Friday, January 27, 2017

Halang Patuhi Syariat (RUU 35) Melanggar Perlembagaan.. -Ahmad Amzad Hashim.


BANGI, 27 Rabiulakhir 1438H, Khamis – Tindakan menghalang umat Islam daripada mematuhi syariat, adalah perbuatan yang melanggar Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim.
Ini kerana, katanya, jika agama lain diberi kebebasan untuk diamalkan, mengapa pula umat Islam perlu dihalang, sedangkan Islam sudah dinoktahkan sebagai agama bagi Persekutuan.
“Umat Islam yang menjadi 65 peratus dari rakyat Malaysia perlu kembali kepada undang-undang yang ditentukan oleh ajaran Islam sebagai ubat terbaik memulihkan mutu individu orang Islam. Kelihatan yang langgar Perlembagaan bukan usul pindaan RUU 355.
“Beraninya segelintir bukan Islam mempertikai dan campur tangan urusan agama Islam adalah kerana adanya kalangan orang Islam sendiri yang mempertikaikan.
“Ia tidak akan berlaku begitu jika umat Islam bersatu. Tidak akan berlaku begitu jika tiada orang Islam yang jadi tali barut mereka yang anti Islam. Tidak jadi begitu jika orang Islam tidak terlalu obses sangat dengan sokongan politik bukan Islam kerana cita-cita politik peribadinya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, Akta 355 bukan suatu rang undang-undang baharu, tetapi ia adalah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pindaan 1984, yang wujud sejak 1965, tanpa ada pihak yang mempertikaikannya sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan, walaupun parti anti-Islam DAP, MCA, Gerakan dan MIC telah wujud.
“Pada tahun 1984, Akta 355 dipinda memberi kuasa 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan sebatan 6 kali. Pindaan ini dilakukan. Dibahaskan dan diluluskan di Parlimen. Sekali lagi DAP dan parti bukan Islam yang lain tiada pula mempertikaikan pindaan ini, jauh sekali menyebut pindaan ‘melanggar’ Perlembagaan,” katanya.
Ahmad Amzad berkata, pada 1989, akta ini dipinda lagi dan kali ini diperluaskan ke Sabah dan Sarawak dan tidak ada pihak yang membangkitkan soal melanggar Perlembagaan Malaysia.
“Rakyat Malaysia yang bukan Islam menghormati Mahkamah Syariah sebagai urusan agama Islam yang tidak pantas dicampuri bukan Islam,” katanya.
Namun, anehnya kata beliau, apabila Akta 355 mahu dipinda pada tahun ini setelah pindaan kuasa hukuman kali terakhir dibuat 32 tahun lalu, pelbagai dakwaan dibangkitkan kononnya melanggar Perlembagaan Persekutuan, padahal ia cuma soal menambah kuasa hukuman sahaja.
Sehubungan itu, beliau mencabar parti rasis dan cauvinis DAP, MCA, Gerakan dan MIC membawa kes pindaan Akta 355 itu ke mahkamah terlebih dahulu untuk melihat sama ada ia melanggar Perlembagaan atau tidak. (IH)

PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

7 comments:

Anonymous said...

Jadi bukan hukum hudud, la?

Anonymous said...

Wahai Khadam berapa sen la kamu dapat pungut Anon 6:53

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

kiedentech said...

700,00 penduduk negara china sedia menetap di johor yang melarikan diri daripada dasar satu anak di china, anak yang lahir dijohor akan menjadi anak negara mana ya, pas mendiam seribu bahasa tanda setuju kata orang tua tua dan menakutkan melayu dengan dap. penduduk negara china datang dengan kuasa wang apakah akan jadi kepada negara ini bukan urusan oas kerana sibuk nak jadi mat sekodeng

Anonymous said...

Dah bg peluang bentang ruu355, ketua lebai jual agama mtk tangguh. Pastu walaun 1% IQ salahkan DAP dan org lain. Biol betul.

Ir Anonymous said...

Dap pasti suka pasti suka... pan pun apatah lagi.. pasti tunduk pasti tunduk.. dasar barua dap!

Anonymous said...

Walaun biol lebai jual agama pasti suka lebai2 permainkan hukum Allah. Disuruh bahas ruu355 dua kali barua ketua penyamun mtk tangguh. Pastu terpekik terlolong salahkan DAP. Dasar walaun biol 1% IQ! Perosak Islam.

Ir Anonymous said...

Bukan 2% ke kihkih.. patut lah mudah sangat kena kontrol dgn dap.. dasar barua dap!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails