Monday, January 02, 2017

Sambut Tahun Baru Dengan 'Khalwat'. 45 Ditahan.



GEORGETOWN - Sepasang kekasih sanggup menyewa motel kurang satu kilometer dari rumah keluarga hanya kerana mahu melepaskan rindu. Pasangan dari Gelugor itu mengaku tidak menyambut Malam Tahun Baharu, namun hanya menghabiskan masa di dalam bilik bersama-sama. 

"Tapi kami tak buat apa-apa ustaz, kami duduk saja dan berborak," kata wanita berusia lingkungan 20-an itu ketika dicekup anggota Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pagi tadi. 

Namun keadaan dalam bilik berlainan apabila pakaian dan juga makanan kelihatan seperti kedua-duanya sudah menetap di situ agak lama. Malah mereka sanggup membayar kira-kira RM100 untuk menghabiskan masa di dalam bilik yang berbau busuk dan agak hanyir itu. Ketika pemeriksaan dilakukan, lelaki berkenaan juga sudah memakai helmet kerana dipercayai mahu melarikan diri. 

Di motel yang sama, seorang wanita enggan membuka pintu dengan alasan tidak mempunyai kunci. Bagaimanapun setelah didesak remaja dari Banting, Selangor itu mengakui kunci bilik tersebut dipegang teman lelakinya. 

"Jadi dia tinggalkan kamu di sini sendirian? Sekarang lebih baik kamu keluar dari bilik ini dan duduk di bilik yang lain," tegas salah seorang anggota penguatkusa JHEIAPP. 

Berlainan pula kisah cinta pasangan warga emas ini, apabila dicekup JHEAIPP di sebuah bilik hotel bajet. Pasangan berusia 59 tahun itu awalnya mengaku sudah berkahwin. Namun mereka gagal menunjukkan sebarang bukti perkahwinan kepada anggota penguatkuasa. 

"Tapi kami nak kahwin tak lama ustaz, kami memang nak kahwin tak lama lagi, kesiankanlah kami," kata lelaki itu. 

Pasangan yang sudah hampir mencecah usia emas itu rupa-rupanya sudahpun mempunyai suami dan isteri masing-masing. 

"Saya sebenarnya datang nak jenguk dia sekejap saja, teman sekejap sahaja," demikian alasan diberikan lelaki itu lagi. 

Sementara itu Ketua Unit Operasi dan Penguatkuasaan JHEAIPP, Muhammad Hafiz Abdul Wahab berkata, seramai 45 individu ditahan ketika Operasi Ambang Tahun Baru yang dijalankan JHEAIPP bermula jam 6 petang semalam. Menurutnya, daripada jumlah tersebut lebih 80 peratus adalah remaja. 

"Ada yang berusia 15 tahun turut dicekup akibat berkhalwat dan rata-ratanya mengaku mendaftar masuk ke hotel kerana penat menyambut tahun baharu," katanya. Operasi yang dijalankan di seluruh Pulau Pinang itu tamat sepenuhnya pada jam 6 pagi tadi. 

Seramai 25 anggota JHEAIPP termasuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) terlibat sekaligus berjaya menahan pesalah yang berusia dari 59 hingga 15 tahun. Kesemuanya ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 akibat kesalahan berkhalwat. 

Jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara, ataupun kedua-duanya sekali. Kesemua pesalah berkenaan dibawa ke Pejabat Agama Butterworth untuk soal siasat dan masing-masing dijamin oleh waris. (IH)


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

11 comments:

  1. Hj. Tulis iklan tu mcm tk betol jer. Lu mau tipu ka??

    ReplyDelete
  2. Khlawat, hujan , dan banjir adalah di sebabkan adanya parti DAP ...dan disokong pula oleh khadam2 DAP...

    MENGERTI KAMU ANAK ANAK.....SEKALIAN....
    FAHAM.....
    FAHAM ATAU TIDAK....JAWABBBBB....

    JANGAN TERCENGANG CENGANG...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari aku tolong betulkan menurut dari apa yg aku baca komentar pan sebelum ini..

      Kalau banjir berlaku di kelantan itu salah pas.. tapi kalau banjir berlaku di penang itu salah bn..

      Yg penting dap mesti sentiasa betul.. dasar khadam dap!

      Delete
    2. Ye le walaun oii..mangsa2 banjir Kelantan yg bertahun2 duduk dlm khemah mcm pelarian uganda tu mesti salah DAP jugakkan..kihkihkih

      Delete
  3. Pembaca blog ni masih menunggu kalau2 khadam dap ada jawapan atau ulasan kpd surat yg ditandatangani oleh kedua2 pihak tghh dan lge sebelum pru 13 tu! Mereka tak nak gopoh dan gapah.. step by step.. yg dahulu perlu didahulukan.. takkan hanya kerana tak de arahan dari dap, pan akur tak berani langsung nak jawab surat tu!

    Dasar pengkhianat serta khadam dap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana bukti surat yg Hadi dan walaun2 biolnya fitnah PAN dgn menjual nama Sheikh Qardhawi? Pembaca2 blog ni tak nak bersubahat dgn agen pemfitnah dlm PAS. Dosa memfitnah org mukmin sgt berat hukumnya.
      Thats all..

      Delete
    2. Setelah tanpa rasa bersalah dan dgn sewenang2nya melanggar sumpah baiah, hanya dap iktiraf pan mukmin..

      Delete
    3. Walaun biol oii..apa dosa memfitnah dlm Islam?

      Dah mtk maaf pd Maria Pengerusi Bersih5 ke belum?

      Delete
  4. Ir anon biol ni khadam pas atau umno? Opps walaunta pas atau khadam umno. Pas dah jadi parti angkat sampah atau parti ampu syiah. Ketika sunni syria dibunuh dirogol oleh syiah boleh hadi awe gi sidang syiah di iran. Takder maruah langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketua kuis boleh sahaja memberi pendapatnya.. tak salah.. tghh kan berfikiran terbuka macam aku juga.. tapi menurut perkembangan terkini di syria, turki pun sudah mula boleh berbaik dgn iran dan rusia selari dgn gagasan tghh semasa ke tehran.. tapi ini tak bermakna turki menyokong negara syiah iran dan juga tak bermakna turki menyanggah pendapat ketua kuis! Hanya strategi terbaik yg dipilih tak kira samada ianya dtg dari ketua atau naib ketua kuis..

      Delete
    2. Walaun biol ni dah tk dapek nak nolong dah. Akidah sesat krn ketaksuban melampau pd manusia dan parti politik..Sanggup menipu dan memfitnah org sesuka hati.

      Delete