Tuesday, January 24, 2017

Elak Rasuah,China Tutup Lebih 100 Padang Golf.


Hasil carian imej untuk najib main golfGolf lambang rasuah?
BEIJING – China mengarahkan penutupan satu perenam padang golf di negara itu sejak tahun 2011, kata Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan (NDRC) dalam ope­rasi berterusan ke atas sukan kontro­versi tersebut yang sinonim dengan rasuah membabitkan golongan elit dan kaya.
Parti Komunis yang memerintah China mempunyai hubungan berbelah bahagi dengan sukan golf.
Pihak berkuasa tempatan mengaut keuntungan dengan menjual tanah untuk dijadikan padang golf tetapi fasiliti itu dilihat sebagai tempat untuk golongan elit dan ahli politik melakukan urusan mencurigakan.
Pihak berkuasa pusat juga telah mengarahkan pembekuan pembinaan padang golf baharu di seluruh China pada 2004 tetapi arahan itu gagal dipatuhi.
NDRC dalam satu kenyataan di laman webnya kelmarin berkata, sebanyak 111 daripada 683 padang golf di seluruh China diarahkan ditutup sejak operasi pembanterasan baharu dilancarkan pada 2011.
Menurutnya, penutupan secara sukarela juga dilakukan oleh 11 pengendali padang golf lain.
Antara punca penutupan itu, kata NDRC, termasuk menggunakan tanah pertanian secara haram, menggunakan sumber air bawah tanah di kawasan yang dilarang dan pelanggaran undang-undang lain.
NDRC telah mengarahkan tambahan 18 padang golf lain supaya mengembalikan tanah yang diduduki secara haram di samping mengarahkan pembinaan 47 padang golf baharu dihentikan.
“Padang golf terdapat di semua wilayah di China kecuali Tibet,” kata NDRC.
Pada 2015, keseluruhan 88 juta anggota Parti komunis dilarang daripada menjadi ahli kelab golf dalam operasi membanteras rasuah yang turut menyasarkan jamuan mewah dan pemberian hadiah mahal. – AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails