Pasangan yang ditahan dalam keadaan mengaibkan semasa serbuan oleh penguat kuasa JHEAT di sebuah bilik hotel di bandar raya, di sini, semalam.
KUALA TERENGGANU - Meskipun baru dua bulan berkenalan menerusi WeChat dan hubungan mula rapat sejak seminggu lalu, namun seorang gadis sanggup menggadaikan maruah diri apabila dicekup dalam keadaan mengaibkan bersama kekasihnya, di sebuah hotel di bandar raya di sini, malam kelmarin.
Lebih memalukan, gadis berusia 20 tahun dan berasal dari Chalok, Setiu itu turut mengaku sudah terlanjur dengan kekasihnya, 20, dari Felda Belara, Kuala Nerus, sebelum bilik hotel mereka diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), kira-kira jam 11.30 malam.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan pihaknya bersama dua anggota polis hasil maklumat awam sebelum membawa kepada penahanan pasangan muda tersebut.
Katanya, siasatan awal mendapati lelaki yang tidak bekerja itu terlebih dahulu mendaftar masuk ke hotel kira-kira jam 6 petang sementara menunggu gadis terbabit yang semasa itu keluar makan bersama rakan-rakannya.
"Pasangan berkenaan bertemu di sebuah plaza sebelum menuju ke hotel kira-kira jam 9 malam menaiki kereta lelaki terbabit.
"Gadis itu memaklumkan itu merupakan kali pertama dia datang ke hotel berkenaan serta mengaku sudah dua kali melakukan persetubuhan sebelum bilik mereka diserbu pihak penguat kuasa.
"Malah lebih menyedihkan, pasangan itu turut mengaku pernah beberapa kali terlanjur di lokasi lain sepanjang tempoh seminggu berkenalan dengan lebih rapat," katanya.
Wan Mohd berkata, tanpa segan silu gadis tersebut juga memaklumkan datang ke hotel berkenaan semata-mata untuk menemani lelaki terbabit tidur.
Pasangan berkenaan dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah. (IH)
PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat
11 comments:
Kat mana tu? Terengganu... negeri yang pernah ditabdir PAS!
Jenis politik ciput amende kaitan ngan pas nye
huh sgt memalukan lah... sanggup dia tidor dgn lelaki klepet dan mengkhianati rakan2 seperjuangan yg lain.
katanya dulu nk jadi penasihat, rupanya nasihat atas katil je.
hotel kat Nippon ke? atau german?
apa nak malu kat dunia ni semua bole belaka yg rembat rm berjuta & berblion duit rakyat/negara kmdian naikkan harga barang keprluan tak da rasa malu pong
Islam Pas telah gagal. Paham tak?
Abang suka bulu mah.. ehh
Pan Islam ke bila biar dap belek fatwa sebelum dibawa kpd ydpa?
Abang lebai PAS ler tuuu..Parti Ajaran Seks.
PAS parti Ajaran Syiah perosak Islam dan menyesatkan org melayu.
Kini abang lebai pan.
PAS..Parti Ajaran Seks utk walaun2 biol.
Post a Comment