HALAMAN HIBURAN
GARA-GARA masih belum menerima baki bayaran Konsert High Note yang berlangsung November lalu, penyanyi Jaclyn Victor mengakui mengalami tekanan yang teruk.
Menurut Jaclyn, akibat susah hati dengan perkara itu dia juga mengalami penurunan berat badan yang mendadak.
“Selepas konsert itu saya sangat tertekan sehingga berat badan turun.
“Sehingga kini, penganjur masih belum melunaskan separuh daripada jumlah bayaran yang dijanjikan,” katanya kepada Harian Metro.
Konsert yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur itu turut melibatkan Ziana Zain dan Azlan Typewriter. Terdahulu, Ziana memberitahu sedang dalam perancangan menfailkan saman terhadap penganjur konsert itu, iaitu, DME Entertainment, Segitiga Asia dan CMPagr.
Sementara itu, Jaclyn turut menyatakan hasrat ingin mengikuti tindakan yang diambil Ziana.
“Selepas konsert itu, saya belum berkesempatan menghubungi Ziana. Kalau Ziana mahu saman penganjur, saya juga akan membuat langkah sama.
“Ini bukan soal wang tetapi sakit hati kerana kami sepatutnya menerima baki bayaran sebelum konsert,” katanya.
Berikutan isu ini, Jaclyn berkata, dia akan lebih berhati-hati dan menjadikan pengalaman ini sebagai iktibar untuk dirinya.
Tak ada ke, mana-mana pihak yang ingin menolong mereka? (IH)
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.
3 comments:
Rasa2nya penganjur tu Melayu Islam, ke?
Dari jenis yg tak ikut Baiah. Woren kalerr
Mtk Hadi tolong 1% dari 90juta dan dakwahkan sekali jaclyn victor masuk Islam.
Takbir!
Post a Comment