Saturday, November 12, 2016

Tandimg 1 Logo, PKR, DAP, Amanah & Bersatu: Mat Sabu Sokong Dr M..

Mohamad Sabu
Cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad agar parti pembangkang, PKR, DAP, Amanah dan Bersatu bertanding di bawah satu logo disambut baik oleh Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu dengan keyakinan Pakatan Harapan akan menjadi parti terkuat.
"Memanglah elok bertanding guna satu logo. Semua parti pembangkang mengakui tidak kuat jika bersendirian.
"Kalau semua bergabung kita akan jadi parti terkuat di Malaysia. Inilah rakyat menaruh harapan," kata Mohamad ketika berucap di Konvensyen Pertama Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.
Menurut beliau yang kurang sihat hari ini, jika semua bersetuju, ini adalah cara terbaik untuk melawan Barisan Nasional yang menggunakan satu logo.
Mohamad juga berkata, jangan ada di kalangan parti Pakatan Harapan nanti yang mahu menjadi 'king maker'.
"Jangan kita kata kita nak jadi king maker, kalau sebelah sini jadi kerajaan kita bersama yang ini, kalau di sana jadi kerajaan kita bersama mereka.
"Kalau nak, ikat perjanjian betul-betul. Setia sebelum pilihan raya, semasa pilihan raya, selepas pilihan raya," kata beliau dipercayai menindir sebuah parti yang mahu jadi king maker dalam pilihan raya nanti.
Sebelum beliau, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berjanji akan membawa cadangan penggunaan satu logo ke Sekretariat Pakatan Harapan dengan segera untuk dikaji dari segi pelaksanaannya.
Tun Dr Mahathir ketika berucap pagi tadi mengulangi cadangannya agar kesemua parti Pakatan Harapan dan Bersatu menggunakan satu logo dalam PRU ke 14 nanti.
"Kalau kita nak kalahkan BN satu cara sahaja iaitu dengan bersatu. Kita daftar seolah-olah satu parti, kita guna satu simbol. Kita letak satu calon. Tak kira DAP ke, Amanah ke, PKR ke...asalkan itu calon kita.
"Hanya dengan cara itu kita akan dapat kemenangan," katanya.
"Kita perlu guna satu logo hilangkan identiti parti masing-masing untuk pilihan raya sajalah, pakai satu simbol," kata Mahathir ketika berucap sessi sebelah pagi tadi.
Sebelum ini, menjelang pilihan raya umum 2013 lalu, DAP pernah bersedia menggunakan logo Pas di Semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, Mohamad juga berkata, Amanah, PKR, DAP ada cara melawan rasuah.
Beliau juga yakin, Bersatu juga ada cara melawan rasuah berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini, "bukan menyatakan mana ada bukti berlakunya rasuah."
Mohamad dipercayai menyindir pemimpin partinya dahulu yang bertanya mana bukti berlakunya rasuah dalam kes skandal 1MDB.
Mohamad juga mengulasngi janji setia Pakatan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
"Kita diikat dengan janji setia. Keputusan yang kita persetujui selama ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Kalau ada nama baru disepakati semua dalam Pakatan Harapan," katanya.
Beliau juga meminta sebarang unsur rasis yang masuk dalam masyarakat mesti dihindarkan dalam Pakatan Harapan.
"Pihak Kementerian Dalam Negeri mesti berterima kasih kepada kami tetapi kami pula menjadi sasaran," katanya merujuk kepada tindakan terhadap pemimpin pembangkang. (MD)

Berita Gembira! Demonstrasi Tolak PAS Di Shah Alam, Tetapi...


undi1
BANGI, 12 Safar 1438H, Sabtu – Demonstrasi kecil dilaporkan dihadiri kira-kira 20 penyokong pakatan harapan di tempat di mana konvensyen blok pembangkang itu berlangsung di Shah Alam, hari ini, bergema dengan suara menolak PAS.
Namun, di sebalik suara-suara itu, netizen laman sosial Facebook menerusi satu undian yang dijalankan Jom Stream secara live, menunjukkan PAS menerima lebih banyak sokongan ‘like’ berbanding parti lain.
Dalam undian yang ditutup jam 3 petang tadi, penganjur menjemput netizen untuk menyatakan parti mana yang menjadi pilihan mereka dengan menekan ‘like’. Parti yang disenaraikan ialah PAS, PKR, UMNO, DAP, Bersatu dan PAN.
Pada akhir undian sokongan ‘like’ kepada PAS mencecah lebih 54,862, diikuti Bersatu (16,356); DAP (4,691); PKR (2,940); UMNO (2,331) dan PAN (1,697).
Bagaimanapun, undian yang dijalankan itu bukan menunjukkan prestasi sebenar parti yang disenaraikan dan tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan.
Semalam, laman Facebook Jom Stream secara live turut mengajak netizen mengundi memilih sama ada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pengguna Facebook memilih Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin tertinggi di Malaysia, berbanding Perdana Menteri sekarang.
Dalam undian yang ditutup malam tadi, Tun Dr Mahathir mencatat undian lebih 597,493, manakala Najib hanya kira-kira 20,319 undi sahaja. (http://www.ismaweb.net/)

Apa La Ada Pada Pas?



Oleh Ustaz Hj Idris Hj Ahmad

PAS parti kerdil sahaja. Pemimpinnya pak lebai. Ahlinya orang kampung. Pengikutnya marhain. Mereka ikut Pas kerana dasar. Bukan taksub kepada pemimpin. Ahlinya taat selagi pemimpin taat kepada Allah, Rasul dan jamaah. Inilah batas sempadannya.

Pelik juga manusia yang tidak suka Pas. Siang malam hentam Pas. Hentam Pas, kadang-kadang lebih teruk daripada hentam Umno BN. Seolah-olah hilang fokus. Seolah-olah Pas ini hebat dan kuat. Sedangkan Pas tidak perintah negara. Tidak memiliki media yang hebat. Tidak ada cyber trooper yang handal yang tidak takut kepada sesiapa. 

Kita tidak mampu membiyai cyber trooper yang bekerja 24 jam setiap hari. Tidak ada wang RM90 juta. Dalam masa yang sama menuduh Pas tidak ada masa hadapan. Ramai orang keluar Pas dan berhijrah ke parti lain. Anak muda tidak bersama Pas. Golongan profesional lari daripada Pas. Peliknya, setiap detik hentam Pas. Tidak guna lawan orang yang lemah seperti Pas.


Kalau Pas lemah, tidak ada nilai, tidak ada harga. Maka tidak perlulah ambil tahu berkenaan Pas. Biarlah apa Pas hendak buat suatu pendirian. Kalau rugi pun Pas, bukan orang lain. Anggaplah Pas ada seperti tiada, barulah kamu senang hati. Binalah kekuatan sendiri, anggaplah Pas tidak ada dipersada politik tanah air. Kepala pun tak sakit. Umno pun pening kepala menghadapi Pas.

Tidak ada untung pun kalau lawan Pas. Sikap Pas tidak akan berubah. Pas sudah 65 tahun melawan Umno/BN. Pas sudah 13 kali sertai pilihanraya. Selama 65 tahun ada yang tahan diuji dan ada yang tidak tahan. Berapa ramai pemimpin Pas dan wakil rakyat Pas tidak mengakhiri hayat mereka bersama Pas. 

Adakah Pas mati?. Walau pun mereka harap Pas akan berkubur, alhamdulillah Pas masih segar bogar seperti rumput yang segar selepas disiram embun. Pas seperti gadis sunti, semuanya hendak melamar. Hasbunallah wani'mal wakil. (Detikdaily/IH)

Mudahnya Bunuh Bayi, Hanya Dengan Beli Pil Gugur Janin..

Cuci 'noda': Tidak malukah beli ubat gugur janin?
SEDARKAH kita, pada zaman moden dan era serba canggih ini, perasaan malu hampir tiada lagi! Mana tidaknya, di media sosial, apa lagi yang tidak kita ketemui, hatta pil bagi menggugurkan janin juga dijual secara terbuka.

Bagi pasangan kekasih yang sudah terlanjur, proses pengguguran bayi hasil perbuatan zina bukan lagi satu masalah besar! Hanya dengan RM300, mereka sudah boleh menggugurkan kandungan sendirian tanpa perlu bersusah payah ke klinik atau hospital. 

Mudahnya gugurkan anak pada zaman sekarang!

Beberapa hari lalu penulis menerima sebuah perkongsian daripada sahabat menerusi mel masuk Facebook. Menerusi maklumat yang dikongsikan, sahabat penulis ini bercerita mengenai betapa terbuka dan berleluasanya pil gugurkandungan yang dijual menerusi laman sosial.

Bukti-bukti gambar akaun yang menawarkan pil tersebut turut disertakan. Tanpa menunggu, penulis melakukan carian sendiri. Satu demi satu akaun yang menawarkan pil jenis Cytotec dan Misoprostol di Facebook dan Instagram penulis teliti.

Kesemua pemilik akaun tanpa rasa bersalah dan segan silu menawarkan khidmat nasihat awal penggunaan hinggalah proses berpantang bagi yang berminat untuk menggugurkan kandungan. Semuanya jadi semudah ABC selagi ia mampu dibayar oleh sesiapa sahaja yang berminat!

Malah ada juga yang menawarkan free gift (hadiah percuma) dengan setiap pembelian! Bagaimanapun apa yang menyedihkan adalah dengan melihat anak-anak perempuan Melayu yang kelihatan begitu ‘terdesak’ meninggalkan komen ‘pm’ di ruangan komen di setiap posting jualan pil ini.

Tidak membuang masa, penulis mengambil kesempatan untuk mendekati vendor atau peniaga bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang khidmat yang ditawarkan. Dengan hanya WhatsApp, pertanyaan demi pertanyaan daripada penulis dilayan mesra oleh si vendor yang nyata berharap dapat melariskan jualan pil haram ini.

Percaya atau tidak, penulis bukanlah yang pertama menghubungi si vendor bagi khidmat pil gugur. Menerusi bualan dalam aplikasi WhatsApp, penulis disaji dan dikongsikan bermacam-macam testimoni yang rata-ratanya anak Melayu yang sudah pun menggunakan khidmat si vendor ini.

Malah penulis turut diberi ‘peluang dan kesempatan’ untuk melihat sendiri gambar hasil (janin yang sudah digugurkan) oleh pembeli selepas penggunaan tablet ini. Sama ada Cytotec yang bermula dengan harga RM350 atau Misoprostol yang bermula dengan harga RM320, kedua-duanya dijamin dapat memberikan keberkesanan hampir 100 peratus!

Difahamkan, pengambilan Cytotec akan memberikan kesan kurang daripada 12 jam, manakala pengambilan Misoprostol pula akan menunjukkan keberkesanannya dalam masa 24 jam. Pengguna pil gugur ini dikatakan akan mengalami pendarahan yang berlarutan sehingga seminggu dengan setiap pengambilan pil tersebut.

Selain itu, pengguna juga akan mengalami kesan sampingan seperti cirit-birit, sakit abdomen, loya, sakit kepala, muntah, sembelit dan koyakan pada rahim. Kesemua peniaga akan menawarkan pil tersebut berserta dengan set ubat rawatan sampingan yang dikatakan perlu diambil selepas penggunaan pil gugur.

Antara ubat rawatan yang diberikan termasuk ubat cirit-birit, ubat tahan sakit, ubat saraf atau pengawalan darah, ubat tambah darah dan antibiotik. Untuk pengetahuan umum, tablet Cytotec merupakan produk berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor pendaftaran MAL19890225AR, bagaimanapun ia perskripsi yang digunakan untuk tujuan rawatan ulser dan bukan untuk tujuan pengguguran janin.

Penggunaan pil Cytotec dengan tujuan menggugurkan kehamilan serta tanpa nasihat pengamal perubatan adalah amat berbahaya dan hanya mengundang padah kepada diri sendiri. Tablet ini mengandungi Misoprostol 200 mcg, yang dikelaskan sebagai Racun Jenis B di mana ia boleh diperoleh di klinik-klinik swasta atau dengan preskripsi di farmasi-farmasi.

KKM menerusi satu kenyataan pada September 2014 telah menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli produk ini di Internet dan orang perseorangan memandangkan ia menyalahi undang-undang. Tablet Misoprostol pula menerusi Surat Pekeliling Bahagian Perkhidmatan Farmasi pada Januari 2012‎ mengesahkan tablet ini mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Bagaimanapun kegunaan Misoprostol hanya bertujuan untuk merawat ulser dan gastrik teruk dan penggunaan selain daripada indikasi tersebut adalah tidak dibenarkan.  

Pihak Sinar Online mendapatkan respons Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan laporan ini. (Sinar Harian)

3.5 Juta Rakyat Hidap Diabetes.


  PENGGUNA
KUALA LUMPUR – Sejumlah 3.5 juta rakyat Malaysia dewasa didapati menghidap diabetes pada 2015, yang merupakan jumlah keempat tertinggi penghidap penyakit itu di Asia.
Hasil carian imej untuk diabetes
Apa yang lebih membimbangkan angka itu meningkat secara berterusan sejak 2006 berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan, kata Setiausaha Agung Kehormat Diabetes Malaysia, Datuk Rahimah Ahmad kepada Bernama di sini semalam.
Pada 2006, 1.9 juta orang dewasa didapati menghidap penyakit ini dan pada 2011 angka itu meningkat kepada tiga juta dan meningkat 500,000 lagi dalam 2015. (Kosmo!)

Lagi Penculikan Abu Sayyaf Di Selatan Filipina


ASKAR Filipina memeriksa kapal layar milik seorang rakyat Jerman yang diculik Abu Sayyaf di selatan Filipina baru-baru ini . - AGENSI
ZAMBOANGA – Sekumpulan lelaki bersenjata menculik sekurang-kurangnya lima kelasi sebuah kapal kargo Vietnam di perairan selatan Filipina semalam, kata pihak berkuasa.
Kumpulan militan Abu Sayyaf diketahui aktif melakukan penculikan di rantau itu untuk mendapatkan wang tebusan.
Insiden terbaharu itu menjadikan mangsa yang diculik dari kapal-kapal di perairan itu meningkat kepada sekurang-kurangnya lapan orang sejak seminggu lalu termasuk seorang pelaut Jerman sekali gus meningkatkan kebimbangan bahawa pihak berkuasa tidak berupaya mengawal kegiatan lanun yang kian berleluasa.
Kapal kargo MV Royal 16 sedang belayar kurang 20 kilometer dari Pulau Basilan, kubu kuat Abu Sayyaf apabila ia diserang pagi semalam.
Pihak berkuasa berkata, dua kru MV Royal 16, seorang daripadanya cedera, berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh sebuah kapal kargo lain.
“Aset tentera laut Filipina telah dikerahkan untuk misi mencari dan menyelamatkan mangsa-mangsa penculikan ini,” kata jurucakap tentera peringkat wilayah, Mejar Filemon Tan.
Katanya, kewarganegaraan lima kelasi dan identiti kumpulan penculik itu masih tidak diketahui.
Namun, kumpulan Abu Sayyaf telah dituduh menculik berpuluh-puluh kelasi Indonesia dan Malaysia di perairan selatan Filipina sejak beberapa bulan lalu.
Pada hujung minggu lalu, seorang komander Abu Sayyaf mengaku bertanggungjawab menculik pelaut Jerman berusia 70 tahun, Jurgen Kantner dan membunuh isterinya.
Kumpulan militan itu turut menculik kapten sebuah kapal kargo Korea Selatan dan seorang kelasi Filipina dalam serangan pertama ke atas kapal dagang besar.
Pada tahun ini, militan Abu Sayyaf turut memenggal kepala dua tebusan warga Kanada selepas wang tebusan berjumlah jutaan dolar yang mereka tuntut gagal dibayar. – AFP

'Sha la la', Inikah 'Zikir' Pemimpin Islam Negara Sekular?

Hasil carian imej untuk najib menari

VIDEO | Aksi gelek Najib “bershala la la la” bersama Duterte.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat mesra bersama Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dengan berduet menyanyikan lagu ‘Sha la la'.

Friday, November 11, 2016

Konvensyen PH: Belum Mula... Dah Kelam Kabut.


Konvensyen Pakatan Harapan (PH) dijadualkan bermula Sabtu di Shah Alam untuk memuktamadkan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan UMNO-Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang tapi pada Jumaat dua berita buruk yang diterima oleh DAP, PKR dan PAN.
Yang pertama, parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan menandatangani perjanjian menyokong Pakatan Harapan dan meminta lebih masa.
Difahamkan Muhyiddin lebih berminat untuk membentuk pakatan pembangkangnya sendiri yang terdiri daripada PPBM, PKR, PAS tanpa DAP dan PAN.
Dan yang kedua, parti Warisan pimpinan Datuk Seri Shafie Afdal tidak hadir ke majlis tersebut.
Sudha pasti perkara ini memalukan pimpinan PH dan juga Tun Mahathir Mohamad yang dijadualkan memberikan ucaptama di majlis tersebut.

Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking berkata parti itu tidak dapat menyertai konvensyen berkenaan kerana dua pemimpin tertingginya terpaksa menghadiri siri jelajah di Kudat dan Maruju.

"Kami dijemput tetapi malangnya Datuk Seri Shafie Apdal dan saya akan menghadiri majlis jelajah di Kudat dan Marudu yang sudah dirancang lebih awal," katanya.

Sebelum ini kepimpinan tertinggi PAS berkata ketetapan untuk tidak menghadiri konvensyen itu diambil memandangkan PAS tidak lagi mempunyai sebarang kerjasama politik bersama DAP dan parti serpihannya, PAN.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bahawa parti itu tidak akan hadir ke konvensyen berkenaan, selain tidak akan menghantar wakil.

Konvensyen PH yang berlangsung itu bagi mewujudkan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan UMNO-Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Selain itu, pakatan pembangkang juga gagal menandatangani 'perjanjian kerjasama' antara PH dan PPBM pada konvensyen Sabtu, selepas Muhyiddin meminta penangguhan.
Presiden PPBM yang sebelum ini telah bersetuju untuk turut serta, dipercayai telah meminta penangguhan kerana inginkan lebih banyak masa untuk berfikir tentang kerjasama yang dirancang.
Keputusannya memberi tamparan hebat kepada konvensyen PH yang akan diadakan pertama kali sejak ia ditubuhkan tahun lepas bagi menggantikan Pakatan Rakyat.
The Star melaporkan sumber PH berkata majlis menandatangani perjanjian untuk mengalu-alukan PPBM ke dalam keluarga Pakatan Harapan sepatutnya menjadi acara kemuncak konvensyen di mana Tun Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucaptama.
Muhyiddin telah bersetuju dengan rancangan itu pada mesyuarat dengan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan pada petang Selasa.
Sehari selepas mesyuarat itu, Muhyiddin telah berucap pada satu ceramah di Sijangkang, Kuala Langat, di samping Adun Meru Dr Rani Osman dan Ahli Dewan Undangan (Adun) Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dari PAS.
Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari (PKR), juga menjadi salah seorang penceramah.
Keesokan harinya, Muhyiddin telah menghubungi pemimpin PH bagi meminta penangguhan perjanjian kerjasama, bagaimanapun beliau menekankan bahawa beliau tidak mempunyai masalah dengan kandungannya.
Muhyiddin menuntut lebih banyak perbincangan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan mengenai hubungan mereka dengan DAP dan PAN.
Gabungan itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Harapan tidak menerima cadangan itu.-11/11/2016 (AD)

Lakukan Seks Dalam Kereta Yang Dihidupkan Enjin.. Boleh Mati Ooo!

Hasil carian imej untuk seks dalam kereta
PENGGUNA
SEPASANG kekasih menemui ajal akibat keracunan karbon monoksida, ketika mereka sedang melakukan seks di dalam kereta yang dihidupkan enjinnya dalam kejadian mengejutkan di Ufa, Rusia.
Pasangan itu dikenali sebagai Artem S, 18 dan Anna D, 20, memilih melakukan seks di dalam kereta yang diletakkan di dalam garaj selepas kedua-duanya tidak mempunyai tempat lain untuk melepaskan nafsu.
Mayat Artem ditemui dalam rangkulan Anna dan kedua-duanya dalam keadaan bogel,
Pasangan itu ditemui selepas keluarga Artem melancarkan gerakan mencarinya. Sebelum kejadian,Artem memberitahu keluarganya bahawa mereka mahu keluar berjalan-jalan.
Dalam pada itu, rakan rapat Artem berkata, hubungan pasangan itu masih terlalu baru malah Anna sendiri tidak memperkenalkan teman lelakinya kepada rakan-rakan lain.
Artem dijadual menamatkan pengajian di kolej dan bercita-cita untuk membuka bengkel kereta.  (IH)

Azmin Ali Tidak Iktiraf Raja Berpelembagaan? ADUN Batangkali Dirujuk..


Hasil carian imej untuk (ADN) Batang Kali, Dato’ Mat Nadzari Ahmad Dahlan
SHAH ALAM, 10 NOV: Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam meluluskan usul membawa Ahli Dewan Negeri (ADN) Batang Kali, Dato’ Mat Nadzari Ahmad Dahlan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Usul terbabit dikemukakan Exco negeri, Dato’ Teng Chang Kim ekoran Mat Nadzari dalam ucapannya di DNS, pada 1 November lalu didakwa membawa maksud terdapat sebahagian anggota pentadbiran diketuai Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali tidak mengiktiraf peranan Raja Berpelembagaan.
Ia disokong ADN Sekinchan, Ng Suee Lim untuk dibahaskan di dalam dewan.
Suee Lim dalam penjelasannya berkenaan perkara itu mendakwa kenyataan Mat Nadzari itu merujuk DAP yang disifatkan tidak mengiktiraf peranan Raja-Raja Melayu dalam sistem pentadbiran negara.
“Sepanjang pentadbiran Kerajaan Negeri, DAP tidak pernah tidak mengiktiraf peranan Raja Berpelembagaan sebaliknya kita menyokong sepenuhnya.
“Yang menghakis kuasa Raja-Raja Melayu ialah Umno dan BN pada 1990an dahulu, bukan DAP dan DAP tidak pernah berkuasa di peringkat Persekutuan,” katanya.
Mat Nadzari dalam kenyataannya meminta apa dinyatakan ditafsir secara jelas dan berharap keputusan dibuat secara adil dalam perkara berkenaan.
Beliau berkata, dalam perlembagaan DAP yang ditelitinya juga tidak dinyatakan berkenaan sokongan parti terbabit kepada Raja-Raja Melayu.
“Dalam 18 perkara yang tersenarai, tiada sepatah perkataan yang menyokong semangat Raja Berpelembagaan,” dakwanya.
Sementara itu, ADN Kampung Tunku, Lau Weng San ketika mengambil bahagian berbahas membangkitkan beberapa kenyataan dibuat Mat Nadzari dalam media sosialnya yang didakwa mengaitkan DAP dengan isu agama Islam dan Raja-Raja Melayu.
Namun, ia dicelah ADN Permatang, Dato’ Sulaiman Abdul Razak dan berharap dewan tidak terpengaruh dengan kenyataan itu.
Pengakhiran perbahasan dengan Speaker, Hannah Yeoh membuat keputusan untuk ADN Batang Kali itu kepada jawatankuasa berkaitan selepas majoriti ADN bersetuju untuk tujuan berkenaan. (Selangorkini)

Ini, Heboh Donald Trump Bogel.. AS Menuju Tiada Peradaban?


Warga AS foto bersama dengan patung Donald Trump bogel di Union Square Park, New York, AS, Khamis (18/8). Patung Calon Presiden AS dari Parti Republik ini juga telah dipamerkan di San Francisco, Los Angeles, Cleveland, dan Seattle. (REUTERS / Brendan McDermid)


Seorang nenek memegang kepala patung Donald Trump berbogel yang dipamerkan di Union Square Park, AS, Khamis (18/8). Warga di sekitar Union Square Park, New York, rela beratur untuk bergambar dengan patung tersebut. (REUTERS / Brendan McDermid)



Sejumlah warga memfoto patung Donald Trump bogel yang dipamerkan di Union Square Park, AS, Khamis (18/8). Warga di sekitar Union Square Park, New York, rela beratur untuk bergambar dengan patung tersebut. (REUTERS / Brendan McDermid)


Sejumlah warga memfoto patung Donald Trump bogel tanpa baju dan seluar yang dipamerkan di Union Square Park, AS, Khamis (18/8). Warga di sekitar Union Square Park, New York, rela beratur untuk bergambar dengan patung tersebut. (REUTERS / Brendan McDermid)

Mengpa patung Donald Trump, sekarang Presiden AS, dibiarkan bogel, tidak berbaju dan berseluar? Apa simboliknya? Apakah AS mahu dibawa ke arah negara tiada peradaban? Gilakah mereka? 

Mengapa lawan Donald Trump, Hillary Clinton tidak dibogelkan patungnya atau  dipatung bogelkan?


(IH)

Mengapa Muslim AS Tiba-Tiba Beralih Undi Kepada Trump?


Inilah Rahsia Muslim AS Tiba-Tiba Undi Trump, Bukan Clinton!

WASHINGTON DC – Kemenangan besar Donald Trump dalam pilihan raya presiden pada Selasa lalu menewaskan calon pilihan ramai, Hillary Cinton memang mencetuskan pelbagai tanda tanya besar.

Bayangkan ketika pengguna media sosial di seluruh dunia waima hampir kesemua akhbar di Amerika Syarikat (AS) sendiri secara terbuka menyatakan pendirian sebagai anti-Trump, jutawan hartanah itu mampu lagi menang selesa.
Dengan meraih 306 undi electoral college atau perwakilan tempatan berbanding Clinton, 69, memperoleh 232 undi daripada keseluruhan 538 undi, Trump, 70, melakar rekod tersendiri iaitu menang bergaya tanpa publisiti positif.
Ia pemilihan paling sengit dalam sejarah 58 kali pilihan raya presiden AS sejak merdeka kerana dari segi populariti pengundian, Clinton menerima 59,923,027 kertas undi dibandingkan Trump sendiri hanya 59,692,974 kertas undi.
Mujur perlembagaan AS tidak menerima pakai konsep peratusan undi popular, tetapi mewarisi sistem pilihan raya negara bekas jajahannya, British iaitu jumlah teramai perwakilan dalam dewan sebagai penentu calon pemenang!
Namun misteri kemelut berkenaan akhirnya ‘terbongkar’ apabila beberapa agensi berita antarabangsa dan akhbar berpengaruh Britain, The Independentmendedahkan rahsia kejayaan Trump di sebalik terpalit pelbagai isu panas.
Inilah Rahsia Muslim AS Tiba-Tiba Beralih Undi Trump!
Antaranya tindakan pantas pasukan kempen Trump segera ‘memadam’ kenyataan dan video ucapan beliau pada November 2015 yang dimuatkan menerusi laman web rasmi hartawan itu beberapa hari sebelum pengundian.
Ia merujuk kepada hasrat Trump jika berjaya dipilih menjadi presiden ke-45 menggantikan Barack Obama, beliau mahu mengharamkan umat Islam daripada memasuki AS susulan serangan maut pengganas di Perancis ketika itu.
Kenyataan penuh kontroversi itu bagaimanapun ‘dibuang’ daripada laman web rasmi Trump dan tindakan tersebut kemudian dihebahkan secara meluas menerusi media sosial tempatan sebagai menarik pengundi Muslim di AS.
Strategi tidak diduga itu ternyata berjaya mempengaruhi kira-kira tiga juta umat Islam di seluruh AS yang selama ini dianggap sebagai setia ‘totok’ Demokrat tiba-tiba beralih arah secara senyap pula untuk mengundi wakil Republikan.
Pada masa sama, pasukan kempen Trump memikat pengundi beragama Islam ‘menjauhi’ Clinton kerana parti yang diterajui wanita itu memang terkenal sejak dahulu menyokong gerakan LGBT, fahaman Pluralisme dan Liberalisme.
Ini berbeza dengan Republikan yang dipimpin Trump agak ‘kuat’ berpegang kepada nilai agama dan moral tinggi, selain dianggap sebagai konservatif sehingga diberi gelaran The Grand Old Party sejak ditubuhkan pada 1854 lalu.

Inilah Rahsia Muslim AS Tiba-Tiba Beralih Undi Trump!

Untuk rekod, parti tersebut pernah diketuai Presiden Abraham Lincoln yang terkenal memperjuangkan gerakan anti-perhambaan kulit hitam dari benua Afrika termasuk ketika dalam Perang Saudara AS sekitar abad ke-19.
Trump juga diketahui sebagai bukan peminum arak, meskipun beliau ada memiliki kilang arak di samping rajin ke gereja untuk beribadah sejak kecil lagi sekali gus menarik minat umat Islam ‘berpaling tadah’ mengundi Republikan.
Tidak hairanlah, berita kemenangan Trump disambut baik kesemua pemimpin negara Islam terutama rantau Asia Barat yang terkesan teruk akibat dasar luar AS selama ini ‘suka’ campur tangan isu konflik dalaman Timur Tengah.
Antaranya Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz; Raja Jordan, Raja Abdallah Hussain; Emir Kuwait, Sheikh Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah; Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi dan Presiden Palestin sendiri, Mahmoud Abbas.
Juga Presiden Indonesia, Joko Widodo; Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim, Pemimpin Barisan Kebangsaan Syria, Anas Al-Abdah; Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hakikatnya, hanya masa dapat menjawab bagaimana gaya pentadbiran Trump setelah mengangkat sumpah jawatan secara rasmi pada 20 Januari depan untuk tempoh empat tahun akan datang lagi. – Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Antara kemenangan Donald Trump ialah,

  • 'Pada masa sama, pasukan kempen Trump memikat pengundi beragama Islam ‘menjauhi’ Clinton kerana parti yang diterajui wanita itu memang terkenal sejak dahulu menyokong gerakan LGBT, fahaman Pluralisme dan Liberalisme.'
  • 'Ini berbeza dengan Republikan yang dipimpin Trump agak ‘kuat’ berpegang kepada nilai agama dan moral tinggi, selain dianggap sebagai konservatif sehingga diberi gelaran The Grand Old Party sejak ditubuhkan pada 1854 lalu.'
Ini suatu tamparan kepada golongan 'menyokong gerakan LGBT, fahaman Pluralisme dan Liberalisme.' dan golongan yang tidak 'kuat’ berpegang kepada nilai agama dan moral tinggi, selain yang dianggap sebagai konservatif ..

Bahas Rang Undang2 Perbekalan 2017 -YB Ustaz Idris Ahmad


Alhamdulillah jam 3.45 petang 10/11/16 Khamis sempat bahas Rang Undang2 Perbekalan 2017

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI



Isu pertama.
Butiran 010400 Industri padi dan beras
Peruntukan 2017 RM71,908,800
  • Kerjaan berhasrat utk mencapai Tahap Sara Diri (SSL) beras tempatan disasarkan pd kadar 85 % menjelang tahun 2020.
  • Persoalannya sejauhmana pencapaian drp setahun ke setahun utk mencapai target ini.
  • Minta Kementerian boleh berikan dgn fakta keLuasan tanah dalam masa tahun 2010-2015 tanah yg telah dijadikan utk tanam padi
  • Saya mushkil kerana realiti kita lihat banyak tanah sawah yang telah bertukar menjadi kawsan perumahan.
  • Sepatutnya mesti ada kerjasama dengan phk negeri utk pastikan spy kwsn tanah sawah diperluaskan
  • Skrg kita ada 120,000 hektar tanah terbiar. Bukankah Malaysia ada kepakaran yg hebat untuk menukar tanah ini untuk tanaman padi
Isu Kedua
070000 Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Peruntukan 2017 RM174,000,000
  • Objektif FAMA antaranya meningkatkan peluasan saiz pasaran domestik dan eksport. Meningkatkan pendapatan usahahwan, pemasar bimbingan FAMA.
  • Objektif bagus. Tapi jika kita ke peringkat bawah. Masalah pasaran di kalanagn usahawan pertanian masih berlak
  • Contohnya apabila petani Tanam serai, kunyit . Sayuran secara kormosial. Tapi gagal untuk dipasar.
  • Sedangkan pasaran sebenar tdk cukup.
  • Skrg kunyit sudah ada penemuan utk dijadikan bahan utk merawat beberapa penyakit. Apabila tanam secara kormesial, masalah pasaran.
  • Begitu juga pasaran durian kampungWalau pun selalunya Menteri jwab spy tukar durian musang king dan sebagainya.
  • Skrg kita kena cari formula spy hrga durian dapat di jaga utk bela org kmpung.
  • Selaluny harga dimain oleh org tengah.
  • Durian di Kg dibeli dgn harga RM1sekilo. Tapi di Kuala Lumpur masih lagi RM5 hingga RM7k
  • Saya ucap terima kasih kpd Menteri Datuk Seri Ismail Yaakob dahulu ketika menjadi Menteri Pertanian telah menetapkan harga lantai RM1 sekilo.
  • Saya harap Menteri baru ini boleh tetapkan harga lantai RM2 sekilo.
  • Memandangkan durian kg tdk tahan lama,
  • Maka Kemneterian kena mencari jalan melalui kepakaran kita d MARDI kena membuat penyelidikan spy durian ada nilai tambah.
  • Antaranya kena perbanyak pusat belian oleh FAMA setiap daerah
Kemudian diproses isi durian dan dibekukan dan boleh diguna sepanjang tahun dan menjadi nilai tambah.
  • Kebetulan MARDI dpt peruntukan RM207,836,000. Boleh lah buat penyelidikan.
  • Secar tdk lngsung akan menstabilkan harga.
Yang pelik tempat saya ada pihak swasta drp Pahang yg buka kilang pemprosesan isi durian. Modalnya tidak banyak RM100k
Sedangkan dalam masa yang sama pada waktu itu Lembaga Pertubuhan Peladang Bkt Gantang masih pakai cara manual.

Isu Ketiga
030600PembangunanKomoditi Ternakan
Peruntukan 2017 RM19,100,000
  • Pelik negara kita luas, rumput menghijau, tapi lembu, kerbau, kmbing tidak cukup
  • Di Sabah dan Sarawak lagi pelik. Tanah yang subur dengan rumput yang hijau. Malangnya lembu berharga RM5,000 hingga RM6,000 seekor.
  • Negara Holland sebesar negeri Pahang. Boleh keluar produk tenusu.
  • Kenapa tdk di Malaysia
  • Tdk perlu fikir tanah besar utk buat ladang.
  • Banyak sangat masalah, Spt kes NFC lingkup RM250 juta
  • Saya cadang diPawah kpd org kampung. Kemudian pegawai pertanian akan pergi tengok lembu itu dijaga atau tidak. Supaya mereka tidak jual lembu tersebut.
  • Apabila lembu sudah beranak, beri kepada penjaga lembu anak tersebut.
Catatan Parlimen
Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
10/11/16 Khamis.


Jom Jengok Hidupan Malam Liar Hong Kong, Di Wan Chai.

Melihat geliat kehidupan liar Hong Kong di Wan Chaii. Distrik Wan Chai dikenal sebagai kawasan dengan kehidupan malamnya yang liar. Di kawasan ini pula dua WNI Sumarti Ningsih dan Seneng Mujiasih tewas dibunuh secara sadis di apartemen oleh bankir Rurik Jutting.
Seorang lelaki (kanan) masuk ke dalam lif berhampiran pintu masuk ke kedai seks di daerah Wan Chai, Hong Kong.

MELIHAT geliat kehidupan liar Hong Kong di Wan Chaii. Daerah Wan Chai dikenali sebagai kawasan dengan kehidupan malamnya yang liar. Ada apa-apa manfaat dari berita-berita begini?

Hasil carian imej untuk geliat kehidupan liar Hong Kong di Wan Chai
Daerah Wan Chai tercatat sebagai kawasan yang dikenali dengan kehidupan malamnya.

Hasil carian imej untuk geliat kehidupan liar Hong Kong di Wan Chai
Daerah ini biasa dikunjungi oleh kalangan para tenaga kerja asing.
Hasil carian imej untuk geliat kehidupan liar Hong Kong di Wan Chai
Orang-orang berjalan melewati lampu-lampu neon menghiasi di sebuah bar di daerah Wan Chai, Hong Kong.

Hasil carian imej untuk geliat kehidupan liar Hong Kong di Wan Chai
Kawasan Wan Chai berkembang menjadi daerah komersial dengan bangunan-bangunan pejabat, restoran, kedai toy seks dan bar.
Hasil carian imej untuk geliat kehidupan liar Hong Kong di Wan Chai
Sebuah kedai toy seks di daerah Wan Chai, Hong Kong.
(Diangkat dari Merdeka.com)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails