Saturday, October 01, 2016

Cabaran Kaedah Berfikir Islam -Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.

Hasil carian imej

Video
Dato Tuan Ibrahim - Cabaran Dr Sudut Pemikiran Umat Islam

Netizen Kecam Munculnya Video Porno Di Papan Iklan.

Hasil carian imej untuk Video Porno di Papan Iklan Jakarta Selatan
Videotron di Jakarta Selatan menayangkan film porno. (Twitter/monstreza)

JAKARTA: Kejadian tak beretika terjadi pada hari raya umat Islam di negara umat Islam terbesar di dunia. Sebuah papan elektronik (videotron) di persimpangan kawasan Kebayoran Baru, dekat Pejabat Wali Kota Jakarta Selatan, menayangkan video porno, Jumat siang (30/09/2016). Sontak saja orang-orang di sekitarnya terkejut.

Pengamatan hidayatullah.com, isu video tak beretika tersebut menjadi perbincangan di Twitter. Hingga berita ini naik tayang, Jumaat sore, kata videotron masuk jajaran trending topic.

"Astaghfirullah .... (Kok) boleh kecolongan gitu ?! "kicau netizen dengan akaun anna_priyana @Ana_Jawir_.

"Ternodakan Indonesia sekarang. Ya Allah! "Tulis akaun Ts Jidra The Joker @ kwonjixxx88.

"Wahh..parah !!" kesal akaun DaengBaso @_DaengBaso.

"... Rasanya macam #videotron juga harus masuk dalam ranah KPI (Komisi Penyiaran Indonesia. Red)," kicau netizen dengan akaun Aly Nashir Muhammed @nashir_haer.

Netizen lain, astra @komangastraa, malah mengatakan, "Seharusnya videotron itu banyakin muter filem misteri ilahi atau azab dari tuhan? Jangan hanya iklan rokok sama nobar bola aja, ... "

Video itu menunjukkan laki-laki dan perempuan sedang beradegan porno. Warga yang sempat merakam saat melintas dekat papan iklan itu memuat naik rakaman video itu kepada media sosial.

Sementara, pihak polis dikhabarkan telah mematikan video tersebut. Kasie Humas Polsek Kebayoran Baru Bripka Bowo Sukindro mengaku mendapat laporan soal video itu selepas Jumatan.

Kata Sukindro, usai mendapat laporan tersebut pihaknya langsung mengirimkan petugas Binmas ke lokasi videotron. Petugas pun, kata dia, langsung memutuskan aliran elektrik untuk menghentikan tayangan video tersebut.

"Petugas kami secara langsung memutuskan aliran elektrik," ujar Sukindro dipetik detik.com.

Pemerintah Provinsi DKI Jakarta menyatakan tengah menghubungi pemilik videotron tersebut untuk diminta pertanggungjawaban.

"Sedang dicari yang punya LED-nya akan terus ditelepon oleh Dinas Pajak," ujar Kepala Suku Dinas Komunikasi, Maklumat, dan Kehumasan (Kominfomas) Jakarta Selatan Lestari, Ady Wiryono, dikutip CNNIndonesia.com. (Hidayatullah/IH)

RUU 355: Mufti PP Jaga Kepentingan Politik DAP?

Hasil carian imej untuk Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali

RUU 355: PAS Bidas Mufti Pulau Pinang

SHAH ALAM: Kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor bahawa Rang Undang-undang 355 tidak boleh disama taraf sebagai undang-undang Allah kerana ia usaha manusia, dilihat seolah-olah menjaga kepentingan politik parti tertentu.


Sambil membidas kenyataan itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali sebaliknya berkata, usul yang bakal dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah bagi menegakkan perintah Allah.

“Apa kehendak Allah? Kehendak Allah ialah RUU ini memberi kuasa kepada mahkamah syariah untuk menghukum pesalah syariah berdasarkan syariat Allah.


"Adakah selama ini dengan Akta 355 yang memberi kuasa kepada mahkamah syariah menghukum pesalah syariah hanya sekadar 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan 6 kali sebatan itu bertepatan dengan syariah?

“Adakah mufti memperakui perkara ini? Adakah mufti bersetuju Akta 355 ini bertepatan dengan syariah?,” kata Khairuddin yang dipetik sebuah portal.

Semalam, Wan Salim meminta mana-mana pihak agar tidak mengkafirkan orang yang tidak bersetuju dengan usul Hadi yang mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).

Wan Salim berkata, seseorang tidak wajar memaksa mana-mana ahli parlimen menerima RUU 355 dengan apa jua cara termasuk mengugut.

“Memang seorang Muslim wajib menerima hukum yang ditetapkan oleh ALLAH SWT, tetapi RUU 355 hanyalah satu langkah ke arah memperkasa dan memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia,” petik kata mufti itu semalam – AP 

Kes 6 Disember, Peguam Guan Eng Mohon Tangguh Teliti Dokumen 13,000 M/surat

GEORGETOWN – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan 6 Disember ini untuk pengurusan kes lanjut kes rasuah Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Khoon berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran.
Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu selepas pihak pembelaan memohon tempoh tambahan untuk meneliti dokumen pendakwaan setebal 13,000 muka surat.
Hadhariah berkata, tempoh dua bulan adalah mencukupi selain turut mengingatkan kes berkenaan tidak boleh ditangguhkan.
Salah seorang peguam Guan Eng, Gobind Singh Deo berkata, penangguhan itu dibuat bagi membenarkan pihak pendakwaan dan pembelaan menyelaraskan dokumen kes setebal lebih 13,000 muka surat.
Menurutnya, proses penyelarasan itu perlu dibuat bagi prosiding perbicaraan dijalankan dengan lancar.
“Ia satu prosedur biasa dalam kes mahkamah. Penyelarasan ini perlu untuk menyeragamkan dokumen kedua-dua pihak.
“Jika kita teruskan tanpa dilakukan penyelarasan indeks, maka prosiding perbicaraan akan mengambil masa yang panjang dan menimbulkan masalah,” katanya kepada media semalam.
Terdahulu, Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini di atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.
Sementara itu, Li Koon turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Guan Eng bagi mendapatkan untuk diri Guan Eng lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama – SH

Serangan Udara Rusia Ragut 3,800 Nyawa Di Syria

Hasil carian imej untuk Serangan udara Rusia ragut 3,800 nyawa di Syria
BEIRUT – Kira-kira 3,800 orang awam terbunuh akibat serangan udara Rusia di Syria sejak setahun lalu dalam kempen bagi mengekalkan kuasa Presiden Bashar al-Assad, demikian me­nurut sebuah kumpulan pemantau semalam.
Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, mereka adalah antara lebih 9,300 orang yang mati dalam serangan tersebut sejak 30 September tahun lalu.
Jumlah itu termasuk lebih 5,500 militan Daesh dan pelbagai kumpulan pemberontak lain, kata pemantau yang beribu pejabat di Britain itu.
“Sekurang-kurangnya 20,000 orang awam cedera dalam serangan Rusia ini, tambah SOHR.
Badan pemerhati yang bergantung kepada rangkaian sumber dalaman di Syria untuk mendapatkan maklumat itu berkata, pihaknya menentukan asal usul pesawat yang melakukan serangan di Syria itu berpandukan jenis, lokasi, corak penerbangan dan jenis peluru yang digunakan.
Pengarah kumpulan SOHR, Rami Abdel Rahman berkata, jumlah sebenar kematian akibat serangan Rusia boleh menjadi lebih tinggi berikutan ramai yang terkorban akibat serangan udara yang dilakukan oleh pesawat-pesawat tidak dikenali. – AFP

Perlembagaan DAP Bertentang Perlembagaan Negara, Apa Kata Dr. Aziz Bari?



MALAM tadi bertempat di 'Ruang' Seksyen 16, Shah Alam telah diadakan satu dialog 'Diskusi Kesetiaan kepada Raja dan Keluhuran Perlembagaan' anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Antara panelis yang dijemput adalah Dr. Aziz Bari (DAP), Hanif Khairi (Peguam Kanan), dan Adnan Seman (Peguam Kanan). 
Dialog malam tadi lebih menjurus kepada kuasa eksekutif YDP Agong dalam melantik dan memecat Perdana Menteri atas desakan deklarasi rakyat yang dibuat oleh Tun Mahathir.

Panelis menyokong supaya kuasa eksekutif YDP Agong dikembalikan semula selepas diubah oleh Tun M berpuluh tahun dahulu. 

Namun perkara yang tidak disangka berlaku apabila seorang hadirin yang hadir, Fariz Hadi mengajukan soalan kepada Dr. Aziz Bari berkenaan perlembagaan DAP yang langsung bertentangan dengan perlembagaan negara sedia ada.

Akibat tekanan dengan asakan soalan-soalan, Aziz Bari terus membuat kesimpulan bahawa Perlembagaan DAP sama seperti perlembagaan Persatuan penduduk.


Jika  DAP berjaya memerintah Malaysia, mereka MUNGKIN akan mengubah isi kandungan perlembagaan parti mereka namun buat setakat ini tidak diubah kerana tiada keperluan yang mendesak.


Dalam perlembagaan DAP, mereka tidak mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia yang ini bertentangan dengan perlembagaan rasmi negara.

Persoalan ini yang tidak dapat dihurai secara langsung oleh Aziz Bari kerana mungkin cuba untuk mempertahankan partinya bagi memastikan orang Melayu terus menyokong DAP. (TKO/IH)

Kondom, Dalam Soalan Peperiksaan PT3

Soalan PT3 Tentang Kondom Dapat Perhatian


SOALAN peperiksaan percubaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi mata pelajaran Sains kini menjadi perbualan hangat menerusi media sosial tempatan.

Ini berikutan, terdapatnya satu soalan bertanyakan pendapat tentang penjualan kondom.
Soalan itu berbunyi: ‘Jualan kondom secara terbuka akan membawa kesan negatif yang menyebabkan masalah sosial. Adakah anda bersetuju? Sila jelaskan.’
Sementara, dalam kertas soalan itu turut tertera jawapan pelajar yang bertulis: ‘Tidak. Kondom adalah satu langkah mengawal kelahiran yang diperlukan untuk mencegah kehamilan’.
kondom-kbat
Bagaimanapun, pemeriksa yang menyemak kertas soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) itu menandakan jawapan tersebut adalah salah.
Dek kerana itu, timbul persoalan kerana umum mengetahui, kondom digunakan sebagai alat pencegahan kehamilan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon yang dipetik oleh akhbar The Star berkata, pihaknya akan menyiasat hal tersebut.
“Mari kita siasat dan lihat apa masalah sebenar. Sesuatu tidak kena kerana kondom digunakan untuk mencegah kehamilan.
“KBAT memerlukan pelajar mempertahankan pendapat mereka ketika menjawab soalan-soalan tersebut. Kita perlu menghormati maklum balas mereka,” katanya.
Manakala, bekas Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPKKN), Datuk Dr. Raj Karim menyifatkan tindakan menandakan salah pada jawapan itu sebagai tidak adil.
“Kami sentiasa mengatakan bahawa kita perlu ajar pendidikan seks atau pendidikan kehidupan keluarga di sekolah dan kanak-kanak untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat dan selamat.
“Ia tidak bermakna anda perlu mengajar mereka mengenai perancangan keluarga, tetapi anda meminta mereka untuk mengamalkannya di kemudian hari.
“Walaupun pendidikan sedia diajar semasa mata pelajaran Biologi, pelajar tidak diajar mengenai fakta utama. Guru mungkin atau tidak mahu bercakap mengenainya atau hanya meminta pelajar membacanya sendiri,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: mStar Online



Friday, September 30, 2016

Sebentar Lagi. Petrol Naik 10 sen, Diesel 5 Sen.

Hasil carian imej untuk harga petrol naik

BANGI, Jumaat – Harga runcit petrol naik 10 sen seliter, manakala diesel meningkat kepada 5 sen seliter, berkuat kuasa tengah malam ini.
Kenaikan itu menjadikan harga runcit bagi RON95 ialah RM1.80 seliter, manakala RON97 sebanyak RM2.15 seliter.
Hasil carian imej untuk harga petrol naik
Sementara, harga diesel meningkat daripada RM1.70 kepada RM1.75 seliter.
Sebelum ini, harga runcit petrol bagi bulan September turun sebanyak 5 sen seliter, manakala harga diesel kekal RM1.70 seliter, selepas tiada kenaikan sejak Julai lalu. (IH)

Rasuah Inspektor Polis, 2 Tahun Dipenjara, Denda RM20,000

Hasil carian imej untuk Rasuah: Inspektor polis dipenjara dua tahun, denda RM20,000

KUALA LUMPUR, Jumaat – Seorang pegawai polis wanita yang sarat mengandung menangis teresak-esak selepas dihukum penjara dua tahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini akibat bersetuju menerima rasuah RM4,000.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azah Kasran terhadap pembebasan Inspektor Suriati Mohd Shafie, 35, yang hamil sembilan bulan, daripada pertuduhan itu.
Selepas mendengar keputusan itu Suriati menangis teresak-esak dan dia kemudiannya ditenangkan oleh rakan-rakan wanitanya.
Ab Karim berkata mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Nasir Nordin, telah terkhilaf semasa membuat keputusan di akhir kes pembelaan yang melepas dan membebaskan Suriati pada 23 Jan 2015.
Beliau memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda dan mengarahkannya menjalani hukuman penjara dua tahun itu bermula hari ini.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sehingga rayuannya di Mahkamah Rayuan selesai dan membenarkan wanita itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Dalam penghakimannya, Ab Karim berkata rasuah adalah kesalahan serius terutama bagi mereka yang menjaga keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang kerana melibatkan amanah dan integriti bukan sahaja kepada seseorang bahkan kepada jabatan dan masyarakat.
“Sebagai pegawai polis berpangkat Inspektor yang menjalankan penyiasatan, kamu seharusnya memegang amanah untuk menjalankan tugas dengan penuh integriti, malangnya, kamu tidak berbuat demikian.
"Kesalahan rasuah jika tidak dibendung akan menular seperti kanser dan akan melumpuhkan pentadbiran negara,” katanya.
Terdahulu, peguam G. Subramaniam Nair yang mewakili Suriati selaku responden, merayu hukuman ringan atas alasan anak guamnya sedang mengandung sembilan bulan selain mempunyai dua anak yang masih kecil.
Suriati yang berkhidmat 10 tahun dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) didakwa bersetuju menerima rasuah RM4,000 daripada Nurullizean Yahya sebagai dorongan membantu melepaskan suaminya, Tchouanseu Tchounga Armand, warga Cameroon yang disyaki terlibat kes samun.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bilik pejabat Tingkat 3, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields (Balai Polis Petaling), antara 8.30 malam dan 9.30 malam pada 22 Jan 2013.
Pegawai polis itu didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Sementara itu mahkamah turut memerintahkan Suriati membela diri terhadap satu lagi pertuduhan meminta suapan RM6,000 daripada Nurullizean sebagai dorongan membantu melepaskan suaminya itu pada 1 tengah hari, di tempat dan hari sama, mengikut Seksyen 16(a)(B) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.
Seorang lagi pegawai polis ASP S. Ravintharan, 53, yang turut didakwa bersama-sama Suriati bagi pertuduhan bersetuju menerima rasuah di tempat dan tarikh sama, antara 8.30 malam dan 9.30 malam juga diarah membela diri.
Ravintharan selaku responden yang diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent sebelum ini turut dilepaskan dan dibebaskan.
Mahkamah menetapkan 6 Okt untuk Suriati dan Ravintharan membela diri.- Bernama

Judi Sabung Ayam Secara Online Pertama Di Negara Ini..

Hasil carian imej untuk Judi Sabung Ayam Secara OnlineAgen Sabung Ayam Terbaik 2016 

KUCHING – Satu sindiket judi sabung ayam secara online yang dipercayai kes pertama dikesan di negara ini tumpas apabila sepasukan anggota polis menyerbu sebuah premis di Pusat Ko­mersial RH di Jalan Lapangan Terbang di sini petang kelmarin.
Serbuan itu dilakukan sepasukan anggota dan pegawai polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching yang diketuai Asisten Superintendan Ooi Jin Bing kira-kira pukul 3.25 petang.
Semua gambar-gambar di bawah ini hanya hiasan sahaja.
Hasil carian imej untuk Judi Sabung Ayam Secara Online

Hasil carian imej untuk judi sabung ayam
Hasil carian imej untuk judi sabung ayam
Hasil carian imej untuk judi sabung ayam
(IH)

Hudud & Kehidupan Cina Di Brunei -Ong Boon Teck

Brunei
Bendera Brunei.

BRUNEI Darussalam adalah negara pertama melaksanakan hukum hudud di rantau Asia Tenggara. Ia mula berkuat kuasa pada 1 Mei 2014 secara berperingkat.

Pengumuman Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada awal 2014 itu mendapat sokongan penuh daripada penduduk Islam. Sungguhpun mendapat kritikan daripada Pertubuhan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kerajaan Brunei tetap tegas dengan pendirian untuk melaksanakan hukum Islam itu yang turut dikuatkuasakan ke atas rakyat bukan Islam.

Hampir 70 peratus daripada 420,000 rakyat negara itu adalah penduduk Islam manakala kira-kira 11 peratus adalah bukan Islam. Wartawan Sin Chew Jit Poh yang melakukan tinjauan ke negara pengeluar minyak itu, khasnya mengenai kesan hukum hudud terhadap kehidupan masyarakat Cina di sana.

Wartawan akhbar ini melaporkan, sewaktu Ramadan, rakyat bukan Islam (termasuk pelancong asing) dikatakan turut dikenakan tindakan jika makan, minum mahupun merokok di kawasan khalayak ramai. Setiap pesalah akan dikenakan hukuman denda tidak lebih 4,000 dollar Brunei, penjara tidak melebihi setahun ataupun kedua-duanya.

Menurut seorang pengusaha restoran Cina, Ramadan jelas menjejaskan perniagaannya setelah hukum hudud dilaksanakan dua tahun lalu.

"Pada Ramadan tahun ini, perniagaan saya merosot sehingga 80 peratus, lebih teruk berbanding tahun lalu. Ini adalah kerana kemungkinan pada tahun lalu, terdapat ramai pelancong yang datang melancong ke Brunei disebabkan mereka tidak sedar hukum hudud telah pun dilaksanakan di sini," kata pengusaha restoran ini.

Katanya, sepanjang bulan puasa, semua pelanggan sama ada Islam atau bukan Islam tidak dibenarkan makan pada waktu siang, tetapi cuma boleh membeli secara bungkus sahaja.

"Ramai orang telah didenda. Sesiapa sahaja boleh ambil gambar dan mengadu jika didapati ada orang makan atau minum di dalam restoran," katanya.

Selain tidak dibenarkan jual makanan dan minuman di bulan puasa, satu lagi undang-undang Islam yang dikuat kuasakan terhadap semua pekedai ialah tidak dibenarkan menjalankan perniagaan pada waktu solat Jumaat.

Kerajaan Brunei telah pun menetapkan setiap Jumaat, semua pejabat kerajaan, swasta, restoran dan gedung perniagaan diwajibkan rehat dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang, bagi memudahkan umat Islam menunaikan solat Jumaat di masjid.

Akhbar ini berpendapat, ini jelas menyukarkan di kalangan bukan Islam untuk menjamu selera di restoran pada waktu berkenaan. Apa yang dilihat oleh wartawan ini ialah pada jam 11 pagi setiap Jumaat, ramai orang telah mula berkunjung ke kedai makan untuk membungkus makanan tengah hari mereka.

Dan tepat jam 12 tengah hari, semua kedai dan pejabat mula menutup pintu, manakala aliran kenderaan di jalan raya mulai berkurangan sehinggalah jam 1 petang, kelihatan tidak ramai orang berada di jalan-jalan utama di Bandar Seri Begawan.

Bagi rakyat bukan Islam di Brunei, mereka perlu berpakaian sopan ketika berada di kawasan khalayak ramai. Selain itu, mereka tidak dibenarkan minum minuman keras secara terbuka. Sesiapa yang melanggar undang-undang ini akan dikenakan hukuman yang setimpal.

Sejak pelaksanaan hukum hudud, memang tidak dinafikan ia membawa kesan yang ketara terhadap rakyat bukan Islam di Brunei. Sebagai contoh, kerajaan Brunei secara rasmi melarang perayaan Hari Natal diraikan di tempat awam termasuk juga melarang mengucapkan 'Selamat Hari Natal' dan mengenakan pakaian Santa Claus oleh kalangan Muslim.

Bagi penganut Kristian, mereka tidak dibenarkan menyambut perayaan itu secara terbuka. Begitu juga dengan Tahun Baharu Cina, turut menerima sekatan yang terbaru apabila mulai tahun ini, semua persembahan tarian singa hanya dibenarkan diadakan selama tiga hari, iaitu tiga hari pertama perayaan. Manakala persembahan hanya dibenarkan diadakan di tiga lokasi sahaja, iaitu di tokong, sekolah dan rumah milik ahli persatuan Cina.

Dari segi pendidikan di sekolah, sejak 1984, Brunei memperkenalkan  pendidikan dwibahasa bagi menjamin pelajar berkebolehan dalam menguasai kedua-dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Sekolah-sekolah Cina (sekolah rendah dan sekolah menengah) turut diwujudkan. Bagaimana pun, selain mengikuti kelas Mandarin, murid-murid sekolah rendah dan menengah Cina turut diwajibkan belajar tulis jawi.

Difahamkan, pelajaran tulisan jawi baru dikuatkuasakan di sekolah-sekolah Cina beberapa tahun lalu. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, tiada masalah apa-apa pun. Bandingkan dengan layanan Negara China terhadap rakyatnya yang beragama Islam, atau negara AS terhadap rakyatnya yang berkulit hitam. Jauh beza bagaikan langit dengan bumi..

Kompleks Perniagaan Telekomunikasi 100% Wanita Di Buka Di Saudi..

saudi-women-

RIYADH: Di Arab Saudi Kementerian Buruh dan Pembangunan Masyarakat secara rasmi membuka sebuah kompleks perniagaan telekomunikasi yang 100 peratus diusahakan golongan wanita tempatan.

Lebih unik, gedung bisnes berkenaan menawarkan perkhidmatan yang bersepadu lengkap untuk keperluan kaum Hawa dan terletak di Ghurnatah, daerah Al-Remal timur Riyadh, lapor portal berita domestik Arab News.
Selaras Program Transformasi Kebangsaan 2020 dan Wawasan Arab Saudi 2030, kompleks telekomunikasi itu turut menyaksikan penglibatan sepenuhnya rakyat tempatan sendiri langsung tanpa menggaji mana-mana pekerja asing.
Buat masa ini, gedung itu berjaya menempatkan lebih 40 buah kedai dengan menjual segala jenis produk gajet, aksesori dan perkhidmatan telekomunikasi selain sebuah medan selera yang sudah mula beroperasi sejak bulan lalu.
saudi women2
Paling menarik, pihak pengurusan kompleks berkenaan juga menawarkan sewa percuma selama tiga bulan bagi membantu semua usahawan wanita untuk bertapak kukuh perniagaan mereka dahulu sebelum dapat bersaing.
Selain bantuan dana Human Resources Development Fund (Hadaf) dan pinjaman bebas riba Saudi Credit and Saving Bank, pihak kompleks itu menyediakan banyak bilik mandi, kamar rehat serta kawalan keselamatan 24 jam.
Tidak ketinggalan, perkhidmatan bas khas turut diadakan untuk mengangkut pekerja dan peniaga berulang-alik dari rumah mereka ke kompleks tersebut kerana wanita di Arab Saudi masih dilarang memandu kenderaan sendiri.
Majlis perasmian dihadiri oleh penasihat kementerian, Dr. Ibrahim Al-Shafi, dan Setiausaha Rendah Program Khas Kementerian, Abdulmunim Al-Shihri serta pemilik gedung berkenaan sendiri, Abdulrahman Al-Hameed.
Kerajaan memberi jaminan pewujudan kompleks khas seumpama itu mampu memberi peluang perniagaan kepada ramai usahawan wanita membina kerjaya tanpa gangguan atau persaingan kotor. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan itu sahaja, wujudkan kompleks muslimah begitu sekurang-kurangnya dapat menghindar dan mengawal masalah sosial seperti pergaulan bebas, dan lain-lain. (Agensi/IH)


saudi women2

Zila AF4 - Mohd. Khairul, Mengaku Salah Berkhalwat.

Hasil carian imej untuk Zila AF4 mengaku salah berkhalwat
Zila Seeron dan Mohd. Khairul Azizi Burhanudin mengaku bersalah atas tuduhan khalwat.

HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR – Bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Zila Seeron, 28, dan pengurus sebuah syarikat swasta, Mohd. Khairul Azizi Burhanudin, 32, masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam selepas mengaku berkhalwat di sebuah unit apartmen pada bulan lalu.
Hakim Syarie, Azzeman Omar menjatuhkan hukuman itu selepas Zila atau nama sebenarnya, Nur Azilah Seeron dan Mohd. Khairul mengaku berkhalwat di unit apartmen beralamat A-15-2 Apartmen Jalil Damai, Jalan 14/155C Bandar Bukit Jalil di sini antara pukul 6.55 pagi dan 7.13 pagi, 13 Ogos lalu.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) dan (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu berkhalwat yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Azzeman membuat keputusan itu selepas mendengar rayuan daripada Mohd. Khairul dan Zila yang tidak diwakili peguam meminta mereka dihukum denda kerana masing-masing mempunyai keluarga yang perlu ditanggung. (KOsmo!)

Lagi Rasuah! Pengarah JKR Melaka Pula..


Hasil carian imej untuk Pengarah JKR Melaka didakwa rasuah

ANGGOTA SPRM membawa Khalid (tengah) keluar dari kamar mahkamah selepas didakwa atas 16 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Melaka semalam.
MELAKA – Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Me­laka, Datuk Khalid Omar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 16 pertuduhan menerima suapan dan pengubahan wang haram berjumlah RM1.28 juta.
Bagaimanapun, Khalid, 56, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Tertuduh didakwa atas 13 pertuduhan me­nerima suapan berjumlah RM196,200 membabitkan nilai antara RM3,000 hingga RM41,200 daripada lima individu dan tiga buah syarikat sebagai upah kerana melakukan suatu perbuatan berhubung hal ehwal prinsipal dengan membantu mendapatkan kerja-kerja menyelenggara, meluruskan dan menurap semula jalan serta membina dan menyiapkan sebuah klinik kesihatan di sekitar Melaka Tengah.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Batu Berendam dan pejabat JKR Melaka, Jalan Taming Sari di sini antara Mac 2014 sehingga Ogos lalu.
Daripada 13 pertuduhan itu, lapan pertuduhan dilakukan mengikut Sek­syen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. (Kosmo!)

MP PKR Duduk Serumah Dg Peguam Hindu PKR.. Patut Lawan Undang Islam?

2fd1d-chegu_bard_samm_20150616_tmikamal_ariffin_04

AIDCNews – 29/9/16 –Siapa Ahli Parlimen PKR yang duduk serumah dengan peguam perempuan PKR tanya berkahwin.
“Wakil parlimen PKR duduk serumah dengan peguam pompuan PKR???? Hangpa berjimat cermat ka main kongsi bilik nie? Jabatan agama tak buat kerja ke? Cekup la.. Buh penampar sorang satu.. Bala bala..
"Patut la sedap sangat lawan undang-undang Islam nak dilaksanakan.. Nie rupanya kerja korang…,” kata Mohd Sobri dalam Facebook sekejap tadi.
Mohd Sobri membuat ulasan itu berdasarkan pendedahan terbaharu ahli PKR yang dipecat keahlian Badrul Hisham Saharin hari ini.
Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa telah menerima rakaman visual ‘pasangan’ tersebut.
“Baru meneliti detail termasuk visual mengenai skandal seorang peguam (Islam) dan seorang ahli parlimen (Hindu) duduk serumah dan kedua-duanya pasangan lelaki dan perempuan ini ialah pimpinan pusat parti….,” dedah Chegubard.
Menurut Chegubard ‘pasangan ahli pimpinan parti pusat’ itu juga sebelum ini sering mengkritik dan menyerangnya berikutan pendedahan isu yang berkaitan dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
"Respon saya mudah, mereka antara teruk menfitnah dan menyerang saya… namun saya katakan pada pemberi maklumat terima kasih… saya tidak menyerang orang dengan isu peribadi.. walaupun mereka giat menyerang saya dengan cara kotor….
“Kalau saya nak serang pun mengenai prestasinya selaku wakil rakyat yang tidak ‘tengok’ kawasan…
“Cuma kepada watak itu yang saya sangat yakin membaca status ini, ingatlah jangan suka berkokok tak tentu hala kalau ekor sendiri bergelumang taik.
“Walaupun hangpa gerakkan siap timbalan ketua AMK PJS dan lain-lain fitnah cheGuBard tapi che’GuBard masih waras tidak bermain politik serangan peribadi,”katanya lagi.
Wakil parlimen PKR duduk serumah dgn peguam pompuan PKR???? Hangpa berjimat cermat ka main kongsi bilik nie? Jabatan agama tak buat kerja ke? Cekup la.. Buh penampar sorang satu.. Bala bala.. Patut la sedap sangat lawan undang2 islam nk di laksanakan.. Nie rupanya kerja korang... Toksah cakap tak buat ape ape.. Kucing mana tolak ikan? Buaya mana tolak bangkai? Celako celako celako

Parti Itu Calon Ada, Jentera Pula Tiada – Tuan Ibrahim.

Parti Itu Calon Ada, Jentera Pula Tiada - Dedah PAS


PAS mendedahkan pengalaman pahit ketika pernah bersama rakan tahaluf siyasinya yang hanya mementingkan calon ketika pilihan raya tetapi tidak mengendahkan mengenai aspek lain.

Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata rakannya itu lebih mengutamakan calon untuk bertanding tanpa fikir jentera parti yang harus diwujud bagi menjalankan kerja sepanjang berlangsung kempen dan selepasnya.
“Pertandingan dalam sesuatu pilihan raya bukan hanya sekadar menonjolkan ada calon sahaja. Jentera parti itu pun mesti wujud bagi menjalankan gerak kerja sepanjang kempen dan selepasnya.
“Kempen parti bukan setakat mempamerkan calon yang kononnya diiktiraf berwibawa dan boleh menang ketika pilihan raya semakin dekat tetapi juga persediaan setiap jentera dan petugas.
 
“Ada parti yang ada calon tapi jentera dan petugas langsung tak nampak ‘batang hidung’. Lebih malang, ada parti yang longgok poster calon dan bendera di pejabat dan markas PAS untuk minta petugas PAS menguruskannya.
“Kalau parti setahun dua ditubuhkan, PAS sentiasa membantu dan memaafkan kekurangan tersebut. Tetapi parti lama yang jenis yang hanya muncul masa musim pilihan raya dan berucap bergegar-gegar… maaflah!
“Sebenarnya, keadaan inilah yang akan cetus perebutan kerusi. Calon yang ada jentera bekerja di bawah tidak diberi kerusi manakala calon yang diberi kerusi tiada jentera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR telah berkubur akibat pertelagahan bersama DAP yang tidak bersetuju dengan dasar Islam diperjuangkan PAS, namun DAP masih bertahaluf bersama PKR.
Tambah Tuan Ibrahim, PAS dijadikan seumpama punching bag dengan pelbagai tuduhan kurang enak terutamanya fitnah yang paling banyak diulang iaitu kononnya hendak kerjasama dan ‘makan dedak’ UMNO.
“Ketika PRN Sarawak, PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAS diserang dengan hebat dari pelbagai penjuru. Serangan dari kawan (PKR) yang masih bertahaluf pun tidak kurang juga hebatnya.
Parti Itu Calon Ada, Jentera Pula Tiada - Dedah PAS
“Maklumlah sudah dapat rakan baharu (PAN) yang kononnya dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan PAS.  Meskipun diserang, hari ini nampaknya ramai pula mengharapkan kerjasama bersama PAS.
“Bukankah pelik untuk meminta kerjasama dengan sebuah parti yang dituduh sebagai pemakan dedak UMNO selama ini?” jelas Tuan Ibrahim lagi dalam kenyataan tersebut.
Mengerti dengan realiti politik semasa yang dialami, beliau berharap PAS akan terus melangkah ke hadapan dengan matlamat membawa rahmat kepada semua pihak dengan Islam.
“Sebagai parti yang lama dan mempunyai banyak pengalaman dalam kerjasama politik, PAS boleh mengenal ribut yang perlu diharungi melalui istiqamahnya.
“Membaca dan mengenal keikhlasan kawan atau kawan yang hanya ingin menumpang kekuatan yang ada pada PAS, menghidu musuh dan kepura-puraan musuh yang ingin berkawan.
“Juga menyedari bahawa PAS turut tidak boleh lari daripada kesilapan tetapi sentiasa istiqamah dalam usaha memperbaiki kesilapan dan mengatasi kekurangan,” kata Tuan Ibrahim.
Tambahnya, PAS kini sedang memperkukuhkan blok Gagasan Sejahtera dalam persedian menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang bersama-sama Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan Berjasa.
“PAS kini perlu memperkasakan muafakat dengan rakan yang sedia menerima dasar yang dibawa oleh PAS. PAS sedang membina kekuatan blok Gagasan Sejahtera walaupun pelbagai cemuhan dibuat.
“Bagi PAS, ia lebih senang berpakat dengan yang jujur daripada yang hanya ingin mengambil kesempatan dalam muafakat. Ada orang sinis dengan gagasan ini apa lagi bila dikaitkan dengan Islam atau nilai Rabbani.
“Ia merasa akal manusia lebih hebat daripada apa yang diturunkan oleh Allah. Pedulikan pandangan naif ini kerana kemanisan madu tidak akan dapat dinikmati, melainkan orang yang meminumnya.
“Kini, fokus rakyat tertumpu kepada pilihan raya. Rakyat perlu menilai kerja berterusan parti bantu rakyat waktu senang dan susah. Wakil rakyat bukan hanya dilihat muncul waktu keraian, kematian atau perayaan sahaja.
“Tetapi rakyat perlu melihat kesungguhan mereka dalam membawa isu rakyat di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri serta bangkit berhujah dan membela nasib rakyat.
“Wakil rakyat perlu sedar ia adalah jawatan adalah amanah berat yang akan dihisab di akhirat. Pertimbangan kerja berasaskan nilai ukhrawi menyebabkan mereka sedar beratnya tanggungjawab.
“Bukan mengambil kesempatan membolot kekayaan dan bermegah dengan pelbagai gelaran lalu menekan dan menzalimi rakyat marhaen di saat mempunyai kuasa dan kemaruk mempertahankan kuasa.
“Jawatan dalam politik tidak boleh dilihat sebagai peluang membolot kekayaan peribadi dan kroni sendiri,” kata Tuan Ibrahim lagi menerusi kenyataan tersebut. – Agensi


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails