Gambar begini disolek pada paha. Ganas..
Macam-macam cara ‘kreativiti’ wanita kini apabila tular menerusi laman Instagram mengenai gaya unik solekan muka tetapi di bahagian paha menjadi ikutan ramai. Gambar seperti di atas adalah 'solekan ganas'?
Dengan menggunakan hashtag yang trending termasuklah #thighmakeupdan #thighface, netizen dapat melihat pelbagai jenis solekan muka tetapi ia sebenarnya berada di bahagian paha.
Dengar sahaja agak pelik inikan pula melihat bahagian paha disolek membentuk muka manusia. Perkara ini mula menjadi ikutan remaja pada akhir tahun lalu apabila seorang wanita telah menyolek bahagian peha berbentuk muka dan menjadi ikutan.
Wanita tersebut hanya melukis bentuk bibir, kelopak mata dan kening pada bahagian atas paha. Walaupun begitu ramai yang memuji kehebatan remaja yang melukis muka di bahagian paha ini kerana dilihat seperti wajah seseorang terletak pada paha.
Bukan sekadar solekan tetapi ada juga yang melatakkan bulu mata di paha bagi menampakkan ia lebih realistik. Ada juga yang menganggap cara tersebut sebagai latihan kepada remaja sebelum membuat solekan pada wajah.
Kononnya apabila sudah mahir melukis di peha sudah tentu dengan mudah menyolek wajah mereka pula. Sebelum ini, remaja perempuan gemar membuat solekan dengan ‘dick liner’ iaitu membuat eyeliner yang dilukis menyerupai bentuk kemaluan lelaki.
Ini semua adalah antara cara fikir salah yang tidak Islamik dan ditegah oleh agama Islam. (IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.
No comments:
Post a Comment