Thursday, January 26, 2017

Jika 1 Juta Pengikut Youtube, Dia Akan Tayang Video Seksnya..

Jika 1 Juta Pengikut, Youtuber Ikrar Kongsi Video Seks





MALAYSIA perlu mengawasi, supaya penyakit seperti ini, tidak merebak ke negara kita. Wabak penyakit 'haram jadah' yang menyerang ganas dan cepat  melalui media elektronik masuk ke ceruk dapur rumah tangga rakyat Malaysia, termasuk kaum Musliminnya.
Apa penyakitnya? Pemikiran yang seperti ini... 
SEORANG ‘bintang’ Youtube dari Los Angeles, Amerika Syarikat, Lena Nersesian berikrar akan menayangkan video dia dan teman lelaki melakukan hubungan seks sekiranya pengikut (subscribers)  Youtubenya bertambah sehingga sejuta orang.
Setakat ini subscribers-nya sudah pun mencecah lebih 233,000 orang. Walaupun membuat tawaran itu, namun tak semua bersetuju dengan langkah yang diambil gadis berusia 25 tahun itu. Ada sesetengah mengelarkannya seorang yang menyedihkan kerana terlalu mengejar glamor malah ada yang membandingkannya dengan sosialit terkenal, Kim Kardashian. 
Ini kerana Kim juga merupakan antara selebriti yang dikenali ramai hanya selepas video seksnya tersebar di Internet. Dalam video pengumuman itu, Lena berkata dia akan melakukan seks dengan kekasihnya, Adam 22 yang juga merupakan seorang Youtuber dan video itu akan ditayangkan sekiranya kedua-dua akaun Youtube mereka mencecah angka 1 juta.
Lena membuat akaun Youtube dengan menggunakan nama Lena The Plug sejak sebulan lalu. Kandungan videonya menceritakan hal kehidupan sehariannya selain kisah-kisah panas seperti salah satu video yang dikongsikannya berjudul ‘Saya tak kisah kawan baik melakukan hubungan seks dengan teman lelaki saya.’
Walaupun mengakui pernah mendapat tawaran berlakon dalam filem pornografi namun Lena mengatakan dia sama sekali tidak berminat untuk melakukan perkara itu. Sebaliknya, dia lebih selesa melakukan seks dengan lelaki yang dicintainya sahaja dan tidak kisah berkongsikan video itu sekiranya mencapai matlamat 1 juta pengikut di Youtube.
Inilah penyakit pemikiran gila itu..
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails