Sunday, January 08, 2017

Banjir Makin Buruk Di Thailand Ragut 12 nyawa Di Selatan.


REUTERS - ORANG ramai mengharungi air banjir di Daerah Muang dalam Wilayah Nakhon Si Thammarat, selatan Thailand semalam.

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand mengeluarkan amaran banjir kilat di seluruh selatan negara itu semalam selepas hujan berterusan mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang maut, banyak penerbangan tergendala dan musim pelancongan terjejas.


Hujan yang turun hampir seminggu di sembilan wilayah selatan Thailand mengakibatkan beberapa pulau peranginan seperti Ko Samui dan Phanga digenangi air.
Beribu-ribu pelancong terkandas atau mengalami kelewatan akibat bencana itu.
Kementerian Dalam Negeri Thailand berkata, lapan orang terkorban dan sekurang-kurangnya 120,000 isi rumah di selatan Thailand terjejas dalam banjir kali ini.
Jabatan Meteorologi pula memberi amaran kepada penduduk dan pelancong di selatan Thai semalam bahawa hujan lebat dan banjir kilat diramal berterusan selama dua hari lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang pemilik rumah penginapan di Ko Samui, Tuula Fitzpatrick berkata, banjir kali ini adalah yang terburuk pernah melanda pulau itu dalam tempoh lebih 10 tahun.
“Kebanyakan pelancong di rumah penginapan kami terkandas selepas penerbangan mereka dibatalkan.
“Saya menetap di sini selama 12 tahun dan tidak pernah melihat banjir seteruk ini,” katanya.
Selain penerbangan, perkhidmatan kereta api di selatan Thai turut tergendala selepas beberapa landasan ditenggelami air banjir.
Lapangan terbang utama di wilayah Nakhon Si Thammarat pula terpaksa ditutup selepas landasannya digenangi banjir, mengakibatkan sekurang-kurangnya 26 penerbangan terjejas.
Hujan lebat berterusan yang berlaku pada tahun ini dikatakan luar biasa kerana turun ketika Thailand mengalami musim kering bermula November lalu.
 REUTERS - BEBERAPA kenderaan meredah banjir yang melanda daerah Muang di wilayah Nakhon Si Thammarat, selatan Thailand kelmarin.
Sementara itu hujan lebat menyebabkan keadaan banjir semakin teruk di selatan Thailand semalam de­ngan jumlah kematian meningkat kepada 12 orang dan ribuan kampung ditenggelami­ air, lapor pihak berkuasa.
Banjir yang setinggi bumbung rumah di beberapa kawasan telah menjejaskan lebih 700,000 orang sejak bermula seminggu lepas, ujar kenya­taan dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Sekurang-kurangnya 12 orang mati, berdasarkan perkiraan oleh kementerian dan pihak berkuasa tempatan dengan air menenggelamkan jalan-jalan raya dan landasan kereta api. (IH melaporkan dari Thailand)


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails