ARAU – Penjelasan terperinci mengenai agama Islam oleh pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik pada ceramah di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah membuka hati seorang pelajar warga India untuk memeluk agama Islam.
Pelajar peringkat pengajian doktor falsafah (PhD) di sebuah universiti awam di negara ini, melafazkan dua kalimah syahadah dibimbing Dr. Zakir sendiri dengan bersaksikan kira-kira 1,000 hadirin di sini, hari ini.
Ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut, R.A. Shivaleela, 40, berkata sebelum ini beliau pernah membaca dan mencari ilmu tentang ajaran Islam melalu beberapa buku dan video di YouTube.
“Tapi kini saya amat tertarik dan berpuas hati dengan penjelasan Dr. Zakir tentang kewujudan Allah,” katanya sambil menyatakan tindakan memeluk Islam dibuat adalah atas kerelaan dirinya sendiri.
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut hadir pada ceramah itu.
Hadir sama Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohamad Nazim Mohamad Nor dan Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal.
Terdahulu, dalam ceramahnya bertajuk “Quran and Modern Science: Conflict or Conciliation” yang berlangsung di Dewan Kecemerlangan UniMAP, Dr. Zakir berkata umat Islam perlu hindari perbalahan sesama sendiri kerana ia hanya akan merugikan masyarakat Islam.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya hadir bukan untuk menimbulkan fitnah atau menghina mana-mana agama, namun untuk mencari persamaan dan penyatuan,” katanya yang pertama kali berkunjung ke Perlis. – Bernama
3 comments:
Dr Zakir adalah pendakwah Islam yang hebat dan dengan izin Allah ramai orang kafir memeluk Islam selepas mendengar penerangan tentang Islam oleh Dr Zakir. Maka tidak hairanlah terdapat kafir-kafir harbi yang menghina, menentang dan memfitnah Dr Zakir dan berusaha menghalang ceramah Dr Zakie Naik untuk umat Islam. Bahkan terdapat seorang talibarut pertubuhan pengganas LTTE yang menjadi timbalan ketua menteri rejim roket telah memfitnah Dr Zakir dengan menggelarkan Dr Zakir sebagai 'syaitan'.
Ini jelas menunjukkan bahawa orang-orang kafir harbi amat memusuhi Islam dan mereka tidak mahu orang-orang kafir didedahkan dengan kebenaran (Islam) dan memeluk agama Islam. Malangnya orang-orang kafir harbi telah gagal kerana ramai orang-orang kafir telah, sedang dan akan memeluk agama Islam dan menjadi Muslim di seluruh dunia dengan izin Allah.
http://www.ismaweb.net/2016/04/gelar-dr-zakir-naik-setan-dap-serlah-wajah-sebenar-musuhi-islam/
Gelar Dr Zakir Naik ‘Setan’, DAP Serlah Wajah Sebenar Musuhi Islam
BANGI, Isnin – Tindakan Setiausaha Agung parti rasis dan cauvinis DAP, P Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’ telah menunjukkan sikap dan wajah sebenar parti itu yang sangat memusuhi Islam.
Menyifatkannya sebagai terlalu keterlaluan, Pengerusi Biro Dakwah Isma, Ustaz Omar Kassim berkata, beliau pelik dengan tindakan orang bukan Islam termasuk Ramasamy yang beria-ia menghalang Dr Zakir Naik untuk menyampaikan ceramahnya di negara ini.
“Seperti Ramasamy, dalam status Facebooknya mengatakan ‘peace loving Malaysian’. Mana yang ‘peace loving’nya. Apa hak dia nak panggil orang ‘setan’. Nampak tak ada agenda jahat di situ. Bila tidak mengganggu kepentingan mereka, mereka sanggup berpeluk mesra dan tertawa bersama.
“Tapi bila bertembung, mereka menampilkan wajah sebenar. Orang seperti ini tak layak dapat satu undi dari mana-mana Muslim, bahkan tak layak dapat sokongan dari mana-mana kumpulan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian mengulas tulisan Ramasamy di Facebooknya dengan ayat ‘Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!’.
Ramasamy juga turut menyifatkan Dr Zakir Naik hanya menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam. Ini berikutan Dr Zakir dijadualkan berada di Terengganu selama lima hari untuk menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di universiti berkaitan perpaduan dan kekuatan Islam.
Susulan itu Ustaz Omar berkata, sepatutnya kita semua orang Islam tidak lagi boleh mempercayai dan memberi muka kepada orang seperti itu, termasuk konco-konco dalam parti mereka.
“Dia telah mencampuri urusan umat Islam. Siapa dia mahu halang pendakwah Islam masuk ke negara ini?
“Hakikatnya, mereka sebenarnya takut dengan hujah kuat Dr Zakir tentang kebenaran Islam, sebagaimana takutnya Quraisy kepada Rasulullah,” katanya.
Sementara itu, Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai pula menyeru kepada semua pihak termasuk ahli pilitik Islam untuk sama-sama mempertahankan Dr Zakir Naik.
“Apakah para politikus Muslim sanggup melihat saudara seIslam seperti Dr Zakir Naik dihina sebegini?
“Adakah ini apa yang anda sebagai seorang ahli akademik anjurkan dan ajarkan dengan mengelar orang lain sebagai “Satan” dan kemudian edit status anda?
Ujian dakwah, jgn patah semangat.
Post a Comment