DEMI mendapatkan bekalan dadah untuk kekasih, seorang gadis berusia 17 tahun sanggup menggadai maruah dan membiarkan tubuhnya ‘diratah’ lima lelaki.
Gadis yang berasal dari Kampung Paya Jenun, Pendang, Kedah itu dikatakan lari dari rumahnya pada 18 Januari lalu, membuatkan bapanya yang berusia 39 tahun membuat laporan polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Is, bapa mangsa bersama empat sepupunya pergi ke rumah di Taman Permai Utama, Gurun, selepas mengetahui anaknya berada di situ hasil maklumat awam.
“Ketika dalam perjalanan ke Balai Polis Gurun, mangsa mendakwa dia dirogol enam lelaki, tiga daripadanya dikenali,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Katanya, hasil siasatan awal mangsa mengaku melakukan hubungan seks lebih 10 kali dengan teman lelakinya secara sukarela.
“Lebih menggemparkan, mangsa juga menceritakan dia turut melakukan seks bersama lima rakan teman lelakinya kerana kasihan dia tidak mempunyai wang untuk membeli dadah.
“Mangsa sanggup melakukan seks semata-mata untuk mendapatkan dadah untuk teman lelaki secara sukarela,” katanya.
Md Zukir berkata, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk pemeriksaan kesihatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Arak termasuk dadah menghilangkan akal. Mengapa akal yang sihat perlu dihilangkan dengan arak dan dadah? Begitu, bahayanya najis dadah dan najis arak dalam kehidupan manusia.
Kenapa Arak dan Minuman Keras Dilarang Dalam Islam?
Dasar surat al-Maidah ayat : 90
يآيهاالذين أمنوآإنّماالخمروالميْسِرُوالأنْصَابُ والأزْلاَمُ رجزٌ من عَمَلِ الشَّيْطَان فاجتنبوهُ.
عن إبن عمررضى اللّه عنه،قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: كُلِّ مُسكِرٍخَمْرٌ وكُلِّ مُسكِرٍحرَامٌ ومَنْ سَرِبَ الخَمْرَ فىِ الدُّنْيا فمَاتَ وهوَيُدْمِنُهَا ولَمْ يَتُبْ لَمْ يَشْرَبْهَا فى الآخِره.
Setiap minuman yang memabukkan adalah khamer dan yang setiap memabukkan adalah haram. Barang siapa yang kecanduan minuman keras dan mati kemudian tidak bertaubat maka nanti ia tidak akan meminumnya di akhirat. Minuman keras adalah induk dari segala perbuatan keji (Usman RA.)
Demi Allah, sungguh iman dan minuman keras itu tidak dapat berada di hati seseorang kerana salah satu darinya akan mendesak untuk menghilangkan yang lain.
أَرْبَعَةُ لاَتَجِيْدُوْنَ رِيْحَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيْحُهَالَيُوْجَدُمِنْ مَسِيْرَةِ خَمْسِمِائَةِ عَام.الخِيْلُ والْمَنَّانُ ومُوْمِنُ الْخَمرِ والْعاقُّ لِوَالِدَيْهِ.
Dari Qatadah bahawa nabi Muhammad SAW. Bersabda: ada 4 kelompok manusia yang tidak dapat mencium bau syurga, padahal baunya boleh tercium dari jarak (perjalanan) 500 tahun, iaitu:
- orang kikir,
- orang yang suka menyebut-nyebut shadaqohnya,
- orang yang selalu minum minuman keras,
- orang yang derhaka kepada orang tuanya.
Dari Ibnu Mas’ud RA berkata: ada 10 pihak yang mendapatkan kutukan masalah minuman keras, antara lain
- Orang yang memerasnya.
- Orang yang minta diperaskan.
- Orang yang meminumnya.
- Orang yang memberikan minuman.
- Orang yang membawanya.
- Orang yang dibawakan.
- Orang yang menjualnya.
- Orang yang menyediakan tempat (toko) menanamnya.
- Orang yang menjualkannya.
- Orang yang membelinya.(al-Hadits)
Minuman Keras Mengandung 10 Prilaku Tercela
- Orang yang minum minuman keras seperti orang gila menjadi bahan tertawaan anak kecil.
- Minuman keras memboroskan harta dan menghilangkan akal.
- Minuman keras menyebabkan permusuhan.
- Orang yang minum minuman keras akan berpaling untuk mengingat Allah SWT. dan shalat.
- إنمايريدالشيطان أنيوقع بينكم العداوة والبغضآءفى الخمروالميسرويصدكم عن ذكراللّه وعن الصلوة فهل أنتم منتهون.Ertinya: Dengan minuman keras dan judi itu, syaitan hanyalah bermaksud menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu, dan menghalang-halangi kamu dari mengingat Allah dan mendirikan shalat, maka tidakkah kamu mau berhenti?
- Minuman keras bisa menyebabkan perbuatan zina, boleh menceraikan isteri tanpa terasa.
- Minuman keras kunci dari segala kejahatan (mudah melakukan maksiat).
- Orang yang meminum minuman keras mengganggu malaikat yang menjaga dirinya. Padahal tidak pantas mengganggu orang lain yang tidak mengganggunya.
- Pecandu minuman keras hukumnya dicambuk 80 kali dunia akhirat.
- Peminum minuman keras menutup pintu langit yang tujuh. Kerana amal ibadahnya/kebaikannya tidak diangkat selama 40 hari. Peminum minuman keras membahayakan imannya jika menjelang mati.
Semua tersebut diatas hanya siksaan didunia, sementara siksaan di akhirat tidak dapat di ukur pedihnya, diantaranya minum air yang sangat panas dan zaqqum serta hilangnya pahala amalnya. Oleh kerana itu tidak pantas orang berakal sehat memilih kelezatan yang sekejab dengan meninggalkan kelezatan yang abadi.
Dari mansur bin ja’far, dari Asma bin yazid RA. Rasulullah bersabda:
مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ فَجَعَلَهَافِى بَطْنِهِ لَمْ تُقْبَلْ صَلَاتَهُ سَبْعًا فَإِنْ هِيَ أَذْهَبَتْ عَقْلَهُ لَمْ تُقْبَلْ صَلَاتَهُ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا وَإِنْ مَاتَ مَاتَ كَافِرًا وَإِنْ تَابَ تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَإِنْ عَادَ كَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهَ أَنْ يُسْقِيَهُ مِنْ طِيْنَةِ الْخَبَلِ.
Barang siapa meminum minuman keras hingga masuk ke dalam perutnya maka tidak diterima shalatnya selama 7 hari, apabila meminum minuman keras sampai hilang akalnya (mabuk) maka tidak diterima shalatnya selama 40 hari, apabila ia mati, matinya dalam keadaan kafir, apabila ia bertaubat maka Allah akan menerimanya, apabila ia mengulanginya lagi maka hak Allah nanti akan memberikan minuman dari darah campur nanah.
Dari shohabat Nabi SAW bersabda: barang siapa mengahwinkan anak perempuannya dengan pecandu minuman keras sesungguhnya ia mendorongnya pada zina. Kerana jika sudah mabuk mengucapkan kata-kata perceraian menyebabkan isterinya menjadi haram, tertalak/pisah sementara tidak menyedarinya.
Surat az-Zumar ayat:73 Agar mendapat tempat disisi Allah SWT.
سَلَامٌ عَلَيْكُم طِبْتُمْ فَادْخُلُوْهَاخَالِدِيْنَ.
Berbahagialah kamu, maka masukilah syurga ini sedang kamu kekal didalamnya.
(IH)
PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..
No comments:
Post a Comment