Monday, January 23, 2017

Demonstrasi Penduduk Arab Di Israel. Jahannam Israel!



AFP - PASUKAN keselamatan Israel menggunakan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan di Wadi Ara kelmarin.



TEL AVIV – Beribu-ribu penduduk Arab di utara Israel menunjuk perasaan kelmarin, sehari selepas seorang lelaki Badwi terbunuh semasa bertempur dengan polis di selatan Israel.
Penunjuk perasaan berarak di Bandar Wadi Ara kelmarin dengan ramai antara mereka membawa bendera Palestin dan sepanduk mengecam tindakan merobohkan kediaman penduduk Arab.
Polis menggunakan bom bunyi untuk menghalang mereka daripada menyekat jalan berdekatan.
Demonstrasi itu diadakan bagi membantah kematian lelaki Badwi, Yacoub Abu Al-Qiyan, 50. Dia meninggal dunia dalam situasi bercanggah apabila polis rejim Zionis menyerbu perkampungan Badwi, Umm Al-Hiran untuk merobohkan sejumlah kediaman.
Polis berkata, dia memandu kenderaannya ke arah pasukan polis yang memasuki kampung tersebut dengan menyebabkan seorang anggota polis rejim Zionis terbunuh.
Namun, menurut penduduk tempatan dan aktivis, mangsa ditembak sebelum dia hilang kawalan kereta yang dipandunya.
Penduduk Arab termasuk 300,000 orang Badwi merupakan keturunan warga Palestin yang tinggal selepas penubuhan Israel pada 1948.
Mereka merangkumi 17.5 peratus penduduk Israel dan sering menjadi mangsa diskriminasi rejim Zionis. – AFP
Jahannam Israel!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails