Saturday, December 10, 2016

Renunglah.. Burung Terbang Bersaf-Saf ...



Burung Terbang Secara Bersaf-Saf Dalam Al-Quran


صورة وآية: الطير صافات
من الذي يمسك هذه الطيور أثناء طيرانها في السماء؟ ومن الذي سخرها لنا لنتعلم منها فن الطيران، ولولا الطيور لم يتمكن الإنسان من اختراع الطائرات


راقب العلماء الطيور طويلاً وذُهلوا من التقنيات التي تستخدمها في طيرانراقب العلماء الطيور طويلاً وذُهلوا من التقنيات التي تستخدمها في طيرانها. 

وتبين أن هذه الطيور تستخدم تقنيات معقدة وتجري عمليات كثيرة في دماغها لتقدير المسافات والتنسيق بين حركة الجناحين، لضمان الإقلاع والهبوط الناجح. والطير يعتمد على بسط الجناحين وقبضهما وتنشأ غريزة الطيران لديه من دون أن يتعلمها، فهو مبرمج مسبقاً لينفذ هذه العمليات.
يقول تعالى: (أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَافَّاتٍ وَيَقْبِضْنَ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا الرَّحْمَنُ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ) [الملك: 19]
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

. إن الله تعالى سخَّر لهذه الطيور وسائل عديدة لطيرانها، فسخر الهواء الذي يحملها، وسخر لها جناحين، وسخر أيضاً دماغاً يحوي ملايين الخلايا ليرشدها إلى عملها بأمان.
وقد تمكن العلماء من تقليد الطيور والاستفادة منها في اختراع الطائرة، فهذه الطيور مسخَّرة لنا لنتعلم منها فن الطيران، ولذلك قال تعالى: (أَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ مُسَخَّرَاتٍ فِي جَوِّ السَّمَاءِ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا اللَّهُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ) [النحل: 79].
Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
ولذلك لا يسعنا إلا أن نقول سبحان الله! فهو الذي سخر لنا هذه المخلوقات، ولابد أن يجد فيها العلماء فوائد أخرى فيما لو اعتبروا أن هذه الطيور مسخرة لنا. يقول تعالى: (أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ) [النور: 41].
Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
sumber peribadirasulullah.wordpress.com
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..

Percuma! Kad Peduli Sihat, Ini Lebihnya S'ngor ..


KESIHATAN
KAD PEDULI SIHAT SELANGOR
Warga Selangor dan warga DUN Chempaka Pandan khususnya dialu-alukan untuk mendaftar dalam KAD PEDULI SIHAT SELANGOR. Ianya PERCUMA. Hanya di Selangor.
KATEGORI A:
- Untuk suami dan/ atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun) yang berkelayakan.
- Pendapatan isi rumah : RM3,000.00 sebulan dan ke bawah
Kelebihannya:
- akan mendapat isi kad bernilai RM 500.00 setahun
- Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk satu keluarga / pemegang akaun utama)
KATEGORI B:
- Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan.
- Pendapatan individu : RM1,500.00 sebulan dan ke bawah.
Kelebihannya:
- akan mendapat isi kad bernilai RM 200.00 setahun
- Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk seorang individu / pemegang akaun utama)
Syarat-syarat Kelayakan:
1. Warganegara Malaysia
2. Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
3. Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani pemohonan serta melampirkan dokumen yang diperlukan sahaja yang akan dipertimbangkan dan diproses.
Borang boleh isi secara dalam talian atau dapatkan di pejabat Adun berdekatan. Pertanyaan lanjut layari https://pedulisihat.comn atau hubungi: 03-20893911

Dr. M Takkan Berjaya Tarik Pengundi Melayu Dalam DAP -Analis


Dr. M Takkan Berjaya Tarik Pengundi Melayu Dalam DAP

KUALA LUMPUR – Gabungan kontroversi antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan DAP, parti yang dahulunya diperangi habis-habisan olehnya, tidak akan memadai untuk membantu parti tersebut memenangi hati masyarakat Melayu, menurut para analis.

Kehadiran julung-julung kali Mahathir di konvensyen kebangsaan parti itu Ahad lalu mencetuskan pelbagai reaksi daripada ahli, dengan sesetengah daripada mereka secara terbuka mempersoalkan keputusan untuk menjalin hubungan dengan bekas Perdana Menteri yang terkenal dengan kepimpinan kuku besi terhadap mereka yang pro-pembangkang.
Rungutan ahli turut membawa kepada ramalan oleh pemerhati politik bahawa DAP boleh kehilangan beberapa penyokong tegar berbangsa Cina, terutamanya kerana Mahathir juga dianggap oleh sesetengah ahli sebagai ‘ultra-Melayu’.
Namun, golongan pemerhati percaya bahawa majoriti pengundi Cina – yang telah mempamerkan kematangan politik dengan keupayaan untuk melangkah keluar daripada pemikiran bersifat hanya pro-Cina mereka untuk menyokong parti-parti Melayu baru-baru ini – tidak mungkin terpengaruh dengan keresahan di dalam DAP.
“Kaum Cina di Malaysia, seperti kaum-kaum minoriti lain di luar negara yang tersepit di dalam dasar yang memihak kepada kaum majoriti, amat menyambut baik pluralisme dan keterangkuman,” kata pengarah penyelidikan Iseas-Yusuf Ishak Ooi Kee Beng.
Bagaimanapun, ia akan mengambil masa yang lama sebelum DAP boleh menjangka untuk meraih sokongan orang Melayu pasca pakatan bersejarah itu walaupun pengaruh besar Mahathir terhadap masyarakat, kata seorang penganalisis.
Datuk Shamsul Amri Baharuddin daripada Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, walaupun persahabatan politik boleh meningkatkan populariti DAP di kalangan pengundi Melayu yang lebih muda, ini tidak akan mempunyai apa-apa impak besar terhadap UMNO buat masa sekarang.
“DAP telah cuba untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dengan meletakkan pemimpin muda berbangsa Melayu sebelum ini.
“Tetapi saya tidak melihat kehadiran Mahathir dalam DAP akan menambah undi Melayu terhadap parti itu. Mungkin golongan muda, mereka yang tidak mempunyai ingatan terhadap peristiwa 13 Mei.
“Bagi mereka yang dalam golongan berusia yang mempunyai ingatan terhadap apa yang berlaku semasa peristiwa berdarah itu dan telah hidup melalui era Mahathir sendiri di mana beliau sentiasa menggambarkan DAP sebagai parti cauvinis, kedua-dua faktor itu tidak akan mengubah fikiran mereka sama sekali,” katanya.
Para pengundi Malaysia secara tradisinya mengundi mengikut garis kaum, termasuk kaum Cina yang membentuk etnik kedua terbesar di negara ini.
Tetapi menurut Ooi, pola pengundian telah banyak berubah.
Dalam dekad yang lalu, data pilihan raya menunjukkan peningkatan ketara dalam trend pengundian berorientasikan polisi dalam kalangan kedua-dua pengundi bangsa Melayu dan Cina.
Jika sebelum ini, pengundi akan memilih calon berdasarkan etnik, namun pada hari ini, isu-isu seperti pengurusan pentadbiran yang baik dan akauntabiliti yang mempengaruhi pemilihan mereka, katanya lagi.
“Cara yang terbaik untuk menentukan ciri-ciri ini adalah dari segi objektif petadbiran dan prinsip peraturan undang-undang.”
Dalam konvensyen itu, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah merujuk terhadap kesangsian ahli pakatan parti itu terhadap Mahathir, dengan mengatakan bahawa penyertaan beliau akan menguntungkan DAP.
Bekas penasihat politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan penganalisis Oh Ei Sun bersetuju, berkata pergabungan ini akan menaikkan kepercayaan terhadap DAP, namun hanya dalam skala yang tidak signifikan.
“Kebanyakan pengundi Cina adalah ahli tegar DAP. Bagi mereka, kehadiran Mahathir semasa majlis makan malam mereka adalah sesuatu yang positif, kerana ia membuktikan perjuangan parti itu selama ini.
“Oleh itu, tiada apa-apa yang terjejas mahupun meningkat,” kata Ei Sun.
Selain itu, Mahathir juga dilihat boleh mengambil alih peranan merapatkan kepercayaan antara orang Melayu dan DAP semasa ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ooi.
Ini kerana, pengaruh Anwar di dalam kalangan pengundi Melayu adalah penting dalam membantu DAP mendapat kepercayaan kaum tersebut.
“Dalam agenda 2016 Mahathir, beliau mahu menjadi suara yang merapatkan jurang antara kaum Melayu dengan DAP akibat pemenjaraan Anwar. Rancangan itu sudah tentu amat dialu-alukan,” kata Ooi.
Anwar, yang mungkin merupakan satu-satunya pemimpin selain daripada Mahathir yang mempunyai sokongan kuat daripada pelbagai kaum, didapati bersalah atas tuduhan liwat pada 2014.
Penahanan beliau, meskipun didakwa olehnya sengaja dicetuskan oleh pihak kerajaan, telah meninggalkan pembangkang dalam keadaan berbelah-bahagi. – MYNEWSHUB.CC

PAN PP Ingin Kerusi Permatang Pauh, Ir Ahmad Rafaei Jawab..



PERMATANG PAUH: Pemuda PAS berminat dengan kerusi Parlimen Permatang Pauh, DUN Penanti dan DUN Seberang Jaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh, Ir Ahmad Rafaei Dato Ir A Rashid mengulas 'minat' Pengerusi PAN Pulau Pinang berkenaan perkara ini. PAS yang sekarang ini telah bebas daripada sebarang ikatan pakatan kini lebih bebas memilih untuk bertanding dimana-mana kerusi di Pulau Pinang.

Bahkan mungkin mempertimbangkan untuk mengganti kerajaan DAP yang semakin rosak sekarang ini dan kerajaan BN yang sememangnya diketahui umum rosak teruk.

“Kami yakin dengan situasi yang ada sekarang ini , rakyat tiada pilihan lain selain daripada PAS yang terbukti cemerlang dan bebas daripada sebarang pecah amanah sepertimana yang dibuktikan oleh kerajaan PAS di Kelantan selama lebih 20 tahun,” ujar beliau.

PAS pernah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh semasa Almarhum Ustaz Zabidi Ali dahulu dan kejayaannya tidak mustahil akan berulang kembali. – HARAKAHDAILY 9/12/2016

Anak Muhammad Morsi Ditangkap Di Kairo

Anak Muhammad Mursi ditangkap di Kairo Osama Morsi
CAIRO:  Pasukan keamanan Kairo telah menangkap putra Mohamed Morsi, presiden Mesir yang dikudeta, seorang pejabat Mesir telah mengkonfirmasi.
Osama Morsi ditangkap oleh pihak berwenang Mesir atas tuduhan menghasut kekerasan. Osama ditangkap di rumahnya di Delta Nil.
Mohamed Morsi telah terpilih sebagai presiden pada 2012 sebelum akhirnya dia digulingkan oleh kudeta militer yang dipimpin oleh Abdel Fatah Al-Sisi pada 2013.
Morsi dipenjara dan dilarang menerima kunjungan keluarga atau pengacara selama tiga tahun terakhir. (fath/arrahmah.com)

Adakah DAP Akan Bersetuju Mukhriz Jadi PM?


Adakah DAP Akan Bersetuju Mukhriz Jadi PM?

KUALA LUMPUR – Adakah DAP akan bersetuju Datuk Seri Muhkriz Tun Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri andai Pakatan Harapan berjaya merampas pemerintahan negara?

Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun berkata, bapa Mukhriz iaitu Tun Mahathir Mohamad sekarang ini bekerjasama dengan DAP semata-mata demi memenuhi cita-cita supaya anaknya menjadi Perdana Menteri.
“Niat Mahathir untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri dan apabila gagal untuk memperalatkan UMNO bagi tujuan ini, Mahathir sanggup berbuat apa sahaja termasuk bersekutu dengan DAP.
“Kita hanya perlu tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku apabila mereka ini (DAP) enggan menaikkan Mukhriz sebagai calon Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
DAP sebelum ini menegaskan bahawa parti itu akan memilih bekas musuh politik Mahathir iaitu Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.
Parti itu bagaimanapun memaklumkan pencalonan Anwar bukan kerana beliau seorang Melayu tetapi kerana kelayakannya sambil menegaskan Perlembagaan Persekutuan tidak menetapkan bukan Melayu tidak boleh menjadi Perdana Menteri.
Khairul Azwan seterusnya berkata, cita-cita Mahathir untuk menjadikan anaknya sebagai Perdana Menteri sudah lama diketahui umum apabila beliau bertindak menyerang Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kata beliau, Mahathir berdendam dengan Najib kerana enggan tunduk kepada desakannya khususnya selepas Mukhriz ditolak oleh akar umbi dalam pemilihan parti itu sebelum ini.
“Mahathir telah merencana untuk menumbangkan Najib melalui rampasan kuasa politik namun tindakan ini dapat dibaca dan digagalkan.
“Kepimpinan dan akar umbi UMNO yang bersepakat untuk meletakkan kepentingan parti dan rakyat telah menolak agenda politik Mahathir,” katanya.
Beliau berkata, Najib yang enggan menjadi `tebusan politik’ Mahathir kini dihentam teruk kerana mendahulukan kepentingan rakyat dan parti.
“Namun lihatlah nanti setakat mana pakatan bersama DAP ini yang hanya berasaskan kepentingan politik dapat bertahan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Ahok Bimbang Dipenjara 5 Tahun, Mohon Doa Penyokongnya.

Hasil carian imej untuk ahok minta didoakan

Jakarta: Calon Gubernur DKI Jakarta Basuki Tjahaja Purnama alias Ahok meminta seluruh penyokongnya menyumbangkan doa untuknya. Kerana dalam beberapa hari ke depan, dia akan menjalani persidangan perdana kes tuduhan penistaan ​​agama terhadapnya. 

Sidang itu akan diumumkan di Pengadilan Negeri Jakarta Utara, Selasa, 13 Disember 2016.

Menurut Ahok, dia enggan persidangan berujung kepada hukuman ia bersalah. Hal itu akan membuat ia menjalani hukuman penjara. Diatur Pasal 156 dan 156a, Kitab Undang-undang Hukum Pidana (KUHP), pasal yang disangkakan kepadanya, Ahok terancam hukuman penjara paling lama lima tahun, jika dinyatakan terbukti dengan sah bersalah.
Hasil carian imej untuk himpunan bantah ahok 2 disember

Hasil carian imej untuk himpunan bantah ahok 2 disember

Menurut Ahok, ia mempunyai keinginan untuk memimpin kembali pembangunan di Jakarta dengan memenangi Pemilihan Kepala Daerah DKI 2017 dan menjadi Gubernur DKI tempoh 2017 - 2022. Ditetapkannya ia menjadi defendan akan membuat keinginan itu tidak tercapai.

"Kalau tidak ada unsur pencabulan agama, saya berharap hakim adil memutus perkara saya. Kerana saya mahu kerja. Kalau dinyatakan defendan, saya non-aktif lagi (sebagai Gubernur DKI). Saya ini mau kerja untuk warga Jakarta," ujar Ahok, bercakap kepada para penyokongnya di Rumah Lembang, markas pemenangan Ahok - Djarot di Pilkada DKI 2017 di Menteng, Jakarta Pusat, Jumat, 9 Disember 2016.

Ahok, tidak gentar menghadapi persidangan perdana itu. Menurut Ahok, ia justru akan memanfaatkan persidangan untuk menjelaskan bahawa ia tidak mempunyai niat menistakan agama dengan menyinggung ayat 51 surat Al Maidah, surat dalam kitab suci umat Islam, Al-Quran, dalam ucapannya yang dipersoalkan di Kepulauan Seribu pada 27 September 2016.

Ahok, berharap stesen televisyen juga menyiarkan persidangannya secara langsung. Dengan demikian, seluruh umat Muslim yang merasa agama Islam telah dinistakan boleh mendengar sendiri secara lengkap penjelasan dan maksud yang hendak ia sampaikan.

"Saya meminta doa kerana Selasa adalah peluang saya untuk menyampaikan di depan hakim, bahawa saya tidak ada niat untuk menghina atau menafsirkan ayat manapun," ujar Ahok. (IH)

Friday, December 09, 2016

PBB Gesa Suu Kyi Melawat Etnik Rohingya. Lembab & Lambat.


PBB Gesa Suu Kyi Melawat Etnik Rohingya

NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi melawat wilayah barat laut negara itu bagi memberi jaminan kepada rakyat bahawa mereka akan dilindungi di tengah tuduhan tentera merogol wanita Islam Rohingya, membakar rumah dan membunuh penduduk awam.

Tentera dan kerajaan Myanmar bagaimanapun menyangkal dakwaan membabitkan etnik Rohingya itu. Anggota tentera memenuhi kawasan sepanjang sempadan Myanmar dengan Bangladesh, tindak balas kepada serangan terancang ke atas tiga pos sempadan pada 9 Oktober yang membunuh sembilan anggota polis.
Suu Kyi semalam menuduh masyarakat antarabangsa menambah kebencian antara penduduk Buddha dan Islam di barat laut negara itu.
“Keengganan pihak berkuasa Myanmar mengambil pendirian tegas terhadap puak pelampau, dan menggunakan kaedah pertahanan berbanding pendekatan proaktif untuk menyediakan keselamatan kepada rakyat tempatan, menyebabkan kekecewaan dalam kalangan mereka dan antarabangsa.
“Cuma dengan bertindak tegas kepada masalah itu kerajaan dapat menyelesaikan krisis dan mengekalkan imej antarabangsanya,” kata Vijay Nambiar, penasihat khas kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, dalam kenyataan.
Beliau juga mendesak Suu Kyi melawat Maungdaw dan Buthidaung di negeri Rakhine. Kekerasan tentera di Rakhine sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 86 orang dan menyebabkan 10,000 lagi melarikan diri ke Bangladesh.
Krisis itu memberi cabaran kepada pemenang Hadiah Nobel keamanan itu, yang berjaya memperoleh kuasa dengan janji mengutamakan perpaduan. – REUTERS/BH ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah cara PBB bertindak, kalau yang berkaitan dengan penindasan ke atas umat Islam segalanya berjalan lembab dan lambat. Contohnya seperti Bosnia dan lain-lain. 

Berjemaah Dengan Akhlak -Hashim Jasin.

Hasil carian imej untuk kewajipan berjamaah


Oleh TUAN GURU HASHIM JASIN 
.

KEWAJIPAN berjemaah adalah perkara yang tidak disangsikan lagi oleh orang yang beriman, kerana Nabi Muhammad SAW telah berpesan dalam hadis riwayat Bukhari 

  • “Hendaklah kamu sekalian bersama jemaah” 

dan hadis riwayat Nasa’i 

  • “Sesungguhnya rahmat Allah bersama jemaah. Sesungguhnya syaitan berlari bersama orang yang memisahkan diri dari jemaah.” 
Jemaah yang benar itu adalah yang berpegang dengan dasar Islam dan bekerja untuk menegakkan Islam berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

Apakah kewajipan berjemaah hanya sekadar wajib berjemaah sahaja? Atau wajib juga kita mengikuti disiplin atau adab-adab dalam berjemaah. Apakah rupa bentuk akhlak orang yang berjemaah dan bagaimana adab berjemaah yang sebenar? 


Perkara ini sangat penting untuk dihalusi oleh setiap ahli PAS ketika kita mula melihat keadaan akhlak sesetengah ahli PAS mulai kritikal sekarang ini. Konflik akhlak dalam berjemaah akan membuka ruang kepada syaitan untuk menjarakkan ahli-ahli dari jemaah.

Ada ahli yang mengkritik keputusan jemaah kerana pandangan politiknya mengatasi pertimbangan dakwah. Ada yang menolak pendirian jemaah kerana kezaliman itu difahami sebagai menindas rakyat, sedang perbuatan menolak syariat tidak pula dikatakan zalim.  Ada pula di kalangan pimpinan bertindak dengan tindakan yang merugikan jemaah, tetapi memberi alasan sebagai tindakan peribadi. 


Di kalangan ahli-ahli pula ramai yang menganggap mematuhi arahan jemaah, menghadiri program dan melaksanakan amanah adalah pilihan, bukan kewajipan.

PAS sebagai sebuah jemaah Islam yang tertua dan terbesar di Malaysia telah memiliki lebih sejuta ahli yang mempunyai pelbagai latar belakang. Apakah yang boleh mengikat dan menyatukan kepelbagaian ini? Ia adalah akhlak berjemaah. Setiap ahli PAS terikat dengan adab dan disiplin supaya seluruh fikiran dan tindakan ahli PAS dapat diselaraskan, sehingga tercapai tujuan-tujuan perjuangan PAS. 


Ketika Syaidina Ali bin Ali Talib KWJ menyebut tentang perjuangan yang benar tanpa nizam (sistem) akan ditewaskan oleh kebatilan yang bersistem, sudah pasti salah satu daripada nizamnya adalah akhlak.

Setiap ahli PAS adalah bertanggungjawab meletakkan keikhlasan semata-mata kerana Allah sebagai teras perjuangannya. Dalam hadis Muttafaq Alaih, ketika menjawab pertanyaan tentang perang di jalan Allah, Nabi SAW bersabda


  • “Sesiapa yang berperang supaya Kalimah Allah (agama Islam) menjadi paling tinggi, dialah yang berperang di jalan Allah.” 

Inilah yang ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Bayyinah, ayat 5 yang bermaksud, 

  • “Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus.” 
Kedua, sikap husnu al-thiqah billah (bersangka baik kepada Allah), memohon pertolongan-Nya dan yakin dengan janji-Nya mesti ada dalam diri setiap pejuang Islam. Meyakini segala jaminan Allah serta janji-Nya untuk dunia dan akhirat akan meningkatkan taqwa sehingga tidak boleh dicabar oleh ancaman musuh, sogokan, tawaran dan janji-janji dunia yang dibuat oleh pelbagai pihak. Dalam masa yang sama, sangat meyakini kemenangan dan pertolongan yang dijanjikan oleh Allah walaupun tidak tercapai oleh akal dan tidak terlihat oleh mata. 

Para Sahabat RA yang berhijrah hanya berpegang dengan janji Allah, walaupun Nabi SAW tidak memperlihatkan sebarang wawasan keduniaan daripada hijrah tersebut. Allah berfirman dalam surah al-Hajj, ayat 41 yang bermaksud 

  • “Dan sesungguhya Allah pasti akan menolong orang-orang yang menolong agamanya. Allah Maha Kuat lagi Tiada Tandingan.”

Dan ketiga, menjadi kewajipan bagi setiap pejuang Islam untuk istiqamah di atas jalan yang benar, yakni jalan al-Quran dan Sunnah. Sikap berterusan dengan prinsip perjuangan dan beramal dengan tuntutannya, serta tidak terpesong atau cenderung ke arah perkara yang boleh menyelewengkan diri dari arus perjuangan, akan meletakkan kita dalam keadaan istiqamah dalam perjuangan. 


Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 89 yang bermaksud 
  • “Allah berfirman: Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua (Musa dan Harun); oleh itu hendaklah kamu tetap istiqamah (menjalankan perintah-Ku seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui (peraturan janji-Ku).” 
Tiga prinsip utama akhlak berjemaah ini, iaitu keikhlasan dalam perjuangan semata-mata kerana Allah, mempunyai sangkaan yang baik serta yakin dengan janji dan pertolongan Allah dan sentiasa istiqamah dalam perjuangan akan meletakkan seseorang pejuang Islam dalam keadaan yakin terhadap apa yang diperjuangkannya. 

Perjuangan Islam adalah satu perjuangan yang sentiasa bersulam dengan ujian dan cabaran daripada musuh. Bagaimana seorang pejuangan Islam menghadapi ujian yang berat dengan jayanya, sekiranya mereka tidak diikat dengan akhlak ini. 

Tiga elemen asas inilah yang akan membentuk kesabaran dan kekuatan dalaman kepada setiap pejuang Islam dalam menghadapi ujian Allah. Cuba kita bayangkan bagaimana kisah kekecewaan Nabi Yunus AS yang digambarkan oleh Allah dalam surah al-Qalam ayat 48-50, sehingga Allah telah memerintah kepada Nabi SAW supaya bersabar dengan menghadapi ujian perjuangan. 


  • “Maka bersabarlah (wahai Muhammad) untuk menerima ketentuan Tuhanmu” (al-Qalam: 48). 

Maka dari tiga elemen akhlak ini nanti, barulah lahir tuntutan-tuntutan akhlak dalam amal jamaie. 
HARAKAHDAILY 9/12/2016

Imam Mahdi & Nabi Isa AS. Kuliah Jumaat Abd Hadi 2 Dis 2016

Hasil carian imej untuk imam mahdi
Video 09/38: Kuliah Jumaat 02 Rabiul Awal 1438 / 02 Dis 2016
Hasil carian imej untuk imam mahdi

KULIAH JUMAAT 02 RABIUL AWAL 1438 / 02 DISEMBER 2016

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-112: Kuliah Jumaat Abd Hadi Presiden PAS.
Ikuti selanjutnya..

Tergantung 30 Minit Lepas Tergelincir Dari Tingkat Tujuh..

Tergantung 20 meter, derita 30 minit Keadaan Xu yang tergantung selepas tergelincir dari tingkat tujuh di sebuah tapak pembinaan.

ZHEJIANG - CHINA. Seorang pekerja pembinaan terpaksa menahan derita hampir 30 minit selepas tergelincir dari tingkat tujuh dan tergantung pada tali keselamatan pada ketinggian 20 meter.

Laporan Qianjing Evening News mengatakan mangsa yang dikenali sebagai Xu patah dua tulang rusuk dan dua lagi retak dalam kejadian Ahad lepas. Pihak bomba yang sampai mendapati Xu masih tergantung menahan kesakitan sambil berlumuran darah. 

Disebabkan tangga gagal digunakan untuk menurunkan Xu, pihak bomba terpaksa menggunakan kren untuk melepaskan lelaki berkenaan. Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan kini beransur sembuh.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Percayakah anda kepada ajal yang telah tertulis dan ditetapkan? Cuma kita tidak tahu sampai ke mana umur seseorang..

Amanah Ingin Rampas Kerusi DUN PAS P.Pinang..

Amanah berminat dengan kerusi Permatang Pasir Dr Mujahid menunjukkan akuan berkanun berhubung pengisytiharan hartanya semalam.

GEORGETOWN - Parti Amanah berminat untuk bertanding di kerusi Permatang Pasir dalam pilihanraya umum akan datang.

Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, parti itu berminat untuk bertanding berikutan kerusi di kawasan Dun berkenaan kini dipegang Datuk Salleh Man Mat Aji dari parti Pas.

Menurutnya, walaupun hubungan persahabatan antaranya dengan Salleh Man agak rapat, namun mereka tetap terikat dengan polisi parti.

"Amanah sangat berminat untuk bertanding di kerusi Permatang Pasir kerana Pas bukan lagi salah satu parti dalam Pakatan Harapan. Oleh itu, mengapa kita perlu memberi laluan kepada mereka?
"Memang benar saya berkawan baik dengan Salleh Man tetapi dalam hal parti, polisi perlu diutamakan. Tidak kira lah bagaimana baik pun kita dengan orang itu, polisi parti tetap yang pertama kerana beliau bukan lagi dalam Pakatan, melainkan beliau menyertai Amanah," katanya kepada media hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dr Mujahid berkata, Amanah memandang positif sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat ketetapan akan menyertai Pakatan Harapan pada pilihanraya umum nanti.

Dr Mujahid berkata, Amanah sangat mengharapkan agar Bersatu membuat ketetapan yang jelas tentang perkara itu dalam Mesyuarat Presiden pada 14 Disember nanti.

"Kita menanti keputusan Bersatu sama ada mereka akan bersama-sama Pakatan ataupun sebaliknya. Sebelum ini mereka minta tangguh dalam pertemuan di konvensyen lalu. Oleh itu, kali ini, dalam Mesyuarat Presiden, kita harap mereka ada keputusan itu.
"Selain itu, kami juga menunggu keputusan Pas kerana kita sudah  memberi tempoh (deadline) agar membuat ketetapan tentang bentuk kerjasama mereka dengan kita," katanya.

Menurutnya, sebelum akhir tahun ini, kesemua parti perlu membuat ketetapan sama ada masih mahu bersama pakatan itu atau tidak.

"Mana-mana parti dalam pakatan (ataupun tidak) perlu membuat ketetapan yang jelas berhubung kerjasama dengan kita. Jika kita, kita tidak bertanggungjawab walaupun mereka melabelkan diri mereka sebagai parti pembangkang.
"Jika tiada ketetapan dibuat, maka kita menganggap mereka bersama-sama BN. Sikap berkecuali yang mereka amalkan tidak memberi keuntungan kepada Pakatan Harapan sebaliknya memberi kelebihan kepada BN. Oleh itu, bagaimana kita berhadapan dengan BN, kita juga akan berhadapan dengan mereka," katanya.

Dr Mujahid sebelum itu, membuat pengisytiharan pendapatannya, perbelanjaan, harta dan hutangnya sebagai Ahli Parlimen Parit Buntar.  Menurutnya, semua ahli parlimen perlu melakukan perkara sama khususnya di kalangan Pakatan Harapan agar membuktikan ketelusan kepada rakyat. (SH)

Bogel, Pelacuran, Sebar Budaya Barat, 12 Model Dipenjara. Patut Pun!

Hasil carian imej untuk Melikaa Zamani, Niloofar Behboudi, Donya Moghadam, Dana Nik, Shabnam Molavi, Elnaz Golrokh dan Hamid Fadaei.

12 model di Iran telah dihukum penjara hingga enam tahun selepas didapati bersalah kerana menyebarkan budaya barat iaitu berbogel dan menggalakkan pelacuran.

Mereka yang terdiri daripada lapan wanita dan empat lelaki itu juga dilarang daripada bekerja dalam industri fesyen selepas menamatkan hukuman dan tidak dibenarkan meninggalkan bandar Shiraz.
Kesemua mereka tidak mengaku salah dan akan mengemukakan rayuan.
Mereka dikenakan hukuman penjara antara lima bulan hingga enam tahun. Menurut laporan, mereka yang ditangkap termasuk Melikaa Zamani, Niloofar Behboudi, Donya Moghadam, Dana Nik, Shabnam Molavi, Elnaz Golrokh dan Hamid Fadaei.
Hasil carian imej untuk Melikaa Zamani, Niloofar Behboudi, Donya Moghadam, Dana Nik, Shabnam Molavi, Elnaz Golrokh dan Hamid Fadaei.
Awal tahun ini beberapa model telah ditangkap kerana memuatnaik gambar tidak bertudung di dalam media sosial.
Salah seorang daripadanya adalah jelitawan Elham Arab, yang terkenal sebagai model untuk gaun pengantin. Dia telah disiasat kerana menyebarkan budaya barat. 
Begitulah sepatutnya, suatu pengajaran kepada mereka yang menjadi talibarut budaya barat sesat, berperanan untuk memusnahkan Islam. (IH)

Thursday, December 08, 2016

Harith Iskander Ke Final Funniest Person In The World. Lawakkah?

Harith Iskander Mara Ke Final Funniest Person In The World


Harith Iskander Mara Ke Final Funniest Person In The World


HALAMAN HIBURAN

PELAWAK terkenal Harith Iskander melangkah setapak ke hadapan apabila namanya diumumkan layak ke pertandingan akhir ‘standup comedy' antarabangsa, Funniest Person In The World yang berlangsung di Helsinki, Finland, semalam.

Dalam pertandingan pada peringkat separuh akhir itu, Harith difahamkan telah berjaya menduduki tempat pertama, menewaskan tujuh peserta lain yang mewakili lima buah negara.

“Pemarkahan dilakukan berdasarkan dua kaedah, iaitu melalui sistem penjurian serta undian online yang dibuat oleh pengguna Internet.


“Saya tidak tahu markah undian online saya. Cuma, saya memperoleh 29 markah daripada 30 markah daripada tiga juri professional,” katanya yang memetik Sinar Harian.

Pengacara program bual bicara, Obviously Harith Iskander itu bakal bersaing di final bersama empat finalis lain seperti Alex Calleja daripada Filipina, Mino Van Nassau (India), David Kilimnick (Israel) dan Katerina Vrana (Greece) di Levi, Finland, esok.


Menurut Harith dia akan cuba buat yang terbaik pada malam final nanti di mana dia mengharapkan majoriti rakyat Malaysia akan mengundinya, sekaligus memberikan peluang cerah kepadanya untuk bergelar juara.


“Saya belum dapat link laman sesawang yang membolehkan netizen mengundi saya. Sekiranya menerima link tersebut, saya akan umumkan di Facebook dan Twitter rasmi saya.
“Saya harapkan undian serta doa masyarakat agar saya boleh memenangi pertandingan ini. Amin,” katanya. (IH)

Video: Ustaz Azhar memberi ilmu sambil sambil berlawak..
ustaz azhar idrus - sifat cemburu utk lelaki

Pelajar SPM Buang Bayi, Lagi Bukti Dasar Pelajaran M'sia Gagal..



ANGGOTA polis mengiringi remaja lelaki dan perempuan yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam atas pertuduhan membuang seorang bayi lelaki Julai lalu.



KOTA BHARU – Dua pelajar sekolah menengah masing-masing berusia 17 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan membuang seorang bayi lelaki pada Julai lalu.
Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang merupakan pasangan kekasih mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nazri Ismail.
Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama yang menjadi ibu bapa kandung telah membuang seorang bayi lelaki di sebuah rumah beralamat 5148A Sultanah Zainab, Lembah Sireh di sini pada pukul 9.45 malam, 2 Julai lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit bersalah.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fahrul Razi Zainal Abidin manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela, Ahmad Nurie Ab. Rahman.
Fahrul Razi tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh dan me­minta satu tarikh untuk mendapatkan keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) bayi dan pengurusan kes.
Ahmad Nurie bagaimanapun memohon anak guamnya dibenarkan ikat jamin atas alasan kes masih belum dibicarakan dan mereka baru menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.
Lagi bukti dasar pelajaran Malaysia gagal. (IH)

Hasil carian imej untuk hubungan seksual pelajar

Aib! 59 Tahun Merdeka, Perakilan DAP Masih Tak Tahu Bahasa Melayu..


loke

Ramai Perwakilan DAP Tak Tahu Bahasa Kebangsaan, Terpaksa Sediakan Alat Penterjemah – Anthony

AIDCNews – 7/12/16 –Walaupun sudah 59 tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, namun masih ramai lagi dari kalangan perwakilan DAP tidak faham dan tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu sehingga memaksa parti itu menyediakan alat penterjemah semasa berlangsung Persidangan Kebangsaan parti itu pada Ahad.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berkata parti telah membelanjakan RM20,000 bagi menyediakan perkhidmatan menterjemah untuk mengatasi permasalahan tersebut
“Walaupun semua debat hari ini menggunakan bahasa kebangsaan, tapi pada persidangan kebangsaan kali ini parti telah membelanjakan RM20,000 untuk menyediakan alat menterjemah kepada perwakilan yang memerlukannya.
“Ciri ini akan digunakan pada setiap persidangan kebangsaan bermula dari tahun ini. Jika ada keperluan, kita akan tambah lagi,” katanya.
Walau bagaimanapun kenyataan Anthony berkenaan perbelanjaan RM20,000 itu telah dipadamkan untuk mengelak parti dipalit dengan imej negatif.
Dalam rakaman di bawah, kenyataan Anthony telah dipadamkan selama 1 minit dari minit 4:41 sehingga ke minit 5:19 untuk mengelakkan aib parti berkenaan penggunaan bahasa Kebangsaan tersebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails