Wakil ketua Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) RI, Fadli Zon mengatakan Aksi Bela Islam atau Aksi Bela Al-Quran hanya menuntut pemerintah bertindak tegas untuk menangkap penista Al-Quran.
“Tuntutan kita sederhana, tidak boleh ada yang kebal hukum. Ahok sudah bersalah, harus dihukum. Ini aksi penegakan konstitusi, barangsiapa yang tidak menegakan berarti melanggar konstitusi. Hukum harus ditegakan meski langit runtuh,” ujar politisi Partai Gerindra ini di hadapan ratusan ribu massa umat Islam yang memenuhi jalanan di sekitar Istana Merdeka.
“Masyarakat dating dari Sabang sampai Merauke yang datang dengan biaya sendiri. Saya mendukung Aksi Bela Islam,” ujarnya.
Sebelumnya Bahtiar Nasir Jurubicara Gerakan Nasional Pengawal Fatwa Majelis Ulama Indonesia (GNPF MUI) menyampaikan ke massa pihaknya mendapat kabar di Istana sedang rapat antara Menkopolhukam, Kapoda Metro Jaya dan Pandam.
“Sampai sekarang Menkopolhukam sampai di sana masih rapat, ditemui Kapolda dan Pangdam, kami sampaikan untuk tidak merubah keputusan, kami ingin bertemu presiden. Ada tawaran bagaiamana kalau bertemu RI 2?”
Namun tawaran Bahtiar Nasir ditolak massa umat Islam yang tetap meminginkan agar bertemu Presiden Joko Widodo agar mendengar keluhan umat bahwa Gubernur DKI Jakarta Basuki Tjahaja Purnama ditangkap atas kasus penistaan agama. (Hidayatullah.com)
SEBAHAGIAN penunjuk perasaan yang menyertai demonstrasi di Jakarta semalam.
JAKARTA – Puluhan ribu penduduk Islam Indonesia menyertai tunjuk perasaan dengan berarak ke Istana Presiden bagi menuntut peletakan jawatan gabenor Jakarta beragama Kristian yang didakwa menghina al-Quran.
Suasana di bandar itu kelihatan tegang menyebabkan beberapa syarikat meminta kakitangannya bekerja dari rumah memandangkan akses terhad ke kawasan perniagaan.
Beberapa kedutaan asing turut menggesa rakyat mereka supaya mengambil tindakan berhati-hati semasa berkunjung ke ibu kota Jakarta.
Sementara itu, sejumlah 18,000 anggota keselamatan dikerahkan di bandar Jakarta yang dihuni 10 juta penduduk, kata polis.
Kebanyakan penunjuk perasaan dirakam memakai jubah dan kopiah berwarna putih ketika berkumpul di Masjid Istiqlal yang merupakan masjid terbesar di negara itu sebelum mereka mula bergerak ke Istana Presiden.
Penunjuk perasaan diketuai oleh kumpulan yang dikenali sebagai Barisan Pembela Islam (FPI) menggesa penduduk supaya mengadakan demonstrasi terhadap Gabenor Jakarta, Basuki Tjahja Purnama.
Beliau yang turut dikenali sebagai Ahok merupakan penganut Kristian dan etnik Cina pertama yang menyandang jawatan berkenaan.
Malah, Ahok pernah berkhidmat sebagai Timbalan Gabenor Jakarta ketika Presiden Indonesia, Joko Widodo menyandang jawatan sebagai gabenor bandar itu bermula tahun 2012 dan berundur pada 2014 untuk bertanding jawatan Presiden Indonesia.
Menurut kumpulan FPI, Ahok mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan selepas mengatakan seorang musuh politiknya menipu pengundi apabila menyerang beliau dengan menggunakan ayat daripada surah Al-Maidah ketika berucap di Kepulauan Seribu baru-baru ini.
“Beliau bukan Islam tetapi menghina al-Quran. Jangan merujuk apa-apa di dalam al-Quran terutamanya menafsirkan ayat suci secara tidak betul.
“Saya berdoa kepada Tuhan supaya beliau dipenjara, kata seorang penunjuk perasaan,” Muhammad Said kepada Reuters.
Sementara itu, Joko dan Timbalannya, Jusuf Kalla dalam satu kenyataan bersama meminta supaya bantahan itu dilakukan secara aman dan semua orang perlu terus bekerja seperti biasa.
Dalam perkembangan sama, beberapa pengkritik politik menyifatkan kerajaan Joko tidak bertindak dengan secukupnya terutamanya membendung ketegangan agama dan etnik yang semakin memuncak menjelang pilihan raya gabenor pada Februari 2017.
Ahok akan bertanding semula dalam pilihan raya itu dan dijangka dicabar oleh dua calon beragama Islam iaitu Agus Harimurti Yudhoyono yang merupakan anak lelaki bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.
Seorang lagi calon ialah bekas Menteri Pendidikan, Anies Baswedan. – Reuters
ANGGOTA polis lengkap bersenjata mengiringi seorang jurutera (dua dari kanan) yang ditahan semasa cuba menyertai Daesh pada 30 Oktober lalu.
KUALA LUMPUR – Hasrat dua lelaki tempatan untuk menyertai perjuangan kumpulan militan Daesh di Syria tidak kesampaian apabila mereka ditahan oleh pihak berkuasa Turki sebaik tiba di Istanbul pada 28 Oktober lepas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kedua-dua lelaki berusia 24 dan 29 tahun itu disyaki sedang dalam perjalanan ke Syria untuk menyertai kumpulan militan Daesh selepas direkrut oleh Muhammad Wanndy Mohamed Jedi iaitu rakyat Malaysia yang telah menyertai kumpulan pengganas berkenaan.
Terdahulu, Khalid berkata, siasatan pihaknya mendapati, kedua-dua suspek telah bertolak ke Bangkok, Thailand dari Butterworth, Pulau Pinang menaiki kereta api pada 23 Oktober lalu sebelum mereka berlepas ke Abu Dhabi menaiki pesawat.
“Selepas itu, mereka telah menaiki pesawat ke Istanbul, Turki pada 28 Oktober. Sebaik tiba, kedua-dua suspek telah berjaya ditahan oleh pihak berkuasa negara itu sebelum mereka diusir pulang ke Malaysia pada keesokan harinya.
“Menerusi maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa Turki, sepasukan anggota dari Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman kemudian telah melakukan tangkapan terhadap kedua-dua suspek sebaik mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 30 Oktober,” katanya dalam satu kenyataan semalam. (Kosmo!)
INI taktik baru individu gila seks memuaskan nafsu mereka, melalui facebook. Hal ini berlaku berikutan kecoh di media sosial apabila seorang wanita didakwa menawarkan pemeriksaan payudara melalui dalam talian dengan pemberian hadiah wang tunai dan telefon bimbit. Mangsa yang dikenali sebagai Puan Sha Rahman menerusi laman Facebook mendakwa akaun laman sosialnya itu digodam oleh individu yang tidak dikenali semalam. Pemilik sebuah butik kecantikan itu berkata, kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 2.30 petang Khamis ketika berada di kediamannya di Gurun, Kedah. “Orang yang mengodam facebook saya telah memalukan saya dengan minta gambar lucah dan menawarkan hadiah kepada penghantar,” katanya.
Susulan kejadian itu, mesej dalam akaun Facebooknya dipenuhi dengan gambar lucah dan lebih menakutkan apabila ada pihak yang menghubunginya.
Jelasnya, penggodam turut membuka akaun Wechat dengan menggunakan nama dan gambarnya selain e-mel serta data peribadinya digodam.
Menurutnya, kejadian tersebut menyebabkan kehidupannya terganggu dan satu laporan juga telah pun dibuat di Balai Polis Gurun, semalam.
Sementara itu, suami mangsa, Mohamad Hanif melalui postingnya di Facebookmenafikan isterinya terlibat kerana ia dilakukan oleh penggodam.
Menurutnya, mereka mencari rezeki yang halal dengan menjual minyak wangi dan tidak sesekali melakukan kerja ‘bodoh’ tersebut.
“Takkan nak buat keja bodoh macam ni… yang mana marah maki hamun puan sha rahman tolong maafkan ya.. harap maklum… terima kasih,” tulisnya.
Netizen di media sosial terkejut apabila satu mesej perbualan mengenai pemeriksaan payudara dalam talian dengan hanya memberikan gambar.
Berikut cara operasinya..
Kepada golongan wanita, si gila seks meminta memberikan gambar payudara kepada individu melalui dalam talian dengan alasan untuk pemeriksaan. Umum mengetahui, pemeriksaan payudara ini perlu dilakukan dengan sentuhan bagi memastikan tiada ketulan yang boleh membawa kepada penyakit kanser serta nasihat daripada doktor yang bertauliah. Namun, individu ‘gila seks’ ini tidak pernah putus asa untuk memuaskan nafsu sehingga munculnya taktik kotor iaitu menyediakan perkhidmatan pemeriksaan payudara secara dalam talian melalui laman sosial.
Dengan alasan mahu gambar payudara untuk membuat pemeriksaan berkenaan sebarang penyakit pada badan mangsa, taktik berkenaan mula dikesan melalui penghantaran mesej di aplikasi Facebook.
Menyasarkan wanita sebagai pemuas nafsu, individu gila seks ini akan hantar mesej dengan menawarkan pemeriksaan payudara. Pelanggan bakal diberikan hadiah bagi setiap penyertaan serta gambar mereka akan dipadam selepas pemeriksaan tersebut.
Kononnya, wanita yang memberikan gambar payudara mereka akan menerima wang tunai RM800 dan kupon membeli-belah serta sebuah telefon bimbit.
Taktik ini dikenal pasti tersebar di media sosial apabila perkongsian perbualan seorang wanita yang diminta untuk menghantar gambar payudaranya untuk tujuan pemeriksaan secara dalam talian.
Dalam perbualan tersebut, wanita itu cuba mendapatkan kesahihan mengenai kaedah pemeriksaan payudara secara dalam talian namun hanya diberikan testimoni oleh pemberi mesej. Lebih membimbangkan apabila mesej tersebut adalah dari kalangan rakannya di Facebook yang juga seorang wanita.
Rakannya itu mendakwa, pemeriksaan tersebut adalah dari Persatuan Kebajikan Kanser Payudara namun disebabkan ragu-ragu, wanita itu enggan memberikan gambar payudaranya.
“Auntie saya kerja di hospital dan in-charge bahagian payudara. Jadi saya akan rujuk berita ini pada dia untuk kepastian,” jawab wanita tersebut.
Akhirnya, pemeriksaan mendapati akaun Facebook pemilik akaun yang didakwa meminta gambar payudara tersebut telah digodam semalam.
Tindakan tersebut dianggap sebagai taktik baharu oleh individu gila seks untuk memuaskan nafsu mereka. Awas, jaga-jaga. (IH)
Ratusan ribu umat Islam yang ikut Aksi Bela Islam dan Bela Al-Quran menyebut menuju depan Istana Merdeka . Massa datang dari berbagai elemen. Sebelumnya hanya ormas-ormas Islam, namun semakin siang juga berdatangan aktivis mahasiswa.
Laporan hidayatullah.com di lokasi, tepat pukul 14.55, berdatangan para ulama. Dianatara Syeikh Ali Jaber, Prof Dr Didin Hafiduddin menenangkan massa yang tadinya panas. Syeikh Ali Jaber mengajak aksi berjalan damai sambil menunggu kedatangan para ulama dan tokoh Islam lain yang masih terjebak massa yang luar biasa.
Sementara itu, di saat massa mendatangi Istana, Presiden Joko Widodo memilih mengunjungi Bandara Soekarno-Hatta.
“Hari ini Presiden bekerja seperti biasa. Pagi tadi menerima beberapa Menteri yakni Mensesneg dan Seskab tentu berkaitan dengan tugas dan pekerjaan,” ujar, Jakarta.
“Presiden melakukan kunjungan ke Bandara Soetta dalam rangka meninjau perkembangan pembangunan infrastruktur transportasi, terutamaprogress pembangunan kereta bandara,” pungkas juru bicara kepresidenan, Johan Budi di kompleks Istana Negara Johan.(flo/jpnn)Jumat (4/11/2016) dikutip JPPN. (Hidayatullah.com)
NGERI dan tidak masuk akal, seorang wanita sanggup membahayakan nyawa dengan melakukan aksi terjunan bungee hanya beralaskan cangkuk abah-abah keselamatan pada belakangnya.
Wanita yang tidak diketahui identitinya itu dirakam membuat terjunan itu dari sebuah jambatan yang tidak dinyatakan lokasinya. Difahamkan wanita berkenaan merupakan salah seorang anggota kumpulan dikenali sebagai The Sinner yang berpusat di Konakovo, Rusia.
Malah menurut kepercayaan kumpulan terbabit, setiap ahli yang mahu melakukan aksi terjunan berbahaya itu perlu ‘melengkapkan’ diri mereka dengan menanam empat batang besi kecil pada belakang mereka. Ianya bertujuan memudahkan cangkuk abah-abah keselamatan dipasang terus pada tubuh mereka.
Dalam klip video berdurasi satu minit yang dikongsi sebuah laman antarabangsa, wanita berkenaan sedikit pun tidak mempamerkan rasa gusar akan keselamatannya malah dilihat teruja melakukan terjunan itu.
Menerusi klip yang sama, seorang lelaki dirakam melakukan ‘flying fox’ dengan hanya melekatkan cangkuk abah-abah keselamatan pada kulit di belakang badannya. The Sinner dipercayai diasaskan oleh sepasang suami isteri iaitu Stanislav Aksenov dan Elena sejak tahun 2008.
Bermanfaatkah sukan ini? Perlukah diketengahkan ke sukan dunia? (IH)
PUTRAJAYA - Guru disiplin yang dituduh merogol tiga murid di sebuah sekolah di Telupid, Sabah masih tidak dibenarkan kembali bertugas di sekolah dan kini diletakkan di bawah pengawasan khusus kementerian, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.
Beliau menjelaskan guru berkenaan berusia 53 tahun kini ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sehingga siasatan terhadap pertuduhan tersebut selesai terutamanya oleh pihak polis.
"Kami tidak akan benarkan beliau ditempatkan di sekolah," katanya berhubung laporan mengenai waris kanak-kanak berusia sembilan dan 10 tahun terbabit yang mendakwa guru berkenaan telah kembali bertugas di sekolah berkenaan.
Guru itu dilepaskan dengan jaminan polis.
Sin Woon bercakap dalam sidang media selepas menutup Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kementerian Pendidikan di sini hari ini.
Beliau turut mengulas saranan beberapa pihak, antaranya ibu bapa mangsa dan anggota Parlimen yang mahu tindakan lebih keras dikenakan berbanding hanya memindahkan guru itu ke sekolah lain.
Sin Woon berkata guru terbabit tidak boleh dibuang kerja selagi kesalahannya tidak dibuktikan mengikut undang-undang walaupun kementerian mempunyai kuasa untuk memecat kakitangannya yang melakukan kesalahan. - Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi bukti sistem pendidikanan Malaysia yang gagal mencapai matlamat kejayaan dunia akhirat, lebih-lebih mampu melahirkan manusia robot sahaja. Begitulah hebatnya pendidikan di Malaysia tanah airku.
Ribuan demonstran mulai bergerak menuju Balai Kota, Jakarta, Jumat (4/11). Mereka akan melakukan unjuk rasa terkait dugaan penistaan agama yang dilakukan Basuki Tjahaja Purnama (Ahok). (Liputan6.com/Faizal Fanani)
Liputan6.com, Jakarta - Ribuan demonstran 4 November memenuhi jalan di sekitaran Bundaran Patung Kuda, Jakarta Pusat. Mereka berdatangan dari arah Monas.
Pantauan Liputan6.com, di lokasi, Jumat (4/11/2016), setelah sejenak berkumpul, massa dari silang Monas bergerak menuju ke Istana Merdeka. Mereka membawa berbagai atribut yang menyuarakan aspirasinya.
Antara lain, spanduk bertuliskan 'Penjarakan Ahok' dan We Love Polri'. Terlihat juga sejumlah orang yang membawa bendera kuning simbol kematian.
Polisi masih terlihat berjaga-jaga di posnya masing-masing. Para demonstran bergerak kondusif tanpa pengawalan polisi.
Demo 4 November ini dilakukan sejumlah organisasi masyarakat termasuk FPI. Mereka mendesak Polri segera mengusut kasus dugaan penistaan agama yang dilakukan Gubernur nonaktif DKI Jakarta Ahok.(IH)
AKHIRNYA pentadbir laman portal propembangkang Malaysiakini mengakui ada menerima dana daripada penyangak mata wang, George Soros yang didakwa cuba meruntuhkan kerajaan Malaysia.
Perkara tersebut disahkan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Jamal Yunos ketika mengetuai kumpulan Baju Merah mengadakan perhimpunan aman di pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.
Beliau kemudian bertemu sendiri pihak pengurusan portal tersebut dengan disambut Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan; Ketua Pengarang, RK Anand dan Pengarang Bahasa Malaysia, Jimadie Shah Othman.
“Alhamdulillah, kami telah mendapatkan penjelasan, disaksikan pihak media, (mereka) mengaku ada pernah terima sumbangan tersebut, (mereka) kata telah memberikan penjelasan menerusi laman web tersebut sendiri.
“Itu yang kita hendak dengar, bukan berapa banyak duit yang (mereka) dapat, tetapi sejauh mana hubungan dengan pihak penyangak (Soros),” kata Jamal semasa ditemui media selepas pertemuan itu berakhir pukul 3.30 petang.
Terdahulu, Jamal dengan kira-kira 100 penyokong berkumpul untuk menyatakan bantahan terhadap Malaysiakini ekoran pendedahan ada menerima dana antarabangsa daripada Open Society Foundation (OSF) diasaskan Soros.
Sebelum pertemuan itu, Jamal mengugut ‘meruntuhkan’ bangunan Malaysiakiniekoran protes terhadap portal berkenaan pernah menerima bantuan kewangan OSF dimiliki Soros yang juga hartawan terkemuka Yahudi.
“Kita tidak mahu melihat sistem keamanan yang kita kecapi sekian lama ini akhirnya terkubur kerana media-media tertentu memberikan liputan yang berat sebelah, fitnah dan tidak betul. Kami beri masa sehingga 5 November.
“Kalau tidak, NGO seluruh negara akan buat bantahan secara besar-besaran dan sekurang-kurangnya 20,000 orang sedia turun. Malah kami akan memastikan sebahagian bangunan portal ini pun akan runtuh,” katanya.
Sementara itu, Jimadie menjelaskan wang diterima daripada OSF konon hanyalah sebahagian kecil, dan portal itu tidak bergantung sepenuhnya kepada dana berkenaan sebaliknya kebanyakan datang daripada sumber iklan.
“Untuk berita bahasa Inggeris, langganan daripada pembaca itulah sumber pendapatan kami. Kami tidak nafi, memang ada KiniTv terima dana tetapi dalam jumlah sedikit dan dana itu juga untuk berita berkaitan Sarawak.
Dalam pada itu, jawatankuasa kecil bawah Majlis Peguam Malaysia turut mengaku menerima bantuan kewangan daripada Soros melalui OSF tetapi mendakwa ia bagi menjalankan penyelidikan mengenai pekerja asing di Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Migran, Pelarian dan Imigresen majlis tersebut, Datuk M. Ramachelvam berkata, mereka memang ada menerima AS$15,000 (RM53,757.13) tahun lepas bagi membiayai projek yang sedang berlangsung.
“Saya mesti menjelaskan wang itu tidak digunakan untuk biayai kos operasi dan pentadbiran Majlis Peguam atau jawatankuasa,” katanya kepada portal FMT susulan pendedahan oleh laman antarabangsa terkenal DC Leaks.
Ramachelvam berkata, wang itu digunakan membayar penyelidik, jurutranskrip, pengulas, rundingan dengan pihak berkepentingan dan perbelanjaan luar jangka terhadap kajian pekerja asing dan amalan buruh baik di Malaysia.
Beliau berkata pada masa lalu jawatankuasa itu mendapat bantuan kewangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan bekerjasama rapat dengan organisasi global seperti Suruhanjaya Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).
Pada 1 November lalu, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) membuat laporan polis serta menyerahkan dokumen ‘rahsia’ 24 halaman mengaitkan Malaysiakini dan kumpulan haram Bersih menerima dana rahsia daripada OSF.
Maklumat itu didakwa menunjukkan penglibatan seorang ahli perniagaan tempatan dan Soros membiayai Bersih melalui OSF, dengan niat jahat untuk misi khas menggulingkan kerajaan Malaysia. – Agensi
George Soros lahir Ogos 12, 1930, di Budapest, Hungary dengan nama György Schwartz. Kini beliau menjadi warga Amerika Syarikat. Soros merupakan spekulator mata wang yang terkenal, pelabur saham, ahli perniagaan, ahli filantropi, dan aktivis politik.
Oleh Subky Latif BEBERAPA hari lalu Mursyidul Am PAS, TG Hashim Jasin telah memberi pencerahan kepada umat Islam jika mahu amalan masing-masing diterima Allah, gunalah cara hidup Islam.
Dalam pencerahan terbarunya kepada parti-parti politik yang menyeru kepada satu lawan satu dan penyatuan sesama umah mesti mengikut formula agama Allah. Syaratnya halalkan apa yang al-Quran halal dan haramkan apa yang Islam haramkan mengikut kaedah yang ditentukan mengikut hak-hak bagi orang Islam dan hak-hak bagi bukan Islam. Jika penghormatan itu dapat dihormati, maka pintu kerjasama semula dengan DAP terbuka. Nescaya berulanglah semula dalam PRU14 nanti seperti yang berlaku dalam PRU13 iaitu satu lawan satu. Jika ia tidak diterima, maka jawabnya ialah satu lawan empat. Demikian juga dengan dakwaan Umno yang siang malam hendak sangat bersatu dengan PAS, Jika formula itu diterima, maka terbuka penyatuan antara keduanya. Pencerahan politik yang disaran oleh Mursyidul Am itu membuka peluang baru bagi kerjasama politik antara PAS dengan DAP dan antara PAS dengan Umno. Sebelum ini pintu untuk bersama semula dengan DAP bukan sekadar tertutup, bahkan terkunci. Dengan formula TG Hashim Jasin itu, pintu tertutup juga tapi tidak berkunci. Daun pintu boleh dibuka bila-bila masa. Pembatalan tahaluf ada rugi bagi PAS dan ada ruginya bagi DAP dan Pakatan. Rugi PAS tidak sebanyak untungnya. Orang mungkin tidak nampak untungnya tetapi ia dijamin Allah. Hanya yang beriman yakin dan nampak akan janji keuntungan itu. Tetapi bagi DAP dan Pakatan ruginya lebih banyak dari untung. Ruginya bukan sekadar dapat menguasai Putrajaya dalam PRU14, bahkan selama-lama tiada harapan berperanan dalam pentadbiran Putrajaya. Hak bukan Islam tidak terganggu jika formula itu diikut. Jaminan itu sudah ada sejak hijrah Rasulullah dulu dan ia telah dibuktikan sepanjang pimpinan baginda di Madinah. Tentang parti Mat Sabu belum ada pencerahan. Parti itu adapun justeru hendak mengelakkan pertandingan banyak penjuru dalam PRU. Jika formula satu lawan satu diterima keperluan partinya tidak ada lagi. Masakan ia jadi calon ketiga? Mungkin parti pembangkang tidak sempat berbincang ketika Parlimen bersidang yang antara kemungkinannya RUU355 dibentangkan. Bagi memupuk perpaduan pembangkang supaya satu lawan satu dapat diadakan. Maka RUU355 boleh dijadikan jambatan bagi pelaksanaan satu lawan satu itu. PAS bukan saja mengharapkan sokongan MP Islam dari PKR, DAP dan Bersatu, bahkan PAS mahukan semua MP pembangkang menyokongnya. PKR sudah mengumumkan menyokongnya. Jika DAP belum masa untuk menyokongnya, sekurang-kuangnya ia berkecuali. Setelah mendapat isyarat baru dari Mursyidul Am itu, semua pembangkang wajar menimbangkan formulanya. Formula beliaulah yang memberi banyak harapan dibanding dengan lain-lain harapan politik. Bagaimana kalau formula itu diterima sekali gus oleh Umno dan pembangkang? Apa pilihan PAS? Justeru pencerahan Mursyidul Am itu ada mengikut saranan al-Quran, maka PAS boleh memimpin perbincangan denan kedua-duanya yang matlamatnya bagi mendapat mardhatilah hingga ke akhirat, bahkan kita dapat mencapai cita-cita 1Malaysia yang sebenarnya menjadikan Malaysia negara bersih rasuah. Jika ia belum terima kita hadapi satu lawan lima atau lima-lima berlawan. Tetapi jika kelima-limanya dapat bergenggam mengikut formula Mursyidul Am nescaya ia jadi buku lima yang sakti. - HARAKAHDAILY
REUTERS - Habib Riziek menyatakan tunjuk perasaan yang berlangsung hari ini akan diadakan secara aman.
JAKARTA – Polis Indonesia mengerahkan kereta perisai dan anggota pasukan keselamatan bersenjata ke Jakarta menjelang tunjuk perasaan penduduk Islam hari ini kerana membantah Gabenor beragama Kristian daripada etnik Cina, Basuki Tjahja (gambar kecil) Purnama yang didakwa menghina kitab suci al-Quran.
Polis berkata, berpuluh-puluh akaun media sosial didapati ‘menyiarkan kenyataan dan imej provokatif’ dan menggesa orang ramai bertindak ganas atas terhadap Basuki yang lebih dikenali dengan panggilan Ahok termasuk gesaan membunuhnya.
“Kami menemui banyak kenyataan bersifat perkauman disebarkan di internet dengan kebanyakannya bersifat anti-Cina,” kata jurucakap polis Jakarta, Awi Setiyono.
Menurutnya, polis meningkatkan rondaan dan pemantauan atas talian menjelang bantahan yang dijadual diadakan hari ini. Katanya lagi, kira-kira 18,000 anggota polis dan tentera akan dikerahkan pada hari berkenaan.
Seorang pemimpin agama bagi pihak penganjur demonstrasi itu, Barisan Pembela Islam (FPI) menegaskan bahawa protes itu akan berlangsung dengan aman.
“Ini bukan tindakan anti-Kristian atau anti-Cina,” kata pemimpin FPI, Habib Riziek.
Etnik Cina mewakili lebih satu peratus daripada 250 juta rakyat Indonesia.
Pada kebiasaannya, masyarakat Cina Indonesia tidak menyertai bidang politik, namun Ahok sudah lama menjalinkan hubungan erat dengan Presiden Joko Widodo.
Beliau merupakan Timbalan Gabenor Jakarta ketika Joko menjadi Gabenornya dan memegang jawatan itu apabila beliau berundur pada 2014 untuk bertanding jawatan Presiden Indonesia. – Reuters Rizieq Shihab diperiksa Bareskrim Polri (polis) sebagai saksi ahli atas kes dugaan penistaan agama dilakukan Basuki Tjahaja Purnama (Ahok). Dia berharap Ahok malam ini segera ditetapkan sebagai tersangka.
SEORANG wanita misteri telah mengejutkan pengguna jalan raya apabila dia memandu dalam keadaan separuh bogel sambil menyanyi lagu kegemarannya dan menggoyangkan badan di dalam kereta.
Identiti wanita berkenaan bagaimanapun tidak diketahui. Dia ketika itu sedang memandu di Buenos Aires, Argentina.
Lagu yang dinyanyikannya itu adalah lagu kumpulan yang berasal dari Uruguay dikenali sebagai Marama, yang mengisahkan seorang wanita yang hilang kawalan diri selepas minum minuman keras.
Meskipun aksinya itu menjadi perhatian pemandu kenderaan dan penunggang motorsikal yang melepasi kereta yang dipandunya, wanita itu tidak mempedulikannya.
Sebaliknya dia menikmati lagu berkenaan sambil melambaikan tangan kepada pengguna jalan raya yang melepasi kenderaannya.
Tidak diketahui bagaimana video berkenaan dirakamkan, namun ia menjadi viral selepas muncul dalam laman web berita Argentina.
Ia dipercayai tersebar selepas wanita itu dikatakan berkongsi klip terbabit dengan rakannya menerusi Whatsapp.
Klip video itu bagaimanapun tidak menunjukkan wanita terbabit melanggar sebarang peraturan jalan raya.
Adakah wanita memandu kereta dalam keadaan setengah bogel itu tidak salah? Bagaimana kalau di Malaysia?
Besok, Habib Rizieq diperiksa Bareskrim soal kasus Ahok JAKARTA: Penyidik Direktorat Tindak Pidana Umum (Dittipidum) Bareskrim Polri segera memanggil Imam Besar Front Pembela Islam (FPI), Habib Rizieq terkait kasus dugaan penistaan agama yang menyeret Gubernur DKI Jakarta Basuki Tjahaja Purnama ( Ahok). Rizieq akan dimintai keterangan sebagai saksi terkait kasus tersebut pada Kamis (3/10) besok. "Iya besok kita mintai keterangan Habib Rizieq, pemeriksaan dilakukan tergantung dia datangnya jam berapa," kata Dirtipidum Bareskrim Polri, Brigjen Agus Andrianto ketika dikonfirmasi, Jakarta, Rabu (2/11). Jenderal bintang satu ini mengungkapkan jika pihaknya telah memeriksa 14 saksi dan ahli dalam kasus penistaan agama Ahok tersebut. Empat di antaranya warga Kepulauan Seribu dan dua staf Ahok. "Selain itu juga ada saksi dari pihak pelapor," ujar dia. Sementara itu, untuk saksi ahli penyidik telah meminta keterangan dari ahli bahasa, ahli agama dari Majelis Ulama Indonesia (MUI) dan ahli pidana. "Saksi bahasa satu dari lembaga, MUI dua, kemudian dari ahli pidana UI dua, UGM satu sementara UNDIP masih kita tunggu," ungkapnya. "Ini kita juga nunggu dari pihak pelapor mengajukan ahli ya kita tampung, yang lain akan kita sesuaikan dengan kebutuhan, selanjutnya kita konsultasikan ke jaksa dan kita akan gelar perkara ini," pungkas Agus. (Merdeka.com)
JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menjangka lebih 100,000 rakyat Indonesia menyertai demonstrasi secara besar-besaran di Jakarta bagi mendesak Gabenur Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok dikenakan tindakan undang-undang kerana mempertikaikan ayat al-Quran dalam surah Al Maidah. Demikian menurut Bernama. Ahok dalam kempennya di Pulau Seribu pada bulan lepas dipetik sebagai mempertikaikan ayat al-Quran yang meminta umat Islam supaya tidak memilih orang bukan Islam menjadi pemimpin mereka. Beliau yang akan mempertahankan jawatannya pada Pilihan Raya Februari 2017 bagaimanapun telah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana telah menyinggung perasaan umat Islam. Rakyat Malaysia dinasihatkan agar tidak memasuki Jakarta pada Jumaat ini bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam demonstrasi rakyat Indonesia yang dijadual berlangsung di sekitar ibu kota itu. Duta Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim memberitahu Bernama di sini, kedutaan sedang memantau perkembangan semasa mengenai demonstrasi berkenaan dari semasa ke semasa. Katanya, bagi rakyat Malaysia yang berada di Jakarta pula, mereka dinasihati menjaga diri dan keselamatan keluarga masing-masing dengan mengelak daripada berada di ibu kota itu terutama di sekitar Monumen Nasional (Monas), Masjid Istiqal, Balaikota, Tangerang dan Bekasi. Beliau berkata rakyat Malaysia yang masih perlu ke Jakarta dinasihati supaya mendaftar dengan kedutaan menerusi perkhidmatan dalam talian e-konsular di laman web www.kln.gov.my. Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular pula diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia +62 215224947 atau +62 81380813036 pada waktu pejabat. "Kaunter Imigresen di kedutaan juga ditutup pada Jumaat ini dan kita minta semua rakyat Malaysia yang berada di Jakarta supaya tidak mengunjungi kawasan berlakunya demonstrasi," katanya.
Polwan (polis wanita) berjilbab 2015 merdeka.com/arie basuki Sementara itu, gabungan organisasi masyarakat Islam akan mengumumkan demonstrasi besar-besaran berkait dugaan penistaan agama Yang diduga dilakukan Gubernur nonaktif DKI Jakarta Basuki Tjahaja Purnama (Ahok), Jumat (4/11) mendatang. Mengikut Mel Pemberitahuan Yang Diperolehi Polri dari Gabungan ormas, rencananya Peserta demo Mencapai 100,000 orang. Sejumlah pihak bimbang demo bakal berujung kisruh dan kekecuhan. Untuk menjaga ibu kota, Mabes Polri (pihak polis) dibantu TNI (tentera) memiliki sejumlah strategi. Ribuan Pasukan Brimob dari sejumlah daerah ditarik dimasukkan Ke ibu kota. Pasukan TNI juga diperbantukan untuk menjaga Ibu Kota. Selain itu, Polri juga memiliki strategi buat demo menyejukkan. Mabes Polri menyiapkan Pasukan 'Asmaul Husna' untuk mengawal jalannya demo. Para personel ini kepada memakai peci dan sorban putih saat menjaga demonstran nanti. Kadiv Humas Polri Irjen Boy Rafli Amar mengatakan Pasukan 'Asmaul Husna' ini dibentuk sesuai dengan arahan Kapolri Jenderal Tito Karnavian. Keberadaan Acha diharapkan menciptanya boleh membebaskan buat demo tenang dan damai. (IH)
PENGIKLANANbarangan dan perkhidmatan dalam talian sudah menjadi trend terkini bagi memudahkan pelanggan melihat produk yang ditawarkan.
Namun, disebalik kerancakan perniagaan itu, ada juga yang mengambil kesempatan menawarkan pil gugur kepada pasangan terlanjur melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan blog.
Lambakan penjualan ubat menggugurkan janin ini dilihat semakin terbuka di laman sosial dengan menawarkan pelbagai pakej harga yang kononnya berpatutan.
Antaranya, setiap pelanggan diberikan beberapa pilihan untuk membeli pil terbabit iaitu mengikut dos berbeza iaitu RM15 bagi setiap biji dengan pilihan pertama, 20 pil dijual pada harga RM310 termasuk kos penghantaran tambahan RM10.
Bagi pilihan kedua, setiap set mengandungi 20 ubat di jual dengan harga RM340 disertakan pakej ubat tambahan serta kos penghantaran pos dengan harga sama seperti pakej pertama.
Namun, kini pelbagai pakej yang ditawarkan sehingga pelanggan boleh memilih dengan mudah melalui pencarian di laman sosial secara terbuka. Dengan kata-kata memujuk oleh pengiklan ini seolah-olah menggalakkan lagi masalah sosial yang semakin membimbangkan kini.
Carian pil gugur di laman sosial tidak sukar kerana hanya dengan menaip ‘pil gugur’, pelbagai laman sosial dengan bermacam-macam jenis nama akaun akan terpapar di depan mata.
Aktiviti penjualan produk ini bebas dipasarkan di laman sosial yang kononnya ingin membantu golongan wanita yang terlanjur dan menghadapi masalah kewangan tanpa memikirkan soal larangan dalam agama.
Antara laman sosial yang menawarkan pil gugur adalah Pil Gugur Berkesan, Ubat Gugur Kandungan yang mengiklankan pil itu secara bebas dan teknik penjualan tersebut hanya melalui sistem ‘WhatsApp’ atau sistem pesanan ringkas (SMS).
Antara pil yang ditawarkan adalah jenis Cytotec, Cytolog, Mifegest, Mifepristone, Gastrul, Duo861, PCT200, Norcolut Norethisterone untuk menggugurkan janin.
Cara penggunaan pil tersebut adalah dengan memasukkan pil itu ke dalam kemaluan atau makan seperti biasa.
Difahamkan, pil Cytotec dan Misoprostol adalah untuk penyakit gastrik namun penyelidikan mendapati ianya juga boleh digunakan untuk menggugurkan kandungan.
Pil tersebut digunakan untuk penyakit gastrik dan tidak dilesenkan untuk menggugurkan anak serta di bawah kawalan dan didaftarkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk merawat penyakit ulser duodenum dan ulser gastrik.
Namun, apa yang terjadi kini apabila ubat-ubat tersebut semakin mudah didapati tanpa pengawasan daripada doktor yang bertauliah sebaliknya dikeluarkan oleh pengiklan yang mengaku sebagai doktor di hospital atau klinik swasta, pembantu perubatan dan sebarang profesion yang menunjukkan mereka pakar dalam bidang perubatan dan kesihatan.
Ini hanyalah untuk menyakinkan pelanggan untuk mendapatkan produk mereka dan sekaligus mengaut keuntungan dengan cara mudah.
Komen:
Pernah Mufti Wilayah Persekutuan suatu masa dulu menjawab hukum gugurkan kandungan dalam sebuah pantun, katanya..
Haram janin sengaja digugurkan,
Sebelum bernyawa hukumnya makruh,
Mubah, jika ternyata keuzuran,
Ikutlah syariat bersungguh-sungguh.