JAKARTA – Indonesia cuba mengekang sebuah kumpulan Islam yang mengetuai tunjuk perasaan membantah Gabenor Jakarta beragama Kristian, Basuki Tjahaja Purnama, namun pakar-pakar memberi amaran bahawa cubaan menundukkan rangkaian itu sukar kerana hubungannya dengan pemerintah.
Kumpulan itu, Barisan Pembela Islam (FPI) menjadi wadah pergerakan Islam radikal di Indonesia sejak beberapa tahun lalu, manakala pengaruhnya kian meningkat walaupun pandangannya ditolak oleh kebanyakan orang Islam di negara itu.
FPI bertanggungjawab menyerbu bar-bar menjual arak pada bulan Ramadan, memaksa pembatalan konsert Lady Gaga di Indonesia dan mengetuai bantahan pertandingan ratu cantik Miss World.
Diketuai ulama bersuara lantang, Rizieq Shihab, FPI membantu menganjurkan demonstrasi besar-besaran terhadap Basuki yang dikenali dengan gelaran Ahok.
Gabenor Jakarta daripada etnik Cina itu kini dibicarakan kerana menghina Islam.
Bantahan terhadap Ahok membantu melonjakkan nama FPI dalam arena politik Indonesia dan kini, pihak berkuasa mahu mengekang pengaruh kumpulan Islam itu.
Perkembangan itu menyaksikan polis menggiatkan siasatan terhadap Rizieq dalam langkah yang dilihat mendapat sokongan Presiden Joko Widodo atau Jokowi dan pentadbirannya.
“Perkembangan ini di luar jangkaan, ini kali pertama pemerintah mencabar FPI secara terbuka,” kata penganalisis Pusat Strategik dan Kajian Antarabangsa di Jakarta, Tobias Basuki.
Pada minggu lalu, polis menamakan ulama itu sebagai suspek kerana memfitnah pengasas Indonesia, Sukarno dan prinsip negara, Pancasila dalam ucapannya beberapa tahun lalu sekali gus bermakna pihak berkuasa mempunyai bukti mencukupi untuk mendakwanya.
Tobias berkata, pemerintah terdahulu keberatan bertindak ke atas FPI kerana bimbang dituduh menyerang agama Islam tetapi pentadbiran Jokowi memutuskan sebaliknya.
FBI mendakwa mempunyai seramai empat juta ahli tetapi seorang penganalisis berkata, kumpulan itu mempunyai anggota maksimum 200,000 orang. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menuduh Barisan Pembela Islam (FPI) menjadi wadah pergerakan 'Islam radikal' di Indonesia adalah tidak tepat. Menuduh pengaruhnya kian meningkat walaupun pandangannya ditolak oleh kebanyakan orang Islam di negara itu, itu pun tidak tepat.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menuduh Barisan Pembela Islam (FPI) menjadi wadah pergerakan 'Islam radikal' di Indonesia adalah tidak tepat. Menuduh pengaruhnya kian meningkat walaupun pandangannya ditolak oleh kebanyakan orang Islam di negara itu, itu pun tidak tepat.
Menuduh FPI (Sebenarnya bukan FBI saja bahkan seluruh umat Islam wajib) bertanggungjawab menyerbu (Sebenar bukan menyerbu tapi 'mengislah' yang tidak bertentangan dengan undang-undang negara itu) bar-bar menjual arak pada bulan Ramadan, memaksa pembatalan konsert Lady Gaga di Indonesia dan mengetuai bantahan pertandingan ratu cantik Miss World... Itu bukan 'radikal', itulah tuntunan Islan sebenar.
FPI membantu menganjurkan demonstrasi besar-besaran terhadap Basuki atau Ahok bukan kerana orang itu berbangsa Cina atau Kristian, tetapi kerana menghina agama Islam.
Maka kerana itulah, timbulnya fitnah ini, 'Pada minggu lalu, polis menamakan ulama itu sebagai suspek..
- kerana memfitnah pengasas Indonesia, Sukarno dan prinsip negara, Pancasila dalam ucapannya beberapa tahun lalu
- sekali gus bermakna pihak berkuasa mempunyai bukti mencukupi untuk mendakwanya.'
Dan akan dikorek-korek macam-macam lagi, seperti 'Lihat artikel, Bahan Bukti Kes Skandel Rizieq Shihab/Firza Husein..., ' dan lain-lain.'
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.
No comments:
Post a Comment