosikan program World #QuranHour hanya tercetus minggu lalu.
Hasil carian imej untuk rosyam nor

"Idea ini datang secara spontan ketika saya menghadiri taklimat dengan NGO. Ia kemudiannya disambut baik oleh Warisan Ummah Ikhlas (WUI) dan kita terus realisasikan.

Malah, segala persediaan seperti mendapat bantuan polis pengiring dibuat dalam masa dua hari. Hari ini (semalam) saya dan rakan-rakan berjalan dengan tawakal, itulah persiapan kami," katanya kepada media di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini.

Rosyam berkata, beliau memilih untuk berjalan kaki kerana ia merupakan cara paling mudah dan dalam masa sama dapat menarik perhatian orang ramai terhadap program World #QuranHour.

"Saya sendiri pun tak pernah buat (jalan kaki) dan ini kali pertama. Ia cabar kewibawaan kami untuk bawa al-Quran ke sini.

"Namun, bukan jalan kaki yang cuba saya tonjolkan kerana ia satu perkara biasa. Tetapi ia untuk ingatkan semua orang bahawa 11 September ini akan berlangsung World #QuranHour selama satu jam," katanya.

Beliau turut bersyukur kerana perjalanan kira-kira 10 jam itu dipermudahkan dan tidak menghadapi banyak masalah.

"Terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang membantu khususnya PDRM yang mengawal lalu lintas dan rakan-rakan yang cukup komited. Menariknya, tiada seorang pun yang cedera.

"Alhamdulillah, cuaca juga sangat baik walaupun hujan seketika. Malah, sepanjang perjalanan ramai yang bunyikan hon dan ambil gambar sebagai tanda sokongan," katanya.

Dalam pada itu, Rosyam sekali lagi menyeru umat Islam beramai-ramai memberi sokongan terhadap program World #QuranHour pada jam 9 pagi, Ahad ini.

"Hidup kita berpandukan al-Quran dan Sunnah. Walaupun sedikit mengingati al-Quran, kita akan dijaga oleh ALLAH.

"Saya nak semua masyarakat mula berjinak-jinak dengan al-Quran. Kalau tak pandai baca al-Quran, kita baca terjemahan, jika tidak sekali pun kita boleh pegang al-Quran atau berbincang pasal al-Quran," katanya. (TKO)

Pelacur VVIP RM30K Semalam, Ini Selebriti Produk Kecantikan Kerabat Diraja?

Hasil carian imej untuk pelacur kelas tinggi

SEORANG selebriti yang popular menerusi laman sosial dikatakan menerima bayaran yang mencecah ribuan ringgit selepas terlibat dalam aktiviti pelacuran membabitkan golongan VVIP.

Kegiatan Instafamous ini tidak kekal apabila aktivitinya terbongkar selepas diberkas bersama pelanggannya di sebuah suite hotel mewah di Damansara, Selangor kelmarin.
Wanita yang berusia 20-an itu ditahan bersama-sama dengan seorang ahli perniagaan yang sudah berkahwin kira-kira jam 10 pagi.
Pengasas sebuah produk kecantikan itu dikatakan melakukan perbuatan tidak bermoral sehingga menerima bayaran sehingga RM30,000 semalam.
Difahamkan, kegiatan tidak bermoral itu bermula sejak tahun lalu dan pelanggannya terdiri daripada golongan VVIP.
Wanita ini juga dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan kerabat diraja, namun tidak didedahkan namanya.
Instafamous dan lelaki tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa agama untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Enakmen Jenayah Syariah. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesan dari salah didik amalan pemerintah, yang 'dalam mengukuhkan ekonomi (cari duit) tidak peduli halal-haram' lagi. Konsep musuh jahannamkan Islam! (IH)

Rasuah: 7 Pegawai Bank & 1 Bekas Pegawai Ditahan SPRM.

SPRM

KOTA KINABALU, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tujuh pegawai dan seorang bekas pegawai sebuah bank kerana disyaki memalsukan dokumen pinjaman bank.
Pengarah SPRM Sabah, Datuk Shaharom Nizam Abdul Manap berkata, tiga suspek lelaki berusia antara 25 dan 27 tahun ditahan antara jam 10.35 malam dan 10.47 malam, di Starbucks, 1Borneo Hypermall di sini, Selasa lepas.
Katanya, penahanan tiga individu berkenaan dibuat selepas SPRM menerima laporan daripada pengadu, seorang penjawat awam berusia 33 tahun, pada 2 Sept lepas bahawa dua pegawai bank berkenaan meminta RM7,000 untuk memudahkan permohonan pinjamannya.
Susulan penahanan itu, katanya, pihaknya menyerbu cawangan bank berkenaan di sini dan di Likas dan rumah seorang kakitangan bank di sini.
“Hasil serbuan, sejumlah barang telah disita seperti sebuah komputer riba, sebuah komputer peribadi, enam buah telefon bimbit, sejumlah cap getah yang disyaki palsu dan dokumen-dokumen pinjaman peribadi di bank (berkenaan),” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Menurut Shaharom Nizam, serbuan ke tiga premis serta rampasan pelbagai barangan berkenaan membawa kepada penahanan lima lagi pegawai bank itu yang berumur antara 26 hingga 29 tahun, semalam.
Katanya, kelima-lima lelaki berkenaan ditahan antara jam 7.47 malam hingga jam 11.35 malam di pejabat SPRM Sabah.
Katanya, tiga individu yang ditahan Selasa lepas telah ditahan reman selama enam hari bermula semalam manakala lima lagi suspek yang ditahan semalam telah ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – Bernama

Isu Wang Kertas RM100 Palsu, Bagaimana Mengenalnya?

head

PENGGUNA

BANK NEGARA MALAYSIA (BNM) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa terdapat laporan melibatkan wang kertas not RM100 mereka digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan pemalsuan.

Berdasarkan kenyataan terbaharu yang dikeluarkan di laman sosial, BNM sebagai pihak yang bertanggungjawab sedang menjalankan siasatan terperinci dan memantau kes tersebut yang dipercayai didalangi oleh sebuah sindiket.
BNM kini berkerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan segera bagi memberkas mereka yang terlibat dalam kegiatan jenayah ini. 
Menurut siasatan, wang kertas not RM100 palsu itu didapati berkualiti rendah dan boleh dikenal pasti melalui cetakannya yang kurang bermutu dan ciri-ciri keselamatan tiruan yang digunakan.
singgit
Orang ramai dinasihatkan supaya membuat laporan kepada polis dengan segera sekiranya mempunyai atau menerima wang kertas palsu tersebut.
Untuk mengenal pasti sama ada wang kertas adalah tulen atau palsu, sila perhatikan dan periksa ciri-ciri penting berikut yang merangkumi empat aspek iaitu ‘Rasa,LihatPadan dan Periksa‘ yang terdapat pada wang kertas.
Untuk mengenal pasti sama ada wang kertas adalah tulen atau palsu, sila perhatikan dan periksa ciri-ciri penting berikut yang merangkumi empat aspek iaitu Rasa, Lihat, Padan dan Periksa yang terdapat pada wang kertas.  
(i) Rasa pada wang kertas dan bezakan kualiti serta ciri cetakan yang timbul pada wang kertas.
  • Wang kertas tulen menggunakan substrat (bahan) bermutu tinggi dan oleh itu ia adalah unik berbanding dengan kertas biasa.
  • Anda disarankan supaya memeriksa ciri cetakan timbul yang terdapat pada potret di wang kertas dan pada angka denominasi dan teks.
(ii) Pegang dan halakan wang kertas ke arah cahaya lampu putih dan perhatikan ciri-ciri berikut.
  • Potret tiga dimensi DYMM Yang di Pertuan Agong pertama kelihatan lebih terang dan nyata berbanding dengan warna kertas di sekitarnya. Potret ini akan kelihatan tanpa garis-garis yang jelas.
  • Tanda pandang telus  reka bentuk grafik pada bahagian depan dan belakang wang kertas akan kelihatan selari dan membentuk imej corak dan numeral yang lengkap.
  • Benang keselamatan dengan ciri teks mikro yang dijalin secara bersulam pada wang kertas.
(iii) Sengetkan wang kertas untuk melihat ciri warna dan corak yang berubah-ubah pada jalur holografik dan benang keselamatan.
  • Benang keselamatan kanta mikro bagi wang kertas RM100 akan dapat dilihat apabila wang kertas disengetkan di bawah cahaya terang.
(iv) Semak wang kertas dengan menggunakan kanta pembesar atau lampu sinaran UV.
  • Hanya mempunyai dua elemen warna fluorescent, manakala teks, logo dan jalur fiber akan berwarna kemerahan, kekuningan dan kebiruan dibawah pencahayaan UV.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri wang kertas Malaysia, orang ramai turut digalakkan untuk memuat turut aplikasi My Ringgit di Apple Store atau di Google Play.
Isu Wang Kertas RM100 Palsu & Apa Yang Netizen Perlu Tahu
Isu Wang Kertas RM100 Palsu & Apa Yang Netizen Perlu Tahu
Aplikasi ini menyediakan panduan interaktif dan ciri-ciri keselamatan mata wang Malaysia merangkumi piawai kualiti bagi mata wang malaysia, nasihat umum dan maklumat tambahan berkaitan ringgit.
Untuk maklumat lanjut mengenai wang kertas Malaysia, anda boleh melayari laman sesawang Bank Negara Malaysia di pautan berikut; www.bnm.gov.my. Aplikasi ini menyediakan panduan interaktif dan ciri-ciri keselamatan mata wang Malaysia merangkumi piawai kualiti bagi mata wang malaysia, nasihat umum dan maklumat tambahan berkaitan ringgit.
Untuk maklumat lanjut mengenai wang kertas Malaysia, anda boleh melayari laman sesawang Bank Negara Malaysia di pautan berikut; www.bnm.gov.my


Model Sofia Hayat, Murtad Sesudah Islam, Di Mana Salahnya?

Hasil carian imej untuk model Sofia Hayat
HALAMAN HIBURAN

AKTRES dan model Sofia Hayat yang berjaya menembusi Bollywood, kini telah membuang implan payudaranya dan bermeditasi lima jam sehari dalam usaha mencapai matlamat sebagai biarawati.

Pelakon Footballers’ Wives: Extra Time dan Waterloo Road yang berusia 41 tahun itu, turut membuang semua pakaian seksinya dan tidak lagi mengenakan solekan.

Walaupun dia dibesarkan sebagai seorang Islam, namun Sofia memeluk Catholicism pada 2006 dan mempelajari Hinduism pada 2012. Kini dia tidak menganut mana-mana agama sebaliknya dia percayai kepada kesatuan rohani.

Menceritakan mengenai kehidupan baru yang dipilihnya itu, Sofia menyifatkan ia sebagai `panggilan sejati’ selepas puas menjalani kehidupan sebagai aktres dengan berparti, menghadiri acara karpet merah dan dating dengan lelaki kacak yang berprofil tinggi.

“Kehidupan dulu memang menarik tetapi saya lebih suka yang ini (biarawati). Saya mahu membuang semua kehidupan negatif lalu dan melihat dunia sebenar yang mendedahkan kehidupan sebenar,’’ katanya.

Sofia dibesarkan sebagai seorang Islam di South London dengan ibu bapa yang tegas serta dua abang.

“Ketika saya remaja, saya terdesak untuk melepaskan diri daripada peraturan dan larangan dalam agama. Saya mahu menjadi seksi, memakai pakaian cantik dan menunjukkan rambut panjang serta badan,’’ katanya.

Sofia mencerburi bidang modelling dan mendapat pekerjaan sebagai penyampai TV pada 2000 namun hubungannya dengan ibu bapanya menjadi tegang. Mereka sudah tidak bertegur sapa dengan Sofia.

Ketika berusia 19 tahun dia pernah berparti dengan Leonardo DiCaprio. Dia kemudiannya menghabiskan masa selama berbulan-bulan dalam setahun di Mumbai dan kariernya mula berkembang.

Pada 2012 dia dipilih sebagai selebriti Big Boss, iaitu versi India, yang sama dengan Celebrity Big Brother di Britain. 

Begitu, latar belakang seorang model/artis, yang setakat ini masih dalam keadaan murtad. Salah siapa?

Yang perlu diperhatikan oleh kita sebagai seorang Muslim, melentur buluh mesti dari rebung. Ini sedikit panduan..
Hasil carian imej untuk model Sofia Hayat

Melentur Buluh Mesti Dari Rebung 

Kenapakah Al-Quran apabila menyatakan tentang anak, mesti dikaitkan dengan fitnah, seolah-olah anak itu pembawa kepada bencana dan keburukan kepada ibu bapa?

Firman Allah (Surah Al-Anfal, 28):
وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
  • Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.
FirmanNYA lagi (Surah Al-Taghabun, 15):
إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
  • Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar.

Memadai diperhatikan dua ayat ini, menjadi bukti atau petanda jelas bahawa anak dirangkaikan dengan harta, dan dikaitkan kedua-duanya dengan fitnah, dan mengikut Tafsir Jalalain, fitnah di sini dimaksudkan dengan “menyibukkan/menyekat kamu semua dari perkara-perkara akhirat”.

Dalam satu hadis pula, Nabi SAW amat menggalakkan perkahwinan sehingga mendapat zuriat yang ramai. Rasulullah SAW bersabda:

(تَزَوَّجُوا الْوَلُودَ الْوَدُودَ ، فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُم)

  • “Kahwinilah wanita yang melahirkan anak ramai, dan yang memiliki kasih sayang yang tinggi, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu (kerana umat yang ramai)” (Hadis Riwayat Abu Daud 2050, An-Nasaei 6/65, Sahih Abu Daud 1789, Sahih Ibn Hibban 9/4056, Hasan Sahih dalam Kitab Al-Irwa’ 1784)
Ini dibuktikan bagaimana sejarah para Anbiya’ (‘Alaihimus Salam) yang dirakamkan di dalam ayat-ayat Al-Quran, berdoa dengan penuh pengharapan agar diberikan zuriat, sebagai penyambung keturunan.

Firman Allah (Surah Al-Anbiya’, 89):
وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
  • Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri (tidak mempunyai zuriat keturunan) dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik (diserahkan segala urusan kepadaMU) .
Firman Allah (Surah Ali Imran, 38):
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
  • Di sanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa."
Nabi Ibrahim A.S memanjatkan kesyukuran yang tinggi kepada Ilahi, kerana memperkenankan doanya dan dikurniakan dua orang anak yang soleh, dilantik menjadi nabi melalui perkahwinan dengan dua isteri iaitu, Sarah dan Hajar.

Firman Allah (Surah Ibrahim, 39):
الْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِي وَهَبَ لِي عَلَى الْكِبَرِ إِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِنَّ رَبِّي لَسَمِيعُ الدُّعَاء
  • Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa.
Nabi SAW turut menerangkan bagaimana pentingnya anak selepas kematian ibu bapa kelak, iaitu dalam menyalurkan pahala tanpa putus walaupun kedua-duanya telah tiada hasil daripada anak yang soleh yang sentiasa mendoakan mereka.
(إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ)

  • “Apabila wafatnya manusia, maka terputus darinya amalannya (pahala) kecuali dari tiga perkara (iaitu) dari sedakah jariah (pahala yang mengalir), ilmu yang bermanfaat (kepada manusia lain yang masih hidup), atau anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepadanya”. (HSR Muslim No. Hadis 4310)
Turut diceritakan dalam hadis, bahawa Nabi SAW menitiskan air mata ketika kematian anak lelakinya yang bernama Ibrahim, sambil bersabda:
(إِنَّ الْعَيْنَ تَدْمَعُ وَالْقَلْبَ يَحْزَنُ وَلَا نَقُولُ إِلَّا مَا يَرْضَى رَبُّنَا
وَإِنَّا بِفِرَاقِكَ يَا إِبْرَاهِيمُ لَمَحْزُونُونَ)

  • “Sesungguhnya mata itu menangis, hati pula bersedih, kami tidak mengatakan kecuali apa yang diredhakan oleh Tuhan kami, dan kami semua disebabkan perpisahan dengan kamu ini, Ya Ibrahim (anak Nabi SAW) teramatlah sedih”. (HSR Bukhari No. Hadis 1220)
Jika anak adalah fitnah, kenapa para Anbiya’ termasuk Nabi SAW amat menitikberatkan kewujudan zuriat?

Ini jelas membuktikan anak sebenarnya adalah fitrah manusia, yang mana semua menginginkannya, justeru untuk memastikan anak membesar sebagai Fitrah dan bukan membesar sebagai Fitnah adalah tanggungjawab besar bagi semua ibu bapa.

Pelbagai petunjuk jelas diberikan Islam dalam membentuk anak menjadi soleh dan bermanfaat kepada ibu bapa kelak. Bermula dari dilahirkan dalam keadaan suci bersih dan berfitrah Islam, sebagaimana disebut dalam satu hadis:
( كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلى الْفِطْرَة، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، وَيُنَصِّرَانِهِ، وَيُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ)

  • “Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)” (HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)
Beberapa nasihat Luqman dalam mendidik anak, dirakamkan dengan jelas dalam satu surah, iaitu Surah Luqman. Antaranya:

Firman Allah (Surah Luqman, 13):
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

  • Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."
FirmanNYA lagi (Surah Luqman, 17-18):
يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ
إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

  • Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحاً إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

  • Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.
Nabi SAW turut mengajarkan kita cara terbaik dalam mendidik anak, yang mana istilah ini digunakan oleh orentalis dan sebenar berasal dari ajaran Nabi SAW, yang berbunyi “What You Give, You Get Back”, sebagaimana diceritakan dalam satu hadis:

Nabi SAW mencium Hasan (cucu Baginda SAW), ada bersama baginda SAW ketika itu seorang sahabat bernama Al-Aqra’. Sahabat itu berkata: Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak pernah mencium seorang pun dari mereka!.

Nabi SAW bersabda:
مَنْ لَا يَرْحَمْ لَا يُرْحَمْ )

  • “Sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi”. (Sahih Adab Al-Mufrad, Al-Bukhari, No Hadis 91)
Ciuman ibu bapa kepada anak mereka, menunjukkan kasih sayang dan anak akan dapat merasainya. Jadikanlah sunnah ini sebagai salah satu teknik dalam mendidik anak-anak kelak. 

Dalam kegembiraan kita, menyambut kelahiran anak, diharapkan pesanan ini dapat memberikan sedikit gambaran tentang pentingnya penjagaan zahir dan batin bermula dari buaian sehingga anak ini membesar dalam satu aliran yang baik, kerana anak inilah yang bakal menjadi generasi pewaris dalam memastikan Islam tertegak di bumi ini pada masa hadapan.

Sebagai akhirnya, dinyatakan satu doa sebagaimana Nabi SAW sentiasa mendoakan Hasan dan Husin semasa masih kecil.
أُعِيذُكَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّة وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة
‘U’izuka/ki bikalimatillahit taammati min kulli syaitonin wa haammatin, 
wa min kulli aynin laammah.

  • Aku memohon perlindungan kpd budak lelaki/budak perempuan ini, dengan kalimah Allah yang sempurna, daripada syaitan dan bisikannya, dan daripada mata yang menyihir (panahan sihir melalui pandangan mata).
(Hadis Asal berbunyi أعيذكما  ditujukan kepada dua anak lelaki, iaitu Hasan dan Husin) (HSR Bukhari 1126, Sahih Ibn Majah 3525, Sahih Ibn Hibban 1012)

Sedikit nasihat kepada mereka yang masih ternanti-nanti dalam menunggu rezeki zuriat daripada Allah SWT, fahamilah satu zikir yang disunatkan dibaca setiap kali selepas solat yang berbunyi:
اللهم لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدّ )

  • “Ya Allah, tiada yang menegah kepada apa yang telah Engkau berikan, dan tiada apa yang memberi kepada apa yang telah Engkau tegahkan (sekat), tiadalah manfaat orang yang mempunyai kelebihan (harta, keturunan dan kekuasaan) dengan kelebihannya itu daripada kekuasaan Allah” (HSR Bukhari 1/255, Muslim 1/414)
Sekian, wassalam.

Thursday, September 08, 2016

Akhbar Turki Mengulas Pandangan Abdul Hadi. Video Sejarah Turki.



Tuan Guru mengulas isu Turki berkenaan dasar luar negara itu. Antara lain TGHH menjelaskan Quran telah memberi amaran. Yahudi dan Nasara tidak akan redha dgn Islam....


Sebagai contoh, Barat tidak membenarkan Turki menyertai EU walaupun negara itu merupakan anggota NATO sejak sekian lama, kerana curiga dengan Islam di Turki.

Kredit
Syed Hadi Syed Muhammad 

Kur’an’ın emri Batı hiçbir zaman sizden razı olmayacaktır
Abdulhadi Avang: Birincisi İslam’ın emrettiği emirlere sarılmamız lazım. Şeytan ve İslam düşmanlarına bağlı gruplar, hiçbir zaman İslam’ın bağımsız olmasını istemiyorlar.


Sejarah Turkey - YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails