PenangKini – Sebelum ini Tunku Aziz bekas Naib Pengerusi DAP sudah pun mendedahkan bahawa pemimpin DAP punya perjanjian sulit dengan Tun Mahathir berkenaan kedudukan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Pendedahan yang dibuat oleh Tunku Aziz itu adalah berkaitan perjanjian menetapkan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Kit Siang masing-masing diangkat sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Malah katanya, tindakan Kit Siang menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sementara hanyalah satu cubaan ‘political red herring’ (politik mengalih tumpuan).
Ini kerana, katanya, Kit Siang percaya pengundi Melayu tidak akan mengundi pakatan pembangkang jika mengetahui pemimpin itu berhasrat menduduki jawatan Timbalan Perdana Menteri.
“Sebagai orang yang pernah berada dalam barisan kepemimpinan DAP sebelum ini, saya tahu mengenai perkara ini dan tahu perancangan Kit Siang sebenarnya”.
Sebelum ini pun Tunku Aziz sewaktu mengambil keputusan meninggalkan parti DAP turut mendedahkan bahawa parti DAP mengamalkan rasuah yang cukup teruk dan bersikap rasis.
Yang menghairankan sehingga ke hari ini DAP langsung tidak pernah berani menyentuh bekas Naib Pengerusinya apatah lagi mengambil apa-apa tindakan.
Terkini Tunku Aziz tampil lagi dengan mendedahkan sikap Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang yang kini sedang menantikan hari perbicaraan bagi pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah yang dihadapinya.
Berdasarkan rujukan wawancara beliau bersama wartawan Utusan , Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mendedahkan sikap sebenar Lim Guan Eng iaitu seorang ‘kaki putar alam’.
“Guan Eng memang pandai pusing memusing. Saya kata dengan beliau, saya tidak dapat menerima jika sesuatu perkara itu melanggar undang-undang.
“Tapi beliau kata lain kepada umum, tukar cerita kata Tunku Aziz sebenarnya menentang Bersih. Perkara sebenar beliau senyapkan. Orang ingat saya anti hak asasi manusia. Itu tidak benar. Guan Eng telah putar belit cerita demi kepentingan beliau berhubung perhimpunan Bersih.
“Tidak cukup dengan itu, apabila akhirnya saya membuat keputusan muktamad keluar DAP, Guan Eng mempergunakan orang lain untuk berhubung dengan saya.
“Beliau mahu saya menarik kata-kata saya berhubung isu Bersih, manusia apa dia ni? Saya tidak akan sesekali menjatuhkan maruah diri sendiri untuk manusia seperti itu.”
Sifat yang sinonim dengan Guan Eng dedah Tunku Aziz adalah bongkak, mementingkan diri sendiri, suka dipuji, tidak boleh menerima kritikan dan suka menyalahkan orang lain.
“Guan Eng adalah seorang manusia yang bukan sahaja bongkak dan sombong malah merupakan seorang yang suka mengambil pujian atas hasil usaha orang lain tanpa sedikit pun perasaan bersalah.
“Lihat sahaja apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang. Beliau mengaku dan menerima pujian untuk kemajuan yang berlaku di sana. Dengan perbuatan sebegitu, apakah beliau menidakkan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu yang sudah tentu melibatkan warga Pulau Pinang sendiri?
“Apakah Pulau Pinang hanya maju di bawah DAP dan Guan Eng? Pulau Pinang memang sudah lama maju sebelum zaman Guan Eng lagi. Apa yang ironinya, Guan Eng sendiri bukan dari Pulau Pinang tapi bercakap seolah-olah dia lahir dan membesar di sana.
“Kemudian dia menggambarkan apabila menjadi Ketua Menteri, barulah Pulau Pinang itu wujud dan mula maju. Tapi adalah menjadi amalan beliau untuk mengambil semua pujian manakala kesilapan pula melibatkan orang lain. Itu bukan sesuatu yang bijaksana tetapi hanya mementingkan diri sendiri.
“Beliau juga jenis yang tidak boleh menerima kritikan dan suka menyalahkan orang lain. Sehingga hari ini, sekiranya ada perkara yang tidak disenangi oleh masyarakat Pulau Pinang, dengan segera beliau menyalahkan Ketua Menteri terdahulu, Tan Sri Koh Tsu Koon.
“Jika tidak menyalahkan seseorang, maka beliau bukan Guan Eng. Adalah sudah menjadi kebiasaan, untuk menyaman dan mengkritik orang lain.”
Melihat kepada pendedahan demi pendedahan yang dibuat secara terus terhadap pimpinan tertinggi DAP ini , rasanya amat wajar sekali DAP khususnya Kit Siang mahupun Guan Eng segera mengambil tindakan terhadap Tunku Aziz.
Tanpa tindakan saman itu maka DAP harus menerima hakikat bahawa apa yang dilontarkan oleh Tunku Aziz itu adalah benar sama sekali.
Dan mana-mana pemimpin DAP sekalipun haruslah menerima kenyataan ini betapa DAP sebenarnya adalah parti yang mengamalkan rasis , rasuah selain mempunyai pemimpin yang suka putar alam. (AIDCNEWS)
Yang sibuk dengan parti orang ngapa, parti sendiri pun sama... SR, bila nak saman? Eh eleh...
ReplyDeleteAik. You pun sibuk sama parti orang..xperasan kah? Pergi tangkapnitu ayam putih lagi bagus...buat lendang makan dgn keputat...sedapp wooo
Delete