Sunday, January 22, 2017

Sarang Judi Online Dijumpai. Hukumnya?


MUSTAFAR (dua dari kiri) membuat pemeriksaan di sebuah rumah kontena yang dijadikan pusat judi online di Bukit Damar, Sepang.

SEPANG – Lain dicari lain yang dijumpai. Itulah situasi­ yang berlaku dalam Ops Ikrar Bersepadu apabila Jabatan Imigresen menemui premis judi online di dua buah rumah kongsi pekerja asing di Bukit Damar di sini awal pagi semalam.
Sasaran utama operasi itu ialah pendatang asing tanpa izin (PATI) namun Jabatan Imigresen me­nemui pusat judi itu di kawasan yang menjadi tumpuan warga asing.
Ketika serbuan, tiada warga asing bermain judi namun premis di dalam sebuah rumah kontena dijaga seorang pekerja lelaki warga Bangladesh dan sebuah lagi premis judi yang diperbuat daripada papan kayu dijaga seorang pondan warga Indonesia.
Ketua Pengarah Imig­resen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, berdasarkan siasatan premis judi itu dipercayai dimiliki warga tempatan yang menjadikan pekerja asing sebagai penjaga dan juga pelanggan utama mereka.
“Kewujudan premis judi di kawasan rumah kongsi pekerja asing ini boleh mencetuskan kebimba­ngan.
“Justeru, kita mahu membongkar habis-habisan bagi mengelak berlaku kejadian­ yang tidak sepatutnya seperti merompak jika mereka kalah judi dan sebagainya.
“Urusan dan tindakan ke atas premis judi tersebut telah diserahkan kepada agensi yang mempunyai kuasa dalam hal itu,” katanya pada sidang akhbar selepas operasi tersebut berakhir di sini semalam.

Judi Online Menurut Islam.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأنْصَابُ وَالأزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٩٠) إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ (٩١)


Allah SWT telah memperingatkan dgn tegas mengenai bahaya judi ini di dalam surat Al-Maidah ayat 90 - 91

  • Maksudnya 90. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[434], adalah Termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. 91. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).
Sekalipun hiburan dan permainan itu dibolehkan oleh Islam, tetapi ia juga mengharamkan setiap permainan yang dicampuri perjudian, yaitu permainan yang tidak luput dari untung-rugi yang dialami oleh si pemain. Oleh kerana itu tidak halal seorang muslim menjadikan permainan judi sebagai alat untuk menghibur diri dan mengisi waktu lapang. 

Begitu juga tidak halal seorang muslim menjadikan permainan judi sebagai alat mencari wang dalam situasi apapun. Perjudian, mengikis sedikit demi sedikit kadar keimanan kita. perjudian itu juga dapat menimbulkan permusuhan dan pertentangan antara pemain-pemain itu sendiri, kendati nampak dari mulutnya bahawa mereka telah saling merelakan.

Sebab bagaimanapun akan selalu ada pihak yang menang dan yang kalah, yang dirampas dan yang merampas. Judi Poker Adalah Judi Moden.. hukum Haram, Segala benda yang ada kait dengan Judi.. sama ada Online atau Secara Langsung.. Hukum Haram. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails