Monday, February 27, 2017

'Arab Idol', Sesuaikah Dengan Pembebasan Islam Rakyat Palestin?


Imej yang berkaitan

HALAMAN HIBURAN

BEIRUT – Kemenangan peserta dari Palestin, Yaqoub Shaheen dalam pertandingan nyanyian realiti Mahboub el Arab atau Arab Idol disambut dengan penuh kegembiraan oleh rakyat negara tersebut.

Sebaik sahaja diumumkan secara rasmi sebagai pemenang musim keempat itu, Yaqoub menyampaikan lagu bertema patriotik, dengan bendera Palestin turut diletakkan di atas bahunya, menurut laporan media tempatan.
Antara lirik yang menyentuh perasaan ialah; “Sumpah dan janji saya, darah saya untuk Palestin“. Kemenangan beliau juga diraikan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang kebetulan berada di Lubnan untuk lawatan rasmi.
Pemimpin itu turut meraikan seorang lagi peserta akhir dari Palestin, Ameer Dandan dan peserta Yaman, Ammar Mohammed yang juga antara tiga finalis dalam satu majlis diadakan di kediaman rasmi Duta Palestin di sini.
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk arab idol
Di wilayah Gaza dan Tebing Barat, ribuan penduduk memenuhi jalan raya dan restoran, untuk menyaksikan pertandingan itu secara langsung yang disiarkan oleh stesen antarabangsa LBC dari Lubnan melalui skrin besar.
Ini hari bersejarah buat Palestin,” kata seorang penduduk, Mohammed Abu Ali. Pemandu-pemandu teksi pula membunyikan hon dan memainkan lagu dipersembahkan peserta sepanjang pertandingan tersebut berlangsung.
Program Arab Idol tahun ini menyaksikan model dan penyampai televisyen terkenal Lubnan, Annabella Samir Hilal menjadi pengacara manakala empat juri ialah selebriti Wael Kfoury, Ahlam, Hassan el Shafei dan Nancy Ajram.
Yaqoub merupakan rakyat Palestin kedua dinobatkan sebagai pemenang selepas Mohammed Assaf, pada tahun 2013. Program itu cukup popular di rantau Asia Barat, dengan formatnya berdasarkan kepada Pop Idol di Britain.
Turut disiarkan menerusi saluran antarabangsa MBC1 dari Dubai, dia bakal menerima kontrak rakaman bersama syarikat Platinum Records, selain menyertai nama besar arena hiburan Asia Barat dalam pelayaran Stars On Board.
Musim keempat Arab Idol berlangsung sejak 4 November tahun lalu dengan sesi uji bakat pula dijalankan di Lubnan, Bahrain, Kuwait, Algeria, Mesir, Maghribi, Palestin, Turki dan Iraq. – Agensi
Hasil carian imej untuk malaysia idol
Hasil carian imej untuk malaysia idol
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kebanjiran kebudayaan gaya hidup barat yang bertentangan dengan Islam di negara umat Islam seperti hiburan Arab Idol atau apa-apa idol sejenis dengannya di negara umat Islam ini, adakah ia sejajar dengan perjuangan untuk membangunkan Islam di negaranya?
Atau sesuaikah dengan perjuangan pembebasan Islam rakyat palestin yang dirampas bumi dan kehidupannya oleh penjajah Yahudi bangsat dan kuncu-kuncunya itu? 
Apakah sanggup kita melihat, sebelah tangan kita membangunkan agama Allah dan yang sebelah tangan lagi meracun, membunuh dan memusnahkannya?

3 comments:

  1. Juara pembodek DAP no 1 adalaaaahh
    PAN Idol Al Khadama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juara pembodek syiah perogol dan pembunuh muslimah islam syria no 1 adalah PAS idol Al Ulama Tunjuk Kote dalam fbyun

      Delete
  2. 9:49
    Ambik habuan. Kata la lagi kat orang.

    ReplyDelete