Wednesday, January 25, 2017

Sekepal Tanah Dari Mekah, Awal Penyebaran Islam Di Bandung

Hasil carian imej untuk Kampung Adat Mahmud

Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim, Jakarta-Bandung (3)

INI gambar pintu gerbang masuk Kampung  Adat Mahmud. Kampung ini adalah sebuah kampung kecil di sisi sungai Citarum, terletak di Desa Mekar Rahayu, Kecamatan Marga Asih, Kabupaten Bandung. 

Jom kita tinjau ke sana, sebagai ole-ole ku dari Bandung, Indonesia.

Kampung adat sederhana ini menyimpan nilai historis perkembangan dan persebaran agama Islam di Kota Bandung. Melihat Kampung Mahmud, sejarah, serta peranannya di masa lalu tidak dapat lepas dari nama besar Eyang Dalem Abdul Manaf. Penduduk menyebutnya sebagai 'waliyullah'. 

Syekh Syarif Hidayatullah.

Beliau adalah putera dari Eyang Dalem Nayaderga (dimakamkan di Sentak Dulang, Ujungberung) dan merupakan keturunan ketujuh dari Syekh Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati). Menurut cerita, Eyang Dalem Abdul Manaf adalah penyebar agama Islam pertama di kawasan Bandung (Priangan). 
Hasil carian imej untuk Kampung Adat Mahmud
Hasil carian imej untuk Kampung Adat Mahmud
Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan

Beliau pernah singgah di Kampung Mahmud di Mekkah, dan dari sana membawa sekepal tanah yang kemudian ditebarnya di daerah rawa-rawa pinggiran Sungai Citarum yang kelak menjadi Kampung Mahmud. Lokasi ini dipilih kerana letaknya yang terpencil dan agak tersembunyi. 

Konon lokasi seperti ini sangat sesuai sebagai pusat perjuangan dalam menyebarkan Islam. Asal muasal nama Kampung Mahmud adalah dari kata mahmudah atau “akhlakul mahmudah” yang bererti akhlak yang terpuji. Hal tersebut muncul kerana sikap dan perilaku masyarakat kampung yang terpuji. Mereka jujur, rajin beribadah, dan amanah. 

Di kampung inilah Eyang Dalem Abdul Manaf merintis penyebaran ajaran Islam. Dalam perjuangannya beliau didampingi dua orang murid yang patuh terhadap ajaran agama, Eyang Agung Zainal Arif dan Eyang Abdullah Gedug. Eyang Agung Zainal Arif adalah putera dari Eyang Asmadin, dan keturunan keempat Syeikh Abdul Muhyi dari Pamijahan, Karang Nunggal, Tasikmalaya.

Dalam menjalankan tugasnya, beliau diberi perintah oleh Eyang Dalem Abdul Manaf untuk bertapa di 33 gunung di sekitar Kampung Mahmud selama 33 tahun, dan selanjutnya bersama-sama menyebarkan agama Islam di Jawa Barat. Sementara Eyang Abdullah Gedug adalah murid yang dididik secara langsung oleh Eyang Dalem Abdul Manaf. Dari ketiga orang tersebut, ajaran Islam meluas di wilayah Bandung.
Hasil carian imej untuk Kampung Adat Mahmud
Solat Tarawih Di Kampung Mahmud.
Hasil carian imej untuk kampung mahmud


Kampung Mahmud


Beberapa kegiatan agama biasanya dilaksanakan pada hari-hari besar dalam Islam, Rajaban (27 Rajab) atau Muludan (12 Mulud). Pada acara seperti ini umumnya digelar shalawatan,  pengajian, serta permainan terbang sebagai salah satu kesenian buhun orang Sunda. 

Ritus besar lainnya adalah Ziarah Massal yang biasa diselenggarakan pada minggu kedua di bulan Syawal. Dalam kegiatan ziarah massal, masyarakat kampung dan  pengunjung akan bersama-sama berziarah di Makam Eyang Syeikh Dalem Abdul Manaf, untuk memanjatkan doa serta bershalawat. 


Kampung Adat Mahmud tidak memiliki larangan hari dalam berziarah, setiap harinya kampung ini dapat dikunjungi. Namun ada baiknya datang pada hari Khamis, Isnin, dan Jumaat kerana biasanya akan ramai peziarah yang berkunjung.

Begitulah kira-kira.. ianya suatu fakta sejarah.
Bersambung..


Ibnu Hasyim

Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 
Tel 014 222 5865 (KL) 
24 Jan 2017  

Lihat secara keseluruhan..
E-Buku IH-113: Islam & Peluang Kerja Di Korea Selatan.
E-Buku IH-113: Islam & Peluang Kerja Di Korea Selatan..

PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..


Sedikit mengenai Umrah Mudah & Sahabat SBL..
No hay texto alternativo automático disponible.

Hasil carian imej untuk umroh sbl
Imej yang berkaitan



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails