SERAMAI 39 individu termasuk dua wanita ditahan polis selepas didapati berkelakuan tidak senonoh dengan berbogel ketika melakukan aktiviti di sebuah resort di Bentong, Pahang, semalam.
Dalam serbuan jam 6.12 petang itu, semua suspek berusia 19 hingga 23 tahun ditahan polis dari Balai Polis Bentong hasil maklumat awam serta risikan pada jam 12.30 malam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, siasatan awal mendapati, semua suspek adalah peserta kem motivasi yang dikendalikan sebuah syarikat swasta.
“Kebanyakan yang ditahan adalah pelajar berusia antara 19 tahun hingga 23 tahun yang dihantar oleh ibu bapa mereka untuk mengikuti kursus motivasi dianjurkan syarikat itu,” katanya yang memetik laporan Harian Metro.
Menurut Mansor lagi, aktiviti yang mereka jalankan itu dikatakan dikenali sebagai ‘All Out’.
“Menurut kata ketua penyelia aktiviti, pada jam lebih kurang 5.30 petang semasa berada di permainan, peserta sedang bermain satu permainan yang dinamakan ‘All Out’ di mana para peserta yang sudah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dikehendaki membuat garisan panjang dengan menggunakan alatan yang ada terlekat pada badan peserta.
“Semasa permainan ada para peserta mulai menanggalkan pakaian untuk membentuk garisan panjang dan menyebabkan keadaan berlarutan sehingga para peserta mula menanggalkan keseluruhan pakaian di badan mereka dan berbogel,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.
Menurut Mansor lagi, pengurus pusat peranginan ada memaklumkan bahawa pihaknya hanya menyediakan kemudahan seperti makanan, peralatan dan tempat tinggal untuk peserta kem motivasi.
Pihak Resort telah dimaklumkan mengenai tentative program yang akan dijalankan tetapi tidak menyatakan secara spesifik jenis aktiviti yang hendak dijalankan.
Dalam pada itu, beliau berkata sepasukan polis telah memantau kumpulan tersebut semasa mereka menjalankan aktiviti kumpulan dalam dewan resort tersebut
“Pihak kami telah membuat serbuan dan tangkapan pada jam 12.30 tengah malam tadi semasa kumpulan masing-masing sedang menjalankan aktiviti berkumpulan di resort berkenaan.
“Seramai 39 peserta telah ditahan tahun termasuk sembilan wakil syarikat dan fasilitator bagi membantu siasatan di dalam kes ini,” katanya.
PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat
Macam kem motivasi Mokhtar Senik je. Bekas ahli al Maunah ni memang suka bogel lepas tu selfie hantar kepada perempuan. Tengok jari dah tau Mokhtar Senik punye. Dasar Syaitan bertopengkan manusia.
ReplyDelete