Oleh Hj Johri Jaraiee
SEMENJAK pemerintahan Rajah pada 1841, Rajah telah menyedari tentang sensitifnya undang-undang adat berhubung dengan hak adat Bumiputera. Maka, tanah hak adat Bumiputera menurut adat resam sesuatu kaum telah mula diiktiraf oleh pemerintahan Rajah Brooke sejak tahun 1841 lagi.
Ini terbukti apabila Rajah James Brooke menulis dalam Jurnal Bil. Salah satunya yang menyatakan: "Pokok-pokok buah-buahan mengenai kampung, dan sejauh mana hutan diterokai, adalah harta persendirian. "
Ini terbukti apabila Rajah James Brooke menulis dalam Jurnal Bil. Salah satunya yang menyatakan: "Pokok-pokok buah-buahan mengenai kampung, dan sejauh mana hutan diterokai, adalah harta persendirian. "
Masalah tanah masih lagi menjadi isu utama rakyat Sarawak dan perlu diberi perhatian oleh kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Ketua Menteri Baru Datuk Amar Dato' Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.
Banyak masalah tanah adat dan tanah Temuda penduduk asal Sarawak masih lagi belum diberi hak milik oleh kerajaan dan akhirnya jadi milik pihak swasta dan pemaju.
Banyak masalah tanah adat dan tanah Temuda penduduk asal Sarawak masih lagi belum diberi hak milik oleh kerajaan dan akhirnya jadi milik pihak swasta dan pemaju.
Persoalannya mengapa perkara ini boleh terjadi sedangkan mereka sudah banyak kali memohon untuk mendapat hak milik dari pihak kerajaan dan menunggu terlalu lama pemohonan mereka untuk diproseskan tiba-tiba mendapat tahu tanah mereka sudah dimiliki oleh pihak pemaju dan pihak swasta.
Sudah tentu mereka kecewa dan marah dan cuba menghalang pemaju dari memasuki dan menceroboh tanah warisan datuk nenek moyang mereka. Jabatan Tanah dan Survei Sarawak perlu memberi alasan kukuh mengapa mereka dengan mudah melepaskan tanah milik orang tempatan kepada pemaju dengan alasan untuk pembangunan.
Rata-rata harga rumah yang dibangunkan oleh pemaju hanya mampu dimiliki oleh mereka yang berpendapatan tinggi bukan golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Orang kampung hanya mampu lihat saja kerana tidak mampu untuk memiliki rumah yang mewah.
Rata-rata harga rumah yang dibangunkan oleh pemaju hanya mampu dimiliki oleh mereka yang berpendapatan tinggi bukan golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Orang kampung hanya mampu lihat saja kerana tidak mampu untuk memiliki rumah yang mewah.
Kebanyakan penduduk asal yang memiliki tanah tersebut tidak memiliki tempat lain untuk menyara kehidupan harian mereka selain menjadi petani dan juga tempat mereka mendirikan rumah. Mengapa susah sangat pihak berkenaan memberi hak milik kepada mereka seolah-olah mereka dianaktirikan dan masalah mereka langsung tidak diberi perhatian oleh pihak pemerintah dengan alasan tanah yang mereka duduki itu tanah kerajaan untuk dimajukan.
Ada penduduk kampung mengadu rumah mereka yang didirikan dalam tanah yang diiktiraf sebagai zon kampung dirobohkan oleh pihak penguatkuasa Jabatan Tanah dan Survei. Ada pegawai penguatkuasa Jabatan Tanah dan Survei yang bertindak merobohkan dan melarang penduduk tempatan yang mendiri pondok di tanah kebun mereka dan mereka juga dilarang untuk bercucuk tanam dengan alasan tanah itu tanah kerajaan.
Penduduk yang kebanyakan tinggal di luar bandar dan pinggir bandar menjadi mangsa arus pembangunan disebabkan banyak tanah mereka yang diwarisi turun-temurun telah diberi kepada pemaju untuk dibangunkan disebabkan mereka tidak memiliki hak milik tanah. Akhirnya mereka menjadi setinggan di negara sendiri setelah tanah warisan mereka diberi kepada pemaju sedangkan pemaju dari luar diberi keistimewaan untuk menguasai dan mengambil keuntungan dari tanah mereka.
Ketua Menteri baru Sarawak perlu mendengar rintihan serta mengambil tindakan sewajarnya kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat terutama peribumi dan juga masalah pengambilan tanah adat orang Melayu Bumiputera di pinggir bandar untuk tujuan pembangunan. Mereka ini bergantung hidup dengan sumber pendapatan dari hasil pertanian sekiranya tanah mereka diambil oleh pemaju bagaimana mereka hendak bercucuk tanam dan menyara kehidupan harian mereka.
Banyak kes ini berlaku di kawasan Lusut, Tukau Jaya, Pujut Padang Kerbau dan kawasan Kuala Baram Land District. Kawasan ini adalah kawasan yang pernah diduduki dan diterokai oleh peribumi Sarawak semasa pemerintahan Rajah Brooke dulu lagi.
Banyak kes ini berlaku di kawasan Lusut, Tukau Jaya, Pujut Padang Kerbau dan kawasan Kuala Baram Land District. Kawasan ini adalah kawasan yang pernah diduduki dan diterokai oleh peribumi Sarawak semasa pemerintahan Rajah Brooke dulu lagi.
Mereka merayu kepada pihak kerajaan agar jangan ambil tanah mereka dan beri kepada pemaju untuk tujuan pembangunan sebab mereka juga memerlukan tanah untuk tempat tinggal dan tempat menyara kehidupan harian dengan cara pertanian. Dalam keadaan ekonomi yang semakin gawat mereka perlu menyara kehidupan harian dengan menjual hasil tani. Kalau punca pendapatan mereka disekat apa yang dapat mereka lakukan untuk menyara kehidupan harian? Adakah kerajaan suka melihat mereka ini hidup merempat dan meminta sedekah kerana punca pendapatan mereka sudah hilang?
Kami mengesa pihak berkuasa yang berkaitan menyiasat apakah punca sebenar yang menyebabkan tanah pribumi (Tanah NCR dan Tanah Temuda) banyak jatuh ke tangan pihak pemaju dan pihak swasta.
Bagaimana pula dengan proses pemohonan mereka yang sudah lama memohon sehingga kini masih belum ada jawaban. Ada pemohon yang sudah meninggal dunia dan diwarisi oleh anak-anak mereka pun masih belum diberi hak milik. Mengapa hak mereka disekat oleh pihak pemerintah semata-mata hanya melayan kehendak pemaju?
Pihak kerajaan sepatutnya menggalakkan pemilik tanah ini menjalankan kegiatan-kegiatan menambah pendapatan dengan melaksanakan kegiatan-kegiatan pengeluaran bahan makanan seperti penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, tanaman kontan, ternakan dan akuakultur. Sekurang-kurangnya mereka dapat berdikari dan meringankan bebanan mereka dari terus mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata.
Pihak berwajib perlu memikir akan nasib rakyat yang kehilangan tempat tinggal dan tempat mereka menyara kehidupan. Pihak pemerintah perlu memberi keutamaan kepada rakyat dulu sebelum memberi kemudahan kepada pihak pemaju yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikir akan nasib yang menimpa rakyat yang memerlukan keperluan asas.
Jangan hanya memberi hakmilik tanah kepada pemaju semata-mata untuk mendapat keuntungan sedangkan nasib penduduk tempatan terus terpinggir dari arus pembangunan yang tidak seimbang. Kerjasama dengan pihak yang berwajib untuk menyelesaikan masalah tanah ini dengan telus dan adil sangat dihargai.
“Sesiapa yang memakmurkan (mengusahakan) tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa maka dia lebih berhak terhadapnya”. (Hadis riwayat Al-Bukhari). Allahua’lam
Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak
5 comments:
Hanya PAS dan Isma yg perihatin.
Nak Harap DAP dan khadam2 DAP PEDULI, kirim salam laaaaa...... Kerana mangsa rata2 orang bumiputra dan ada yg beragama Islam. Tak percaya, sila baca nasihat dari ISMA
http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/
KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral
APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:
Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.
Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.
BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang
Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.
Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.
Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.
Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.
Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.
Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.
Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.
Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.
PAN cakap mereka Progressive, Inclusive dan Peduli. Tapi kata2 itu hanya kepada pencinta2 DAP sahaja. Bagi golongan bukan pencinta DAP, Ungkapan yg patut keluar dari mulut PAN adalah Pro-DAP, Exclusive dan Tarak Peduli.
Org asli pun ditindas parti jual agama di kelantan.
Di kelantan tu jangan pan sangka org tak tahu bahawasanya org asli luar dan dalam diupah oleh pihak tertentu utk membuat onar agar kelihatan kerajaan negeri yg bersalah. Tapi ini hanya perancangan bodoh pan sahaja sebenarnya. Kerana org asli ni sebenarnya tertakluk kpd jabatan persekutuan dan malah kejadian pun di kawasan parlimen gua musang (umno) pulak tu. Bagaimanapun, kerajaan negeri tetap prihatin dgn memperuntukkan sebahagian tanah adat kpd org asli yg mana ini tidak berlaku di negeri2 lain. Tahniah kerajaan pas kelantan!
Kesian tgk badut PAS sekor ni. Sampaikan kejahatan pemimpin2 jual agama pun masih nak cover. Mcm lah org melayu tak reti berfikir. Lainlah kalu walaun2 biol PAS. 1% IQ
Post a Comment