YB Rantau Panjang turun padang..
KOTA BHARU: Mangsa banjir sebentar tadi di Kelantan bertambah menjadi 10,790 orang yang ditempatkan di 76 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah setakat 12 tengah hari ini, berbanding 8,890 orang, 9 pagi tadi
Menurut portal eBanjir Kelantan, Pasir Mas terus menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 29 PPS dibuka untuk menempatkan 6,460 mangsa daripada 2,417 keluarga. Jumlah mangsa banjir di Machang juga bertambah kepada 901 orang di 13 PPS, manakala Tanah Merah membuka 10 PPS untuk 500 mangsa.
Susulan hujan lebat berterusan semalam, Kota Bharu membuka enam PPS bagi 599 mangsa yang kebanyakannya terjejas disebabkan penempatan di kawasan rendah. Paras Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah masih melepasi aras bahaya, manakala Sungai Kelantan di Tambatan Diraja Kota Bharu sudah memasuki paras amaran dengan 4.06 meter.
Orang ramai boleh merujuk portal ebanjir.kelantan.gov.my untuk maklumat lanjut. Demikian menurut myMetro semalam.
Di Rantau Panjang..
Sementara di Kota Bharu menurut Harakah semalam, cuaca di Kota Bharu agak cerah. Bagaimanapun jumlah mangsa banjir meningkat kepada 10,508 orang berbanding 5,075 orang semalam. Kawasan yang paling terjejas jajahan Pasir Mas yang meliputi parlimen Rantau Parlimen di mana seramai 6,119 penduduk dipindahkan.
Menurut laporan ebanjir.kelantan mangsa paling ramai ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang 2 iaitu seramai 1,422 orang dan SK Gual Tinggi (1,209 orang). Begitu juga mangsa banjir di Kuala Krai juga mencatat peningkatan kepada seramai 1,491 orang berbanding 905 orang semalam. Paling ramai mangsa banjir dipindahkan di Kampung Bedal, Kampung Keroh dan Kampung Mial.
Jajahan Machang juga berlaku peningkatan mangsa banjir kepada 901 orang berbanding 424 orang semalam. Jajahan Kota Bharu pula mulai dilanda banjir hari ini apabila penduduk di beberapa kampung termasuk Pendek, Ketereh, Peringat dan Badang dipindahkan. Seramai 599 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan di lokasi terbabit.
Bagaimanapun di Tanah Merah berlaku sedikit peningkatan jumlah mangsa iaitu kepada 638 orang berbanding 567 orang semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Mumtaz Md Nawi berkata, kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membantu mangsa banjir di jajahan-jajahan terlibat.
Katanya bantuan dalam bentuk keperluan asas diberi kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan. “Bantuan tersebut disalur JKM melalui peruntukan yang disediakan kerajaan negeri bagi tahun ini.
“Peruntukan bantuan bencana disediakan tahun ini sebanyak RM300,000 disalur kepada 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun).
"Selain bantuan bencana alam, bantuan menyediakan keperluan asas di Pusat Pemindahan banjir juga diberi," katanya di sini.
(IH)
PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..
7 comments:
Err... masalah penempatan/perumahan mangsa banjir 2014 sudah selesai, ke?
Ano di atas ketinggalan zaman..
bodoh! ha ha ha!
Anon 8.58
Dukacita dimaklumkan bahawa penempatan mangsa banjir di kelantan tahun 2014 masih belum selesai seperti yang dijanjikan.
Bagaimanapun, memandangkan PAS kini adalah mesra-BN, maka tiada cerita buruk dilaporkan oleh pihak Media demi menjaga hubungan baik mereka. Kalau lapor juga, TV3suku, pasti kena seligi.
Ayat merapu penagih tegar pil khuda Anon 9.01 tu tak perlu dipedulikan. Kalau Hadi Awang kentut pun, baunya tetap wangi dipenghiduan mereka. Bau syurga. Kalau bersuara, dianggap tidak wala dan boleh tergelincir iman.
anon January 5, 2017 at 8:58 AM
Buktikan apa yang tak siap secara detail. mana faktanya?
Dengar berita musuh PAS, jadi anjing salakan DAP.
Makin jelas bodohnya.
secara detail?
susah ni tuan
sebab, kayu balak tak boleh bawa keluar dri kawasan penebangan sebab orang asli buat sekatan, kita tunggu balak hanyut kasi hentam saluran paip, baru dapat kayu, boleh buat rumah
Buktkan secara detail dan jelas di mana surat Sh Yusof Qahrawi dulu lah
wakakakakakakkakakakakkakakakakaka
jom main banjir di Kelantan
Ni Allah bayar tunai ke?
ni bala ke balak?
Tiap2 bulang banjir lagi best...tau...
Hambo oreng melayu dapat bantuang....beras ,free...
Hambo orang melayu dapat sading....free...
Hambo orang melayu dapat selimut....free...
Hambo oramg melayu dapat tikar pelastik....free....
Hambo orang melayu dapat bantuang duit banjir, anak2 dapat baju sekolah, ...best free lagi...
Makang kat penempatang banjir puas,kenyang, ....makang...tido..
Makang...tido...relex...
banjir sepanjang tahung lagi bagusss....
Pagi gi mancing ikang....malam gi sandat sotong....rezeki lagii...
Tapi hambo ada problem sikitlah hidup kat sini ..pasalnya. ...hari hujang...sejuk...hambo nak main dengan bini..
Nok..buat anak tak dok tempat...!!!!!!
Kalau boleh..oreng putrajaya mari tengok keadaan di sini....!!!
Masuk tv 1,tv2, tv 3, glamour...macang artis.
Post a Comment