Tuesday, January 10, 2017

Suami Isteri Makan Duit Haram, Rasuah.

Hasil carian imej untuk rasuah duit haram Pemberi dan penerima rsuah ke neraka..
ALOR SETAR – Pasangan suami isteri yang merupakan pensyarah di Kolej Komuniti Padang Terap dekat sini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar di sini semalam atas kesalahan menggunakan kedudukan mereka untuk mendapatkan suapan dalam kontrak pembekalan alat ganti kelengkapan elektrik lima tahun lalu.
 Pasangan suami isteri yang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar semalam atas kesalahan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan merupakan pensyarah di Kolej Komuniti Padang Terap ini.
Hakim Zanol Rashid Hussain menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM171,251.25 dan penjara sehari terhadap Mohamad Reduan Hussain, 39, dan isteri­nya pula, Afizah Md. Yusoff, 36, dikenakan bon berkelakuan baik untuk tempoh tiga tahun dengan seorang penjamin.
Zanol Rashid juga memerintahkan tertuduh dipenjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Bagaimanapun, Mohamad Reduan masih gagal membayar denda tersebut sehingga petang semalam. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itu baru hukuman di dunia. Bagi yang percaya kepada Hari Akhirat, di sana pun ada balasannya.(IH)


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat

3 comments:

Anonymous said...

Takkan terima hadiah/sumbangan pun salah. Lagi pun dia bekerja dan berusaha utk dapatkan projek. Bukannya mencuri atau merompak khazanah rakyat kemudian tak ngaku pulak buat kerja merompak tu.
Dunia dah terbalik Hj.

Adie said...

Sekarang title hj bkn boleh pkai.... Smua cari makan ja....

Anonymous said...

Anon January 10, 2017 at 10:32 AM kena belajar lagi bab rasuah dalam Islam. Jangan bodoh sombong.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails