KUALA LUMPUR – Presidan PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan rasa kecewa ke atas sikap sebilangan umat Islam negara ini kerana bersedia menerima pemabuk dan pengamal seks bebas menjadi pemimpin Malaysia.
Menurut beliau, umat Islam terbabit sanggup dipimpin mereka yang kaki mabuk, mengamal seks bebas dan melakukan lain-lain kemungkaran di sisi Allah S.W.T kerana mendakwa mahukan negara bebas rasuah sedangkan dosa berkenaan lebih besar daripada rasuah.
“Mereka juga boleh menerima pemimpin yang bercakap benar dalam mengerjakan maksiat kerana bagi mereka itu adalah pemimpin yang berani berterus terang.
“PAS tidak boleh terpengaruh dengan mereka yang terperangkap dalam krisis nilai ini, apa lagi Islam berbeza menentukan nilai kemanusiaannya,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Abdul Hadi berkata, Islam meletakkan sifat yang menyeluruh terhadap fitrah manusia daripada segi nilai baik buruk merangkumi jasad, akal, roh, individu, keluarga, masyarakat, hubungan dengan Tuhan dan alam sekeliling.
Menurut beliau, sifat yang digariskan Islam itu tidak ada dalam teori barat yang mengalami krisis nilai yang diagung-agungkan oleh segelintir umat Islam Malaysia terbabit.
“Perbezaannya, Islam menjadikan segala amalan baik dan buruk laksana hubungan mata rantai yang tidak berpisah. Allah S.W.T telah menyebut sebab keruntuhan tamadun terdahulu yang dipandang hebat pembangunan kebendaannya,” kata Abdul Hadi. -MYNEWSHUB.CC
1 comment:
menjaja dan mempolitikkan hukum Allah juga sifat munafiq
hari ini Hadi Marang jadikan RUU355 sebagai pelencong isu paling berjaya.
Rakyat sepatutnya memikirkan tentang 1MDB, Felda, duit Mara, GST dan sebagainya disibukkan dengan isu RUU355.
Hadi dah diberi peluang membentangkannya,
mohon penangguhan pulak
sebab apa? Sebab kebangangan PAS membuat kerja, cuai, memperpanjangkan isu demi menyelamatkan Tuan mereka Umno selepas mendapat dedak 90 juta.
Post a Comment