Sunday, January 29, 2017

Negara Islam Zalim Dan Rasuah – Lim Kit Siang


Negara Islam Zalim Dan Rasuah - Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang memaklumkan beliau selaku pemimpin Pakatan Harapan yang turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) tidak boleh menyokong visi Islam yang tidak bertoleransi.

Beliau memetik kenyataan seorang profesor di Universiti George Washington, Amerika Syarikat (AS) bagi menjustifikasikan pendiriannya iaitu ‘Negara Islam’ mempergunakan agama sebagai alat kawalan kerajaan
“Profesor itu berkata kita mesti menekankan bahawa banyak negara yang beragama Islam dan Islamik zalim, rasuah, dan mundur sebenarnya bukan Islam.
“Ketelusan (TI) Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa 2016 juga menunjukkan sembilan daripada 10 negara yang paling korup di dunia adalah anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Kit Siang berkata, ulama besar pada abad ke-19, Muhammad Abduh pernah menulis dalam kiasan beliau pergi ke Barat dan melihat Islam, tetapi tiada orang Islam di situ.
Menurutnya, Muhamad Abduh seterusnya menulis apabila beliau pulang ke Timur melihat ramai muslim, tetapi mereka bukan beragama Islam.
“Ajaran al-Quran adalah lebih baik dalam masyarakat Barat daripada di negara-negara Islam yang telah gagal untuk memeluk nilai-nilai iman mereka sendiri,” sindirnya.
Justeru, beliau mendakwa sangat menyedihkan terdapat pemimpin Islam di Malaysia enggan mengakui bahawa nilai-nilai teras seperti integriti, kebebasan, hak asasi manusia dan keadilan (walaupun bukan sebuah negara Islam) sebenarnya juzuk penting dalam ajaran Islam.
Beliau berpendapat mungkin kerana itu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak kisah jika Malaysia dilanda rasuah dibawah konsep Negara Islamnya.
“Saya tidak fikir ahli PAS sendiri boleh menerima konsep seperti itu,” katanya.
Mynewshub.cc semalam melaporkan Abdul Hadi selaku Presidan PAS melahirkan rasa kecewa ke atas sikap sebilangan umat Islam negara ini kerana bersedia menerima pemabuk dan pengamal seks bebas menjadi pemimpin Malaysia.
Menurut Abdul Hadi, umat Islam terbabit sanggup dipimpin mereka yang kaki mabuk, mengamal seks bebas dan melakukan lain-lain kemungkaran di sisi Allah S.W.T kerana mendakwa mahukan negara bebas rasuah sedangkan dosa berkenaan lebih besar daripada rasuah.
“Mereka juga boleh menerima pemimpin yang bercakap benar dalam mengerjakan maksiat kerana bagi mereka itu adalah pemimpin yang berani berterus terang.
“PAS tidak boleh terpengaruh dengan mereka yang terperangkap dalam krisis nilai ini, apa lagi Islam berbeza menentukan nilai kemanusiaannya,” jelas Abdul Hadi.
Abdul Hadi seterusnya menerangkan Islam meletakkan sifat yang menyeluruh terhadap fitrah manusia daripada segi nilai baik buruk merangkumi jasad, akal, roh, individu, keluarga, masyarakat, hubungan dengan Tuhan dan alam sekeliling.
Tambah beliau, sifat yang digariskan Islam itu tidak ada dalam teori bBarat yang mengalami krisis nilai yang diagung-agungkan oleh segelintir umat Islam Malaysia terbabit. – MYNEWSHUB.CC

3 comments:

Anonymous said...

Cuba nyatakan dengan fakta sebuah negara yang dikatakan negara Islam bagi menyanggah hujah LKS. Kita kena buktikan yang Islam itu syumul, adil dan bagai...

Memuat naik video clip lama tidak membantu... TDM boleh menjawab itu anggapannya dulu dan bukan sekarang.

Apa hujah anda, kalau ada orang menuat naik Amanat Hadi tahun 80an? Yg sekarang tidak nampak relevan lagi?

Bagaimana orang boleh yakin dan percayakan PAS kalau hujah tanpa fakta dan hanya retorik?

Naib Presiden PAS sendiri berkata hari ini bahawa sudah semalam jadi kebiasaan bila seseorang itu tidak berkuasa maka dibongkarkan seminal semua salah laku.

Anda sepatutnya menyakinkan pembaca mengapa PAS masih tidak menyaman SR? Tuduhan PAS menerima derma pilitik puluhan juta ringgit dari lombong do Gua Musang dan juga mengapa setelah 2 tahun, masalah rumah mangsa banjir belum selesai?

Jangan sibukkan keburukan orang lain tapi keaiban parti sendiri dipersoalkan orang.

Dan hentikan posting mengenai seks sebab dari orang tidak tahu, sekarang semua orang tahu!

Anonymous said...

w.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Anonymous said...

Tak sabar tunggu Kit Siang saman Hadi di mahkamah.

Kerana pulut
Santan binasa
Kerana mulut celupar Hadi
PAS Parti Ajaran Syiah binasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails