Wednesday, January 25, 2017

124 Mangsa Banjir Masih Di Pusat Pemindahan Di Kelantan


16114920_10154552483744355_5058532210256145700_n
KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 124 orang setakat 9 malam ini berbanding 154 orang petang tadi.

Kesemua mangsa banjir terbabit ditempatkan di enam pusat pemindahan di empat jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi aplikasi infobanjir, 25 orang daripada lima keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Jajahan Pasir Puteh manakala 42 mangsa (15 keluarga) di tiga pusat pemindahan di Jajahan Pasir Mas.
Baki mangsa lain iaitu 43 orang (10 keluarga) di sebuah pusat pemindahan di Jajahan Kota Bharu dan 14 orang (dua keluarga) di sebuah pusat pemindahan di Jajahan Kuala Krai.
Menurut portal ebanjir.kelantan.gov.my, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang kini menurun sedikit ke paras 9.45 meter (m) berbanding 9.54m petang tadi, namun masih melepasi paras bahaya 9 meter. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment