Surat Terbuka kepada :
Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM)
Ibu Pejabat SPRM
Blok D6, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Peti Surat 6000
62007 Putrajaya.
info@sprm.gov.my
Ibu Pejabat SPRM
Blok D6, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Peti Surat 6000
62007 Putrajaya.
info@sprm.gov.my
YB Rafizi Ramli
Pusat Khidmat Parlimen Pandan,
No. 1-16, Jalan Pandan Prima 2,
Dataran Pandan Prima,
55100 Kuala Lumpur
rafizi.ramli@gmail.com
Pusat Khidmat Parlimen Pandan,
No. 1-16, Jalan Pandan Prima 2,
Dataran Pandan Prima,
55100 Kuala Lumpur
rafizi.ramli@gmail.com
STATUS ADUAN KEGIATAN RASUAH DALAM PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR
Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
7 Febuari 2017 di alamat pejabat saya di Pusat Gerakan Rakyat (PAGER) SAMM, Oakland Bussines Centre, Seremban saya telah menerima beberapa dokumen berkaitan korupsi dan salah satu dokumenya dipercayai merupakan salinan penuh laporan Korupsi yang turut melibatkan rasuah seks yang berlaku dalam Pejabat Besar Selangor yang mana laporan ini pernah dibuat oleh YB Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR beberapa bulan lalu.
Pertama sekali surat ini ingin mendapat kepastian dari YB Rafizi Ramli sendiri berkenaan laporan beliau. Apakah status laporan beliau dan kenapa laporan beliau, beliau sendiri seolah senyapkan mengenai pendedahan ini.
Saya sangat yakin laporan yang Rafizi lakukan punya asas dan bukti seperti mana yang sering beliau lakukan sebelum ini. Namun kenapa beliau sendiri senyap dan tidak melakukan pendedahan ? Apa pula tindakan parti mengenai kewujudan korupsi termasuk rasuah seks dalam Pejabat Besar yang dikuasai oleh PKR itu sendiri ? Ramai yang sangat kecewa dengan Rafizi kerana tidak mendedahkan korupsi ini habis habisan seperti yang dia lakukan sebelum ini. Adakah Rafizi melihat korupsi ini punya ‘kasta’ iaitu yang dilakukan musuh perlu dilawan tetapi yang dilakukan orang dalam PKR ia perlu disenyapkan ? Atau Rafizi menerima ugutan dalam parti dan untuk elak tindakan ia terpaksa senyapkan ? atau Rafizi menerima habuan untuk menyenyapkan perkara ini ?
Berdasarkan pengalaman dan maklumat yang saya juga ada , apa yang ada dalam dokumen tersebut ialah hanya sekelumit dari kegiatan korupsi yang berlaku di Selangor.
Kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula rakyat sangat menanti apa keputusan laporan korupsi yang dibuat oleh Rafizi ?
Setakat ini tanpa berselindung saya mempunyai keraguan terhadap SPRM. SPRM masih menjadi aparat regim yang memilih kes dalam pendakwaan dan pendedahan dan menjadi agen membersihkan korupsi pihak tertentu yang berkepentingan.
Seperti mana SPRM mendepani kes MO1 begitu juga SPRM mendepani kes aduan korupsi bersangkutan balak Kelantan. SPRM mengundang ketawa bila menyatakan rampasan tunai bernilai ratusan juta di Sabah bersih dari unsur rasuah hanya untuk menghentikan siasatan dari melibatkan pemimpin politik yang kini cuba menjadi jaguh pembangkang di sana supaya terus dalam kawalan. Begitu juga dalam kes melibatkan Azmin ini laporan korupsi yang saya sendiri pernah buat dengan bukti disenyapkan malah menurut maklumat dalaman SPRM siasatan diberi arahan henti hanya kerana memastikan Azmin terus dalam kawalan dan trek skrip yang diberikan. Jika ini fitnah SPRM sila tampil dengan status dan penjelasan terbuka munasabah dengan semua kes disebut itu, malah saya sedia hadir mendengar dan mengutarakan soalan yang timbul.
Ingat dalam kes SkandalAzmin:68054, saya dipecat dua kali oleh PKR dalam masa seminggu dengan salah satunya surat dengan tandatangan yang dipalsukan, Razak Ismail seorang pengadu kes berkenaan kepada SELCAT dipaksa meletakkan jawatan dari tugas Pegawai Khas kepada salah seorang Exco Kerajaan negeri Selangor. Namun korupsi terus dilindungi yang pasti Hutan Simpan Kuala Langat utara musnah digazetkan sebagai kawasan pembangunan Kormersial.
Merujuk semula dokumen aduan ini yang saya yakini diperolehi dari sumber dalaman SPRM sendiri. Apakah tahap siasatan SPRM sendiri, kalau bab rasuah seks boleh lah dikatakan saksi pusing tariktuduhan atas sebab tertentu, tetapi bagaimana pula dengan jumlah pegangan aset yang jelas tidak munasabah ?
Sekian
che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SPRM)
Solidariti Anak Muda Malaysia (SPRM)
salinan kepada semua media dan YB Presiden PKR
No comments:
Post a Comment