▼
Sunday, January 08, 2017
FELDA, Menanti Shahrir? Tapi Sebenarnya Ini...
Pelantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda yang baharu mengesahkan ada kepincangan yang sangat besar melanda Felda. Kebiasaannya lantikan dibuat sebelum memasuki tahun baharu jika pengerusi yang lama tidak disambung perkhidmatannya yang tamat 31 Disember 2016. Bila pelantikan ini diumumkan melepasi minggu pertama awal tahun baharu, sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena.
Lagi pelik dan menghairankan apabila Tan Sri Isa Samad masih lagi dikekalkan menerajui FGV ketika desakan penyingkiran beliau sudah tidak dapat sembunyikan lagi. Tidak pernah peneroka Felda mendesak kerajaan singkirkan Pengerusi Felda sebelum ini. Sampai ada pegawai yang sanggup dipecat dan ada pula yang membuat ugutan terbuka akan meninggalkan Umno jika pimpinan tertinggi Felda tidak berubah sebelum 1 Januari 2017. Kenapa Perdana Menteri tidak berani memberi tugasan menerajui FGV kepada Tan Sri Shahrir? Jika Shahrir mampu dilihat terbaik menerajui Felda, kenapa masih mengekalkan Isa?
Perkara ini hampir sama bila Isa menyingkirkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif sebelum ini, Datuk Emir Mawani Abdullah dan diganti dengan Datuk Zakaria Arshad , seorang anak peneroka Felda sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FGV. Isa dilihat masih tidak mahu melepaskan FGV. Perdana Menteri juga tidak berani singkirkan Isa. Datuk Emir Mawani pernah mencetuskan perbalahan terbuka dengan Isa, Presiden FGV waktu itu membuat kenyataan, FGV memutuskan cadangan pemilikan 37 peratus saham PT Eagle dibatalkan kerana mendapat bantahan dari pemegang saham FGV.
Selang beberapa hari, Isa menyanggah kenyataan Mawani, Isa mengatakan FGV tidak batalkan cadangan pemilikan saham PT EHP tetapi ditangguhkan sementara urusan ini walaupun ada maklumat mengatakan FGV telah membayar ratusan juta sebagai komitmen untuk urusan pemilikan PT Eagle Hight Plantations (PT EHP) . Sebaliknya Isa memaksa Felda Investment Corporation (FIC ) meneruskan rundingan memiliki 37 peratus saham PT EHP anak syarikat Rajawali Group sebuah konglomerat perladangan terbesar Indonesia.
Seolah-olah ada sesuatu kepentingan yang tidak akan dilepaskan Isa sehingga agenda peribadi beliau berjaya disempurnakan. Sebab itu bila tersebar maklumat di kalangan warga Felda, Tan Sri Isa akan terus menerajui Felda untuk beberapa tahun lagi, tentangan terhadap Isa kian melebar dan desakan bertali arus dari pelbagai pihak. Tindakan terbaharu dari kerajaan ini semakin menampakkan kecelaruan yang parah sedang dialami Felda.
Sudah tentunya Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan memberi perhatian kepada barisan kepimpinan pengurusan Felda sebagai langkah pertama. Semua perniagaan teras akan diteliti serta kewangan semasa sebenar Felda akan diberi penekanan sebagai langkah awal beliau memulihkan keyakinan 2 juta warga Felda dan rakyat Malaysia.
Felda yang menjadi pemegang saham terbesar FGV, sudah tentu akan menghadapi kesan besar daripada turun naik saham FGV. Tan Sri Shahrir juga akan menghadapi jalan sukar untuk memastikan FGV mampu memberi pulangan dan kebaikan kepada Felda selagi Tan Sri Isa masih menduduki kerusi Pengerusi FGV. Langkah Shahrir akan terhalang, apa jua tindakan pengerusi Felda ini akan terencat merujuk perkembangan terkini. Apa yang Tan Shahrir boleh strukturkan hanya pada Felda, tetapi FGV tiada apa yang boleh dibuat, bahkan satu lagi pertembungan pengurusan akan terjadi.
Hampir semua anak syarikat dan aset Felda Holdings sebelum ini sudah diserahkan kepada FGV terutama tanah ladang sawit Felda seluas 360,000 hektar kini milik FGV. Aset ini merupakan 'angsa bertelur emas' bagi Felda kerana mampu memberi pendapatan tunai RM1.2 bilion hingga RM1.8 bilion setiap tahun. Felda banyak menyelesaikan masalah dan membuka pelaburan baru hasil dari kewangan yang kukuh serta urustadbir yang cemerlang sehinggalah Tan Sri Isa dilantik Pengerusi Felda pada 2011.
Koperasi Pemodalan Felda (KPF) yang memiliki 51 peratus saham dalam Felda Holdings telah disingkir oleh Isa Samad dan digantikan Felda Hodings dengan FGV. Sejak dari ini banyak dana Felda dan FGV mulai digunakan untuk membuat pelaburan besar ratusan juta bahkan berbilion ringgit dalam dan luar negara.
Di sinilah terletaknya cabaran utama pengerusi Felda yang baharu untuk memulihkan Felda dan yang paling utama keyakinan pengundi warga Felda di 317 tanah rancangan di 54 daripada 222 parlimen perlu dikekalkan untuk menghadapi Pilihan raya Umum ke-14. Pada PRU13 yang lalu, 51 kawasan parlimen telah dimenangi Barisan Nasional dan menjadikan kawasan Felda sebagai aset simpanan tetap kerusi Barisan Nasional.
Dengan dilema hutang ratusan ribu ringgit direkodkan kepada akaun peneroka yang sudah bergelar warga emas, pengurusan tanam semula yang banyak masalah, penjagaan ladang oleh Felda Technoplant yang teruk gagal disembunyikan lagi oleh pengurusan Isa sebelum ini menambahkan lagi tugasan, cabaran pengerusi yang baharu.
Tempoh parlimen yang ada sekarang hanya berbaki sekitar 2 tahun sahaja, Tan Sri Shahrir Abdul Samad memerlukan satu 'keajiban' untuk mengembalikan kecemerlangan Felda setelah hampir semua aset sebelum ini sudah menjadi milik FGV. Apakah pemberian durian runtuh RM15,000 setiap seorang peneroka sebelum penyenaraian FGV ke bursa saham sebelum ini akan akan diulangi pengerusi Felda yang baharu sebagai jalan mudah untuk meredakan kemarahan warga Felda?
Sama-sama kita nantikan.
Naraza Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
8 Januari 2017 / 9 Rabiul Akhir 1438 - HARAKAHDAILY 8/1/2017
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kegagalan Felda seperti yang tersebut di atas sebenarnya adalah kegagalan BN pimpinan Najib, yang gagal meletakkan pimpinan pengurusan Felda kepada yang benar-benar bertanggung jawab.
Tetapi kalau ditelusuri kesalahan sebenarnya, ialah kerana dasar BN dan kerajaan Malaysia sendiri yang berpegang kepada dasar sekularisme. Fahaman pemisahan antara aktiviti seluruh kehidupan di dunia dengan negeri di akhirat. Jadi pemimpin-pemimpin yang dipilih, bukan pemimpin yang takut kepada hari akhirat, bahkan menganggap terpisah dengan pembalasan hari akhirat.
Oleh itu, solusi kepada pembersihan Felda bukan sahaja kepada tukar pemimpin tetapi kepada tukar parti yang memerintah. Tukar kepada parti yang berdasarkan agama dan hari akhirar. Kerajaan BN sekarng perlu ditukar atau di'islah'kan.
Islam menanti Al Mahadi tapi yg ada Lobai Hadi Wal Maranggi
ReplyDeleteHarap lebai tuang punahsihat 90juta dpt nasihatkan najib dlm isu felda. Bantu org melayu dulu dari sibuk2 nak bantu syiah di teheran.
ReplyDeleteahli dan penyokong PAS dalam keadaan kurang stabil.
ReplyDeleteLobai pening dan mabuk sbb mkn dedak
DeleteSebelum berlaku perkara yang sudah pun berlaku, saya pernah mengikuti saudara Mazlan Aliman(Pengerusi Anak) untuk memberikan penjelasan tentang bahaya apabila FGV di tubuh kan. Kehadiran kami tidak di senanggi oleh kebanyakan para peneroka Pelbagai cara yang kotor sapertimana yang kerap di lakukan oleh puak puak UMNO bila berdepan dengan isu yang tidak menyebelahi mereka. Namun demikian saudara Mazlan tidak putus asa.
ReplyDeleteKini apa yang di sampaikan oleh saudara Mazlan ternyata benar. Mungkin kini ada beberapa kerat para peneroka sudah sedar. Kesederan tersebut sudah tidak punyai erti kerana nasi sudah menjadi bubur dan ucapan "HARAM JADAH" kepada mereka yang enggan tunduk dengan kehendak Najib kini terpalit keatas muka mereka. Padan muka kepada mereka yang tak maju mendengar kata
Bangganya aku dulu sambil tunggu motto di repair kat kedai cina..
ReplyDeleteaku sembang politik negara sambil baca HARAKAH...
Tetapi kini tinggal kenangan saja..
sekarang kasi HARAKAH free pun aku tak nak ...aligerik...gelii...
Kapada walaun2 pas... baca dan faham komen2 di atas...fakta tetap fakta.. bukannya mcm satu dua blog pro pas.. fakta di jawab.. berkiblat ke arah kafir ( dap ). Agak2nya walaun ni..semua yg di buat betul2 belaka..
ReplyDelete