Sunday, February 12, 2017

DAP Kuasai Kerusi Dalam PH. LKS Ketua Gabungan Pembangkang.



KL:: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata DAP perlu berhenti menyembunyikan fakta bahawa Lim Kit Siang ialah ketua umum gabungan pembangkang Pakatan Harapan. 

"Lim Kit Siang ialah ketua umum Pakatan. DAP perlu berhenti daripada cuba menyembunyikan perkara itu," kata beliau dalam Twitter.  

Najib berkata pengundi tahu bahawa DAP menguasai paling banyak kerusi dalam pakatan pembangkang. 

"Dan LKS (Lim Kit Siang) sebenarnya yang menjadi ketua," kata perdana menteri mengenai penasihat DAP itu. 

Najib membuat kenyataan itu susulan pihak-pihak dalam kalangan parti pembangkang saling berbalas kenyataan mengenai siapa ketua mereka.-Bernama


22 comments:

Anonymous said...

Kah4
Penyamamun melayu nak main isu perkauman lg.
Mmg bodoh.

Laki bini penyamun...tak reti rasa malu ka.

Anonymous said...

ttp://www.ismaweb.net/2016/04/gelar-dr-zakir-naik-setan-dap-serlah-wajah-sebenar-musuhi-islam/

Gelar Dr Zakir Naik ‘Setan’, DAP Serlah Wajah Sebenar Musuhi Islam

BANGI, Isnin – Tindakan Setiausaha Agung parti rasis dan cauvinis DAP, P Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’ telah menunjukkan sikap dan wajah sebenar parti itu yang sangat memusuhi Islam.

Menyifatkannya sebagai terlalu keterlaluan, Pengerusi Biro Dakwah Isma, Ustaz Omar Kassim berkata, beliau pelik dengan tindakan orang bukan Islam termasuk Ramasamy yang beria-ia menghalang Dr Zakir Naik untuk menyampaikan ceramahnya di negara ini.

“Seperti Ramasamy, dalam status Facebooknya mengatakan ‘peace loving Malaysian’. Mana yang ‘peace loving’nya. Apa hak dia nak panggil orang ‘setan’. Nampak tak ada agenda jahat di situ. Bila tidak mengganggu kepentingan mereka, mereka sanggup berpeluk mesra dan tertawa bersama.

“Tapi bila bertembung, mereka menampilkan wajah sebenar. Orang seperti ini tak layak dapat satu undi dari mana-mana Muslim, bahkan tak layak dapat sokongan dari mana-mana kumpulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas tulisan Ramasamy di Facebooknya dengan ayat ‘Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!’.

Ramasamy juga turut menyifatkan Dr Zakir Naik hanya menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam. Ini berikutan Dr Zakir dijadualkan berada di Terengganu selama lima hari untuk menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di universiti berkaitan perpaduan dan kekuatan Islam.

Susulan itu Ustaz Omar berkata, sepatutnya kita semua orang Islam tidak lagi boleh mempercayai dan memberi muka kepada orang seperti itu, termasuk konco-konco dalam parti mereka.

“Dia telah mencampuri urusan umat Islam. Siapa dia mahu halang pendakwah Islam masuk ke negara ini?

“Hakikatnya, mereka sebenarnya takut dengan hujah kuat Dr Zakir tentang kebenaran Islam, sebagaimana takutnya Quraisy kepada Rasulullah,” katanya.

Sementara itu, Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai pula menyeru kepada semua pihak termasuk ahli pilitik Islam untuk sama-sama mempertahankan Dr Zakir Naik.

“Apakah para politikus Muslim sanggup melihat saudara seIslam seperti Dr Zakir Naik dihina sebegini?

“Adakah ini apa yang anda sebagai seorang ahli akademik anjurkan dan ajarkan dengan mengelar orang lain sebagai “Satan” dan kemudian edit status anda?

Unknown said...

DAP bertanding pon tak sampai suku dari kerusi parlimen, nak jadi ketua lagu mana. Agak2 la nak buat crita pon.

"Fikirkanlah lain perkara dg ilmu,jangan ikut buta tuli.Ibarat sekawan itik yg mengikut bapa itik berderet turun naik paya, bendang,parit,longkang acaq,tanpa soal".
#copy hak orang.

Anonymous said...

Buruk orang, tak kira bangsa dan agama tetap buruk!
Dosa orang, tak kira bangsa dan agama tetap dosa!

Unknown said...

Saya komen berdasarkan tajuk.
Kita pon tau DAP tu lagu mana.

Anonymous said...

Betui3x... Komen saya di atas termasuk juga org2 Melayu dan Islam!

mohd shahran said...

YANG PERCAYA GENG PEMEGANG DEDAK 90 JUTA

Unknown said...

Kita ditakut2kan dgn DAP.
Tapi sedaq dak apa jadi la ni? China labor project berskala besar dari utara sampai selatan. Project depa dah tentu maintenant pon depa. Sedaq dak tanah yg depa beli tu hak milik kekal.
Semua project mega la ni diberi kepada kerajaan China (monopoli). Tau dak syarat nak dapat kerakyatan Malaysia macam mana.
Dalam masa 10 tahun akan datang tau dak berapa ramai orang dari negara China akan masuk Malaysia.
Renung2kan lah.
Buka mata hati.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/06/haram-umat-islam-bersekongkol-dengan-dap-mufti-pahang/

Haram Umat Islam Bersekongkol Dengan DAP: Mufti Pahang

KUALA LUMPUR, Jumaat – Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan bahawa adalah haram dan berdosa kepada mana-mana umat Islam yang menjalinkan kerjasama dan bersekongkol dengan parti rasis dan cauvinis DAP.

Ini kerana katanya, DAP dengan jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular.

Jadi mereka dalam parti rasis itu adalah tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.

Beliau berkata, politik kebencian yang diamalkan oleh DAP jika dijalankan secara berterusan dibimbangi boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

“Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama d­ngan mereka.

“Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam untuk berbaik-baik dengan golongan bukan Islam. Namun jika mereka yang mahu menentang Islam, kita wajib memeranginya,” katanya memetik Utusan.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup menggadaikan prinsipnya sendiri apabila bersekongkol dengan DAP yang nyata menjadi musuh Islam.

Haron menyifatkan tindakan Dr Mahathir mencabuli prinsip yang dipegangnya selama ini akan mengundang banyak perkara negatif.

Justeru, Abdul Rahman meminta Tun Mahathir untuk segera meninggalkan DAP dan kembali ke landasan yang benar apatah lagi tindakan beliau menjurus kepada usaha untuk menjatuhkan sebuah negara Islam.

“PAS dahulu buat kesilapan dengan bersekongkol dengan DAP sebelum mereka menyedari bahawa parti berkenaan memusuhi Islam. Saya harap Tun Mahathir perbanyakkan istighfar dan hentikan jalin kerjasama dengan DAP,” katanya.


Anonymous said...

Betui3x... janji nak saman SR, tapi tak saman2. Dah lebih 4 bulan!

Dok ungkit bila DAP nak saman Tengku Aziz... yg DAP tak kata2 apa2 pun. Yg PAS janji... dr Presiden ke Tim Presiden dll, tak gak saman!

SR kata PAS hanya hantar surat je. La ni nak saman Husam, bila agaknya? Kurang 2 bln kot sbb dlm negeri

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/09/isma-sokong-mufti-pahang-tidak-tunduk-dengan-dap/


Isma Sokong Mufti Pahang Tidak Tunduk Dengan DAP


Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Isnin – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Pahang menyokong ketegasan yang ditunjukkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) apabila tidak terpengaruh dengan desakan parti rasis dan cauvinis DAP yang mahu jabatan itu memohon maaf berhubung isu khutbah Aidiladha baru-baru ini.

Yang Dipertua Isma Kuantan Dr Mohamad Nor Sundari berkata tindakan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang menegaskan bahawa pihaknya tidak akan memohon maaf kepada DAP suatu tindakan yang tepat.

“Khutbah yang dibacakan adalah untuk menyeru masyarakat supaya mengutamakan perpaduan tanpa mengira perbezaan fahaman politik dan wadah perjuangan.

“Jadi, DAP mahupun mana-mana pihak perlulah menghormati institusi mufti dan jabatan agama negeri-negeri yang menjaga hal ehwal agama Islam pada setiap masa. Ini bagi menjunjung perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan,” tegasnya dalam satu kenyataan.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Baru-baru ini DAP mendakwa teks khutbah sempena Aidiladha di Negeri Pahang telah menghina parti itu apabila menyebut DAP terang-terang menentang Islam.

Marah dengan tindakan itu, Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puri memberi masa lima hari kepada JAIP untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik khutbah itu atau berdepan tindakan undang-undang.

Bagaimanapun Mufti Pahang Pahang bertegas tidak akan memohon maaf kepada parti rasis itu berikutan mereka mempunyai hak untuk menyatakan kebenaran Islam.

Menyokong tindakan Mufti Dr Sundari berkata, khutbah merupakan medium utama di masjid-masjid untuk memberi peringatan dan nasihat kepada umat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan yang disampaikan ketika menunaikan solat Jumaat.

“Isma sendiri sebuah pertubuhan sederhana sejak sekian lama telah memperjuangkan kemestian umat Melayu Islam supaya kembali menghayati dan membentuk jati diri Melayu Islam yang semakin terancam akibat rapuhnya ikatan perpaduan bangsa Melayu pada ketika ini.

“Justeru bagi Isma, seruan khutbah berkenaan sangat kena pada tempatnya dan sesuai dengan penegasan Al-Quran di dalam Surah Ali Imran Ayat 103 yang bermaksud, “..dan hendaklah kamu semua berpegang teguh dengan tali Allah (agama Islam) dan jangan sekali-kali kamu bercerai-berai..”,” katanya.

Anonymous said...

Ban khong 9:48...

Jgn jadikan numbers utk kita alpa konon kita Melayu ramai dan majoriti itu kuat dan dap tak boleh jadi ketua...

Apa yg diperlukan mereka adalah kuasa. Sekali puak seperti dap ini berkuasa diperingkat tertinggi negara maka tidak ada jln pulang dah. Byk sejarah telah membuktikan. Cth singapore, lee kuan yew sebelum dapat kuasa, smpi pi merayu undi di perkampungan melayu yg ketika itu majoriti. Tapi setelah dpt kuasa, tgk singapore harini. Tengok apa yg kuan yew cakap tentang Islam. Kuan yew announce that they can tolerate with all religion except Islam. Masa dia cuba meraih undi sblm berkuasa ada tak ucapan tu dibuat? Sure tidakkan? Klu tidak diucapkan pada masa sblm berkuasa, itulah namanya strategi jahat yang terancang.

Cth lain syria yg majoriti sunni. Sekali mereka bagi kuasa kpd syiah. Tiada sesalan bagimu. W.pun sunni cuba mengambil tampuk pemerintahan semula melalui pelbagai cara, ianya tetap gagal w.pun melalui sistem pilihanraya sekalipun. Walhal sunni 70%.

Di US sendiri. Bagaimana yahudi menular sedikit demi sedikit didalam kongress. Tidak ada jalan utk pusing balik bagi rakyat amerika w.pun pelbagai krisis hutang, federal reserve dll yg telah dicipta yahudi. Namun tidak ada jalan pulang bagi rakyat AS.

Serupalah kita di Malaysia. Klu kita alpa dgn numbers seperti yg selalu dilaung2kan mat sabu iaitu dia boleh karate dap, maka kita akan jadi seperti negara2 diatas. Kuasa boleh membentuk pelbagai polisi, manupulatif dan strategi bagi mengekalkan kejahatan. Sekali diberi kuasa kpd kejahatan dan musuh Islam, maka selamat tinggal. Mungkin itulah janji Allah.

Wallahualam..

Anonymous said...

Moga2 PAS, Isma, Jamaat Tabligh, Para Mufti, Para Imam dan institusi ugama supaya membongkar lebih banyak lagi sifat dan sikap DAP terhadap umat Islam

Anonymous said...

Negara kita kan terjual kepada cina. Segala projek bagi cina. Proton pun khabarnya akan menyusul. Ini semua gara2 kebodohan najib. Lks cuma membuka jalan..

Anonymous said...

Ban khong 12:00pm

Basically saya setuju dgn kamu dan menghargai kerisauan kamu. Siapa lagi yg perlu kita salahkan kecuali orang Melayu itu sendiri yang berpecah..

Sebahagian orang Melayu yang mengejar kepada prinsip keadilan dan menentang ketirisan namun berada di kelompok kumpulan menyokong gerak kerja dap. Itulah Melayu yang konon moderate, terbuka dan 'moden' tapi bersikap lebih kurang pada Islam. Penularan sekular akan mudah berlaku drpd kelompok ini. Kejatuhan Turki Usmaniah berpunca drpd kelompok yg sama.

Satu lagi kumpulan yang besar pula mempunyai jiwa dan kesetiaan yang tinggi kepada agama dan bangsa. Saya juga memuji kumpulan ini. Namun malagnya sokongan dan amanah yang mereka beri pula silap iaitu kepada kumpulan Melayu yg terleka dgn kemewahan dunia. Tidak tahu dimana silapnya kumpulan besar Melayu ini. Hanya mengharapkan agar mereka sedar didalam memilih pemimpin akan datang.

Cuma sy bersyukur ada satu parti politik yg masih boleh diberikan harapan iaitu Pas. Pas itu tidaklah sempurna - far from perfect. Tapi cuma itu sahaja parti yg saya lihat paling dekat kearah mempertahan keharmonian Islam dan boleh disandarkan buat masa ini. Namun akan datang wallahualam...

Semoga mereka terus istiqamah, sentiasa mengemas kini pentadbiran dan mengekalkan syiar Islam secara berhemah namun tidak 'murah' untuk dipermainkan apabila Islam itu dicabar.

Unknown said...

Anonymous 2:14 semoga dibekati Allah.

Harap2 sapa yg ada kuasa bangkang la benda ni. Demi kami orang2 yg tak buleh nak buat apa ni.

Anonymous said...

Jika sekarang sifu roket menjadi ketua pembangkang dan parti liberal Melayu menjadi pak turut maka tidak hairanlah jika sifu roket menjadi PM jika pembangkang menang ! Lihatlah rejim roket yang memerintah PP, berpuluh kampung Melayu dirobohkan. Bayangkan jika parti roket dan parti bonekanya memerintah negara, apa akan berlaku kepada beribu kampung Melayu ?

Ada orang cuba membela parti roket dengan menuduh parti lain membenarkan China melabur di negara ini sedangkan rejim roket sendiri jual tanah PP kepada syarikat-syarikat asing ! Cakap tak serupa bikin !

Anonymous said...

Ban khong 4:03

Semoga Allah berkati tuan juga :-)

Anonymous said...

Cerita bahlol dan bengang dari Pok Jib dan PM kesayangan Ibnu Hasyim.Jangan lupa derma rm90j dari Pok Jib dibagi sama rata dengan penyokong PAS,tarikh hari mengundi dah semakin hampir ni.

Anonymous said...

DAP bertanding melawan MCA, MIC dan Gerakan di Semenanjung Malaysia dan di Sabah mereka menentang PBS dan Sarawak mereka menentang PDS. Semua DAP tentang adalah parti-parti yang sememangnya memusuhi Islam. Bagaimana jika DAP kalah adakah parti-parti yang menang akan memartabatkan Islam? Mungkin kita terlupa selama ini DAP menentang secara pllitik semata-mata tetapi Umno, MCA dan Gerakan secara saman sivil telah terang-terang menentang Islam? Apakah tindakkan Umno, MCA dan Gerakan lebih mulia?

Anonymous said...

Saya juga setuju jika PAS memerintah tetapi kenalah PAS kalahkan Umno sebab mereka kepala perompak dan menjual negara. PAS juga kena telus dalam menyelesaikan isu seperti RM 90juta bukan sekadar cakap-cakap politik sahaja. Saman mereka yang fitnah atau membuat tuduhan dan buktikan kebenaran. Jika PAS ingin memerintah negara janganlah sekadar bercita-cita untuk memenangi 40 kerusi sahaja tetapi perlu bertanding disemua kerusi parlimen. Jika tidak PAS hanya dilihat oleh rakyat sebagai pengacau kepada pertandingan pembangkang dan BN. Pemimpin-pemimpin PAS juga kena tegas dengan pendirian mereka menentang segala bentuk kemungkaran yang dibuat oleh BN ataupun pembangkang bukan sekadar menghentam mana-mana parti yang tidak disukai oleh pemimpin-pemimpin sahaja. Dan janganlah PAS bercita-cita hanya menjadi penasihat kepada kerajaan yang sedianya zalim dan munafik. Semoga semua pemimpin-pemimpin PAS diberi pertunjuk untuk membela nasib rakyat Malaysia.

Anonymous said...

Jadikan PAS dan UMNO sbg pembangkang di Msia. Islam dan org Melayu lebih selamat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails