Sunday, January 01, 2017

2017: Tahun Beban, Harga Barang Naik -Jofri Jaraiee,



RAKYAT Malaysia menyambut tahun 2017 dengan kenaikan harga beberapa barang keperluan seperti kenaikan harga petrol, tayar, harga barangan keperluan sekolah terutama pakaian dan lain-lain barang keperluan harian.

Menurut satu laporan, jika sebelum ini ibu bapa memperuntukkan sekitar RM100 hingga RM150 bagi seorang anak, namun pada tahun ini mereka perlu menyediakan lebih RM200 untuk membeli pakaian seragam, kasut, beg dan alat tulis.

Kejatuhan nilai ringgit dan kenaikan harga minyak yang dijangka pada tahun 2017 ini sudah pasti akan memberi kesan kepada perbelanjaan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini sekiranya tiada kawalan dan pemantauan yang menyeluruh terhadap kenaikan barang keperluan ini dan sudah pasti akan membebankan rakyat yang kurang berkemampuan dan yang berpendapatan rendah.

Kesan dari kenaikan harga barang keperluan ini memang beban bagi rakyat kerana mereka terpaksa membelanja lebih daripada tahun sebelumnya. 

Pada ketika ramai yang terpaksa berhenti kerja akibat dari pembuangan pekerja dan kesan dari krisis ekonomi dunia yang merudum menyebabkan kehidupan rakyat semakin terdesak dan terbeban dengan kenaikan harga barang keperluan.

GST juga perlu dimansuhkan dan subsidi petrol untuk kenderaan yang menggunakan RON95 dan diesel perlu dikembalikan semula. Pengangkutan awam seperti teksi, bas, lori yang membawa barang keperluan perlu dikawal sepenuhnya agar mereka tidak menaikkan harga tambang apabila kerajaan memberi subsidi untuk pengangkutan awam.

Kita menggesa agar pihak kerajaan dapat mengurangkan bebanan rakyat dengan memansuhkan GST dan hanya mengenakan cukai ke atas barang mewah dan subsidi dikembalikan semula untuk mengurangkan bebanan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Harap pihak kerajaan memberi perhatian yang sewajarnya terhadap masalah yang membebankan rakyat ini agar kehidupan rakyat pada 2017 ini tidak seteruk seperti tahun sebelumnya. - HARAKAHDAILY 1/1/2017 

Penulis ialah Jofri Jaraiee, Pesuruhjaya PAS Sarawak.

Klik.. Harga Minyak RON95, RON97, Diesel Naik.. BN, Baran...

PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

11 comments:

Anonymous said...

Bukannya umno bn yg salah.....Parti DAP Punya pasal....barang semua mahal...

umno bn dan pas tak salah ...tau....

1Crony said...

Buat apanya dok cerita hal keburukan parti sekutu kita tu, lebih baik kita tumpukan bagaimana cara nak jilat kudis-kudis buta dan cagu di kaki Tuan Guru penerima wahyu AlMarangi. Sebab agama kita pun tak ambil peduli tentang kezaliman dan keadilan, hanya yang penting solat dan wala kepada Lebai-Lebai Kelarah kita, itu dah cukup mendapat redha Tuhan dan diberi kunci ke syorga.

Ir Anonymous said...

Kalau yea pun nak tegur tghh make sure lah pan ada perlembagaan parti islam dulu..

Dah takde citer baru ker? bukan ke points kat atas tu dah guna dulu? Tapi tghh masih kekal di tampuk pimpinan pas.. sy syorkan cari lah alasan yg lain.. boleh ke? Satu soklan.. pan masih nak bertanding di selangor ke?

Anonymous said...

Hai pelawak upahan awak pun carilah alasan lain yang jangan asyik nak cari alasan spin aje.. untuk justify

Ir Anonymous said...

Pan nak ke tak nak bertanding di selangor ni?

Pkr dah tak bagi peduli apa kan pan? Sebagai khadam dap, kita (pan) hanya patuh kpd dap sahaja betul tak?

Anonymous said...

PH dan Bersatu akan berbincang pembahagian kerusi di Selangor dan di seluruh negara.. Jangan risau bukan hanya Amanah dan DAP saja macam yang ko dakwa.. wahai pelawak upahan

Anonymous said...

PAN kan ada Husang Kuasa 10...apa nak takut...tuhan pun kami lawan. Inikan pulak PAS...

Anonymous said...

PAS lg dasyat. Lebai2nya sibuk nak jadi tuhan.

Anonymous said...

Hadi tuang presideng Pas dah lama ditolak rakyat Tganu sendiri.

Ir Anonymous said...

Pembaca blog ni masih menunggu kalau2 khadam dap ada jawapan atau ulasan kpd surat yg ditandatangani oleh kedua2 pihak tghh dan lge sebelum pru 13 tu! Mereka tak nak gopoh dan gapah.. step by step.. yg dahulu perlu didahulukan.. takkan hanya kerana tak de arahan dari dap, pan akur tak berani lansung nak jawab surat tu!

Dasar pengkhianat serta khadam dap!

Anonymous said...

Hehehe..kesian tgk badut PAS sekor ni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails