KOTA BHARU: Pertubuhan Royalti (R) Kelantan menyokong penuh usaha ke arah mengukuhkan sistem perundangan syariah di Malaysia. Bagi merealisasikan perkara itu, R Kelantan akan menyertai Himpunan 355 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini.
Presidennya, Nazri Deraman berkata, pihaknya menyokong usaha tersebut memandangkan ia merupakan salah satu langkah ke arah menjaga kepentingan muslim.
Beliau menambah, R Kelantan, berpendirian menyokong sepenuhnya bil itu kerana menginsafi pindaan undang-undang tersebut akan membawa kepada pembaikan pengamalan undang-undang Islam di Malaysia.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak tidak menjadikan RUU 355 sebagai isu politik, perkauman.
“Setelah ia diketengahkan sebagai suatu Rang Undang-Undang Persendirian, diharap perbahasan sihat berlaku dengan baik di Parlimen.
“Segala permainan politik dalam hal-hal sebegini akan membawa akibat buruk kepada rakyat,” ujarnya.
Sambungnya, ia bertepatan dengan roh Perlembagaan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan yang mempunyai kedudukannya tertinggi seperti yang terkandung di dalam Perkara 3.
Beliau turut menyeru orang ramai menyertai Himpunan RUU 355 ini. – HARAKAHDAILY 8/2/2017

1 comment:
Buang masa saja.
Itu kerja umno-bn
Bukan kerja pembangkang..
Otak berserabut sbb oksigen tak mengalir bagus kat kepala...serban tu lilit panjang sangat.
Post a Comment