Wednesday, January 25, 2017

Ini, Bongkar Pelacur (GRO) Bawah Tanah Di Ipoh Pula.

GRO

IPOH – Polis Bukit Aman membongkar tempat persembunyian bawah tanah yang menempatkan 38 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga China dan Vietnam dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Medan Ipoh di sini awal pagi tadi.
Ketua operasi Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman, Supt Fazlisyam Abdul Majid berkata operasi kira-kira tujuh jam bermula 12 tengah malam tadi menemukan dua bilik rahsia bawah tanah sebagai tempat persembunyian wanita berumur lingkungan 20-an hingga 30-an.
“Ketika serbuan premis terbabit tutup dan kami terpaksa memecahkan pintu masuk. Menyedari kehadiran polis, lapan wanita Vietnam dan 30 warga China termasuk seorang mak ayam sembunyi di dalam dua bilik bawah tanah.
“Kami meminta bantuan bomba mengeluarkan kesemua wanita itu kerana bilik tersebut mempunyai pintu besi menggunakan sistem hidrolik dan ia mengambil masa kira-kira empat jam untuk membuka pintu,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi.
Menurutnya, bilik berketinggian hampir dua meter dan berkeluasan 152.4000 meter persegi itu dilengkapi dengan tilam, pendingin hawa serta bekalan makanan dan minuman.
Fazlisyam berkata premis tersebut sebelum ini pernah diserbu sekurang-kurangnya tujuh kali tetapi serbuan hari ini adalah paling berjaya.
“Serbuan seumpama itu merupakan pertama kali berlaku yang membabitkan persembunyian di bawah tanah menggunakan pintu dengan sistem hidrolik kerana sebelum ini mereka (wanita) hanya bersembunyi di dalam stor, di dinding dan atas siling.
“Ini merupakan satu tempat persembunyian yang canggih dan tidak menolak kemungkinan pembinaan bilik itu melibatkan kos yang tinggi,” katanya.
Fazlisyam berkata dalam operasi itu, polis turut menahan 15 pekerja dan 15 pelanggan untuk siasatan lanjut manakala pemilik premis itu akan dikesan.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati premis eksklusif itu telah beroperasi lebih dua tahun dan mengenakan bayaran pada kadar RM3,000 hingga RM5,000 untuk tempahan satu bilik karaoke.
“Premis itu sememangnya dikenali kerana menyediakan GRO ‘high class’ dan pelanggan boleh membuat tempahan. Bagi seorang wanita mengenakan bayaran mencecah RM300, jika pelanggan ingin membawa keluar bayaran RM800 sehingga RM1,000 selama 24 jam,” katanya.
Operasi itu membabitkan enam pegawai dan 16 anggota dari pasukan STAGG Bukit Aman dan tujuh anggota bomba dan penyelamat Ipoh, katanya.
Terdahulu, dalam serbuan berasingan, pasukan STAGG menahan 15 warga Vietnam di sebuah pusat hiburan di Pekan Baru di sini. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment