Monday, January 23, 2017

'Revolusi Cinta' Madonna Bantah Trump



Madonna Sokong Perarakan Bantah Pelantikan Trump
HALAMAN HIBURAN

WASHINGTON – Ikon pop antarabangsa, Madonna, membuat penampilan mengejut pada Perarakan Wanita, yang membantah Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat, sambil memberitahu ini adalah masa untuk ‘revolusi cinta’.

Madonna Sokong Perarakan Bantah Pelantikan Trump
Selepas diperkenalkan pelawak Amy Schumer, penyanyi itu memberi ucapan pendek sebelum menyampaikan beberapa lagu popularnya.
“Kita rasa kebaikan akan menang pada akhirnya. Kita tidak menang pada pilihan raya ini, tetapi kebaikan akan menang akhirnya,” kata Madonna.
Beliau berkata, revolusi cinta akan terjadi dan wanita perlu menolak kezaliman zaman baharu yang bukan sahaja meletakkan wanita dalam bahaya, malah terpinggir. “Revolusi bermula di sini.
“Berjuang untuk hak mendapat kebebasan, menjadi diri sendiri, mendapat persamaan. Mari berarak bersama mengharungi kegelapan.
“Kita tidak sendiri dan tidak akan berundur,” katanya sambil disambut sorakan. Sementara itu, ribuan wanita membanjiri jalan raya di ibu kota negara Eropah untuk menyertai ‘perarakan saudara perempuan’ di Asia membantah Trump.
Di London, sambil mengibarkan sepanduk dengan slogan seperti ‘Hubungan istimewa, cuma katakan tidak’ dan ‘wanita nakal bersatu’, penunjuk perasaan berkumpul di luar Kedutaan Amerika di Grosvenor Square sebelum menuju ke perhimpunan di tengah Trafalgar Square. Di seluruh dunia, 670 perarakan dirancang.
Menurut laman sesawang penganjur, lebih dua juta penunjuk perasaan dijangka menyertai perhimpunan menentang Trump, yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45, Jumaat lalu.
Selebriti, termasuk Bianca Jagger, penyanyi Charlotte Church dan pelakon Ian McKellan turut menyatakan sokongan mereka kepada bantahan itu di media sosial.
Perhimpunan turut diadakan di Berlin, Paris, Rome, Vienna, Geneva dan Amsterdam. Di Afrika, ratusan penunjuk perasaan di Hutan Karura di Nairobi mengibarkan sepanduk dan menyanyikan lagu membantah Amerika. – Agensi

1 comment:

  1. "Pemimpin yang bodoh lahir kerana adanya pengundi yang bodoh." Jadi kepada pengundi semua janganlah terus menjadi bodoh sepanjang zaman dengan mengundi Pas lagi. Pas hanyalah proksi Umno dan tiada kena mengena dengan agama Islam sebenar. Menyesal tak sudah nanti.

    ReplyDelete