Monday, January 23, 2017

Dr M Berjaya Jadi Ketua PPBM, PKR, DAP, PAN. -Dr Mohd Zuhdi


Hasil carian imej untuk Dr mahathir

Seorang wartawan Utusan Malaysia telah menghubungi saya bertanya tentang kenyataan Dr Mahathir dalam Malay Mail Online bertajuk "Dr M Says Does'nt Need PAS, Can Beat Islamist Party". Beliau bertanya; Apa pandangan Dr mengenai hal ini? Adakah Dr Mahathir sengaja membuat kenyataan begini untuk merendahkan PAS?



Saya memberitahu beliau; pada pandangan saya, memang Dr Mahathir sengaja mengeluarkan kenyataan ini, tetapi bukan kerana ia memandang rendah terhadap PAS, sebaliknya dia bimbang dengan pengaruh PAS. Kenyataan seperti ini adalah sebahagian dari strategi politik beliau.

Dr Mahathir adalah seorang diktator politik, dan atas sifat itulah beliau berkonfrantasi dengan semua Perdana Menteri yang berada di atasnya daripada Tunku Abdul Rahman sehingga Perdana Menteri sekarang. Kalaupun boleh dikecualikan ialah di zaman Tun Abdul Razak.

Dengan sifat diktator politik inilah Dr Mahathir mencantas semua pimpinan Umno dan Timbalan Perdana Menteri yang menggugat kedudukannya, dari Tengku Razaliegh sehingga Anwar Ibrahim. Malah beliau juga pimpinan politik yang berani menyanggah Raja-raja Melayu.

Sekarang beliau berada bersama blok pembangkang, dan dengan sifat diktator politik ini, beliau mahu kesemua parti dan pimpinan pembangkang untuk tunduk kepada gerakan politiknya. Sekarang beliau berjaya meletakkan dirinya sebagai ketua kepada PPBM, PKR, DAP dan PAN.

Anwar Ibrahim sudah berjaya beliau tenggelamkan. Lim Kit Siang telah berjaya beliau jinakkan. Mohamad Sabu telah berjaya beliau mandulkan. Mahfuz Omar telah berjaya beliau perbudakkan. Dengan pengertian lain, beliaulah sebenarnya ketua blok PH untuk melawan BN.

Yang boleh menggugat Dictatorship beliau dalam blok pembangkang ialah PAS, kerana PAS adalah sebuah parti politik yang paling besar selepas Umno. Sebab itu, Dr Mahathir sangat tidak mengalu-alukan PAS, meskipun Muhyiddin Yassin amat mengharapkan hubungan itu.

Pendirian PAS pula konsisten dalam isu mendaulatkan Syariah Islam dan mempertahankan hak orang Melayu, yang begitu bertentangan dengan strategi Dr Mahathir. Faktor ini juga menjadi faktor tambahan mengapa Dr Mahathir tidak mengalu-alukan hubungan dengan PAS.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
22 Januari 2017 / 24 Rabiulakhir 1438 

25 comments:

  1. Abdul Hadi Awang berjaya menjadi Ketua Munafiq 1Malaysia. Seorang pemimpin yang bongkak dan anggap hanya dirinya sahaja yang betul. Ini salah satu sifat seorang Diktator. Cakap tentang orang lain memang handal, sendiri sesat dan menyesatkan orang Islam di Malaysia. Menjadikan Parti yang dulunya disanjunh dan dihormati semua kaum, tetapi kini hanya layak dijadikan alas kaki pintu jamban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya tun m sekarang dah bersih lagi sucilah daripada najib.. macam tu ke?

      Lepas ni bila najib dah berundur ph akan sucikan najib pula utk jatuhkan zahid hamidi.. kelakarlah lu org ph.. malu aku dgn anak cucu..

      Delete
    2. UNDI PAS = UNDI UMNO

      Delete
  2. Hmm... yang pasti TGHH tidak boleh jadi Ketua sebab PAS bukan gabungan PH. Apatah lagi, nak jadi Ketua gabungan UBN. DSNR mesti tak bagi punya...

    Maka akhirnya PAS hanya jadi layak jadi penasihat jer la. Alhamdullilah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi layak jadi tuang penasihat 25% kpd ketua penyamun 1mdb jer la..

      Delete
  3. Madey cuba bermain cara saikologi nak buat PAS rasa imejnya down...lepas tu slowly-slowly masukkan jarum halus pujuk PAS masuk PH....Ini semua taktik mamak kutty yg tua tak sedor diri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS parti jual agama nak bungkus dah..jgn sibuk2 bergabung dlm PH. PAS mmg King Problem Maker.

      Delete
    2. UNDI PAS = UNDI UMNO

      Delete
    3. Ketua lebai tuang punahsihat 25% ketua penyamun 1mdb walaun nak campak ke mana?kahkahkah

      Delete
  4. Pas boleh blah.
    Parti ular2 yg bengong.
    Diterajui oleh lobai2 yg memperkudakan agama utk kepentingan politik mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalkan tak jadi parti barua ketua penyamun 1mdb a.k.a ketua lebai tuang penasihat 25%.

      Delete
    2. Banyaknya 25%.. kenapa tak 2% aje macam khodam dan disahkan oleh rapiji the langkah kejang.. kasihan dia..

      Delete
    3. 25% dari 90juta brp ye walaun biol?kahkahkah

      Delete
  5. Apa masalahnya jik Tun mengetuai usaha rakyat yang diterajui oleh pakatan harapan. Tun telah 22 tahun jadi PM dan berjaya. So apasal korang sibuk. Bina kredibiliti sendiri dulu sebelum hujjah orang lain broo.

    ReplyDelete
  6. Dah ajak sukahatibpas lah nak ke tak nak .. tak payah meroyan kalau pas tak nak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg kuat meroyan sana sini ir badut biol Pas.

      Delete
    2. Pas tak perlu meroyan sebab 24%.. pan aka khodam 2% yg patut meroyan.. kesian kesian kesian..

      Delete
    3. Pas mmg kuat meroyan dari dulu sbb tu tuang presidengnya kena tendang majoriti org melayu Tganu. Hanya badut2 biol Pas yg masih taksub.kesiann..kesian..kesiann..
      kahkahkah

      Takbir!

      Delete
    4. Jangan lupa tau bilamana pas kehilangan terengganu, tghh masih mengekalkan kerusi di dun dan parlimen.. sedangkan lks dan karpal singh kehilangan kerusi kerana tewas.. camano tu? Pasti kamu tak tergamak nak kata bhw majoriti org cina tolak lks dan karpal singh kan? Satu lagi mentaliti pan detected!!

      Dasar barua 2%!

      Delete
    5. Ketua lebai dah terpalit skandal rasuah 90juta, lps ni terus tersungkur di kawasan sendiri. Takbir!

      Majoriti rakyat melayu Tganu dah lama tendang ketua lebai Parti Ajaran Syiah ni.

      Dasar barua lebai 1%!

      Delete
    6. Alhamdulillah Pas ada sumber rujukan bhw pan si barua dap hanya 2% IQ..

      Delete
    7. Alhamdulillah majoriti org melayu Tganu dah lama tendang Hadi munafik. Hanya tinggal walaun2 biol 1% IQ yg masih sokong jd barua. kihkihkih

      Delete
    8. Barua 1:33, ini auta bukannya fakta.. dasar barua dap!

      Delete