Saturday, September 17, 2016

Rawatan Islam Darul Syifa. Pengalaman Bersama Haron Din - Zainal Rashid Ahmad

Pengalaman Berharga Mengenali Pak Haron Din

Oleh: Zainal Rashid Ahmad


PADA September 1994, saya diminta mewawancara Datuk Dr. Haron Din mengenai Rawatan Islam di Darul Syifa.

Pada masa itu, nama Dr. Haron Din sangat popular kerana khidmat rawatan Islam yang disediakan di klinik berdekatan rumahnya.
Banglo dua tingkat itu mendapat reaksi kunjungan luar biasa masyarakat.
Ratusan orang menanti sejak awal dinihari walaupun proses rawatan bermula selepas subuh.

Mereka yang mahukan kaedah rawatan Islam sebagai alternatif atau berjalan seiringan dengan rawatan klinikal moden itu, datang sejauh dari Singapura dan Brunei.
Setelah mengadakan temu janji, Pak Haron (nama mesra) meminta saya hadir pada hari Selasa selepas subuh.
Saya hadir dan berjaya mewancara beliau dalam waktu 30 minit yang sangat berharga itu.
Masa sangat terbatas pada subuh Selasa, kerana pada hari itu Pak Haron akan mengetuai sesi rawatan di Darul Syifa.
Sebelum subuh, pengunjung sudah memenuhi seluruh ruang banglo yang dijadikan kliniknya di Bangi.
Wawancara satu muka penuh itu kemudian disiarkan pada Ahad 2 Oktober dalam akhbar Mingguan Malaysia.
Bermula dengan wawancara itu, serta tips surah Thoha yang digunakan untuk mendidik anak-anak, pembaca memberi respon mahukan ruangan tetap Haron Din Menulis.
Sepanjang mengisi kolum tersebut, saya mengadakan banyak pertemuan dengan Pak Haron di rumahnya dan di pejabatnya. Ketika itu Pak Haron mengajar di UKM.
Setelah berbulan-bulan kolum itu tersiar, sambutan amat menarik. Pembaca nampaknya dahagakan tips penggunaan ayat-ayat Quran secara asas dalam menangani pelbagai unsur kehidupan berkaitan dengan rawatan cara Islam.
Pengalaman Berharga Mengenali Pak Haron Din

Keratan wawancara siaran Mingguan Malaysia 22 tahun lalu (2 Oktober 1994)

"TAHUN ini saya nak ke Mekah." Kata Pak Haron.

Jadi hari itu sesi pertemuan jadi agak lama kerana jumlah artikel perlu disediakan lebih banyak. Pak Haron akan berada lama di Makkah. Masa berlalu. Satu hari Pak Haron menelefon saya di opis: 

“Minta datang segera. Saya ada perkara penting nak selesaikan.”

Saya pun bergegas ke Bangi. Tiba di rumahnya, Pak Haron nampak berseri-seri dan tersenyum pada subuh itu. Saya duduk di sofa seperti selalu. Dia datang dan duduk di sofa berdepan dengan saya.

“Sepanjang berada di Makkah, saya tidak senang hati,” katanya.

Saya hanya mendiamkan diri. Kata-kata seorang yang hebat dan banyak ilmu mengenai keadaannya di Makkah membuatkan saya terkedu. Pak Haron mengeluarkan envelope dari saku baju Melayu dan menghulurkan kepada saya. 

Dia tersenyum: “Ini bahagian awak.”

Saya pegang envelope dan saya tahu di dalamnya jumlah wang yang banyak. Pak Haron tahu saya terkedu dan pasti kehairanan.

“Ini duit Utusan bayar kepada saya untuk kolum. Sebab saudara menulis balik apa yang saya cakap, hak saudara mendapat separuh,” kata Pak Haron.

Saya menjawab: “Kerja saya memang begini Pak Haron. Tak perlu bayar. Ini sebahagian tugasan saya.”

“Jangan tolak. Ambil. Saya tak aman di Makkah hinggalah datang kesedaran saya belum menunaikan hak saudara,” kata Pak Haron.

Saya terdiam. Perbualan kami seterusnya ialah mengenai bahan yang akan diisi dalam kolum untuk minggu seterusnya. Balik pejabat saya bertemu dengan Bos Nombor Dua di Utusan. Orangnya garang dan sangat terkenal dengan disiplin serta amanah kerja. 

Saya masuk bilik dan tutup pintu. Saya tanya kepada orang yang garang ini mengenai kedudukan wang yang diberikan.

“Bersyukurlah. Ambillah. Ini sedekah orang alim,” katanya.

Saya lega. Itulah momen paling berharga kerana ia mengajar saya mengenai hak orang lain. Seorang ulama dan ilmuan pun boleh menjadi tidak aman selagi tidak ditunaikan hak orang lain.

Selagi saya mengingati pengalaman ini, ia makin mengingatkan saya: “Hormati hak orang lain.”

Al-Fatihah untuk Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din. Anda sentiasa dalam ingatan saya.

Dr Haron Din Seorang Guru Yang Teliti – KP Jakim

Hasil carian imej untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

Putrajaya: Allahyarham Datuk Dr Haron Din adalah seorang guru yang teliti dalam mendidik anak muridnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

Katanya, beliau masih ingat kata-kata Dr. Haron, ketika menjadi dekan di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), ketika beliau (Othman) mengikuti pengajian dalam bidang syariah di universiti itu.
“Katanya jika kita membicarakan soal aqidah, tidak boleh dalam nada tinggi atau gelak ketawa. Nada perlu serius, rendah serta tidak boleh gopoh dan sentiasa tenang,” katanya kepada pemberita selepas menyertai solat jenazah ghaib Dr. Haron di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), di sini hari ini.
Kira-kira 500 jemaah menunaikan solat itu yang diimamkan oleh Timbalan Imam Besar MTMZA, Ustaz Ehsan Mohd. Hosni, selepas Solat Zohor.
Othman berkata negara kehilangan seorang tokoh agama yang banyak berjasa terutamanya dalam membantu Bank Negara Malaysia membangunkan bidang perbankan Islam.
“Allahyarham juga mengetuai kluster dakwah dalam Majlis Perundingan Islam (MPI) yang menentukan hala tuju program untuk memastikan gerakan dakwah dapat dilaksanakan dengan sempurna dan menyatupadukan umat Islam,” katanya.
Beliau berkata, Mursyidul Am PAS itu juga mempunyai ilmu yang tinggi dalam pelbagai bidang seperti feqah, tauhid dan kemasyarakatan.
Allahyarham Dr Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi Jumaat (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.
Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Rd, Livermore, California, Amerika Syarikat pada 8.57 pagi tadi (waktu Malaysia).
Allahyarham meninggalkan isteri Datin Khatijah Salleh serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan. – BERNAMA

Ini Dia A/P DAP Hina Kematian TG Dr Haron Din.

Kerana Dendam Politik, DAP Biadap Hina Arwah Haron Din

SECARA umum, perkataan ‘adios’ dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘Selamat Jalan’. Kita mungkin pernah dengar ungkapan ‘adios’ disebut dalam filem koboi atau gengster Hollywood.

Walaupun ‘adios’ membawa maksud itu. Bunyinya lazimnya disebut dalam pertuturan dialog yang agak kasar. Maka dalam konteks memberi ucapan kepada orang yang meninggal dunia, ia tentu agak mengguriskan hati.
Maka tidak hairanlah PAS berasa marah apabila Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi (gambar atas) tulis di Twitter mengenai kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din pada Jumaat: ‘Adios Harun Din. Let there be peace’.
Dari segi pemahaman orang politik ia dilihat ada maksud lain. Sebelum itu akaun laman sosial Twitter milik Jeff itu telah mendapat teguran daripada ramai penyokongnya sendiri. Beliau kemudian memadamkan kicauan berkenaan.
Jeff sebaliknya menjelaskan menerusi Twitter itu untuk mempertahankan dirinya bahawa konon maksud ‘adios‘ dalam bahasa Sepanyol ialah ‘farewell’ dalam bahasa Inggeris atau dalam bahasa Malaysia ialah ‘selamat jalan’.

Baca: Almarhum Haron Din Dihina Pihak Taksub Politik 

Kerana Dendam Politik, DAP Biadap Hina Arwah Haron Din
Kerana Dendam Politik, DAP Biadap Hina Arwah Haron Din
Kerana Dendam Politik, DAP Biadap Hina Arwah Haron Din

Namun di Twitter itu juga sebelumnya, Jeff ada tulis kicaun biadap: ‘Went through news archives about #HaronDin’s role and stand that caused Pakatan Rakyat to finally breakup. He influenced Hadi or vice versa?’

Beliau jelas cuba mengungkit dakwaan konon allahyarham Haron memainkan peranan dalam usaha memecahkan Pakatan Rakyat yang menyebabkan DAP membubarkan blok pembangkang itu dan mewujudkan serpihan PAN pula.
Jadi apabila campur dua Twitter itu, kita boleh buat andaian sendiri mengenai maksud di hati otai DAP Pulau Pinang tersebut yang kemudian disokong menjadi ikutan pula oleh ramai penyokong tegar parti pembangkang.
Mereka bukan sahaja kurang ajar menghina allahyarham Haron, malah mengaitkan pula ulama berkenaan dengan pelbagai gelaran hina hanya kerana dendam terhadap PAS yang enggan mengikut telunjuk DAP sejak tahun lalu.
Ia jauh berbeza sikap sekutunya, PAN apabila pengarah komunikasi parti itu, Khalid Abdul Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam sanggup hadir solat jenazah ghaib dengan Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang pagi Sabtu.
Acara yang berlangsung di sebuah masjid di Shah Alam, Selangor itu turut disertai presiden penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin selain beberapa pemimpin PKR lain yang beragama Islam.
Kerana Dendam Politik, DAP Biadap Hina Arwah Haron Din

Kerana Dendam Politik, DAP Biadap Hina Arwah Haron Din
Kerana Dendam Politik, DAP Biadap Hina Arwah Haron Din
Ketua Dewan Pemuda PKetua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Fadhil Saari dalam kenyataan keras pagi Sabtu menyifatkan Jeff seorang yang paling kurang ajar apabila sanggup mengeluarkan perkataan itu pada waktu sangat tidak sesuai.
Beliau mendakwa ia sebenarnya sekali gus membayangkan wajah DAP yang merupakan parti diwakili Jeff apabila langsung tidak ada sebarang teguran daripada pimpinan parti cauvinis Cina tersebut sendiri terhadap sikapnya.
Justeru Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Jeff memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Tuan Guru atas kenyataan kicauan biadapnya di Twitter berhubung kematian Mursyidul Am PAS tersebut semalam:
KENYATAAN BIADAP: JEFF OOI SERLAHKAN SIKAP ANTI-ISLAM DAP!
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din di atas kenyataan biadapnya di Twitter berhubung kematian Al-Mursyidul PAS tersebut semalam. Jeff Ooi di dalam kenyataan tersebut menulis “Adios Harun Din. Let there be peace’’ sekali gus membayangkan kebenciannya kepada pimpinan PAS tersebut selama ini.
2. DPPM menyifatkan bahawa Jeff Ooi seorang Ahli Parlimen yang paling kurang ajar di negara ini apabila sanggup mengeluarkan perkataan tersebut pada waktu sangat tidak sesuai. Ia sebenarnya sekaligus membayangkan wajah DAP yang merupakan parti yang diwakilinya apabila tidak ada sebarang teguran dari pimpinan parti terhadap sikapnya.
3. Suka diingatkan bahawa ini bukan kali pertama Jeff Ooi berlaku biadap seperti ini. Pada tahun 2013, dia pernah menggelarkan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana menggelar mereka kucing kurap. Sikapnya ketika itu ditegur oleh mendiang Karpal Singh di Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2013.
4. Penggunaan perkataan-perkataan kurang ajar dan biadap seperti ini sebenarnya sudah menjadi kebiasaan manusia bernama Jeff Ooi ini. Terdahulu sebelum ini beliau pernah menggunakan ayat bahawa orang Melayu “showed their middle-fingers at their rulers..” (menunjukkan jari tengah kepada pemerintah mereka) apabila merujuk kepada instituti Istana di Perak pada tahun 2009.
5. Dalam isu kematian Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din ini, Jeff Ooi tidak cukup hanya sekadar wajib memadamkan kenyataannya di Twitter semata-mata, bahkan wajib mengemukakan permohonan maaf kepada ahli keluarga Allahyarham bagi menunjukkan dia benar-benar kesal dan menarik balik kenyataan tersebut.
6. Realitinya, inilah wajah sebenar DAP apabila berdepan dengan isu-isu melibatkan agamawan yang dilihat tidak selari dengan ideologi perjuangan sekular mereka. Buktinya, tiada pimpinan DAP yang menyatakan tidak bersetuju dengan kenyataan biadap Jeff Ooi tersebut.
Sekian.
AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
17/9/2016


Isu Haron Din: PKR Talam 2 Muka, Selamatkan Diri.

PKR 'Selamatkan Diri' Hentam DAP!

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak menghentam sekutunya kuatnya DAP sebagai langkah mengelak daripada terpalit dengan kontroversi kenyataan yang mempersenda kematian Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din semalam.

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dalam satu kenyataan media hari ini menegaskan PKR Pulau Pinang mengambil pendirian tindakan pemimpin DAP mempersenda kematian Haron itu sebagai biadap dan tidak bertanggungjawab.
Beliau mendakwa kononnya PKR Pulau Pinang tidak bersekongkol dengan perbuatan tersebut dan akan menjarakkan diri dengan tindakan pemimpin DAP berkenaan.
“PKR sentiasa percaya bahawa manusia itu dilahirkan mulia dan kita seharusnya meletakan kemuliaan insan sebagai satu asas penting dalam etika kita berpolitik.
“Perbezaan politik tidak seharusnya menjadikan kita hilang sifat kemanusiaan dengan mempersenda-sendakan kematian sesiapa pun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian berikutan tindakan seorang pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan biadap ke atas kematian Haron berbunyi ‘Adios Harun Din. Let there be peace’ semalam.
Berikutan kecaman hebat dilemparkan ke atas DAP, pemimpin DAP terbabit cuba berdolak dalih dengan mendakwa maksud ‘Adios’ dalam bahasa Sepanyol ialah‘farewell’ atau dalam Bahasa Malaysia sebagai ‘selamat jalan’.
Majoriti masyarakat Malaysia yang kini cerdik Bahasa Inggeris bagaimanapun mengerti apa maksud sebenar ayat pemimpin DAP tersebut.
Umum mengetahui PAS menjadi musuh ketat DAP sejak Majlis Syura Ulama PAS membatalkan kerjasama politik dengan parti cauvanis itu pada tahun lalu demi mempertahankan akidah Islam.
DAP kini menjalin kerjasama dengan parti Islam baharu Parti Amanah Negara (PAN) dan PKR dalam Pakatan Harapan.
PKR bagaimanapun sejak penganjuran Bersih 4.0 pada Ogos lalu mula bersikap talam dua muka dengan cuba mengekalkan kerjasama dengan PAS bagi meraih sokongan umat Islam negara ini ke atas Pakatan Harapan.
Ia ekoran perhimpunan yang kononnya bertujuan menumbangkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) itu tidak mendapat sambutan kaum Melayu. (Sumber MYNEWSHUB.CC)


‘Adios Harun Din. Let there be peace’ Kenyataan Biadap DAP -Dr Mohd Asri

Mufti Perlis Nasihat DAP Tangguh Kenyataan Jaga Kedudukan Politik

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menasihati DAP supaya menangguhkan mengeluarkan kenyataan berhubung Allahyarham Datuk Dr. Haron Din yang boleh menimbulkan kemarahan umat Islam.

Kata beliau, DAP sepatutnya bertindak bijak dengan tidak mengeluarkan kenyataan ke atas Haron yang boleh menimbulkan kemarahan sesuatu kaum tanpa sebarang faedah kepada politik dan negara.
“Jika pun ada perbezaan dengan orang yang baru meninggal, orang yang bijak akan menangguhkan pendapatnya pada waktu yang sesuai. Pilihlah masa yang sesuai,”nasihatnya kepada DAP dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Beliau dipercayai berkata demikian berikutan tindakan seorang pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan biadap ke atas kematian Haron berbunyi: ‘Adios Harun Din. Let there be peace’.
Umum mengetahui PAS menjadi musuh ketat DAP sejak Majlis Syura Ulama PAS membatalkan kerjasama politik dengan parti cauvanis itu pada tahun lalu demi mempertahankan akidah Islam.

DAP kini menjalin kerjasama dengan parti Islam baharu Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Harapan.
Mohd. Asri bagaimanapun mengingatkan semua pihak bahawa masih ada pemimpin DAP menunjukkan kematangan politik dalam mengeluarkan kenyataan berhubung kematian Mursyidul Am PAS itu.
Terdahulu, beliau dalam kenyataan sama menzahirkan rasa kecewa dengan kenyataan bodoh pemimpin DAP terbabit kerana ia tidak akan memberi sebarang faedah politik.
“Hanya pemimpin bodoh sahaja yang tidak tahu menjadi sensitiviti awam. Apalah faedah dari kenyataan buruk pemimpin DAP tertentu mengenai kematian Haron pada waktu ini?
“Jika ini mentaliti pihak berkenaan, maka tidak layak menjadi pemimpin di mana-mana peringkat bagi masyarakat majmuk di Malaysia,” katanya.
Tinjauan Mynewshub dalam ruangan komen di Facebook Mohd. Asri (Dr. Maza) pula mendapati sebilangan netizen mengeluarkan kenyataan bagi mempertahankan DAP.
Hassan M Alias: “Kelakar la…zaman nabi pun ramai anti islam tapi rilek je…siap boleh layan baik lagi…”
Maiyy Zall: “Jangan sebar dakyah karut konon DAP jahat..rakyat malaysia ramai yang berfikiran terbuka..tau beza kenyataan orang atau kenyataan parti..sikit-sikit salah DAP salah sendiri tak pulak nak kaji..walau bagaimana pun yang menghina jenazah tetap bersalah tak kira Islam atau kafir dan wajib ditegur.”
Zainal Bin Ahmad: “DAP bukan musuh Islam tetapi individu yg mengeluarkan kenytaan yg memusuhi Islam.”
Onny Izwan: “DAP bukan ‘musuh Islam’, UMNO dan PAS bukan ‘parti Islam’. Ketiga-tiga ini hanyalah parti politik yang mahukan kuasa pemerintahan di Malaysia. Dengar nasihat orang berilmu macam Dr. Maza. Jangan buat andaian sendiri kerana hati emosional.”
Wan Zlatan: “Habis kau nak buat apa? Perang dengan cina? Kejap lagi cina tutup kedai kau nak makan apa?”
Mohd Rizwan Hamsin: “Dr. Maza/admin pun jangan lah nak over sangat. Kita yang muslim ni kena chill lah sikit. Apa yang diorang cakap tu tak luak pun pada kita. Yang kita nak emo ni pasaipa?”
Ul Ala Almaarri: “Hipokrit! Tidak mempercayai Jabatan Kehakiman Amerika tetapi mempercayai Jabatan Kesihatan Amerika dengan sepenuh nyawa sendiri!” – MYNEWSHUB.CC


Indiana Jones Tabarruk Dengan Peti Nabi Musa?


Hasil carian imej untuk Raiders of The Lost Ark
Oleh ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM AL-HAFIZ

HALAMAN HIBURAN

WATAK Dr. Indiana Jones lakonan Harrison Ford dalam filem Raiders of The Lost Ark sangat patuh kepada agamanya. Antara sumbangannya sebagai ahli arkeologi dalam filem itu adalah mencari dan menyelamatkan peti barang peninggalan Nabi Musa a.s. daripada jatuh ke tangan Nazi Jerman yang berhasrat menakluki dunia. 

Peti yang digelar “The Ark of Covenant” itu dikatakan mempunyai kuasa ketuhanan yang menjadi penghubung antara dunia dan langit. Kononnya ia juga memiliki kuasa tidak terbatas yang mahu dieksploit pihak Nazi menjadi senjata pemusnah.


Inilah fiksyen yang dibawa oleh pengarah Yahudi dari Hollywood, Steven Spielberg. Filem aksi ini pernah pecah panggung pada zaman kegemilangannya sekitar tahun 1981. Pun begitu, ramai yang kurang perasan bahawa kisah peti peninggalan Nabi Musa a.s. itu turut disebut dalam al-Quran.
  • “Dan Nabi mereka berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya daripada Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa daripada Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian daripada apa yang ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang beriman,” (al-Baqarah [2:248]).

TALUT DAN TABUT
Kisah ini disebut dalam ayat 246 – 251 surah al-Baqarah. Ringkasnya, selepas zaman Nabi Musa, Bani Israel ditindas oleh ramai penjajah antaranya Raja Jalut. Peti yang menyimpan barang peninggalan Nabi Musa yang menjadi lambang kemuliaan Bani Israel turut hilang. Ketika kegawatan ini, bangsawan Bani Israel meminta agar seorang nabi dalam kalangan mereka yang dikatakan bernama Nabi Samwil a.s. agar memohon petunjuk daripada Allah siapakah yang layak dilantik sebagai raja baharu. 
Allah memberikan petunjuk bahawa Talut yang bukan daripada darah bangsawan menjadi raja. Pelantikan ini pada awalnya tidak dipersetujui golongan bangsawan, sehinggalah Allah membuktikan kelayakan Talut dengan penghantaran “peti yang menyimpan barang peninggalan Nabi Musa dan Harun” di hadapan rumah Talut (Tafsir Ibn Kathir dan al-Razi).
Penghantaran peti secara ajaib kepada Raja Talut menjadi sumber inspirasi baharu bagi Bani Israel untuk kembali kepada ajaran Nabi Musa. Kisah ini menunjukkan kemuliaan Bani Israel terletak pada sejauh mana mereka mahu kembali kepada ajaran Nabi Musa.
Saya juga tidak menemukan riwayat yang menceritakan Bani Israel berkumpul dalam dewan besar mencium atau menjunjung barangan dalam peti ini sebagai suatu lambang menambah keberkatan.
Perihal berkat barangan para nabi pernah disentuh Allah dalam kisah Nabi Yusuf a.s. iaitu baginda menghantar bajunya yang penuh berkat bersulam mukjizat untuk merawat sakit mata ayahandanya yang lama menderita sakit rindu:
  • “Pergilah dengan membawa bajuku ini, kemudian letakkan pada muka ayahku supaya dia dapat melihat, dan selepas itu bawalah kepadaku keluarga kamu semuanya,” (Yusuf [12:93]).

Benar sekali! Baju Yusuf mengandungi keberkatan yang langsung menyembuhkan sakit Nabi Yaakub a.s.:
  • “Maka sebaik sahaja datang pembawa khabar berita yang menggembirakan itu, dia pun meletakkan baju Yusuf pada muka Nabi Yaakub, lalu dia celik kembali seperti sediakala. Nabi Yaakub berkata: “Bukankah aku telah katakan kepada kamu, sesungguhnya aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) daripada Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya?,” (Yusuf [12:96]).

Ayuh! Marilah kita bertabarruk dengan peninggalan Rasulullah SAW yang pasti asli iaitu al-Quran dan Sunah.
  • “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): “Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang kafir,” (Ali ‘Imran [3:31-32]).

Darul Ulum Online

Filem Raiders of the Lost Ark merupakan sebuah filem Warna yang dikeluarkan di Amerika Syarikat pada tahun 1981. Ia diarah oleh Steven Spielberg dan merupakan filem dalam genre Adventure-Aksi. Wikipedia

Selesai Solat Jenazah Haron Din, Disemadikan Di AS (20 gambar)


SHAH ALAM 17 SEPT: Jasad Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore California Amerika Syarikat.
Melalui satu kemas kini di Facebook rasmi Allahyarham Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din (Official) ahli keluarganya memaklumkan perkara itu.
"4.20 pm / 7.20 am (waktu Malaysia) : Tiba di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore.. Baaa…Subhaanallah… Damai .. Indah.. Tenang… Sebak: Dr. Huda Haron.
"5.57pm / 8.57 am Waktu Malaysia: Alhamdulilahh…. Tempat rehat baba dan bersemadinya jasad baba yang mulia. Sempurna dengan bantuan insan2 yang membantu tanpa soal jawab dan tak mengira apa jua. Terima Kasih dari kami sekeluarga: Dr. Huda Haron,” tulisnya.
Menurut catatan di laman FB itu, keputusan menyemadikan jenazah Almarhum di sana diambil kerana mereka mahu menguruskan jenazah dengan cepat dan sempurna.
cscacqjuaaa8dae
“Baba disemadikan di California. Kami ada beberapa pilihan termasuk membawa baba balik ke Malaysia. Semua pilihan ada pro dan kontra. Kami berbincang dan menimbang semua itu. Bukan mudah untuk kami membuat keputusan. Hati amat berat.
“Kami memilih untuk menguruskan jenazah Baba dengan sempurna dan cepat. Baba berpesan beberapa kali kepada kami bahawa di mana dia menghembus nafas terakhir, di situ dia bersemadi. Maka kami akan kebumikan Baba di California,” katanya.
Jenazah Allahyarham dimandikan pada pagi Jumaat waktu Amerika Syarikat dan dikafankan sebelum disembahyangkan selepas solat Jumaat di Masjid An-Nur, Santa Clara, California.
“2.24 pm / 5.24am (waktu Malaysia) : Selesai solat jenazah yang diimamkan oleh adinda tersayang Hamdi Haron selaku ketua keluarga.. Ramai jemaah Maashaallah…Jemaah Solat Jumaat tiga lapis ( kami sessi kedua)
Alhamdulilaah.. Tsummalhamdulilahh Tsummalhamdulilah..
14291736_1111049432321720_4893414456526733406_n
“Berebut-rebut jemaah datang memeluk dan menyantuni takziah pada kami. Terpana!!! Tidak sangka. Tidak pernah bersua.. Tidak pernah bersapa.. Tidak kenal siapa Cumaa ukhuwwah fillah.. Hangatnya persaudaraan di sini,” tulisnya. EZY

Gambar Permakaman.

 

Alhamdulillah Dato Haron Din sudah dimandikan, dikafankan dan baru shj selesai disolatkan. InshaAllah akan dikuburkan di Five Pillars Cemetery, Livermore


































proxy-24

Video: