JOHOR BAHRU – Polis bercadang untuk mengadakan satu pertemuan dengan waris lapan remaja berbasikal yang terkorban dirempuh kereta Nissan Almera dipandu seorang gadis di Jalan Lingkaran Dalam di sini pada Sabtu lepas bagi memaklumkan status terkini siasatan kes tersebut.
Pertemuan itu diadakan bagi membolehkan waris-waris mendapatkan perkembangan terkini mengenai status kes berkenaan selain waris-waris juga boleh bertanyakan pelbagai soalan kepada pihak polis berhubung kes tersebut.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, pihaknya telus dalam menjalankan siasatan kes tersebut dan tidak melindungi sesiapa termasuk pemandu gadis yang melanggar remaja berbasikal berkenaan.
Lihat peristiwa ini sebelumnya..
Mari kita lihat dari sudut perundangan Islam.. Pembunuhan yang tidak disengaja (al-qatl al-khatha`)
Ada tiga kategori pembunuhan yang disebutkan dalam Alquran dan hadis, iaitu:
- pembunuhan yang disengaja (‘amd),
- semi sengaja (syibh ‘amd) dan
- tidak disengaja (khatha`).
Pembunuhan kategori ini memiliki beberapa konsekuensi iaitu:
Satu:
Tidak Ada Qishash (hukuman berupa tindakan yang sama dengan kejahatan pelaku). Allah SWT berfirman..
وَمَن قَتَلَ مُؤْمِنًا خَطَئًا فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ إِلَى أَهْلِهِ إِلاَّ أَن يَصَّدَّقُوا
- “Dan barangsiapa membunuh seorang mu’min dengan tidak sengaja, (hendaklah) ia memerdekakan seorang budak yang beriman serta membayar diyat yang diserahkan kepada keluarganya, kecuali jika mereka bersedekah (tidak mengambilnya).” (QS. An Nisa:92)
Dua:
Kewajiban Membayar Diyat.
Sebagaimana dijelaskan dalam ayat di atas. Adapun besarnya adalah seratus ekor unta untuk setiap jiwa muslim lelaki. Dalam Sunan An-Nasa’i 4.871, diriwayatkan bahawa Nabi SAW menulis dalam surat beliau:
فِي النَّفْسِ مِئَةٌ مِنَ الإِبِلِ
- “Diyat nyawa adalah seratus ekor unta.”
Ibnu Hibban dan al-Hakim menghukumi shahih hadis ini, dan Al-Albani melemahkannya. Namun kandungan hadis ini disepakati oleh seluruh ulama, sebagaimana dinukil oleh Imam Syafi’i, Ibnul Mundzir, dan Ibnu Abdil Barr (Al-Umm, 12:379 , Al-Isyraf, 2:133, dan At-Tamhid 17:381).
Diyat untuk muslimah adalah setengahnya, yakni lima puluh ekor. Jika tidak ada unta, diyat boleh dibayar dengan wang senilai seratus ekor unta (As-Siraj al-Wahhaj, Hal. 480).
Dan berbeda dengan pembunuhan disengaja yang diyatnya ditanggung oleh pelanggar, juga ditanggung oleh ahli waris pelanggar, iaitu keluarga dari pihak ayah, dan boleh diangsur selama tiga tahun (As-Siraj al-Wahhaj, Hal. 737, At-Tasyri’ al-Jina`i al-Islami, 2:176).
Tiga:
Kewajipan Membayar Kaffarah.
Iaitu dengan membebaskan 'hamba' mukmin sebagaimana penjelasan ayat di atas, atau jika tidak ada, berpuasa dua bulan berturut-turut. Allah Ta’ala berfirman di ayat yang sama:

فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ تَوْبَةً مِّنَ اللهِ
- “Maka barangsiapa yang tidak memperolehnya, (hendaklah ia) berpuasa dua bulan berturut-turut sebagai cara taubat kepada Allah.” (QS. An Nisa: 92)
Adapun korban luka, jika luka yang dialami mengakibatkan hilangnya anggota tubuh atau hilangnya fungsi anggota, syariah Islam juga telah mewajibkan diyat masing-masing secara terperinci. Demikian pula biaya pengubatan mereka dan barang-baarng yang rosak akibat kecelakaan menjadi tanggungan pelanggar. (http://www.saaid.net/Doat/Zugail/222.htm)
Tak Perlu Ta'zir Dalam Kes Ini.
Di samping hukuman-hukuman yang telah ditetapkan berupa qishash, diyat, kaffarat, dan hudud, Islam juga memberikan kebebasan kepada pemerintah untuk memberikan hukuman yang setimpal kepada rakyat yang melanggar; demi mewujudkan kemaslahatan dan kehidupan yang diridhai Allah.
Hukuman-hukaman yang tidak ditentukan syariat ini disebut ta’zir, dan boleh berupa hukuman sebat, penjara, pengasingan, denda, hingga hukuman mati. Untuk kes-kes tertentu yang membahayakan negara atau kehidupan rakyat ramai, pemerintah boleh menerapkan hukuman mati. (Asy-Syarh al-Mumti’, 14:303, 317).
Namun kerana dalam kes ini syariat telah menetapkan hukumannya berupa diyat dan kaffarah, tidak perlu lagi ada ta’zir. (Asy-Syarh al-Mumti’, 14:311).
Hukum Minum Arak atau Dadah.
Di samping hukuman atas pembunuhan yang tidak disengaja, pelanggar juga perlu menjalani hukuman akibat minum khamr dan pil ekstasi yang dilakukannya sebelum memandu. Hukuman atas kesalahan ini tetap perlu ditegakkan, meski pelanggar perlu menghadapi hukuman atas kesalahan yang lebih besar, iaitu pembunuhun tidak disengaja. (At-Tasyri’ al-Jina`i al-Islami, 1:648).
Hukuman minum khamr –menurut pendapat yang rajih- adalah ta’zir, bukan hudud, jadi diserahkan kepada kebijakan pemerintah. Ta’zir paling ringan yang diriwayatkan dalam sunah, iaitu empat puluh kali sebat. (Asy-Syarh al-Mumti’ 14:295)
Para ulama menjelaskan bahawa dadah lebih berbahaya dari khamr, kerana itu layak dihukum lebih berat. Hukumannya juga berupa ta’zir, dan jika ta’zir atas penggunaaan dadah sudah ditegakkan, maka ta’zir atas minum khamr tidak perlu lagi, kerana maksud dari kedua hukuman ini sama, iaitu penjagaan akal (hifzhul ‘aql).
Hal ini dikenal oleh para fuqaha sebaga teori tadakhul (tumpang tindih), yakni memberikan satu hukuman saja (yang terberat), jika kedua hukuman memiliki maksud yang sama. (At-Tasyri’ al-Jina`i al-Islami, 1:646)

Penutup
Dari paparan di atas, jelas bahawa syariat Allah lebih adil dan lebih melindungi jiwa dibanding undang-undang buatan manusia. Syariat Islam memberikan hukuman yang berat untuk pelanggar dan memberikan diyat untuk korban. Ada juga kaffarah yang akan membantu menyucikan jiwa pelanggar di sisa umurnya, dan mengurangi beban mentalnya.
Kerana kesalahan pelanggar dilakukan tanpa kesengajaan, diyat dibebankan kepada ahli waris dan boleh diangsur. Ini adalah bentuk keadilan lain, di mana ahli waris tidak selalu beruntung dengan mendapat warisan, tapi juga kadang dapat membantu orang yang akan mereka warisi.
Supaya orang tahu bahawa melanggar tidak hanya akan menyusahkan diri, tapi juga keluarga seluruhnya, ia tentu akan lebih hati-hati lagi dalam memandu. Betapa adil dan sempurnanya syariat Islam, bertuahlah negara yang mengamalkan undang Islam itu.
Semoga Allah membimbing umat Islam menegakkan syariat Allah di hati mereka dan menuntun para pemimpin umat untuk menegakkannya di negeri-negeri mereka masing-masing..
رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولاً وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا
Referen:
- As-Siraj al-Wahhaj Kitab al-Jirah,Badruddin az-Zarkasyi, tesis di Univ Islam Madinah.
- Asy-Syarh al-Mumti’, Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, Dar Ibnil Jauzi.
- At-Tasyri’ al-Jina`i al-Islami, Abdul Qadir Audah, Maktabah Dar at-Turats.
- Beberapa sumber dari internet.
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.
No comments:
Post a Comment