Wednesday, January 25, 2017

2 Lagi Pemimpin Melayu Sertai DAP? DAP Politik 'tabur dedak'? -I/Hasyim.

Khairuddin, Zaid Sertai DAP Bakal Jadi Calon PRU-14?

GEORGE TOWN.. Khabar angin bertiup kencang di Pulau Pinang yang menyatakan ‘orang kuat’ Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri, Datuk Khairuddin Abu Hassan bakal menyertai parti cauvinis DAP.

Beliau dikatakan telah pun menghantar borang keahlian menjadi ahli DAP awal Januari lalu bagi membolehkan dirinya bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti. Khairuddin antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), adalah bekas naib ketua UMNO Bahagian Batu Kawan.
Seorang lagi bekas pemimpin UMNO dan menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim juga disebut-sebut bakal menyertai DAP bagi mengukuhkan sokongan orang Melayu di dalam parti berlogo roket tersebut. Mantan Ketua PKR Wilayah Persekutuan dikatakan akan menjadi ahli DAP kerana mahu bertanding di kawasan Parlimen Gelang Patah, Johor yang kini dipegang ‘otai’ parti itu, Lim Kit Siang.
Zaid pernah menjadi Ahli Parlimen BN Kota Bharu, Kelantan ketika PRU pada 2004 menewaskan calon PKR sebelum menyertai PKR tetapi kalah kepada BN di kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 2010.  Demikian dikutip dari Agensi. 


DAP dikatakan menggunakan politik 'tabur dedak' sehingga mampu menarik ramai pemimpin-pemimpin Melayu menyertai DAP, benarkah? Lihat pula Setiausaha DAP, Lim Guan Eng yang memberi jaminan, kerajaan Pulau Pinang akan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jika Pakatan Harapan berjaya memerintah negara ini.
“Pulau Pinang boleh berjaya walaupun tanpa GST. Malah, kami boleh meneruskan pembayaran BR1M tanpa GST,” dakwanya dalam satu kenyataan media di Kuala Lumpur hari ini.
Kenyataan Guan Eng itu sangat berbeza dengan pendirian Pakatan Harapan selama ini yang menyifatkan BR1M bertujuan membantu rakyat sebagai tidak mendatangkan manfaat dan berunsurkan rasuah.
Ironinya, penduduk Pulau Pinang maklum layanan diskriminasi kerajaan negeri itu terhadap masyarakat Melayu apabila banyak perkampungan tradisional dihapuskan dan peniaga Melayu diusir. Guan Eng pada 30 Jun lalu malah menghadapi tuduhan rasuah dan salah guna kuasa di Mahkamah Pulau Pinang namun beliau mengaku tidak bersalah. 

Oleh IBNU HASYIM

4 comments:

Anonymous said...

Pas adalah parti islam
Islam ada pada Pas

Anonymous said...

Parti Ajaran Syiah..PAS

Ir Anonymous said...

Tak marah aka jeles ke mat sabu kaitkan pas dgn syiah?

Anonymous said...

Parti Ajaran Syiah berimamkan Ayahtollah Hadi, pengikutnya walaun2 biol 1% IQ.

Takbur!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails