Saturday, January 28, 2017

Talian Ala Uber Untuk Tempah Pelacur. Terbaru!

pelacurSYDNEY – Satu aplikasi baharu yang fungsinya mirip dengan Uber dijangka tular dalam membantu dan memudahkan komunikasi secara talian antara pekerja seks dengan ramai klien mereka.

Di beberapa negeri di Australia, menawarkan perkhidmatan seks bukanlah perkara dilarang undang-undang, namun kebenaran khas itu tidak pula bermakna tiada risiko sama ada bagi para pelacur mahupun pelanggan setia mereka.
Justeru menerusi aplikasi bernama Randevu itu, kedua-dua pihak dalam bisnes tertua di dunia ini bakal dapat terlepas daripada persoalan rumit tersebut terutama melibatkan hak wanita yang berisiko ‘menjual’ tubuh mereka.
Pemaju aplikasi tersebut, Rueben Coppa berkata, pekerja seks kini mampu menawarkan diri mereka melalui aplikasi tempahan atas talian itu selain memilih pelanggan sebelum kedua-dua melampiaskan nafsu di ranjang pilihan.
Pelanggan hanya perlu memberi maklumat mengenai berapakah jumlah jam kerja, layanan yang kena ditawarkan dan harga yang dikehendaki sebelum aplikasi itu menyatakan pelacur yang sedia menerima tempahan tersebut.
“Klien mudah memuat turun aplikasi Randevu ini, mereka dapat melihat siapa pekerja seks yang sedang bekerja dan juga menyaksikan berapa minit yang diperlukan untuk membuat terma perjanjian dengan mereka,” jelas Coppa.
randevu1
Uniknya pelanggan dan pelacur mampu menulis dan membaca komentar atas setiap layanan yang diterima atau diberi. Aplikasi itu juga dapat memaklumkan lokasi dan pengguna harus menyatakan maklumat kad kredit mereka.
“Kami ambil data kad kredit terlebih dahulu untuk memastikan waktu tempahan diproses, pekerja seks tersebut malah dapat melihat ID klien mereka, sehingga prosesnya lebih selamat daripada yang ada sekarang,” jelas beliau.
“Kami juga boleh menjejaki tempahan dan menyimpan datanya secara terperinci selama beberapa minggu, untuk jika ada masalah dialami oleh pekerja seks itu apabila mereka kena melaporkan kes kepada polis,” terang Coppa.
Meskipun langkah itu lebih banyak untuk kepentingan pekerja seks, beliau menerangkan, mereka juga memberikan jaminan kerahsiaan pelanggan terutama jika si lelaki tersebut sudah berkahwin, bertunang atau ada kekasih.

Rendevu, Aplikasi Ala Uber Tempah Pelacur Secara Talian

“Mungkin hal terbesar yang menjadi pertimbangan terus-menerus adalah keseimbangan antara jaminan kerahsiaan maklumat klien dari segi tahap keselamatan dibocorkan serta keselamatan pekerja seks itu sendiri,” kata Coppa.
Aplikasi ini sudah dilancarkan Ogos lalu, namun beberapa perubahan dilakukan susulan pelbagai masalah kerana pada awalnya, pelanggan perlu hantar foto bahagian depan dan belakang kad pengenalan serta wajah mereka.
“Ini jelas jadi penghalang kepada klien yang mahu segera memenuhi nafsu batin dan kami kena perbaiki sekarang disebabkan hanya pekerja seks yang dapat melihat dokumen pengenalan diri pelanggan berpotensi,” terangnya.
Setakat ini, mereka yang menggunakan aplikasi Randevu adalah cukup tinggi tetapi jumlah pesanan masih jauh lebih rendah daripada jangkaan awal apabila hanya sekitar 100 tempahan diterima sejak diperkenalkan.
Cam Cox, Ketua Pegawai Eksekutif Sex Workers Outreach Project, sebuah badan amal di Sydney menyatakan, sama seperti pekerja sektor perkhidmatan lain yang bekerja sendirian, pekerja seks juga berisiko dari segi hak kebajikan.
“Pelacur sama seperti pekerja sektor lain dan banyak pekerja seks ini bekerja sebagaiescort (teman pendamping) di mana wanita ini terpaksa pergi keluar bergerak dan bekerja secara bersendirian di tempat orang lain,” kata beliau.
“Jadi mereka mengalami masalah yang sama dengan pelanggan cerewet, sama seperti isu pemandu teksi, pengawal keselamatan yang kerja sendirian, tukang paip dan pemandu trak barangan atau perkhidmatan kurier,” jelas Cox.
Namun, beliau mengakui kurang yakin bahawa aplikasi ini akan mampu meningkatkan tahap keselamatan pekerja seks apatah lagi mungkin didera, diperkosa atau dibunuh oleh penjenayah yang menyamar sebagai pelanggan kacak.
“Para pekerja seks hanya melakukan sendiri kerja pelacuran apabila mereka mahu,” kata Cox dan mereka perlu lebih berwaspada dengan memeriksa latar belakang klien terlebih dahulu. – Agensi.


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails