Friday, February 03, 2017

Apa Muslihat Kit Siang Hulur Tangan Pada PAS? -



Oleh roslansms

Apabila penasihat dan tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang secara mendadak menghulurkan tangan persahabatan pada PAS setelah partinya berpatah arang berkerat rotan dengan Parti Islam ini sekian lama, sudah pasti ia menimbulkan seribu satu persoalan.


Ramai yang hampir terpedaya dengan langkah baru Kit Siang itu dengan menyangkakan inilah peluang terbaik kedua parti terbesar di barisan pembangkang ini mengenepikan perbezaan dan bersatu untuk memberi tumpuan menumbangkan BN. 

Jika PAS dan DAP boleh bersatu seperti sebelumnya, sudah pasti harapan pihak pembangkang semakin cerah dan kemungkinan pertandingan tiga atau lebih penjuru dalam PRU akan datang dapat dielakkan.

Langkah mengejutkan Kit Siang ini satu peluang baik buat kedua parti, dan ternyata Kit Siang seorang “negarawan” yang berjiwa besar. Itu sekurang-kurangnya pandangan mereka yang kosong jiwa politiknya.

Namun hajat Kit Siang itu terbantut apabila Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang segera menolaknya. Kemungkinan penolakkan ini dilihat sesetangah pihak sebagai satu langkah angkuh dan sombong oleh PAS, tetapi mereka yang beranggapan demikian ternyata tidak memahami sejarah dan situasi politik antara PAS dan DAP.

Menurut Tuan Guru, DAP punya agenda politiknya, begitu juga PAS dan kedua agenda itu sentiasa bercanggah mengakibatkan sebarang bentuk kerjasama diwaktu kini sesuatu yang hampir mustahil. 

Jika Kit Siang dan DAP dengan mudah boleh menerajang PAS keluar dari Pakatan Rakyat satu ketika dahulu setelah gagal mempengaruhi perubahan kepimpinan dalam PAS, dan kemudiannya menjaja penubuhan sebuah parti kononnya untuk menggantikan PAS, kenapa hari ini Kit Siang mahu memadam semua episod getir itu dan membuka buku baru?

Ada yang mengatakan tindakan Kit Siang itu sebagai “melutut” kembali pada PAS. Bagi saya seorang seumpama Kit Siang yang telah terjun dan berkecimpung dalam alam politik Malaysia sejak tahun 60an lagi tidak mudah “melutut” begitu apalagi pada PAS.

Sebenarnya Kit Siang seorang strategis yang licik, walaupun beliau pernah gagal dalam percaturannya sebelum itu, tetapi kali ini ia terlalu yakin kerana beranggapan sokongan pengundi Cina tetap berada dalam genggamannya sehingga membawa ke PRU akan datang.

Pada PRU lalu DAP menang 38 kerusi Parlimen (walaupun kalah 1 kemudiannya dalam PRK Teluk Intan). Kit Siang yakin DAP bukan sahaja boleh mengekalkan bilangan itu malah tidak mustahil menambah beberapa lagi. Keputusan PRK Teluk Intan selain Sg Besar dan Kuala Kangsar gagal menggoncang keyakinannya.

Lalu kenapa perlu bantuan PAS?

DAP sesungguhnya telah hampir mencapai maksima kekuatannya. Dengan bersandarkan undi bukan Melayu, khasnya undi Cina itulah sekitar bilangan kerusi Dewan Rakyat yang boleh DAP menang kecuali pengundi Melayu di kawasan majoriti Melayu mengundinya, sesuatu yang sukar dicapainya.

Kit Siang hari ini bukan sekadar melihat untuk mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan kembali berkuasa dalam kerajaan campuran di Selangor. Nafsu politiknya melonjak sehingga mensasarkan Perak, Negeri Sembilan dan mungkin Johor, malah ianya kini sudah memuncak hingga ke Putrajaya.

Untuk menang dan berkuasa serta mungkin menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri, DAP perlu menang sekurang-kurangnya 112 dari 222 kerusi di Dewan Rakyat. Di sanalah bantuan sebuah parti Melayu yang mampu menggugat monopoli Umno di kerusi-kerusi majoriti Melayu sangat diperlukan. Mana satukah parti itu?

Parti yang berpengalaman dan sudah dikenali orang-orang Melayu, yang konsisten dalam perjuangannya, yang punya jentera yang berdisiplin dan bergerak malah disegani pula orang-orang Melayu jika tidak PAS.

PKR mungkin boleh juga membantu tetapi tidaklah sebesar PAS kerana konsepnya yang lebih ke arah berbilang kaum. Pan pula serba tidak mengena buat DAP. Suatu eksperimen untuk menggantikan PAS yang terbukti gagal. Sedang PBBM atau Bersatu masih belum diuji.

Lantaran itu demi mencapai agenda politiknya Kit Siang sanggup mengenepikan segala perbezaannya dengan PAS dan menghulurkan tangan persahabatan kepada Tuan Guru Presiden PAS walaupun ia tahu cubaannya itu tidaklah mudah dicapai.

Harapan Kit Siang melalui pencapaian DAP antara 40 ke 50 kerusi ditambah dengan sumbangan besar PAS dari kalangan kerusi Melayu serta beberapa kerusi lagi dari PKR dan mungkin Bersatu, Putrajaya dapat ditundukkan. Tetapi ternyata pengalaman pahit PAS dengan DAP terlalu sukar buat PAS untuk dilupakan. 

Dan sebagaimana berpengalamnnya Kit Siang dalam politik, Tuan Guru Presiden PAS tidak kurang juga pengalamannya yang menjangkau hampir 40 tahun, pernah menjadi Menteri Besar, Ketua Pembangkang dan tidak pernah terkeluar Dewan sebagaimana Kit Siang sejak tahun 1982 (Tuan Guru kekal di kerusi DUN nya sejak tahun 1982 manakala Kit Siang pernah hilang taraf YB nya dalam PRU 1999).

Menurut Tuan Guru malah DAP hingga kini menentang beberapa agenda utama PAS khususnya dalam meningkatkan hukum syariah di kalangan umat Islam. Agenda ini merupakan asas perjuangan PAS. Jika DAP tidak boleh menerima sekalipun janganlah sampai menentang. Mana mungkin PAS boleh berkerjasama dengan parti yang tidak hormat malah menentang dasar dan prinsip perjuangannya.

 Jangankan PAS mana-mana parti lain pun tidak boleh menerima parti seumpama itu sebagai kawan. PAS memang bercita-cita mahu menang PRU, tetapi kemenangan yang PAS mahu capai adalah dengan kebebasan dan kemampuan untuk melaksanakan perubahan. Mustahil PAS boleh mengenengahkan agendanya jika menang bersama dengan DAP.

Kalau mengikut percaturan Kit Siang, kiranya Putrajaya dirampas, dominasi DAP kelak terlalu besar dalam kerajaan sehinggakan mana-mana parti lain yang berada dalam pakatannya terpaksa akur dan tunduk padanya sebagaimana kerajaan campuran Perak pada tahun 2008 dulu.

Bayangkan kerajaan Persekutuan sedemikian rupa. PAS mahu menang PRU tetapi matlamat kemenangan itu bukanlah dengan cara yang haram dan bertentangan dengan syarak.
roslansms@gmail.com

PERHATIAN

6 comments:

Anonymous said...

Kerana mencuba nasib, PAN penuh dgn langau2 macam brader kat Pantai Timur tu mengaku mimpi 15x. Kawan dia pula kata mamat ni Ben Ten

https://aidcnews.wordpress.com/2017/01/03/rpk-bukti-kit-siang-anti-melayu-islam-monarki/

RPK : Bukti DAP Anti-Melayu, Islam & Monarki


AIDCNews -03/01/17 –Pengendali laman Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan fakta-fakta membuktikan DAP adalah sebuah parti anti-Islam, anti-Melayu dan anti-monarki.

Kenyataan RPK seperti berikut :

Lim Kit Siang telah mencabar dan saya mahu menerima cabaran itu dan membuktikan bahawa beliau telah menyatakan banyak kali pada masa lalu melalui ucapan, perbuatan dan tindakan berdiam diri beliau, secara tersurat dan tersirat, bahawa beliau adalah anti-Islam, anti-Melayu dan anti-monarki.

Untuk tempoh masa yang lama ia telah menjadi dasar rasmi DAP untuk tidak menerima anugerah dan pingat daripada Raja-raja kerana ia bertentangan dengan pendirian DAP yang anti-feudal dan anti-monarki. DAP juga mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa jika mereka perlu mematuhi kod pakaian apabila menghadap Raja, maka mereka lebih suka untuk tidak menghadap Raja. DAP tidak kisah mengenakan pakaian barat tetapi bukan apa-apa pakaian yang dikaitkan dengan orang Melayu atau Islam walaupun ia adalah tuntutan protokol.

Pada tahun 1990, Tengku Razaleigh Hamzah menjemput DAP dan PAS untuk membentuk pakatan pembangkang dengan Semangat 46. DAP berkata ia akan bersetuju untuk bergabung dengan Semangat 46 hanya jika PAS tidak termasuk dalam pakatan itu melainkan jika PAS pertama sekali secara rasmi mengumumkan bahawa ia akan meninggalkan undang-undang syariah Islam dan juga idea sebuah ‘theological state’ dan bersetuju untuk menerima ‘secular state’.

Oleh kerana PAS tidak bersetuju untuk meninggalkan kedua-dua syariah dan ‘theological state’, DAP tidak mahu mempunyai apa-apa kaitan dengan PAS. Semangat 46 kemudian terpaksa membentuk dua pakatan berasingan – satu dengan DAP yang dipanggil Gagasan Rakyat dan satu lagi dengan PAS yang dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah.

Pada tahun 1999, PAS telah mengumumkan bahawa ia akan melihat isu syariah dan ‘theological state’ sebagai perkara kedua dan menumpukan dahulu kepada menggulingkan kerajaan. DAP kemudiannya bersetuju untuk membentuk pakatan dengan PAS, PKR dan PRM yang dipanggil Barisan Alternatif. Tetapi DAP tidak mencapai prestasi yang baik dalam pilihan raya itu manakala PAS memenangi paling banyak kerusi. Tambahan pula, Lim Kit Siang dan Karpal Singh kehilangan kerusi mereka.

Anonymous said...

Sambungan
https://aidcnews.wordpress.com/2017/01/03/rpk-bukti-kit-siang-anti-melayu-islam-monarki/

RPK : Bukti DAP Anti-Melayu, Islam & Monarki

Pada 21 September 2001, sepuluh hari selepas 911, DAP mengumumkan bahawa ia akan meninggalkan Barisan Alternatif dan, pada tahun 2004, menghadapi pilihan raya umum secara solo. Alasan yang DAP berikan adalah bahawa ia menentang pindaan undang-undang syariah di Terengganu walaupun negeri itu sudah mempunyai undang-undang syariah lama sebelum Thailand menyerahkan Terengganu kepada British pada tahun 1909. Pilihan raya umum 2004 merupakan yang terburuk dalam sejarah pembangkang, yang membuktikan bahawa DAP membuat keputusan yang sangat teruk dengan meninggalkan Barisan Alternatif dan bergerak secara solo.

Menyedari bahawa sebagai parti solo DAP tidak akan dapat pergi jauh, ia sekali lagi bersetuju untuk menyertai PAS dan PKR untuk membentuk Pakatan Rakyat pada tahun 2008. Tetapi PAS, sekali lagi, perlu bersetuju bahawa pakatan itu akan bertindak atas konsensus dan PAS tidak akan terus memperjuangkan undang-undang syariah dan ‘theological state’.

Selepas pilihan raya umum 2013, DAP mendesak penyingkiran Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, untuk digantikan dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail. DYMM Sultan Selangor, bagaimanapun, tidak akan menerima Wan Azizah dan baginda menyatakannya dengan jelas. Baginda juga mahu nama tiga calon dan bukan hanya satu, seperti apa yang DAP dan PKR berkeras mahukan. Jadi PAS mematuhi titah diraja itu.

DAP dan PKR kemudiannya mencabar Sultan dan menuduh baginda melanggar Perlembagaan. DAP dan PKR, bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada mereka bercakap tentang Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri dan Perkara dalam Perlembagaan yang mana yang mereka katakan. DAP dan PKR menunjukkan sikap biadap terhadap Sultan dan mengajar rakyat untuk membenci Sultan (seperti yang berlaku di Perak beberapa tahun sebelum ini pada tahun 2009).

Oleh kerana Wan Azizah gagal untuk menjadi Menteri Besar Selangor, mereka mahu menghukum PAS kerana tidak mengingkari Sultan. Tetapi mereka tidak boleh mengatakan bahawa mereka mahu menghukum PAS kerana ia enggan mengingkari Sultan. Jadi DAP menggunakan RUU355 sebagai alasan.

Pada asasnya, RUU355 adalah pindaan kepada undang-undang syariah yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan 24 tahun yang lalu pada tahun 1993. Ini tidak menjadi masalah pada tahun 1999 apabila DAP menyertai Barisan Alternatif atau pada tahun 2008 apabila DAP menyertai Pakatan Rakyat. Hari ini ia menjadi satu masalah kepada DAP kerana mereka memerlukan ini sebagai alasan untuk menghukum PAS kerana tidak menentang Sultan Selangor.

Tindakan DAP menggunakan RUU355 sebagai alasan untuk memecahkan Pakatan Rakyat dan membentuk Pakatan Harapan telah mencetuskan Islamofobia di Malaysia. Islam kini dilihat sebagai agama pariah yang mesti dihentikan dengan apa jua cara pun kerana Islam adalah agama yang berbahaya yang melanggar kebebasan awam dan hak asasi manusia. Tambahan pula, jika orang bukan Islam tidak menentang RUU355, maka, sebaik sahaja ia diluluskan, ia akan memberi kesan kepada orang bukan Islam dan orang bukan Islam akan dikenekan pemenggalan kepala dan pemotongan anggota badan, kata DAP.

Kempen kebencian DAP telah berjaya dan kini orang bukan Islam membenci Islam dan melihat Islam sebagai berbahaya dan agama yang mesti dihapuskan. DAP telah merosakkan hubungan antara kaum dan satu gelombang Islamofobia sedang melanda Malaysia. Islam, orang Islam, orang Melayu dan Raja-Raja merupakan subjek serangan dan rakyat Malaysia tidak lagi takut untuk mengata tentang Islam, umat Islam, orang Melayu dan Raja-Raja, yang mana sebelum ini mereka tidak pernah melakukannya.

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2017/01/03/pas-jadi-saksi-dap-anti-islam/

PAS Jadi Saksi DAP Anti Islam

Sejarah putusnya hubungan PAS dan DAP di atas sebab perjuangan hukum syariah ISLAM di Kelantan..

Setelah serangan bertali arus DAP terhadap PAS, Majlis Ulama mengusulkan PAS memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas dalam muktamar diterima sebulat suara atas beberapa perkara asas. Antaranya:

1. DAP melanggar perjanjian ‘agree to disagree’ yang dipersetujui.

2. Tahluf siyasi yang diputuskan Majlis Syura Ulamak (MSU) berkaitan kesepakatan dalam urusan teras tidak melibatkan urusan kepercayaan dan anutan aqidah umat ISLAM.

Ulama PAS lulus usul putus hubungan dengan DAP

3 Jun 2015.. GOMBAK – Dewan Ulama PAS Pusat hari ini sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP.

Usul yang dibawa oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik disambut dengan laungan ‘takbir’ oleh semua perwakilan yang hadir pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS ke-54, hari ini.

Sejurus usul tersebut dikemukakan, seorang perwakilan dari Dewan Ulama PAS Perak, Nor Azli Musa menyokong usul tersebut susulan serangan bertali-arus pemimpin DAP terhadap peribadi presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Usul kita adalah memutuskan hubungan dengan DAP.. bukan dengan PKR atau PR.. sebab PR bukan DAP, dan DAP tidak semestinya PR.

“Kita sedia maklum bagaimana DAP lantang menggugat kedudukan PAS dan presiden dengan mengisytiharkan memutuskan hubungan dengan presiden kita, yang menjadi ayah kita.

“Apakah kita sebagai anak-anak dalam PAS tiada perasaan? Sanggup menyerahkan PAS dan presidennya dinodai oleh DAP? Kita sedar bahawa keberaniaan DAP ini bersumberkan kepada sikap sesetengah daripada kita yang tidak wala kepada presiden dan parti,” katanya..

List kronologi serangan terhadap PAS dan Tuan Guru Haji Hadi sebelum Dewan Ulama mengusulkan putus hubungan dengan DAP.

1. Pada 18 Okt 2014 – DAP Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS disebabkan PAS kekal memperjuangkan hukum syariah di Kelantan malah menyuarakan pandangan jika golongan ulama kekal di dalam PAS maka DAP akan keluar PR, jika golongan LIBERAL menguasai PAS maka DAP akan kekal dalam gabungan.

2. Pada 30 Mac 2015 – DAP Sabah memutuskan hubungan dengan PAS disebabkan alasan yang sama. Jelas isunya berkaitan Undang-undang hudud di Kelantan.

3. Pada 15 Dis 2014 – Bekas Ahli jawatanKuasa PAS Pusat AJKPP mendedahkan terdapat perjanjian sebelum PRU 13 di antara PAS dan DAP berkaitan perjuangan teras Parti masing-masing. Perjanjian ‘Agree to disagree’ ditandatangani atas persetujuan bersama.


4. Pada 24 Mac 2015 – DAP melalui Setiausahanya Lim Guan Eng membuat keputusan melalui CEC memutuskan hubungan dengan Presiden PAS kerana meneruskan agenda PAS memperkasakan mahkamah syariah dengan membawa usul pindaan RUU 355 bagi negeri Kelantan.

5. 03 Jun 2015 – Setelah DAP Sabah dan Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS dan DAP pusat melalui CEC pula memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Dewan Ulama PAS Pusat membawa Usul supaya PAS memutuskan hubungan tahluf siyasi kerana DAP telah melanggar perjanjian *agree to disagree* serta tindakan awal mereka memutuskan hubungan dengan PAS dan Presiden PAS di dalam muktamar PAS..

————————————————————————
Rentetan dan kronologi bagaimana PR setelah DAP melakukan provokasi serta memutuskan hubungan dengan PAS hanyalah kerana PAS cuba membawa dan menyambung perjuangan mereka yang terdahulu seperti arwah Tuan Guru Nik Aziz dan juga Ustaz Fadhil Nor.

Maka tuduhan PAS lari daripada landasan perjuangan adalah tidak berasas dan mengelirukan.

Jangan bias dalam menilai sejarah hanya kerana habuan – habuan dunia yang sifat sementara..

Menyokong penuh Tuan Guru Presiden dan kepimpinan ulama

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/12/bersatu-patut-pilih-pas-bukan-pan-dap-presiden-isma/

Bersatu patut pilih PAS bukan PAN, DAP: Presiden Isma

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 9 Rabiulawal 1438H, Jumaat – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sepatutnya memilih PAS sebagai sekutu politik, bukan bersama Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

Beliau berkata, Bersatu mungkin gagal memperoleh sokongan daripada pengundi Melayu sekiranya terus bersama parti rasis dan cauvinis itu pada pilihan raya akan datang.

“Fokus Bersatu adalah mendapatkan sokongan dan undi daripada orang Melayu. Jika parti itu bersama DAP, ia akan menyebabkan matlamat mereka tidak tercapai.

“Bersatu sepatutnya memilih PAS sebagai sekutu mereka bukan PAN dan DAP,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb, hari ini, sebagai mengulas pendirian PAS hari ini, untuk tidak menjalinkan sebarang kerjasama dengan Bersatu sekiranya parti berkenaan menyertai pakatan harapan pada 13 Disember ini.

Mengulas lanjut, Ustaz Abdullah Zaik berkata, PAN bukanlah parti utama yang mempunyai agenda sendiri, sebaliknya ia sekadar memanjangkan cita-cita DAP.

“PAN sekadar parti yang memanjangkan cita-cita DAP dan tidak berakar umbi. Parti itu tiada fokus dalam politik Malaysia,” katanya.

Oleh itu, katanya, Bersatu sewajarnya memikirkan jalan terbaik untuk bersama PAS, kerana pengundi Melayu dan Islam pastinya akan menolak DAP.

“Masa depan Bersatu akan lebih cerah jika bersama PAS,” katanya.

Anonymous said...

PAN KHADAM KEPADA ABU LAHAB MODERN YAKNI DAP

http://www.ismaweb.net/2016/12/pan-tawar-diri-jadi-benteng-parti-rasis-dap-daripada-tohmahan/


PAN tawar diri jadi benteng parti rasis DAP daripada tohmahan


SHAH ALAM, 11 Rabiulawal 1438H, Ahad – Parti serpihan PAS iaitu PAN menyatakan kesediaannya menjadi benteng mempertahankan parti rasis dan cauvinis DAP yang dakwanya sering ‘ditohmah’ dan ‘difitnah’ sebagai mengamalkan ekstremis perkauman.

Perwakilan PAN Selangor, Jamzuri Ardani mendakwa, UMNO-Barisan Nasional (BN) akan menggunakan modal politik yang sama dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang untuk mengekalkan kekuasaan mereka, lapor portal berita Antarapos.com.

Malah, Jamzuri mendakwa, serangan sedemikian akan turut juga dilakukan oleh PAS terhadap DAP.

“Isu ini digunakan oleh UMNO untuk membunuh Pakatan Rakyat (PR) dan saya fikir PAN perlu berdepan dengan pengundi Melayu untuk meyakinkan DAP bukan ancaman kepada negara, Melayu dan Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails