Tuesday, February 28, 2017

"Buah pinggang saya sudah dicuri, " Pembantu Rumah.


"Buah pinggang saya sudah dicuri, " pembantu rumah Pekerja asing haram diambil dari pelbagai wilayah di Indonesia menunggu pemergian mereka di dalam bilik kecil mereka di tempat perlindungan di Karanganyar, Jawa Tengah. - Foto JP/Ganug Adi Nugroho 

MATARAM: Seorang pekerja dari Lombok Utara, di Nusa Tenggara mengesyaki beliau menjadi mangsa pemerdagangan organ ketika bekerja di Doha, Qatar. 

Sri Rabitah, 25, berkata beliau yang mula bekerja sebagai pembantu rumah di Doha pada 2014, turut mendakwa didera oleh majikan pertamanya. Katanya, beliau dibawa ke hospital selepas tiga hari bekerja dan tanpa diketahui puncanya terpaksa menjalani satu pembedahan. 

Sri Rabitah berkata, sebaik sahaja sedar daripada pembedahan pada keesokan harinya, beliau mendapati ada balutan pada bahagian perutnya. Beliau mendakwa majikannya tidak berkata apa-apa berhubung perkara itu, sebaliknya mengembalikannya ke agensi pekerjaan. 

Selepas itu, Sri diarah bekerja dengan majikan lain tetapi dihantar pulang ke Indonesia pada tahun yang sama kerana beliau sering jatuh sakit. Sri yang berasal dari Kampung Sesait kemudiannya mendapati salah satu daripada buah pinggangnya sudah dikeluarkan ketika menjalani pemeriksaan di hospital. 

Beliau kemudiannya mengunjungi pejabat Pegawai Daerah Lombok utara bagi mendapat bantuan. "Saya mahu kerajaan menyaman dalang perbuatan ini. Buah pinggang saya sudah dicuri," katanya.

 
Sri Rabitah mengharapkan kerajaan Indonesia mencari dalang yang mencuri buah pinggangnya. - Ihsan Kompas



Sri Rabitah menunjukkan laporan doktor yang membuktikan buah pinggangnya dicuri. - Ihsan Kompas


Lapor The Jakarta Post.

Sementara itu di Pulau Pinang, George Town Malaysia, seorang pembantu rumah rakyat Indonesia ditemui mati di rumah majikannya di Jelutong, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata wanita berusia 38 tahun itu dilaporkankan tergelincir dan rebah di tangga rumah teres dua tingkat milik majikannya pada pukul 12.45 tengah malam Sabtu lalu.

“Majikan wanita berkenaan membawa pembantu rumahnya ke bilik untuk berehat dan pada hari yang sama iaitu kira-kira pukul 11.50 pagi, mangsa didapati tidak sedarkan diri,” katanya.

Beliau berkata majikan mangsa kemudiannya menghubungi ambulans dan pemeriksaan pihak Hospital Pulau Pinang (HPP) mengesahkan pembantu rumah itu telah meninggal dunia.

Bedah siasat di HPP ke atas pembantu rumah itu mendapati punca kematian wanita berkenaan disebabkan oleh kecederaan akibat hentakan benda tumpul di dada, katanya.

Mior Faridalathrash berkata susulan itu polis menahan pasangan suami isteri tersebut, masing-masing berusia 42 dan 48 tahun bagi membantu siasatan.

Pembantu rumah itu mempunyai dokumen perjalanan diri dan permit kerja yang sah dan telah dua tahun bekerja di rumah pasangan suami isteri tersebut, katanya. 

Lapor BERNAMA.
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

4 comments:

Anonymous said...

Itulah terjadi bila hukum Islam tidak dinobatkan

http://www.ismaweb.net/2016/09/ruu-355-muis-sokong-seruan-mufti-wilayah-persekutuan/

RUU 355: MUIS sokong seruan Mufti Wilayah Persekutuan

RUU 355: MUIS sokong seruan Mufti Wilayah Persekutuan
September 6, 2016 Berita Utama, Majlis Ulama ISMA, Utama 2

muis sokong seruan mufti wilayah
1. Majlis Ulama ISMA (MUIS) berpendirian menyokong sepenuhnya akan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutan, SS Dato’ Dr Zulkifli al-Bakri bahawa cadangan pindaan Akta 355 hendaklah disokong oleh seluruh Ahli Parlimen sama ada muslim atau pun tidak.

2. Pendirian ini bukanlah baharu, MUIS sendiri pernah mengeluarkan kenyataan menyokong pindaan tersebut serta kewajipan Ahli Parlimen Muslim menyokong pindaan itu sejak bulan Jun yang lepas iaitu beberapa hari selepas cadangan itu diusul oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat. Baca: http://muis.org.my/2016/06/muis-menyokong-rang-undang-undang-ruu-mahkamah-syariah-bidang-kuasa-jenayahpindaan2016/

3. Perlu difahami di sini, cadangan pindaan Akta 355 adalah satu perkara yang jelas dan mudah difahami iaitu ia berkait pemerkasaan bidangkuasa Mahkamah Syariah dan bukanlah perincian secara mendalam mengenai hukuman dan lain-lain. Ini kerana penentuan bentuk hukuman akan sesuatu kesalahan jenayah syariah adalah di bawah kuasa Dewan Undangan Negeri bukan Dewan Rakyat. Maka pindaan ini hanyalah sekadar memungkinkan perluasan bidangkuasa, ia adalah mudah dan jelas melainkan kepada mereka yang terus mencari alasan untuk menolak.

4. Boleh jadi, atas sebab kejelasan di dalam pindaan inilah Mufti Wilayah mengeluarkan kenyataan bahawa semua umat Islam khususnya Ahli Parlimen perlu menyokong pindaan ini walaupun belum dibentangkan di Dewan Rakyat. Kerana ia tidak terlalu teknikal, dan tidak terlalu payah untuk difahami.

5. Pihak MUIS berasa hairan dengan tindakan Naib Presiden parti Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang begitu cepat memperlekehkan pandangan yang dikeluarkan oleh SS Mufti dengan alasan ia masih belum dibincangkan dan belum melalui proses legislatif seperti yang diperuntukan di dalam Perlembagaan, tetapi dalam masa yang sama tidak pula menempelak mereka yang menolak cadangan pindaan ini sebelum ia dibentangkan di Parlimen.

Sepatutnya beliau menjadikan saranan dan hujah-hujah SS Mufti tersebut sebagai landasan untuk beliau berhujah menyokong pindaan tersebut nanti apabila ia melalui proses legislatif yang berkaitan. Begitu juga, kelemahan di dalam pelaksanaan undang-undang Islam yang ada bukanlah alasan kukuh untuk menolak cadangan pindaan ini. Sebaliknya bersifat proaktiflah dengan memberikan cadangan-cadangan membina yang perlu dibuat untuk memperbaiki apa juga kelemahan yang ada. Berpolitiklah, antara lain untuk kepentingan Islam dan umatnya di bumi Malaysia. Bukan semuanya dilihat daripada kaca mata blok politik semata-mata.

6. Akhirnya, sekali lagi pihak MUIS menyeru umat Islam, terutama Ahli-Ahli parlimen Muslim untuk mengundi menyokong cadangan pindaan tersebut di Parlimen kelak. Semoga pengamalan agama Islam akan lebih subur di bumi Malaysia ini.

Prof Madya Dr Aznan Hasan
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2017/01/gaya-hidup-halal-menyatukan-kita-semua/

Gaya Hidup Halal menyatukan kita semua

Gaya Hidup Halal menyatukan kita semua
January 5, 2017 Berita Utama #2, Majlis Ulama ISMA, Pendapat, Utama 0


“Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” (Surah Al-Baqarah, ayat 168)

Walaupun Gaya Hidup Halal (GHH) banyak dipelopori dan diterajui oleh orang Islam, GHH adalah sebuah nikmat indah daripada Allah kepada seluruh manusia termasuk orang bukan Islam. GHH boleh dikecapi oleh sesiapa sahaja yang mahukan kebersihan dan keselamatan dalam gaya hidup mereka.

Umum mengetahui bahawa banyak kajian telah membuktikan kekotoran dan kebahayaan perkara yang diharamkan Allah, seperti khinzir, anjing dan arak. Justeru, dengan menjauhi elemen-elemen tidak sihat ini, masyarakat akan bersatu dan hidup dalam suasana harmoni.

Perpecahan dalam masyarakat akan berlaku jika terdapat segelintir orang yang menyangka bahawa GHH itu hanya untuk orang Islam. Hakikatnya, umat Islam sendiri memahami bahawa GHH itu adalah untuk seluruh manusia. Bukankah Islam itu rahmat kepada sekalian alam?

Dari sudut teknikal, adalah wajar dan munasabah untuk sesebuah premis makanan menetapkan polisi ‘no non-halal food allowed’ bagi mengelakkan kontaminasi dan mengekalkan keyakinan pelanggan.

Bayangkan, ketika kita sedang memesan makanan di kaunter McDonalds, kita ternampak tukang masak di dapur sedang memegang tin minuman keras. Secara automatik, keyakinan kita terhadap tahap integriti Halal McDonalds akan terjejas. Dan kita semua maklum bahawa keyakinan dan kepercayaan adalah amat bernilai dalam dunia perniagaan. Membina kepercayaan mengambil masa bertahun-tahun, tetapi meruntuhkan kepercayaan hanya cukup dengan sesaat dua.

Tahukah anda; antara rahsia kejayaan Kentucky Fried Chicken (KFC) adalah mereka sentiasa berusaha berada setapak ke hadapan daripada garis panduan Halal JAKIM? Contohnya, walaupun JAKIM membenarkan water bath stunning dalam penyembelihan ayam sebagai sebahagian daripada proses restraining (pengekangan), KFC memilih untuk menggunakan kon. Penggunaan kon dalam sembelihan dapat mengekang ayam di samping mengelakkan kesakitan yang tidak diperlukan pada haiwan sembelihan. Dari situlah KFC meraih kepercayaan masyarakat dalam aspek integriti Halal.

Jika integriti Halal diceroboh, pemilik premislah yang akan menanggung rugi baik dari segi imej mahupun jualan. Justeru, pemilik premis tidak perlu ‘ketar lutut’ dengan segelintir pelanggan yang kurang memahami keindahan nikmat GHH, sebaliknya melindungi kepentingan semua pelanggannya, yang mana mereka semua dapat disatukan di bawah GHH.

Kepada semua rakan non-muslim saya, saya mengalu-alukan anda menyertai GHH. GHH adalah untuk semua, dan GHH akan meyatukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Ustaz Bilal Jailani
Majlis Ulama Isma (MUIS)

Dr Kate Adams said...

Hello semua.



Nama saya Dr Kate Adams, seorang Phrenologist di University Hospitals Bristol NHS Foundation Trust. Hospital kami dikhususkan dalam Pembedahan Ginjal dan kami juga berurusan dengan pembelian dan pemindahan ginjal dengan penderma yang hidup. Kami terletak di Dubai, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia. Sekiranya anda berminat menjual atau membeli buah pinggang, jangan ragu untuk menghubungi kami melalui e-mel: kateadams946@hotmail.com



Saya Yang Berhormat



Dr Kate Adams



Nombor Telefon: +2348146161694

Dr Kate Adams said...

Hello semua.



Nama saya Dr Kate Adams, seorang Phrenologist di University Hospitals Bristol NHS Foundation Trust. Hospital kami dikhususkan dalam Pembedahan Ginjal dan kami juga berurusan dengan pembelian dan pemindahan ginjal dengan penderma yang hidup. Kami terletak di Dubai, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia. Sekiranya anda berminat menjual atau membeli buah pinggang, jangan ragu untuk menghubungi kami melalui e-mel: kateadams946@hotmail.com



Saya Yang Berhormat



Dr Kate Adams



Nombor Telefon: +2348146161694

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails