ALOR SETAR: PAS perlu mempunyai kedudukan yang kukuh dan kuat melalui strategi mempertahankan Kelantan, memerintah semula Terengganu dan Kedah, memimpin Selangor, serta mendapat sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, walaupun sukar untuk mendapat majoriti 112 kerusi dan memerintah sendiri, tetapi PAS mempunyai tanggungjawab mempertahankan Islam dan memastikan Islam memerintah.
Menurutnya, kejayaan strategi itu akan menyebabkan Umno tidak lagi sombong seperti dahulu dan membolehkan berlakunya perubahan politik dalam negara.
"Kita kena faham ini semua. Jangan kita mara ke hadapan dengan tidak tengok sedikit ke belakang, di mana kekurangan dan kelemahan, tidak membuat muhasabah. Kita maju ke hadapan dalam keadaan kita tak tengok lopak-lopak dan liku yang bahaya," ujarnya pada Majlis Taklimat Khas Presiden dan Dana Sumbangan Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, di sini semalam.
Kata beliau, tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR hampir berjaya menjatuhkan Umno dan BN dengan mencapai peratus tinggi undi popular iaitu 89 kerusi pembangkang dan 132 kerusi kerajaan.
Tetapi jelas Tuan Guru, wujud keadaan tidak seimbang pada kedudukan politik dan jumlah kerusi Islam menyebabkan PAS melakukan muraja'ah semula terhadap tahaluf siyasi.
"Sedarkah saudara-saudari bagaimana kedudukan kerusi itu? Tak sedar 89 kerusi pembangkang itu PAS 21 kerusi, PKR 30 kerusi, DAP 38 kerusi. Kekuatan jentera PAS 25 peratus, parti lain bahagi-bahagi, (tapi) kerusi PAS begitu kedudukannya.
"Orang kita menang sorak, ekor berlumur taik. Sedar ke tidak? Ini kena faham. Dari 89 kerusi pembangkang, 39 adalah Islam dan 50 bukan Islam. Ada cadangan buat undi tidak percaya nak ubah kerajaan," cerita beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.
Menurutnya, dengan mengambil 30 lagi kerusi bukan Islam dari BN, maka kerajaan boleh dijatuhkan, sekali gus terbentuk kerajaan baharu yang berkedudukan Islam 39 kerusi dan bukan Islam 80 kerusi.
Terang beliau, PAS bukan bermaksud bersikap perkauman, tetapi peraturan siyasah syar'iyyah menetapkan pemilihan pemimpin tidak sekadar memiliki ilmu dan akhlak, termasuklah juga pengaruh di kalangan rakyat.
Hal tersebut dipetik Tuan Guru berdasarkan hadis "Pemimpin daripada Quraisy" yang merujuk kepada pihak paling besar dalam kalangan umat manusia.
Kerana itu ujar beliau, perlu disedari bahawa politik Malaysia telah berlaku perubahan di mana orang Islam sudah berjumlah 65 peratus dengan pertambahan baru dan 25 peratus Cina, manakala baki ialah India serta lain-lain kaum.
"Adakah wajar bagi negara (ini), kerajaan diperintah oleh orang Islam 39 kerusi, bukan Islam kerusi yang besar? Ini tidak tepat, asas bangunan dengan apa yang kita nak letak di atasnya.
"Kalau orang main bola, bila dia rapat ke gol lawan tak boleh masuk gol, dia undur balik. Kena susun strategi, masuk balik. Ini kena faham," lontarnya menjentik fikiran.
Tambah beliau, mereka yang tidak faham itulah menubuhkan PAN, manakala Tun Dr Mahathir Mohamad hanya hendak mempertahankan kedudukannya semata-mata, tanpa mempedulikan Islam.
Kata Tuan Guru lagi, Allah SWT telah menunjukkan hakikat sebenar kesetiaan rakan dalam Pakatan Rakyat yang membantah PAS melaksanakan Islam walaupun telah bersefahaman untuk tidak menyentuh dasar parti masing-masing.
Apatah lagi jelasnya, pindaan Perlembagaan Malaysia bagi membolehkan syariat Islam dilaksanakan memerlukan dua pertiga majoriti sokongan sedangkan jumlah Ahli Parlimen Islam tidak mencukupi.
Keadaan itu terang beliau, berpunca daripada tindakan Tun Mahathir yang mewujudkan kawasan Parlimen campuran antara Islam dan bukan Islam dengan nisbah tertentu.
Selain turut diletakkan jumlah pengundi mencecah 100,000 dalam satu parlimen di Kedah, Terengganu, Kelantan dan utara Perak, berbanding sekitar 20,000 di Johor dan negeri lainnya.
Menurut Tuan Guru, usaha tersebut bertujuan menyingkirkan PAS dan memenangkan Umno selamanya di mana kini bekas Perdana Menteri itu melihat kesan perbuatannya sebagaimana tujuan doa Almarhum Ustaz Datuk Fadzil Mohd Noor agar Tun dipanjangkan umur. -HARAKAHDAILY 29/1/2017
PERHATIAN
25 comments:
Mung ghoyak gapo gitu?
Mung nih ghoyak strategi puok dajal yg suko pitnah curi klepetrokasi dr hok rkyt 90juta ko?
Mung cubo baco hok kat bawoh nih..
Nabi Isa as dtg takde buat fitnah merapu2 mcm pilkuda tu
Nabi Isa juga takde memaki2 sprt anjing yg menyalak babi/pigs ddlm bukit tu tauu..
January 29, 2017 at 3:21 PM
Anonymous Anonymous said...
nabi isa datang bunuh dajjal
sbbnya dajjal bawa pitnah kan kan?
sapa2 yg bawa pitnah tu..tulah dajjal kan kan?!
abis tu sape lg yg dah buat pitnah merapu2 tu, klu bukan dajjal
Kita lihat siapa yang kena... PAS ke TGHH atau kedua2nya sekali
Alhamdulillah sehingga sekarang tiada langsung bukti bhw tghh memfitnah atau membohongi.. apa yg diucapkan beliau selama ini hanya fakta semata2..
Sebagai contoh jika seseorang itu peliwat maka kita perlu melabelkan dia sebagai peliwat.
Jika seseorang itu perasuah (termasuk dlm kes banglo) maka kita perlu melabelkan dia sebagai perasuah.
Jika seseorang itu penjual pil kuda maka kita perlu melabelkan dia sebagai penjual pil kuda.
Jika seseorang itu pengkhianat (termasuk membawa lari kerusi pas) maka kita perlu melabelkan dia sebagai pengkhianat.
Jika seseorang itu barua maka kita perlu melabelkan dia sebagai barua.
Jadi di mana yg dikatakan fitnah?
Dasar barua dap!
Apb Nizar di fitnah dia terus saman dan menang
Tak perlu tunggu berminggu2
Bila Husam di fitnah dia diam2 terus saman dan menang
Husam terus bertindak takde tunggu sebulan @ berbulan2..
TAPI
Apb parti lebai Pas yg dah bersatu mnjd PIGS itu di fitnah curi 90juta oleh S.Repot..
Nampaknya berpusing2 berbelit2 jd penipu TAK berani langsung nak saman dah pun berbulan2
Penipu ponteng berbelit2 dan klepet itu juga adalah ciri2 dajjal..dan apb konon2nya di fitnah ttpi TAK berani saman S.Repot yg dituduh buat fitnah itu, jd sapa kah yg berada ddlm perangkap "fitnah" yg sbnr2nya?
Dulu cakap sebulan, skrg dah brp bulan
Cakap menipu itu, bukan cakap dajjal ker? selain fitnah dajjal juga penipu!
Maafkan tuang presideng Parti Pengguna Islam dan semis osetad dan ularmaknya. Bila dah tuang presideng dan kepimpinan dan penyakit tolol, kebangangan sahaje yang mampu ditunjukkan oleh parti pengguna Islam ini. Sendiri punya bodoh, nak kata orang yang tolol. Ptuihh PAS
PAS paling banyak bertanding 73 kerusi tapi menang 21 sahaja. Nak salahkan DAP yang menang 38 kerusi. DAP bertanding di kawasan majoriti Cina. Orang melayu tak undi PAS kerana dapat dedak sikit undi UMNO. Kelemahan sendiri nak salahkan orang.
Dia kata penyokong PAS bersorak tapi tak perasan ekor berlumur taik. Taik Jho Low dengan Najib dia tak nampak.
Please end your monkey business and stop talking cock.
BARUA DAP memang suka caci maki ulamak.....
Mana ada tok guru salahkan DAP...Cuba baca betol2...
Barua biol PAS parti lebai penunggang agama perosak Islam dan org melayu mmg suka caci maki org lain krn berguru dgn ulamak suu.
Strategi 90juta parti walaun2 biol 1% IQ..kihkihkih
Jika lebai yg jd barua ketua penyamun duit rakyat terbesar di dunia, walaun2 biol dia layak dipanggil apa ye?
Anon 7:54 walaun2 biol Pas tunggu je lah saman Kit Siang pd Hadi munafik penunggang agama ni.
Khadam DAP lah yg biol....cuba tengok..mula2 LKS putuskan hubungan dgn hj hadi...pastu sedia utk kerjasama..xsampai seminggu nk saman pulak...adoi....putar alam la tuan khadam..xkan khadam tengok je tuan khadam buat mcm tu...khadam tak rasa pening ke?
**nota
Khadam = barua DAP
Khadam DAP pulak ditunggang khinzir...hehe..SORRY..kasar sikit...tp kan khadam..khadam tak rasa malu ke dengan 2%...hehe..eh.lupa pulak teman...khadam kan ada power rangers kuasa 10...boleh jadi 2%x10=20%....tp masih xcukup 1%......alamak..ini lafiji sudah kasi malu..mana mau simpan tolur....ada ke patut lafiji buek kajian ghope itu....tp kan khadam..si apek LKS tu memang xboleh percaya cakap dia..hari ni cakap lain..esok cakap lain...baik khadam cari tuan lain....tp kan khadam..nmpak gaya susah khadam nak cari tuan lain...sebab tulang2 yg apek bagi sedap2 kan khadam...makan lah puas2 khadam..selagi boleh makan..
Ketua lebai 90juta barua ketua penyamun duit rakyat terbesar di dunia. Khadam dan lebai PIGS perosak agama Islam/org melayu.
Di Selangor, sampai skrg PASPIGS takde maruah melutut jd barua PKR, DAP dan AMANAH. Disuruh berambus bg mcm2 alasan. Makanlah puas2 khadam jual agama..selagi boleh makan..
Nota;
Khadam = walaun biol ketua lebai jual agama @ barua kpd ketua penyamun duit rakyat terbesar di dunia.
Hadi yg nak kena saman, walaun dia 1% IQ yg sentap. Biol betul.
Nampak tak betapa Allah hina parti pan kini.. setelah terkeluar dari jamaah islam terus bertukar watak sehingga bagitu mudah percaya kepada para fasik yg menyampaikan sesuatu berita.. pada mereka apa2 shj berita asal sahaja datang dari si kafir dan fasik pastilah mereka membenarkannya..
Harap kita tidak mengajar anak2 kita utk mendekati parti pan yg amat hina juga di mata muslimin kini..
Fasik itu PAs la tongong betul barua ir ni, tak paham2 lagi.
PAS tu dahlah PASIK pastu jd PIGS. Tgklah barua2 biol PIGS ni punya taksub. Perosak Islam dan org melayu.
Anon 11:48
Saya mnta maaf tuan sbb saya mempunyai pandangan berbeza ttg result analysis yg dibuat rafizi. I could be wrong. Tapi ini hanya pandangan saya. Kebanyakan orang menafsirkan bhw tujuan rafizi mengeluarkan keputusan I-CPI itu adalah bagi tujuan menunjukkan kelemahan Pas. Bagi pendapat sy pula klu itu adalah tujuan utama rafizi, might aswell he adjust the figure a bit lower utk Pas bagi tujuan populariti Ph.
Kita harus faham rafizi ini ibarat seorang akauntan didalam sesebuah organisasi. Dia tidak akan menipu dengan figures. Im an accountant, I know. Concept true and fair view itu telah dipasak disepanjang pengajian.
Walaupun tidak setuju dengan sesuatu keadaan, akauntan biasanya akan memberikan actual fact/analysis walaupun fakta itu mungkin tidak menggembirakan ceo, md atau board. Namun keputusan tetap ditangan mereka.
Dalam kes rafizi ini, rafizi mungkin dah fedup untuk menyakinkan barisan tertinggi PKR bahawa PKR sepatutnya memilih Pas instead of Pan. Rafizi telah menjalankan tugasnya. Namun pihak tetinggi PKR still bertegas memilih PanDap. PKR seharusnya yakin bahawa pengundi Cina akan memilih mereka instead of dap dan mca. Sbb sikap mca dan dap yg mempertikai agama Islam tidak membawa faedah jangkapanjang kepada kaum Cina. Jika dibiarkan cara mca dan dap berpolitik dgn memainkan sentimen agama penghuni majoriti, lama kelamaan penyakit terpendam ini bakal menjadi barah. Susah utk diperbaiki nanti jika ianya sudah smpi ke tahap itu.
Berbalik kpd kaitan rafizi dan peranan akauntan. Jika sesuatu analisa yg telah dibuat oleh akauntan itu tidak diambilkira oleh pengurusan tetinggi dan kemudian ianya merugikan syarikat. Mereka tidak bolehlah menyalahkan accountant sebab he already did his part/job. Senario yg sama berlaku kpd rafizi yg telah beberapa kali mengeluarkan sttmnt iaitu pembangkang sukar menang tanpa Pas. Tambah pula kita juga maklum akan edu background rafizi ini yang memang drpd accounting.
Anon 3:28
Hakikatnya, Hadi liabiliti pd PAS. Najib liabiliti pd Umno. Pru14 kalo Umno menang pun adalah kemenangan tipis. Tapi PAS akan bungkus habis melingkup.
PH lebih sepakat dan kuat tanpa PAS. Org melayu ada byk pilihan utk memilih skrg berbanding dulu. PAS dah terpalit dgn skandal rasuah 90juta dan sikap lebai2 yg permainkan hukum Allah serta peralatkan Islam semakin terserlah. Zaman informasi di hujung jari jual agama dan perkauman dah tak laku. Anda tak perlu jd roket saintis atau akauntan utk memahami senario politik skrg.
Anon 11:36
Apa yang ditulis 3:28 tu kan tentang analisis rafizi....be specific. Apa pandangan kamu pulak ttg analisa rafizi tu? Kalau hanya nak cakap Pas bakal melingkup, malaslah aku nak dengar sbb tu stndard rumusan politik kedai kopi je.
Setakat apa yg kamu tulis tu, byk lagi pengkrtitik Pas lain yg lebih hebat, tersusun dan enak dibaca. Tapi so far takde masalah untuk dicounter dan dijawab.
Kesimpulan analisis Rafizi..dengan atau tanpa Pas..PH dan Bersatu ada harapan utk menang pru14. Pas akan gulung tikar di Kelantan dan negeri2 org melayu.Fahami senario politik ketika ini.
Org melayu ada byk pilihan utk memilih skrg. Mrk dah tetapkan matlamat diri jadikan Umno dan Pas sbg pembangkang utk selamatkan Malaysia dan Islam serta akidah org melayu yg telah lama diperalatkan demi kepentingan diri pemimpin2 melayu sendiri.
Anon 12:11..
Okla tu... Sbnrnya itu je yg kita nak tahu. Pertimbangan yg ada dlm diri kamu atau Ph mungkin hanyalah satu iaitu teramat amat mengharapkan kemenangan dan kuasa...jadi m.manalah hendak jumpa ruang penyelesaian dan ruang untuk berhujah...
Beginilah...kalau Allah izin ph menang maka menanglah ph..tapi janganlah terlalu risau dan terlalu lalu lalu amat mengharap...dibimbangi nanti kamu tdk dpt menerima rukun iman yang ke enam jika.. manalah tahu kalau Ph kalah..
Cuma saya betul2 berharap Ph ni berhentilah menganggu Pas samada menganggu secara ajak Pas bersama atau menganggu secara mengutuk Pas didlm usaha mereka menegakkan syiar Islam...
Kalau kamu sampai boleh claimed that akidah org melayu telah diperalatkan oleh Pas, apalah lagi yang boleh kita katakan.. walaupun sbnrnya saya belum pernah dengar lagi terma peralatkan akidah...rosak dan terpesong memang ada. Tapi memperalatkan akidah tu memang agak keliru juga bila saya dengar. Sbb sy tidak tahu mechanism bagaimanakah akidah seseorang muslim itu boleh diperalatkan. Mungkin ilmu kamu tinggi. Tapi takpalah teruskan keyakinan kamu dan pan untuk 'bertoleransi' dgn kafir harbi-dap atas SEGALA perkara...
Post a Comment