Friday, October 21, 2016

Ruh, Ziarah & Saling Bertemu. Kuliah Jumaat Abd Hadi 29 Julai 2016

Hasil carian imej untuk tembolok burung hijau disyurga
Video -09/37: Kuliah Jumaat 24 Syawal 1437/12 29 Julai 2016
Hasil carian imej untuk jalan yang lurus
KULIAH JUMAAT 24 SYAWAL 1437H / 29 JULAI 2016

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-112: Kuliah Jumaat Abd Hadi Presiden PAS.
E-Buku IH-112: Kuliah Jumaat Abd Hadi Presiden PAS.
Ikuti selanjutnya..

Rasuah Jerung: 9 Menteri, 19 Gabenor Dipenjara. M'sia?

Hasil carian imej untuk rasuah indonesia


JAKARTA - INDONESIA. Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata pentadbirannya mengambil tindakan tegas terhadap pesalah rasuah.

Menerusi wawancara khas beliau bersama BBC News, Joko Widodo atau lebih di kenali sebagai Jokowi berkata, tindakan itu termasuklah terhadap perasuah  'jerung' di negaranya.

Katanya, tiada sikap pilih bulu dalam menangani gejala rasuah di negaranya.

"Kami mengambil tindakan keras dan tegas, kerana sebanyak sembilan orang menteri, 19 gabenor, 300 pemimpin tempatan dan 100 ahli parlimen berada dalam penjara kerana rasuah," katanya.

Ujarnya lagi, kerajaan pimpinannya akan sentiasa konsisten dan akan berusaha lebih gigih untuk membanteras gegala tersebut. 

Malaysia, menterinya masih belum dipenjara lagi, baik sangatkah masalah rasuah di sini? (IH)

2 Peguam Didakwa Menipu. Pagar Makan Padi..

Hasil carian imej untuk Dua peguam didakwa menipu
WAN ABD. RAZAK (kiri) dan Azura didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu kerana membuat tuntutan palsu semalam.
KOTA BHARU – Dua peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Kelantan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan membuat 13 tuntutan mitigasi palsu melibatkan wang berjumlah RM650 pada tahun lalu.
Tertuduh, Azura Ghazali, 32, dan Wan Abd. Razak Wan Dollah, 41, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Adli Abd. Ghalib.
Mengikut pertuduhan, Azura didakwa memberikan satu dokumen iaitu Claim Form (borang tuntutan) YBGK Kelantan kepada pegawai tadbir yayasan itu, G. Abirami yang mengandungi tuntutan palsu perkhidmatan mitigasi berjumlah RM250 atas nama lima individu.
Perkhidmatan mitigasi bermaksud seseorang peguam mengemukakan sebarang rayuan untuk anak guam yang diwakilinya. 
Harapkan pagar, pagar makan padi? (IH)

RUU355: Apa Tak Bimbang, PKR Bukan Parti Islam, Parti Asobiah Macam UMNO..

WanAzizah

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang diusulkan PAS di Parlimen bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah sebagai membimbangkan.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan rasmi PKR mengenai usul tersebut menegaskan, perkara paling membimbangkan dalam usul yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berhubung skop hukuman ke atas pesalah syariah.
Beliau tidak menyatakan secara terbuka penentangan PKR ke atas RUU355, namun menegaskan sebarang pindaan untuk meminda undang-undang berkaitan kesalahan jenayah di negara ini wajib dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.
Isteri banduan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bagaimanapun secara terus terang menyatakan PKR mempunyai beberapa kemuskilan dan keraguan berkaitan RUU355 seperti yang dibentangkan oleh Abdul Hadi sebagai Ahli Parlimen Marang baru-baru ini.
“Oleh kerana RUU 355 ini melibatkan undang-undang berkaitan kesalahan jenayah berhubung dengan melanggar lunas-lunas Islam, maka skop hukuman yang dicadangkan bagi undang-undang ini perlu cukup jelas.
“Apa-apa pindaan undang-undang yang memberi kuasa untuk menghukum wajib terang dalam maksudnya. Apa-apa perubahan juga perlu jelas supaya undang-undang baru ini adalah selaras dengan apa yang difahamkan sebagai lunas-lunas Islam sendiri. Perbincangan perlu juga atas aspek sama ada pindaan ini adalah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Usaha PAS untuk memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah melalui RUU355 mendapat tentangan hebat parti-parti komponen Pakatan Harapan terutama DAP yang menyifatkan RUU355 merupakan strategi PAS untuk melaksanakan hukum Islam hudud di Malaysia.
Beberapa pemimpin DAP sebelum ini mendakwa hudud yang dicadangkan oleh PAS bercanggah dengan Perlembagaan Negara, undang-undang lapuk dan ketinggalan zaman malah akan mengundang bias kepada golongan lemah terutama kaum wanita.
RUU355 turut dikecam parti Islam yang mewakili Pakatan Harapan iaitu Parti Amanah Negara (PAN) kerana mendakwa terdapat banyak kekeliruan yang menimbulkan keresahan bukan Islam di negara ini.
“Pendirian PKR untuk RUU355 dibahaskan adalah bersyarat bahawa mana-mana pindaan undang-undang sedia ada mesti mematuhi dan memenuhi prinsip-prinsip murni keadilan dan kesaksamaan dalam Islam serta tidak bercanggah dengan teks dan semangat Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia,” tegasnya. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa nak heran, PKR bukan parti Islam macam PAS yang perjuangkan negara Islam. PKR perjuangkan negara asobiah sempit, pecahan dari UMNO kerana masalah peribadi. 
Sekarang masalah peribadi itu sudah selesai, sudah berdamai. PKR juga parti sekular macam UMNO, DAP. PAN pun masih belum menunjukkan dasar Islamnya. Kebimbangan dan dolak-dalih PKR makin jelas, takut rakyat tahu, PKR bukan perjuangkan Islam seperti yang di dalan Al-Quran dan Hadis. 
Itu sebab 'puak-puak liberal' ramai di dalamnya. Ini yang sepatutnya didedahkan supaya rakyat dan pengundi Islam di Malaysia tahu, mana Islam mana yang menggunakan topeng mengelirukan umat Islam. (IH)

Wanita Melawan Si Gila (Donald Trump) Dengan Gila (Menunjuk Kemaluan).


Protes kejahatan seks Trump, wanita AS nekat pamer 'kemaluan'. Mereka ramai-ramai mendatangi Trump Tower dan meluapkan segala amarahnya sambil membawa poster dan atribut berbentuk vagina. Seorang wanita memakai pakaian faraj semasa mengadakan tunjuk perasaan di depan Trump Tower, Manhattan, New York City, AS Rabu (19/10). Dalam aksinya mereka membantah dan mengecam tindak kejahatan seks yang pernah dilakukan calon presiden dari Parti Republikan, Donald Trump.

PROTES kejahatan seks Trump, wanita AS nekad menunjuk-nunjuk 'kemaluan'. Mereka ramai-ramai mendatangi Trump Tower dan meluahkan segala amarahnya sambil membawa poster dan sifat-sifat ini berbentuk faraj.

Protes kejahatan seks Trump, wanita AS nekat pamer 'kemaluan'. Mereka ramai-ramai mendatangi Trump Tower dan meluapkan segala amarahnya sambil membawa poster dan atribut berbentuk vagina.
Dua penunjuk perasaan memakai poster bergambar faraj dan tubuh wanita semasa melakukan tunjuk perasaan di depan Trump Tower, Manhattan, New York City, Amerika Syarikat, Rabu (19/10).

Inikah negara yang kononnya maju menjadi idola negara-negara sekular di dunia? Sepatutnya pilih yang baik sahaja. Bukan kaut semua baik-buruknya. Yang macam ni tak boleh ikut!
(IH)

Thursday, October 20, 2016

Usul RUU 355 Akan Dibahas Selepas Selesai Usul K'jaan.

dewan-pandikar

KUALA LUMPUR, 19 Muharram 1438H, Khamis – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyifatkan kebenaran atau larangan perbahasan mengenai usul Rang Undang-Undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965  atau RUU 355 bergantung kepada kerajaan di bawah Peraturan Mesyuarat 15.

Katanya, sungguhpun usul yang dibawa oleh Abdul Hadi Awang itu sudah termasuk dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat, tetapi mereka perlu menunggu urusan kerajaan selesai sebelum diputuskan samaada boleh dibahas atau tidak.
Difahamkan, speaker tidak mempunyai hak dalam menentukan usul yang perlu didahulukan atau dikeluarkan daripada aturan mesyuarat tidak termaktub dalam peraturan.
“Kerajaan sahaja yang berhak menentukan usul yang bakal dibahaskan di parlimen kecuali jika Peraturan 15 diubah bagi membenarkan speaker membuat pilihan usul untuk dibentangkan,” katanya.
Undian RUU 355 akan dilakukan seperti undian biasa kerana ia tidak akan mengubah perlembagaan.
Namun setakat ini, usul berkenaan berada di kedudukan nombor lima dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat.. (ismaweb.net)

Kes M/Faizznur: Jangan Pecah Amanah, Makan Harta Anak Yatim.

Isu Songlap: Netizen Anggap Faizznur Makan Harta Anak Yatim

DIGELAR dengan pelbagai gelaran selepas didakwa ‘pecah amanah’, Facebook Muhammad Faizznur Asyraf Husain terus ‘dihujani’ dengan serangan netizen sejak pendedahan kakaknya, Yusnida Husain semalam.

Rata-rata netizen mempersoalkan wang derma yang diberikan orang ramai dan mahukannya untuk menjelaskan dakwaan pecah amanah itu.
Roslan Akmad dalam akaun Facebook menjelaskan wang berkenaan bukan hak Faizznur dan rakyat negara ini berhak mengetahui ke mana duit tersebut digunakan.
“Dulu bukan main cakap kat wartawan yang awak mahu mengambil alih hak penjagaan kedua-dua anak saudara. Memang pelik,” tulisnya dalam status hari ini.
Ada netizen juga mengajak rakyat negara ini yang memberi sumbangan untuk membuat laporan polis kerana wang yang diberikan tidak sampai kepada empunya badan.
Netizen menganggap tindakan memakan duit anak yatim adalah haram di sisi agama dan menasihatkannya untuk bertaubat sebelum terlambat.
“Tak berbaloi makan duit anak yatim, jahanam lah jawapan lepas ini. Mustahil orang derma RM12K, kalau kau kaya sekarang hasil duit derma utk budak tu..tu pun msh harta dorg…haram darah yg mengalir dlm tubuh anak kau…buatlh apa yg ptut sblm trlambat….#kalaubetullah,” tulisnya.
Namun, ada juga netizen mencadangkan supaya Faizznur menunjukkan bukti dari bank atau sebarang resit yang dapat menjelaskan aliran wang sumbangan itu.
Sedikit Penjelasan dari Weblog Ibnu Hasyim.
Al-qur’an surat Al-ma'un aya 1 dan 2 berikut ini.

أَرَءَيْتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ فَذَٰلِكَ ٱلَّذِى يَدُعُّ ٱلْيَتِيمَ

  • Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang menghardik anak yatim (Q.S. Al-ma’un ayat 1 dan 2)
Siapa dia pendusta atau agama atau musuh agama Allah? Dia itulah (orang yang menghardik anak yatim) yakni menolaknya dengan kuat dan tidak mahu memberikan hak yang sepatutnya anak yatim terima. 

Selain itu, menghardik anak yatim juga termasuk mengatakan atau membentak anak yatim dengan perkataan kasar sehingga membuat anak yatim sedih dan bercucuran air mata. Bayangkan, hanya dengan membuat anak yatim sedih saja kita termasuk orang yang mendustakan agama alias musuh agama.


imana pula jika mengzaliminya, dengan membiarkan mereka kelaparan? Di rumah yang di dalamnya memelihara maka Allah akan memudahkan rezki yang tidak disangka-sangka kepada orang tersebut. 

  • Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diperlakukan (diasuh) dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk. (HR. Ibnu Majah)
Dan juga, rumah orang yang terdapat anak yatim juga mendapat murka Allah SWT. Mengapa demikian? Mengutip hadits di atas tadi  “seburuk-buruk rumah kaum muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk”.

Kerana mereka memperlakukan anak yatim dengan tidak selayaknya. Ertinya, meraka menganiaya anak yatim. Ataupun meraka bukan memeliharanya malah memakan harta anak yatim itu. 

Surat An Nisa ayat 10 berbunyi sebagai berikut:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَٰلَ ٱلْيَتَٰمَىٰ ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِى بُطُونِهِمْ نَارًۭا ۖ وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًۭا

  • "Sesungguhnya orang yang makan harta-harta anak yatim dengan cara penganiayaan, maka hanyasanya yang mereka makan dalam perut mereka itu adalah api neraka dan mereka akan masuk dalam neraka Sa'ir." (an-Nisa': 10) 
Al-Hadis..
  • Dari Abu Syuraih, iaitu Khuwailid bin 'Amr al-Khuza'i r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya saya sangat memberatkan dosa (kesalahan) orang yang menyia-nyiakan haknya dua golongan yang lemah, iaitu anak yatim dan orang perempuan."

Ini adalah Hadis hasan yang diriwayatkan oleh an-Nasa'i dengan isnad yang baik.



Maksudnya adalah memakan tanpa hak (bahwasanya mereka menelan api sepenuh perut mereka) kerana harta itu akan berubah di akhirat nanti menjadi api (dan mereka akan masuk dalam api yang bernyala-nyala) yakni api neraka yang menyebabkan mereka terbakar hangus. Yaitu dalam neraka yang bernama sa’ir.

Pada hadits, juga dijelaskan bahawa dosa  yang berat akan dipikul oleh orang-orang yang mengambil hak anak yatim. Baik itu berupa harta atau memeberi santunan kepada mereka.

Pernah dalam perjalanan isra dan miraj beliau SAW, Allah memperlihatkan siksa bagi orang-orang yang hidup di dunia sesuai amal perbuatannya termasuk didalamnya orang-orang yang  memakan harta anak yatim. Keadaan mereka sangat mengerikan dengan kedua tangan mereka dibelenggu dan begitu juga dengan kaki-kaki mereka.

Diatas punggung mereka diletakkan seterika yang panasnya luar biasa membara. Tentu saja dalam waktu sekejap atau sebentar saja kulit akan rontok dan melepuh. Seketika, kulit kembali sebagaimana sedia kala, dan diletakkan kembali setrika yang maha panas tadi diatas punggungnya.

Begitulah seterusnya terjadi hingga pengulangan kejadian ini berlangsung dalam jangka waktu yang sangat lama. Yaitu sesuai kejahatannya.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:


  • Bahwa Nabi saw. bersabda: Api kalian yang dinyalakan anak-cucu Adam adalah sepertujuh puluh dari panas api Jahanam. Para sahabat berkata: Demi Allah, bila sepanas ini saja sudah cukup wahai Rasulullah saw. Beliau bersabda: Sesungguhnya panas api tersebut masih tersisa sebanyak enam puluh sembilan bagian, panas masing- masing sama dengan api ini 

Hadis dalam kitab Sahih Muslim.


Dalam hadits lain rasulullah juga pernah bersabda:
  •  Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., bersabda: "Jauhilah tujuh macam hal yang merusakkan." Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah.apakah tujuh macam hal itu?" Beliau s.a.w bersabda: 
  • "Yaitu menyekutukan sesuatu dengan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah, melainkan dengan hak - yakni berdasarkan kebenaran menurut syariat Agama Islam - makan harta riba, makan harta anak yatim, mundur pada hari berkecamuknya peperangan serta mendakwa kaum wanita yang muhshan - pernah bersuami-lagi mu'min dan pula lalai -dengan dakwaan melakukan zina. (Muttafaq 'alaih)

Sabda Nabi SAW ertinya:
  • Allah berfirman “Aku adalah yang paling tidak perlu kepada syarikat (bersekutu), maka barangsiapa yang beramal suatu amalan untuku lantas ia mensyarikatkan amalannya tersebut (juga) kepada selainku maka Aku berlepas diri darinya dan ia untuk yang dia syarikatkan” (HR. Ibnu Majah 2/1405 no. 4202, dan ia adalah hadits yang shahih, sebagaimana perkataan Syaikh Abdul Malik Ar-Romadhoni, adapun lafal Imam Muslim (4/2289 no 2985) adalah, “aku tinggalkan dia dan ksyirikannya”).
Wallahu 'aklam.

Mansuhkan GST, Perkasakan Mahkamah Syariah. -PAS

Hasil carian imej untuk mansuh gst
Sidang parlimen yang bermula semalam (17 Okt 2016) memaparkan gelagat gelagat pemimpin pemimpin Negara yang dipilih rakyat berbahas dan membentuk sausana parlimen. 
Namun, pastinya yang menarik perhatian semua orang adalah Presiden PAS yang akan terlibat dalam membentangkan RUU355 dan bagaimana beliau membawa diri dalam sesi parlimen kali ini. Seawal hari pertama parlimen, media menyerbunya untuk mendapat respond an cukup dengan ungkapan InsyaAllah yang keluar dari mulutnya. 
Namun malang, masih ada moral yang tak seperti manusia mulia apabila sanggup mengejek Presiden PAS ini dengan kata kata ejekan seperti “ come less” untuk menggambarkan supaya tak perlu datang atau mengejek kehadiran beliau di parlimen.
Hasil carian imej untuk perkasakan mahkamah syariah
Memansuhkan GST sepenting Memperkasakan Mahkamah Syariah.
Media menonjolkan bahawa RUU355 adalah hudud yang dibawa PAS. Suatu falasi yang sengaja dicipta bagi memberi persepsi buruk kepada ISLAM yang dibawa PAS dan syariatnya. Yang menarik apabila perbahasan hari ini, Presiden PAS mengemukakan cadangan kepada Negara supaya memansuhkan GST yang membebankan rakyat.
Tujuan GST yang mahu menyelamatkan ekonomi Negara yang diratah kapitalis kapitalis dan jerung jerung pemodal, namun memangsakan rakyat jelata bagi menjamin ekonomi Negara terus berada atas landasan yang cuba diseimbangkan oleh kerajaan BN hari ini. 
Presiden PAS dan PAS istiqamah untuk menyelesaikan masalah Negara dengan cara Islam. Membebankan tanggungjawab memulihj ekonomi kepada seluruh rakyat tanpa mengira soal taraf hidup mereka dengan tanggungjawab yang serupa oleh golongan golongan kaya yang mendapat kemudahan yang jauh lebih baik dari hasil cukai mencerminkan ketidak adilan pembahagian manfaat ekonomi Negara secara bersama. 
Presiden PAS juga meminta sekiranya ada alternative yang difikirkan oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah ketidak samaan kemakmuran Negara ini.
Persoalan  yang dikemukakan oleh Presiden PAS tentang pengurusan polisi fiscal Negara ini sepenting dengan hasrat PAS untuk memperkasakan Mahkamah Syariah melalui RUU355. Namun, nampaknya mereka yang selain daripada PAS sepertinya tidak melihat kesat GST yang dikenakan kepada rakyat Malaysia ini. 
Mereka lebih suka mengaitkan ISLAM dengan potong tangan, rejam yang disandarkan kepada RUU355 sedangkan ia sebenarnya bukan itu yang akan dibawa oleh Presiden PAS sebagai ahli parlimen Marang.
Ada yang lebih lucu dari tindakan parti parti pembangkang yang bernama Islam cuba membawa alternative RUU355 dengan baru mencadangkan sekumpulan professional untuk mengkaji. Mereka ini seperti sengaja membodohkan diri tertinggal di belakang perbincangan dan kemajuan islam Negara ini. 
Usaha usaha professional telah lama wujud seperti yang digerakkan oleh pertubuhan Peguam peguam Islam badan NGO seperti IKSIM dan lain lain. Jelas difahami daripada mereka yang tertinggal isu ini adalah mereka sengaja meletakkan diri mereka dengan cadangan tak masuk akal begitu supaya tidak dilihat menentang RUU355 dengan mencipta alasan mahu bentang RUU sendiri.
Apapun yang telah berlaku. Rakyat boleh melihat keikhlasan Presiden PAS dan PAS untuk jatuh bangun bersama ISLAM. PAS akan sentiasa memastikan ISLAM sentiasa disebut dan dijadikan sebagai penyelesaian masalah kehidupan yang berlaku hari ini. 
PAS dan ahlinya tidak malu untuk dilihat gagal kerana janji ALLAH kepada yang mengangkat agamanya dengan ganjaran yang tidak disia siakan walaupun belum mampu mencapai kejayaan. Inilah akidah kami dan pegangan kami. Istiqamah bersama ISLAM.

Ahmad Hakimi Othman
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor
18 oktober 2016

DAP Dalang 'TangkapMO1' Anis Syafiqah?

anis-syafiqah
Selepas Terima Surat dari UM, Semakin Terserlah Dalang Anis Syafiqah.

News -19/10/16 –Selepas Anis Syafiqah Md Yusof, pelajar Fakulti Bahasa dan Lingustik menerima surat tunjuk sebab daripada Universiti Malaya semakin terserlah siapa dalang penganjuran perhimpunan #Tangkap MO1 di depan pasar raya Sogo di Kuala Lumpur pada 27 Ogos lalu.

Sebaik sahaja Anis Syafiqah menerima surat tunjuk sebab bertarikh 12 Oktober daripada bahagian Hal Ehwal pelajar Universiti Malaya, Pemuda Sosialis DAP pusat (DAPSY) segera menyelar universiti berkenaan. 
Ketua DAPSY, Wong Kah Woh menggesa Universiti Malaya menarik balik surat tunjuk sebab itu yang disifatkannya sebagai telah menggugat kebebasan mahasiswa.
“Namun, fokus Naib-Naib Canselor Universiti Malaya jelas terpesong dan sebaliknya memilih untuk menjadi alat pihak pemerintah dalam menggugat kebebasan dan pemikiran mahasiswa-mahasiswi.
“DAPSY dengan ini mengesa supaya Universiti Malaya balik kepada hala tuju akademik yang asal dan memberikan fokus untuk meningkatkan prestasi akademik Universiti Malaya, serta menarik-balik surat tunjuk sebab terhadap Anis Syafiqah demi menjaga integriti dan kebebasan Universiti yang kini kerap dipersoalkan,” katanya sepertimana dilapor Malaysiakini.
Wong berkata tindakan itu bukan sahaja tidak menghormati hak asasi untuk berhimpun seperti tertera dalam perlembagaan, tetapi jelas menunjukkan interpretasi politik.
“Adalah jelas bahawa tindakan dan keputusan Universiti Malaya ini adalah dipengaruhi dengan interpretasi politik yang memihak kepada pihak pemerintah.
“Perhimpunan Tangkap MO1 telah disempurnakan dengan aman dan damai, tanpa melibatkan sebarang perkara negatif,” katanya lagi.
Serentak dengan kenyataan Wong, organ DAP, Roketkini turut gesaan yang sama daripada Alumni Sekolah Demokrasi.
“Kami Alumni Sekolah Demokrasi dengan sekeras-kerasnya menolak tuduhan yang mengatakan ia merosakkan atau memudaratkan nama universiti.
“Anis dan rakan-rakan sebaliknya telah menjadi teladan dan ikon kepada masyarakat atas keberanian beliau meminta agar pihak berkuasa menangkap dalang yang telah memalukan imej negara di mata dunia,” jelas organ DAP itu.
Alumni Sekolah Demokrasi adalah merupakan himpunan bekas ‘pelajar-pelajar’ yang telah direkrut oleh DAP melalui satu program ‘brainwash’ yang dinamakan Sekolah Demokrasi.
Anis Syafiqah merupakan salah seorang alumni ‘sekolah’ tajaan DAP itu.
Dalam kenyataan pembelaan itu, Alumni Sekolah Demokrasi itu berkata, Anis Syafiqah berhak untuk melibatkan diri dalam apa jua perhimpunan aman kerana hak itu dijamin di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
"Tindakan beliau (Anis Syafiqah) menganjurkan demonstrasi Tangkap MO1 bukan saja tidak bertentangan dengan Perlembagaan malah menjunjung semangat dan nilai yang diangkat Perlembagaan Malaysia,” tegas alumni ‘sekolah’ DAP itu.
anis-dap
Pada 1 September lalu, bekas Ketua DAPSY, Teo Kok Seong telah menafikan mengenali dalang perhimpunan #TangkapMO1 meskipun dia salah seorang daripada 9 individu yang disiasat polis berkaitan dengan perhimpunan haram tersebut.
"Saya, secara peribadi tidak mengetahui siapa sebenarnya pihak penganjur tapi pada hari ini saya dipanggil.
“Ini telah buka peluang pada saya untuk mengenali anak-anak muda yang mempunyai hasrat dan wawasan yang sama untuk kita sama-sama menyuarakan harapan kita kepada negara,” katanya.
Teo merupakan Ahli Parlimen DAP Rasah dan mentor kepada Ketua DAPSY sekarang, Wong.
“Apa yang saya nak kata ialah, bagi saya pada hari tersebut anak-anak saya, saya rasa mereka telah melakukan yang terbaik dan membanggakan kita semua.
“Cuba bayangkan anak muda kita telah menganjurkan perhimpunan yang betul-betul aman, kecekapan dan kemampuan mereka,” katanya lagi.
kaldai
Kira-kira 17 hari sebelum perhimpunan #TangkapMO1 di depan pasar raya Sogo itu, Ketua DAPSY, Wong menyeru semua akar umbi DAPSY turun beramai-ramai menjayakan perhimpunan haram tersebut.
"DAPSY menggerakkan kesemua bahagian-bahagian dan anggota-anggotanya turun di ibu kota pada 27 Ogos nanti bagi menyokong himpunan #tangkapMO1 dan berhimpun secara aman untuk mendesak supaya MO1 dan mana-mana pihak yang terlibat dalam 1MDB dihadapkan ke muka pengadilan,”kata Wong yang juga ADUN DAP Canning.
Bagaimanapun Wong tidak hadir semasa perhimpunan itu dijalankan, namun tempatnya itu telah diganti oleh mentornya, bekas Ketua DAPSY, Teo.

Ketua DAPSY, W
Ketua DAPSY, Wong (bertanda bulat) bersama mentornya, TeoKetua DAPSY, Wong (bertanda bulat) bersama mentornya, Teo
dapsy-kit
meeting-dapsy

K'jaan Masih Tak Mampu Bersihkan Masalah GRO.. Mengapa?

GAMBAR HIASAN

20 GRO Warga Asing Ditahan Di Pusat Karaoke Di Ipoh


IPOH – Sebanyak 20 pelayan atau GRO warga asing ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat karaoke di Wisma Woodley, Ipoh Garden di sini, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata seorang lelaki tempatan berumur 20 tahun yang merupakan penjaga di premis itu turut ditahan.
Beliau berkata warga asing yang ditahan dalam operasi pada 10.20 malam itu terdiri daripada 19 wanita China dan seorang wanita Vietnam berumur antara 21 hingga 38 tahun.
“Ketika ditahan, kesemua mereka sedang melayan pelanggan di bilik karaoke,” katanya dalam kenyataan. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa kerajaan Malaysia masih tidak mampu membersihkan masalah GRO ini? Jawahnya, kembalilah sistem perundangan Islam yang diturunkan oleh Allah SWT, tolaklah undang-undang ciptaan manusia..

Wednesday, October 19, 2016

Kit Siang Mahu Jadikan M'sia Negara Republik Seperti Indonesia/Pancasila?

Hasil carian imej untuk indonesia pancasila
AIDCNews -19/10/16 –Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang telah menjadikan Republik Indonesia sebagai sebuah model yang perlu dicontohi oleh Malaysia, di mana dakwanya semua rakyat republik itu menerima prinsip Pancasila, sedangkan negara bukan republik Malaysia, prinsip Rukun Negara tidak diterima oleh segelintir rakyat
 "Macam di Indonesia di mana Pancasila diterima oleh semua pihak sebagai satu asas untuk membina negara.
“Apabila kita (DAP) berkunjung ke Indonesia baru-baru ini, sarjana-sarjana, pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh Islam dengan terang berkata bahawa Negara Islam tidak sesuai untuk suatu masyarakat majmuk.
“Tetapi di Malaysia, ada di kalangan Ahli Parlimen yang tidak terima rukun negara,”kata Kit Siang dalam sidang Dewan Rakyat pada Isnin.
Namun, dakwaan Kit Siang itu dibidas oleh wakil BN yang bertanya siapakah Ahli Parlimen yang menolak Rukun Negara itu, adakah Ahli Parlimen Gelang Patah sendiri ?
Pada Isnin, AIDCNews mendedahkan delegasi DAP yang diketuai Kit Siang dan ditemani Teresa Kok (Naib Pengerusi DAP), Zairil Khir Johari (Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan) dan Steven Sim Chee Keong (Pengarah Pendidikan Politik DAP Pulau Pinang) ke Indonesia mempunyai agenda tersirat yang tersendiri.
“Delegasi DAP yang diketuai penasihat parti itu Lim Kit Siang selama empat hari pada bulan lepas telah menemui pelbagai tokoh Islam demokrasi yang diklasifikasikan sebagai penganut Islam Liberal.
"Mereka yang ditemui adalah Haji Yahya Cholil Staquf (bekas jurucakap mantan presiden Abdurrahman Wahid atau Gus Dur, Nahdatul Ulama), Ahmad Syafi’i Maarif, Goenawan Mohamad, Ulil Abshar-Abdalla, Jalaluddin Rahmat, Irfan Abu Bakar dan lain-lain.”
AIDCNews 

Bunuh Balas Bunuh, Putera Raja Saudi Pun Dihukum Mati

Hasil carian imej untuk Bunuh Orang, Putera Arab Saudi Dihukum Mati

SEORANG putera Arab Saudi telah menjalani hukuman mati, pada Selasa, setelah didapati bersalah membunuh seorang lelaki dalam kejadian tiga tahun lepas.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Turki Saud al-Kabir didapati bersalah kerana menembak mati seorang warga tempatan, Adel Suleiman Abdul Karim Mohaimeed dalam satu pergaduhan.


flag-saudi-arabia

Hasil carian imej untuk Bunuh Orang, Putera Arab Saudi Dihukum Mati
Pada umumnya, individu yang dihukum mati di Arab Saudi dipenggal kepala dengan pedang.
Hukuman kepada putera ini mendapat perhatian kerana jarang berlaku melibatkan keluarga diraja negara itu.
Sebelum ini, kes paling terkenal melibatkan kerabat diraja Arab adalah membabitkan Raja Faisal yang dibunuh anak saudaranya, Faisal bin Musaid al Saud pada tahun 1975. (IH)

Pergerakan Anggota Daesh Malaysia Cuba Pulang Dipantau

Pergerakan Anggota Daesh Malaysia Cuba Pulang Dipantau - Polis
KUALA LUMPUR – Pergerakan kira-kira 59 rakyat Malaysia yang menyertai militan Daesh di luar negara dipantau susulan kemungkinan mereka cuba pulang selepas serangan tentera bersekutu di kubu kuat Daesh di Mosul, Iraq, semalam.
Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya tidak akan membenarkan anggota militan Daesh ini sewenang-wenangnya keluar dan masuk ke negara ini.
“Kami sentiasa menjalankan pemantauan terhadap anggota militan Daesh tidak kira daripada Malaysia atau dari negara luar.
“Sekiranya mereka cuba masuk ke dalam negara, pihak polis akan dapat kesan dan tahan mereka dengan segera,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan kemungkinan terdapat anggota kumpulan militan Daesh, termasuk dari Malaysia, cuba pulang ke negara asal selepas serangan tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat terhadap kubu kuat Daesh di Mosul, Iraq, bermula semalam.
Selain itu, Mohamad Fuzi berkata kerajaan juga baru-baru ini telah membatalkan kesemua pasport rakyat Malaysia yang menyertai kegiatan Daesh.
“Tindakan ini menyebabkan peluang untuk mereka balik sukar dan jika mereka cuba berbuat demikian sudah semestinya mereka akan ditahan di negara lain,” katanya.
Ditanya mengenai kemungkinan anggota militan ini cuba memasuki negara secara haram, beliau berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa di seluruh negara untuk memastikan perkara seperti itu tidak berlaku.
“Kita mempunyai maklumat risikan boleh dipercayai dan akan tahu sekiranya mereka cuba pulang menggunakan jalan haram,” katanya.
Semalam, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilaporkan berkata Malaysia memantau rapat serangan tentera bersekutu diketuai oleh Amerika Syarikat terhadap kubu kuat Daesh di Mosul.
Media melaporkan Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi mengumumkan serangan tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat bagi menawan semula pusat pemerintahan Daesh di Mosul. – BERNAMA


Salahguna Wang Anak Mangsa Nahas DUKE? Ini Jawab Mufti.

SUSULAN kecoh kisah seorang kakak dakwa adiknya ‘pecah amanah’ duit derma masyarakat terhadap dua anak mangsa nahas lebuh raya DUKE, Mufti Wilayah Persekutuan tampil membuat pencerahan.

Ia ekoran Yusnidah Hussain menyatakan Faizznur telah mendapat penjelasan daripada Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai hukum penggunaan wang berkenaan yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi dirinya sendiri.
Menerusi laman Facebooknya, mufti berkenaan memuat naik status bagi menjelaskan perkara sebenar tentang keharusan menggunakan wang sumbangan untuk keperluan (maslahan) anak-anak yatim tersebut.
Ia sekali gus menjawab pertuduhan Yusnida tentang Faizznur yang mendakwa telah mendapatkan penjelasan daripada beliau mengenai status hukum wang sumbangan yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi adiknya itu.
Menerusi status Facebook itu, Dr. Zulkifli menegaskan bahawa bapa saudara atau ibu saudara kepada anak mangsa hanyalah sebagai pemegang amanah atau Mutawallisahaja.
Wang yang diterima daripada sumbangan atau sedekah kepada anak mangsa tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh mereka untuk kegunaan peribadi.
Malah wang berkenaan hendaklah diurus dengan penuh kejujuran dan rasa tanggungjwab oleh pihak yang bertanggungjawab menguruskannya.
“Wang sumbangan atau sedekah kepada anak yatim perlu diuruskan dengan penuh kejujuran dan tanggungjawab.
“Itulah yang kami maksudkan. Bukannya wang itu sepenuhnya menjadi hak milik pemegang amanah dan boleh digunakan untuk manfaat peribadi dengan sewenang-wenangnya,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr. Zulkifli berkata demikian bagi mengulas tindakan adik Allahyarham Fairuz Nizam Husain, 35, yang maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di KM6.2 Lebuhraya DUKE pada Mei tahun lalu.
Tambahnya, penjelasan terperinci akan dimaklumkan menerusi Bayan Linnas, yang disiarkan laman web rasmi pejabat mufti berkenaan pada masa terdekat.
“Buat masa sekarang, lebih baik kita semua menunggu keputusan daripada pihak berwajib,” kata Dr. Zulkifli.
Semalam, Yusnidah pada sidang media mendedahkan, anak-anak mangsa nahas DUKE hanya mendapat RM12,000 berbanding sumbangan orang ramai yang terkumpul kira-kira berjumlah RM300,000.
Jelas wanita itu, adik bongsunya Faizzur memberikan alasan wang sumbangan tersebut konon merupakan hak miliknya memandangkan ia dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya.
“Alasan dia (Faizznur), merujuk kepada Mufti Wilayah katanya, duit yang diberi orang ramai adalah harta dan hak mereka sebab ada dalam akaun atas nama mereka sendiri, bukan untuk budak-budak ini.”
Sementara itu, media tempatan cuba untuk mendapatkan keterangan daripada Faizznur tentang kesahihan tuduhan menyalahgunakan wang sumbangan tersebut.
Bagaimanapun, Faizznur telahpun memberikan kenyataan menerusi kiriman dalam akaun Facebook miliknya.
Dalam postingnya, dia mengatakan bahawa dia akan bawa tuduhan fitnah ini ke muka pengadilan kerana mahkamah merupakan platform yang akan memberi keadilan bagi menganalisis setiap permasalahan berdasarkan bukti-bukti yang sahih
Dia bagaimanapun enggan mengeluarkan sebarang kenyataan kerana dinasihatkan peguam untuk menghormati prosiding mahkamah yang sedang berjalan.
“Di dalam keadaan genting sekarang saya bersyukur kerana ada yang membuat tohmahan serta cacian kepada saya dan keluarga tanpa memberikan saya ruang untuk membela diri.
“Saya mohon rakyat Malaysia untuk memberikan ruang saya dan keluarga yang difitnah ini untuk membela diri di muka pengadilan,” kata Faizznur. 

Mufti Jawab Isu 'Benar' Guna Wang Anak Mangsa Nahas DUKE
KENYATAAN RASMI ISU ANAK MANGSA KEMALANGAN DUKE
1. Kami menerima laporan di media-media sosial berkenaan luahan kekecewaan Puan Yusnidah Hussain, kakak kepada almarhum Fairuz Nizam, yang menjelaskan bahawa dua anak saudaranya iaitu anak kepada adiknya, hanya mendapat RM12,000 berbanding sumbangan orang ramai yang terkumpul kira-kira RM300,000.
2. Jumlah wang kira-kira RM300,000 itu dilaporkan dimasukkan ke dalam akaun adik-adik kepada Puan Yusnidah Hussain. Pada sidang media baru-baru ini, Puan Yusnidah Hussain memaklumkan bahawa wang tersebut tidak sampai ke tangan anak-anak yatim ini untuk digunakan bagi perbelanjaan sekolah dan harian.
3. Antara alasan yang dinyatakan oleh adik-adik kepada Puan Yusnidah Hussain adalah mereka telah merujuk kami, selaku Mufti Wilayah Persekutuan dan dikatakan bahawa kami menyatakan yang duit yang diberi orang ramai adalah harta dan hak mereka kerana ianya adalah akaun atas nama mereka sendiri, bukan anak-anak ini. [Rujukhttp://www.mynewshub.cc/…/adik-bongsu-mangsa-nahas-duke-di…/]
4. Sebenarnya, memang kami ada menziarah keluarga ini sebagai tanda simpati beberapa hari selepas tragedi berkenaan. [Rujukhttps://goo.gl/QOUO3O]. Ada yang bertanyakan kepada kami tentang keharusan penggunaan wang sumbangan orang ramai untuk keperluan (maslahah) anak-anak yatim itu sendiri.
5. Kami dengan tegas menyatakan bahawa bapa saudara atau ibu saudara HANYA SEBAGAI PEMEGANG AMANAH (TRUSTEE/MUTAWALLI) di mana hak pengurusan (tasarruf) wang berkenaan adalah TERTAKLUK KEPADA KEPERLUAN (MASLAHAH) DAN SUMBANGAN/SEDEKAH kepada kedua anak yatim berkenaan, dan diuruskan dengan penuh KEJUJURAN dan rasa TANGGUNGJAWAB. Itulah yang kami maksudkan kepada pihak yang bertanya. Bukannya wang itu sepenuhnya menjadi hak milik pemegang amanah dan boleh digunakan untuk manfaat peribadi dengan sewenang-wenangnya.
6. Justeru, kami akan menjelaskan hal ini dengan lebih lanjut dalam Bayan Linnas, insyaAllah dalam masa terdekat. Buat masa sekarang, lebih baik kita semua menunggu keputusan daripada pihak berwajib. Wallahua'lam.
Akhukum fillah, 
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah! Mufti tangani masalah rakyat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails