OTTAWA: Seorang imam di Kanada berharap kebakaran yang berlaku di Israel akan membakar seluruh tanah jajahan rejim Zionis sebagai balasan terhadap penindasan ke atas penduduk Palestin.
Mazin Abdul Adhim, seorang imam terkemuka berketurunan Iraq yang kini berada di London, Ontario, menerusi kenyataan dalam laman Facebook berkata, bencana itu juga merupakan balasan terhadap Israel kerana cuba mengharamkan azan di seluruh kawasan yang diceroboh.
PENDATANG haram Yahudi bertempiran lari selepas kebakaran merebak berdekatan sebatang jalan raya di Haifa pada 24 November 2016. - AP
Malah kata beliau, kebakaran yang merebak dengan cepat disebabkan angin kencang mungkin dilihat sebagai satu kebetulan tetapi beliau percaya bala tersebut diturunkan oleh Allah.
"Mereka tidak mengawal dunia, apatah lagi mengawal tanah kecil yang diberikan kepada mereka secara percuma oleh British selepas Perang Dunia Pertama."Menarik apabila melihat kelemahan rejim Zionis dan mereka terpaksa bergantung kepada bantuan negara luar untuk menyelamatkan diri.
"Tanpa boneka (negara sekutu) yang melindungi mereka serta kewangan yang disalurkan daripada AS, Israel tidak mampu bertahan walaupun untuk tempoh seminggu.
"Semoga Alla meningkatkan lagi tiupan angin untuk merebakkan lagi kebakaran sehingga tanah jajahan Israel hangus sebagai balasan merampas tanah penduduk asal di Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya," tulis Mazin.
Kebakaran besar di Israel berlanjutan sejak empat hari lalu menyebabkan puluh ribu pendatang haram Yahudi terpaksa menyelamatkan diri.
Rejim Zionis juga terpaksa merayu bantuan antarabangsa untuk memadamkan kebakaran tersebut yang sukar dikekang secara bersendirian. (IH)
Jentera bomba Palestin (merah) tiba di lokasi kebakaran untuk membantu Israel memadamkan kebakaran pada 24 November 2016.
RAMALLAH: Israel terus dimalukan apabila pasukan bomba Palestin menghantar bantuan untuk memadamkan kebakaran yang semakin tidak terkawal di wilayah jajahan rejim Zionis itu.
Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mejar Jeneral Yousef Nassar berkata, sebanyak empat buah jentera bomba dikerah untuk memberi bantuan kepada rejim penceroboh itu.
Jelas beliau seperti dilaporkan agensi berita Wafa, sejumlah krew bomba membuat persediaan sebelum menyertai Israel dan pasukan bomba dari beberapa negara lain untuk memadamkan kebakaran.
Setakat ini, sebanyak tujuh buah negara menghantar pesawat, sebuah helikopter untuk memadamkan api yang mula merebak sejak Selasa.
Seramai 350 anggota bomba menggunakan jentera pemadam dikerah untuk mengawal kebakaran di kawasan Haifa pada Khamis.
"Kami masih memerlukan bantuan antarabangsa," kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kepada pemberita.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Rusia, Itali, Greece, Croatia, Cyprus dan Turki kerana menghulurkan bantuan.
"Sebanyak 10 lagi pesawat akan tiba sebelum tengah malam untuk memadamkan kebakaran termasuk dua pesawat besar yang dihantar oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin," katanya.
Meskipun Israel sentiasa menindas penduduk dan menceroboh wilayah Palestin, tetapi PA mengenepikan soal dendam untuk menghulurkan bantuan atas dasar kemanusiaan.
Pada 2010, seramai 19 anggota bomba Palestin menyertai operasi memadamkan kebakaran di hutan Carmel walaupun pada mulanya Israel dengan angkuh menolak tawaran bantuan itu.
Rejim Zionis memberi alasan mereka tidak mempunyai askar untuk memantau pergerakan ahli bomba terbabit.
Bagaimanapun Israel menukar fikiran pada hari ketiga kebakaran dan menerima bantuan Palestin. (IH)
DUA berita ini memaparkan cara berfikir dan gelagat antara kalangan artis di Malaysia.
Satu:
Penampilan bekas juara Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose di acara gilang gemilang Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) yang diadakan pada minggu lalu mendapat kritikan hebat daripada netizen.
Difahamkan kritikan yang diterima Raysha berpunca daripada sekeping gambar yang dimuat naik oleh kakaknya, Nelydia Senrose menerusi akaun Instagram peribadinya.
Gambar Raysha yang mengenakan busana blink-blink warna gelap potongan serong di bahu yang mendedahkan sebahagian dadanya dianggap keterlaluan oleh netizen.
Bahkan bukan itu sahaja, Raysha dikatakan tidak memakai baju dalam (coli) sehingga menampakkan puting payudaranya ketika mengenakan gaun tersebut turut dikecam hebat oleh netizen.
Walau bagaimanapun, menerusi sebuah portal akhbar tempatan, pelakon dan pengacara berusia 19 tahun itu menafikan tuduhan itu dan mendakwa ianya adalah disebabkan oleh potongan dan material baju berkenaan yang membuatkannya kelihatan seperti tidak memakai coli.
“Terus-terang, geli hati pula membaca komen mengenai gambar saya yang dimuat naik kakak saya, Nelydia di Instagram. Terutama komen yang cuba menasihati saya dan sebagainya.
“Ramai juga yang mengatakan saya tidak memakai coli padahal saya pakai. Cuma baju itu memang begitu potongannya kerana kainnya tebal dan kalau saya pakai coli atau tak, ia tetap akan kelihatan begitu.
“Baju itu pun pilihan kedua kerana gaun yang patut saya gayakan rupanya agak sempit. Maka, saya terpaksa pilih gaun terbabit di saat akhir,” katanya kepadaHarian Metro.
Antara komen yang yang dilemparkan oleh netizen kepada Raysha ialah, “Tidak ada beza ngan pelacur,” tulis farid_ridzuan93.
Manakala seorang lagi netizen print_tshirtt, “Kakak buka tudung dapat tambahfollower...dia buka coli la…lagi banyak follower.”
Difahamkan busana yang digayakan oleh Raysha pada ASK 2016 itu adalah rekaan Dato Nadia Marni. Sumber: Harian Metro
Dua:
PELAKON yang memutuskan untuk tidak lagi berhijab, Uqasha Senrose melihat keputusannya meninggalkan hijab memberikan reaksi ‘positif’ di dalam karier seninya.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 25, kini gembira setelah pengikut di laman Instagramnya meningkat kepada dua juta orang, berbanding 1.2 juta sebelum ini.
“Saya gembira sekarang saya menjadi diri sendiri. Saya sekarang buat apa yang saya suka. Pengikut saya di Instagram naik mendadak.
“Itulah, mereka kutuk-kutuk (saya) tetapi ikut. Sekarang dah sampai dua juta, dulu 1.2 juta saja,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Malay Mail ketika malamAnugerah Skrin 2016, Jumaat lalu.
Terdahulu, pelakon drama ‘Tundukkan Playboy Itu’ dikritik kerana keputusannya membuka tudung selepas setahun menggayakan imej wanita berhijab.
Malah ada segelintir netizen yang beranganggap keputusannya untuk bertudung juga disebabkan oleh trend dan bukan kerana kewajipan sebagai seorang muslimah.
“Dulu saya tutup ruang komen sekejap sebab tidak tahan dengan mulut haters. Jadi, sekarang saya tak kisahlah orang nak cakap apa. Baik kita sekat mereka daripada kita sakit mental dan sakit hati bila baca.
“Sekarang sudah kurang yang membenci. Mereka boleh terima. Dah macam biasa balik dah,” katanya. Sumber:MYNEWSHUB.CC Lihat sebelum ini..
KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menghantar surat meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung parti itu hari ini.
Wan Azizah berkata, peletakan jawatan itu sebenarnya telah dibincangkan oleh PKR terlebih dahulu selepas mengambil kira Rafizi berkemungkinan dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah.
“Saya menerima surat perletakan jawatan Rafizi sebagai Setiausaha Agung.
“Perkara ini telah dibincangkan terlebih dahulu mengambil kira kemungkinan beliau dijatuhkan hukuman atas pelbagai pertuduhan terhadap beliau,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Wan Azizah turut memaklumkan, PKR telah membuat persediaan awal untuk menggantikan Rafizi dengan Datuk Saifuddin Nasution Ismail bagi menggalas tanggungjawab tersebut.
Menurut beliau, keputusan menggantikan Rafizi dengan Saifuddin dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam penjara.
“Saifuddin terbabit sejak penubuhan Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan.
“Saya yakin beliau akan memainkan peranan utama mengukuhkan peranan PKR dalam Pakatan Harapan,” katanya.
Tidak seperti Lim Guan Eng yang masih tidak meletak jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang atau apa-apa jawatan dalam DAP, walau pun terlibat rasuah? (IH)
TEL AVIV – Rejim Israel terpaksa ‘tebal muka’ meminta bantuan negara jiran untuk menangani krisis kebakaran hutan yang kini memasuki hari ketiga pada Khamis, menyaksikan banyak kawasan musnah akibat bencana itu.
Perkara itu disuarakan oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan Menteri Keselamatan Awam, Gilad Erdan susulan rejim Zionis meminta negara luar untuk menghantar pesawat pengebom air bagi memadamkan kebakaran.
Cyprus, Rusia, Itali, Croatia dan Greece antara beberapa buah negara asing yang menghulurkan bantuan untuk memadamkan kebakaran sebelum Turki melakukan perkara sama.
Ramalan cuaca pada hari ini menunjukkan angin kencang bakal memburukkan lagi kebakaran untuk merebak ke kawasan yang lebih luas.
Pesawat milik polis Israel setakat Rabu cuba memadamkan berpuluh-puluh kawasan yang dimamah api tetapi keadaan dijangka lebih buruk susulan ramalan cuaca itu, sekali gus melangkaui keupayaan rejim Zionis menangani krisis tersebut.
Antara kawasan yang terjejas teruk termasuk kawasan penempatan haram Yahudi di Nataf selain kawasan Karkom berdekatan Tiberias.
Sejumlah besar rumah pendatang dilaporkan musnah dalam kebakaran itu tetapi tiada kemalangan jiwa direkodkan setakat ini.
Dalam perkembangan lain, Netanyahu menuduh penduduk Palestin sebagai dalang memulakan kebakaran tersebut dan berikrar untuk memburu pihak yang terlibat.
Difahamkan, empat penduduk Palestin ditahan di Baitulmaqdis berhubung dakwaan melakukan kebakaran tersebut tetapi kemudiannya dibebaskan kerana kekurangan bukti.
Dalam perkembangan lain, Netanyahu menuduh penduduk Palestin sebagai dalang memulakan kebakaran tersebut dan berikrar untuk memburu pihak yang terlibat.
Difahamkan, empat penduduk Palestin ditahan di Baitulmaqdis berhubung dakwaan melakukan kebakaran tersebut tetapi kemudiannya dibebaskan kerana kekurangan bukti.
Sebahagian penduduk terperangkap di kediaman mereka, manakala pihak tentera terpaksa mengerahkan askar simpanan untuk membantu menangani bencana itu yang masuk hari ketiga semalam. Pihak berkuasa Israel mendakwa bahawa kebakaran itu dilakukan dengan sengaja.
Jurucakap Dewan Bandar Raya Haifa, Or Doron berkata, seramai 50,000 daripada sekitar 250,000 penduduk Haifa telah dipindahkan.
Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld pula memberitahu, penduduk di lapan kejiranan telah diarahkan berpindah ekoran enam kejadian kebakaran berasingan.
“Sebanyak empat pusat penempatan sementara telah didirikan bagi menempatkan mereka,” katanya.
Beberapa penduduk berkata, mereka bertungkus-lumus untuk memindahkan golongan warga emas ke kawasan selamat.
“Kebakaran ini tidak dapat dikawal lagi dan merebak dari rumah ke rumah,” kata ketua operasi menyelamat di kejiranan Carmel, Naftali Rottenberg.
Seorang penduduk Haifa, Yael Hame memberitahu bahawa situasi kini amat menakutkan selepas dia melarikan diri dari rumahnya.
“Kebakaran ini menelan bangunan pencakar langit. Api menjulang setinggi bangunan 20 tingkat,” katanya.
Menurutnya, kebakaran itu lebih berbahaya daripada bencana serupa pada 2010 di Haifa yang mengorbankan 44 orang sekali gus kebakaran paling dahsyat dalam sejarah Israel.
Dalam perkembangan berkaitan, seramai 30 orang dimasukkan ke hospital akibat cedera ringan dalam kebakaran semalam.
Setakat ini, sebilangan negara berjanji untuk menghulurkan bantuan termasuk menghantar pesawat bagi memadamkan api.
Agensi kaji cuaca Israel pula meramalkan kebakaran hutan kali ini akan berterusan selama beberapa hari lagi.
Israel dilanda banyak kebakaran hutan sejak beberapa hari lalu akibat musim luruh yang kering dan tiupan angin kuat. Selain Haifa, kebakaran belukar berlaku di serata negara Yahudi itu. – mStar Online
KULIM - Pas Kulim-Bandar Baharu menggesa pasukan bola sepak negara, Harimau Malaysia menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala AFF di Myanmar sebagai solidariti membantah kekejaman rejim Junta terhadap orang Islam di sana. Naib Yang Dipertuanya, Mohd Khairi Salleh berkata, rejim Junta bertindak kejam dan melampaui norma kehidupan apabila mencabuli hak etnik Rohingya yang beragama Islam, termasuk membunuh. "Junta terlalu melampau, sepatutnya kerajaan yang dipilih secara demokrasi mengutamakan hak semua termasuk etnik Rohingya. Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam juga sepatutnya menggunakan saluran Asean untuk menekan pentadbiran Yangoon secara politik. “Langkah menarik diri daripada terlibat dalam sukan berprestij itu adalah pengajaran buat Myanmar yang menindas etnik Rohingya,” katanya. Mengikut laporan media, beribu-ribu penduduk Rohingya di Rakhine, yang berdekatan dengan sempadan Bangladesh, meninggalkan kampung halaman mereka bagi mengelak menjadi mangsa kekejaman yang dikatakan melibatkan pasukan keselamatan Myanmar. (IH)
Tentera Myanmar tidak hanya membakar kampung yang dihuni Muslim Rohingya di wilayah Rakhine. Mereka juga memperkosa atau merogol puluhan wanita di sana.
Lapan wanita Rohingya menceritakan mimpi buruk mereka pada pejabat berita Reuters. Tiga melalui wawancara langsung, manakala lima lagi melalui sambungan telefon.
Tentera Myanmar mulai masuk ke daerah Maungdaw tarikh 3 Oktober 2016
dengan tujuan mencari militan yang mereka tuduh bertanggung jawab atas
sejumlah serangan yang menewaskan polis dan tentera.
Seorang wanita berusia 40 tahun dari Kampung U Shey Kya mengaku diperkosa 4 orang tentera Myanmar. Tentera itu juga memperkosa anak perempuannya yang baru berusia 15 tahun.
"Mereka membawa saya masuk ke rumah dan memperkosa saya," kata dia pada Reuters.
Wanita itu juga bercerita tentera Myanmar merompak barang kemas dan wangnya.Wanita lain bercerita diperkosa beramai-ramai oleh tentera Myanmar. Pada masa itu di desa U Shey Kya, para lelaki umumnya sudah meninggalkan kampung kerana yakin akan dituduh sebagai militan.
Wanita memilih tinggal kerana mendengar khabar rumah yang kosong akan dibakar oleh tentera.Namun mimpi buruk terjadi saat 150 tentera Myanmar memasuki kampung mereka. Wanita berusia 30 tahun tersebut dirogol berkali-kali.
"Mereka bilang pada saya 'Kami akan membunuhmu! Kami tidak akan
membiarkanmu hidup di negara ini!'," Katanya menirukan ucapan perogol.
Tentera Myanmar membakar habis desa. Mereka juga sengaja mencampurkan pasir kepada perlindungan beras warga Rohingnya.
"Kami tak boleh ke desa lain untuk meminta pertolongan perubatan. Saya
tak punya makanan, pakaian dan wang. Saya merasa malu dan takut," kata
wanita lain berusia 32 tahun.
Kerajaan dan tentera Myanmar membantah semua pengakuan mangsa itu. Mereka menyebutnya sebagai karangan yang tak masuk akal.
"Ini cuma propaganda yang dibuat kumpulan Muslim," sanggah Ketua Polis Wilayah Rakhine Kolonel Sein Lwin. (IH)
SHAH
ALAM - Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad (gambar) berkata isu yang
dibangkitkan Laporan Ketua Audit Negara siri dua sebelum ini telahpun
diambil tindakan pihaknya.
Menurutnya,
diantara perkara yang dibangkitkan itu di dalam pengetahuan Felda juga
telah mengambil tindakan dengan menghentikan operasinya dan individu
yang terlibat akan dikenakan tindakan tatatertib.
“Langkah-langkah
pembetulan sedang dilaksanakan. Terdapat perlaksanaan dan perjalanan
operasi syarikat subsidiari yang tidak dilaporkan serta tidak mendapat
kelulusan pengarah syarikat serta Ahli Lembaga Felda.
"Ini
menyebabkan berlakunya ketidakpatuhan dan pelanggaran tataurus syarikat
dan peraturan-peraturan Felda,” katanya dalam satu kenyataan media,
hari ini.
Sebelum
ini, Felda dilaporkan mengalamai kerugian jutaan ringgit disebabkan
kelemahan perancangan dan pelaksanaan projek pemerolehan perkhidmatan
pengumpulan data LiDAR atau Light Detection and Ranging, projek jalur
lebar serta tiga projek lain.
Dalam
laporan itu, turut menyatakan audit yang dijalankan antara Januari dan
Jun tahun ini, mendapati perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan
pengurusan projek oleh Felda dan subsidiarinya tidak memuaskan serta
tidak mencapai objektif yang ditetapkan.
Katanya lagi, Lembaga Felda dan juga lembaga pengarah subsidiari tersebut merupakan dua entiti yang berbeza.
“Lembaga Felda ialah pihak yang mengawal seluruh Felda dan dipengerusikan oleh saya sendiri.
“Syarikat subsidiari pula menjalankan perniagaan dan dianggotai dan dipengerusikan individu yang berbeza,” tambahnya.
Jelasnya
lagi, hanya tiga projek yang terlibat berdasakan laporan audit tersebut
iaitu Pengurusan Projek Lidar, Pengurusan Projek Jalur Lebar dan
Pengurusan Projek Syarikat Subsidiari Felda.
“Felda juga telah melantik juru audit luar untuk melaksanakan kajian ‘position view’ ke atas ketiga-tiga projek tersebut.
“Susulan itu, Lembaga Felda telah meluluskan perlantikan firma guaman untuk melaksanakan ‘legal review’
“Justeru,
penemuan ‘positon review’ serta ‘legal review ‘ ini akan dibentangkan
ke Lembaga Felda untuk diambil tindakan sewajarnya,” katanya lagi.
Beliau
juga turut melantik ahli lembaga pengarah yang baru di syarikat
subsidiari yang terlibat menggantikan orang terdahulu dalam meneruskan
hala tuju dan kesinambungan syarikat tersebut.
“Saya
ingin menegaskan di sini bahawa Felda sentiasa berpegang kepada tadbir
urus yang baik dan mana-mana individu yang terlibat dalam salah laku
(sekiranya ada) akan dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya. (SH)
Tak Suka Tengok ‘Amoi’ Seksi, PAN Gesa Duduk Dalam Hutan
KL: Parti Amanah Negara (PAN) meminta mana-mana umat Islam negara ini yang tidak suka melihat `amoi’ memakai seluar pendek supaya tinggal di dalam hutan.
Setiausaha Organisasinya, Suhaizan Kaiat berkata, memakai seluar pendek dalam kalangan wanita muda Cina bukan satu kesalahan pada mereka.
Justeru, katanya, adalah salah mempertikaikan `amoi’ berseluar pendek menyertai demonstrasi anti kerajaan Bersih 5 baru-baru ini maka umat Islam tidak boleh menyertainya.
“Tak boleh hadir Bersih sebab ada `amoi’ pakai seluar pendek. Sedangkan `amoi’ tu semua tempat pun pakai seluar pendek. Bukan kita suka dia pakai seluar pendek tapi itu perkara biasa pada mereka.
“Kalau kita tak boleh pergi tempat dimana `amoi’ ada memakai seluar pendek di Johor Bahru, Kuala Lumpur, Melaka, Seremban, Ipoh dan Pulau Pinang maka kita kena tinggal di dalam hutan Endau Rompin sahaja lah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
PAN merupakan sebuah parti Islam baharu (sebenarnya belum jelas lagi dasar Islamnya -editor) bagi menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan sejak tahun lalu.
PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah yang dianggap boleh menyusahkan pembangkang. – MYNEWSHUB.CC
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul berita ini, 'Parti Amanah Negara (PAN) meminta mana-mana umat Islam negara ini yang tidak suka melihat `amoi’ memakai seluar pendek supaya tinggal di dalam hutan.' ....
Ertinya 'Orang Islam (mungkin orang PAN) yang tidak 'tinggal di dalam hutan' (tinggal di bandar seperti KL dan lain-lain), suka melihat `amoi’ memakai seluar pendek..
Bermakna, suka buat apa yang Tuhan larang yakni melihat aurat amoi.. Moga-moga berita ini tidak tepat atau tidak betul..
Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad membidas desakan timbalan presiden PAS supaya beliau dipecat daripada terus menerajui anak syarikat milik ...
HARI ini Laporan Ketua Audit Negara 2015 mendedahkan Felda mengalami kerugian lebih RM45 juta dalam usahasama penternakan ikan dengan salah sebuah anak syarikatnya. Demikian kenyataan Naraza Muda, pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat pada 21 November 2016 melalui HARAKAHDAILY hari ini. "Dalam tempoh dua tahun ini kami dilabelkan penyangak dan penghasut kepada warga Felda. Kami juga dihalang memasuki kawasan projek 'Felda Caviartive Blue Dream Park' di Kuala Tahan, Pahang. "Alasan kami membantah projek ini sangat mudah, Felda tiada kepakaran mengenai penternakan ikan sturgeon dan penggunaan dana dari Felda. Projek ini sudah tersasar dari perniagaan teras Felda." Kata beliau lagi. Menurut laporan itu, Felda Caviartive Sdn Bhd (FCSB) membelanjakan RM47.61 juta dalam projek ternakan ikan tetapi pulangannya termasuk dari penternakan sturgeon dan pemindahan teknologi tidak disedari susulan penggantungan projek tersebut. FCSB menandatangani kontrak bernilai AS$45 juta (RM146.25 juta) dengan dua syarikat I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd yang melebihi had RM110 juta yang diluluskan lembaga pengarah Felda. "Syarat perjanjian perkhidmatan pemindahan teknologi dan perjanjian kontrak reka bentuk binaan yang ditandatangani antara FCSB dan syarikat yang dilantik tidak melindungi kepentingan FCSB," kata Ketua Audit Negara. Menurut Naraza Muda lagi.. "Apapun bentuk Laporan Ketua Audit Negara berkait kegagalan dan kerugian projek ini, kami mengucapkan terima kasih kerana mengesahkan dakwaan kami selama ini. Projek yang didakwa mampu menjana hasil RM360 juta setahun ini akhirnya menemui kegagalan dan pastinya kerugian berpuluh-puluh juta ini memberi kesan kepada kewangan Felda dan peneroka. "Felda pernah memanggil wartawan dan ketua-ketua peneroka untuk memberi keyakinan keuntungan dari projek ini. Felda juga berhasrat memperluaskan projek ini di 11 buah Wilayah Felda di seluruh negara dengan menyasarkan 30 tan metrik kaviar yang didakwa bernilai RM12,000 sekilogram. "Felda juga berjaya mengumpul kira-kira 100 penduduk mengadakan perhimpunan aman di Felda Sungai Rentang untuk mendesak projek ini diteruskan walaupun ada bantahan dari perbagai pihak. Hari ini terjawab apa yang kami bimbangkan selama ini. "Banyak lagi isu besar yang sedang kami ketengahkan agar Felda dapat kembali pulih dan berada di landasan yang betul serta mengekalkan kegemilangan mereka. Walaupun usaha kami ini difitnah sebagai apa jua gelaran yang menyakitkan halwa telinga. "Antaranya isu pembelian apartmen mewah Grand Plaza Servis di Bayswater London pada harga yang tidak munasabah RM538 juta. Dakwaan ini pada mulanya dinafikan oleh pihak pengurusan Felda. "Pembelian sebuah hotel 4 bintang di kawasan mewah Kensington juga di London pada harga RM330 juta dan lain-lain hotel menjadi tanda tanya. Felda sewajarnya menjawab dan memberi taklimat perancangan pembelian hartanah kepada awam kerana melibatkan dana yang besar. "Alasan untuk menambah pendapatan kumpulan dengan pembelian aset dengan harga lebih tinggi dari pasaran sememangnya tidak boleh diterima." Kebimbangan PAS Menurut pengerusi Hal Ehwal Felda PAS itu lagi.. "Kami bimbang pelaburan gajah putih ini semata-mata untuk mencari keuntungan anak beranak orang besar yang memimpin Felda akan memusnahkan satu nama yang gah sebelum ini. Kerajaan juga perlu menubuhkan satu suruhanjaya bebas untuk menyiasat semua pelaburan Felda yang berskala besar dalam dan luar negara. "Susulan Laporan Ketua Audit Negara ini, kami mendesak kerajaan segera mengambil tindakan untuk membawa mana-mana pihak pengurusan yang menyebabkan kerugian kepada Felda termasuklah Pengerusi Felda itu sendiri perlu dipertanggungjawabkan." (IH)
Biadap! Netizen Doa Pembaca Berita TV3 Masuk Neraka
NETIZEN hari ini sudah berada di tahap hilang pertimbangan diri dan melampaui batas apabila lantang mencaci dan mengeji sesama manusia.
Lebih biadap, ada pula yang sanggup mendoakan kecelakaan seseorang meskipun bersaudara sesama Islam.
Demikian yang menimpa kepada seorang personaliti TV3, Izwan Azir Salleh apabila kerjayanya teruk dikritik dan disifatkan berdosa.
Walhal, netizen langsung tidak mengetahui skop kerja yang dilakukannya sehingga sanggup membuta tuli melemparkan tuduhan sedemikian.
Ini susulan, gambar miliknya yang tertera dengan ayat, “Muka ini paling dibenci rakyat Malaysia. Menyampai berita FITNAH Insya’Allah NERAKA TEMPATNYA NANTI” tersebar menjadi viral.
Tidak sekadar itu, netizen turut menyifatkan gaji yang diterimanya haram.
Difahamkan, netizen melemparkan cacian itu berikutan tidak berpuas hati dengan laporan Bersih 5 yang disifatkan hambar oleh Buletin Utama TV3 itu.
Dek kerana itu, Izwan selaku pembaca berita untuk laporan itu teruk dikecam selain ada yang menyelarkannya sebagai binatang.
Sedangkan Izwan hanyalah pembaca dan bukanlah individu yang menulis laporan berkenaan.
Dalam hal seumpama ini tidak sepatutnya Izwan dipersalahkan mahupun dikeji kerana dia hanyalah indivdu yang menerima arahan daripada pihak majikan.
Oleh itu, berhentilah daripada mengaibkan dan mendoakan kecelakaan orang lain, kerana takut kelak anda pula yang merangkak di akhirat meminta maaf kepada Izwan. (Diangkat dari.MYNEWSHUB.CC)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Biasalah! Bila kerajaan dianggap zalim, menghabiskan wang rakyat tanpa penjelasan yang sewajarnya, maka jentera dan talibarut-talibarut yang setongkol dengan kerajaan pasti terlibat sama. Apalagi jentera kempen penerangannya pasti diserang sama.
Kalau Malaysia negara yang bermain dengan kekerasan dan bersenjata seperti ISIS, mungkin Tv3 dulu yang akan diletupkan.
Pada weblog ini, erti zalim atau 'kezaliman' ialah 'meletakkan sesuatu yang bukan pada tempatnya.' Islam yang sepatutnya diletakkan di atas sekali dan tertinggi dari semuanya di dunia ini. Islam yang memerintah bukan diperintah. Islam sepatutnya mentadbir, bukan ditadbir. Tidak meletakkan Islam yang Maha Tinggi pada tempatnya, itulah kezaliman yang paling besar.
Kalau Islam yang memerintah, barulah rakyat miskin tertindas akan terbela. Keadilan dan kebenaran akan terserlah wujud. Negara jadi aman makmur dalam keredhaan Allah, di dunia dan akhirat, samada kepada yang Islam dan belum Islam..