KUALA LUMPUR — MCA menyifatkan DAP sebagai parti Sendirian Berhad (Sdn Bhd) yang gagal menjalankan amanah terhadap rakyat dengan sebaik mungkin.
Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pengundi di kawasan yang dikuasai DAP boleh menilai sendiri sejauh mana pencapaian parti itu sama ada dari aspek pembangunan atau pembelaan nasib rakyat.
“Lari dari kawasan ke kawasan lain memang cara dia Lim Kit Siang untuk mengelak daripada tanggungjawab. Dari Melaka ke Ipoh kemudian ke Johor,” katanya, merujuk kepada penasihat DAP itu.
“Rakyat sudah lihat siapa Kit Siang yang sebenar dan saya juga sifatkan DAP tiada prinsip. Kita sendiri maklum bahawa DAP umpama parti Lim dan Anak-Anak Sdn Bhd,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2017 edisi kedua di Plaza Tol Sungai Besi arah selatan di sini, hari ini.
Liow berkata demikian ketika ditanya kemungkinan wujudnya peluang bagi MCA menawan Gelang Patah, Johor pada pilihan raya umum akan datang berikutan pengumuman Lim baru-baru ini untuk tidak lagi bertanding di kawasan Parlimen tersebut.
“Ini beri peluang baik kepada MCA. Rakyat boleh nilai sendiri bagaimana servis (khidmat) MCA berikan berbanding DAP. Kalau penasihat mereka sendiri boleh lari tinggalkan tanggungjawab, apa maknanya DAP,” katanya – BERNAMA
PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..
3 comments:
DAPig dan MCA diketuai oleh apek kafir harbi! Dua2 tentang undang Islam dan mmg patut dihalau keluar Malaysia
Sah... memang dah, PAS sekutu UBN. Berita pun dah bersumberkan pemimpin BN!
Mca parti 7 Eleven. 7 perlimen 12 dun. Khabarnye kit siang akan pindah ke Bentong. Amacam tiong lai. Lu ada berani. Pukimakk luuu
Post a Comment