Saturday, January 28, 2017

Mesti Saling Berhubungan. -PAS Tahun Baru Cina.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 
Keharmonian dan keberuntungan merupakan aspek kehidupan yang begitu diambil perhatian oleh masyarakat kaum Cina. Ia hakikatnya adalah fitrah keinsanan yang ada pada semua makhluk ciptaan Tuhan Pencipta Alam ini. Islam sebagai agama yang diredhaiNya telah lengkap sempurna memenuhi keperluan tersebut serta menunjukkan panduan kehidupan di atas muka bumi. Natijahnya jika diikuti, pasti terwujudnya hubungan, kasih sayang, keprihatinan, saling membantu, kebertanggungjawaban yakni keselamatan dan kesejahteraan di dunia juga di akhirat.

Islam telah menetapkan asas bahawa semua manusia di atas muka bumi ini sejak penciptaannya dari dahulu, sekarang dan hingga kiamat, merupakan satu keluarga walaupun berbagai bangsa, kaum, keturunan, warna kulit, bahasa dan agama. Ia disebut dalam kitab agung untuk manusia akhir zaman iaitu al-Quran:

  • “Wahai manusia, Kami jadikan kamu asalnya daripada (seorang ayah dan ibu) Adam dan Hawa), kemudian dilahirkan berbagai-bagai bangsa dan kaum, supaya kamu saling berkenalan antara satu sama lain.” (al-Hujurat: 13)

Dalam konteks kita di Malaysia, masing-masing kaum yang ada; Cina, India, Iban, Dayak, Kadazan, Siam, Orang Asal, Melayu dan lain-lain tidak boleh hidup bersendirian. Mesti hidup saling berhubungan antara satu sama lain. Kerana realitinya juga, setiap bangsa hidup dengan kecenderungan sosioekonomi tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Keadaan ini mewujudkan perhubungan dan saling memerlukan antara satu sama lain. 

Setiap perbezaan kehidupan, budaya dan kepercayaan, tidak seharusnya mengasingkan kita kerana rasa hormat dan meraikan akan membuat kita lebih menghargai serta memerlukan sesama sendiri, lalu membawa kepada bertolong-tolongan dalam banyak perkara kebaikan dengan menjauhi juga keburukan.

Kesatuan dari kepelbagaian inilah yang perlu diperkukuhkan kita pelbagai bangsa di negara ini. Agar dengannya terbina kekuatan di mana ia boleh mengawal kita dari aspek-aspek yang menjejaskan kehidupan seperti penyelewengan, penindasan dan kezaliman. Sebaliknya, diangkat kecintaan, kejujuran, kesetiaan dan segala nilai-nilai sistem hidup yang lebih baik lagi membahagiakan.

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat negara ini khususnya kaum Tionghua dan mudah-mudahan terbina kekuatan kesatuan kita untuk membawa Malaysia yang lebih maju dan makmur.

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANGPresiden PAS
28 Rabiul Akhir 1438H / 27 Januari 2017M - HARAKAHDAILY 27/1/2017

10 comments:

Anonymous said...

tahun ni tak ada pelawak pakai kostum dewa turun ke?

Ir Anonymous said...

Takde pulak.. yg ada pelawak mimpi arwah tgna 15 kali..

Anonymous said...

Ada juga lawak dapat sokongan 2% nak perintah negara..kik..kik..kik..

Anonymous said...

21% dari 90juta brp ye? Lawak tahun baru cina dari tuang penasihat ketua penyamun 1mdb. Walaun2 biol 1% IQ. kik..kik..kik..

Anonymous said...

Ulamak2 politik Pas lg dasyat..semua pakat2 pernah mimpi Rasullulah..membohong krn ketagihan undi org melayu.

Anonymous said...

Yg ada pelawak sembah AYAM...kah kah kah..

Anonymous said...

Dah lah 2%.....pastu nak berlagak....hehe

Anonymous said...

Yg paling lawak....selepas kutuk, hina, caci maki PAS..ajak PAS kerjasama...itu lah dia LKS...kepala u-turn...putar alam...pembelit...pastu sanggup kerjasama sama dengan BN..aka UG ler tewwww...hehe...tu lah nak habaq kat hang..politik Pakatan Harapan ni penipu..sebenarnya gilakan jawatan je..eh nak jawatan TPM je?....lawak lawak....kah kah kah

Anonymous said...

Ye lah..sampai skrg sanggup melutut jd barua PKR, DAP dan AMANAH di Selangor. Disuruh berambus bg mcm2 alasan. Pastu nak berlagak..parti walaun2 biol 1% IQ.hehehe

Anonymous said...

Yg paling lawak..kafir yg tak jual agama sanggup merendah diri utk bersama2 melawan kezaliman dan penyelewengan kerajaan kleptokrasi najib. SR pun kecut nak saman.

Peliknya, ketua lebai disokong walaun2 biol 1%IQ yg konon pegang al quran dan sunnah sibuk berpeluk sedondon dgn ketua penyamun 1mdb dan ayahtollah syiah pembunuh umat Islam sunni..

Di Selangor sanggup melutut jd barua PKR, DAP dan AMANAH pulak.

Parti lebai makan keliling tak takut dosa dah..sebenarnya gilakan duit dan jawatan je..mmg lawak..lawak..kah kah kah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails