Inilah Sebabnya Zulkifli Bakal Digantung Sampai Mati?
Kerana mempertahankan diri dan harta dari dirompak, seorang lelaki bernama Zulkifli, 50 tahun dari Kampung Labohan, Kerteh, Terengganu dituduh dibawah seksyen 302 dan 326 Kanun keseksaan. Kerana menikam perompak sehingga mati, Zulkifli didakwa dibawah seksyen 302 yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati,
Tidak cukup dengan itu ditambah lagi bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.
Setelah kisah Zulkifli menjadi viral di laman sosial, ramai rakyat Malaysia bersimpati dengan nasib yang menimpa Zulkifli. Ada yang berpendapat polis tidak sepatutnya menahan Zulkifli kerana tindakannya menikam perompak adalah untuk mempertahankan diri dan hartanya.
Terbaru, seorang peguam yang bernama Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz tampil memperjelaskan isu yang melibatkan Zulkifli ini.
Ikuti kisah dari peguam ini….
Assalamualaikum semua.
Izinkan saya memberi pandangan untuk menjelaskan apa yang berlaku. Memang kita semua bersimpati dengan Abang Zulkifli ini tetapi proses undang-undang itu harus di lalui dahulu oleh Abang Zulkifli sebelum keadilan ditegakkan.
Mempertahankan diri dan maruah keluarga sememangnya adalah satu pembelaan bermerit yang dibenarkan di dalam Kanun Keseksaan walaupun ketika mempertahankan diri itu, kita menyebabkan kematian orang lain.
Tetapi, fakta ini tak boleh diselesaikan di facebook. Abang Zulkifli perlu juga menjalani proses tahanan reman, pendakwaan dan perbicaraan sehinggalah Hakim yang membicarakan kes itu nanti memutuskan beliau tidak bersalah kerana mempertahankan diri dan keluarga dari rompakan. Tempoh masa perbicaraan pula boleh selesai dalam tempoh 1 tahun.
Di sebabkan kes yang di tuduh terhadap Abang Zulkifli ini adalah kes bunuh, maka Peguam yang akan mewakili Abang Zulkifli nanti adalah peguam lantikan mahkamah. Ini bermaksud tak perlu kita nak kumpul duit cari peguam untuk membela kerana kerajaan kita memang menyediakan peguam percuma jika tertuduh menghadapi kes yang melibatkan hukuman gantung.
Ok selesai bab Abang Zulkifli. So apa jadi dengan keluarga beliau sementara beliau melalui proses mahkamah ini? Maka inilah tanggungjawab warganegara yang prihatin untuk membantu meringankan beban keluarga. Nak kutip derma kutiplah untuk bantu keluarga Abang Zulkifli ni. Tapi tak perlulah nak kritik sistem kehakiman negara ke apa sebab apa yang di lalui oleh Abang Zulkifli ni adalah prosedur biasa.
Memang dia tak salah tapi sebab membunuh tu tetap suatu jenayah maka dia tetap kena menghadap Hakim dan melalui proses bicara. Cuma sebab beliau mempertahankan diri dan keluarga maka mudahlah Peguam yang akan mewakili beliau nanti menimbulkan keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan dan seterusnya membebaskan Abang Zulkifli.
Itu saja yang saya nak cakap sekarang.
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
(Peguam)
(Peguam)
(Diangkat dari http://www.blogammar.com/inilah-sebabnya-zulkifli-bakal-digantung-sampai-mati/)
No comments:
Post a Comment