Thursday, February 09, 2017

Pakistan Sekat Filem Shah Rukh Khan Ini, Wajar Kerana Islam.


AFP - Shah RUKH KHAN menjalani sesi fotografi ketika mempromosikan filem Raees di Mumbai, India pada 30 Januari lalu.



HALAMAN HIBURAN
ISLAMABAD – Tindakan Pakistan mengharamkan filem Bollywood, Raees yang menampilkan aktor popular, Shah Rukh Khan mencetuskan kemarahan pengguna media sosial semalam.
Islamabad mengharamkan filem itu kerana didakwa menggambarkan orang Islam sebagai pengganas. Filem Bollywood dan Shah Rukh sememangnya popular di Pakistan, manakala Raees turut menampilkan aktres popular Pakistan, Mahira Khan.
Namun, industri perfileman Bollywood turut menjadi medan persengketaan politik ketika ketegangan antara dua negara kuasa nuklear itu memun­cak berikutan perebutan wilayah Kashmir.
“Filem ini menggambarkan orang Islam sebagai pengganas dan golo­ngan ganas,” kata Pengerusi Lembaga Penapisan Filem Pakistan, Mubahsar Hassan.
Seorang pegawai lain turut mempu­nyai pandangan serupa.
“Filem ini membawa mesej bahawa semua orang Islam melakukan perkara jahat dan terlibat dengan jenayah,” kata pegawai tersebut yang enggan mendedahkan identitinya.
Namun, ramai peminat menolak hujah tersebut kerana menyifatkan seni boleh menyentuh tentang politik, namun politik tidak mempunyai tempat dalam seni.
“Pengharaman Raees adalah tidak munasabah,” kata penerbit filem Pakis­tan, Hasan Zaidi. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berita ini mengemukakan 2 pandangan.
  1. Pandangan Islamabad yang mengharamkan filem itu kerana didakwa menggambarkan orang Islam sebagai pengganas. Ini pandangan yang baik dan sepatutnya, untuk menjaga sensitiviti umat beragama.
  2. Pandangan yang kononnya, 'mencetuskan kemarahan pengguna media sosial'. Kononnya lagi, 'ramai peminat menolak hujah tersebut kerana menyifatkan seni boleh menyentuh tentang politik, namun politik tidak mempunyai tempat dalam seni.' Ini pendapat karut, yang disodorkan kepada orang Islam, sedangkan di barat sendiri politik menguasai semua termasuk seni dan lain-lain.
PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

3 comments:

Anonymous said...

Hanya kucing kurap bangsat pemakan dedak Bollywood sahaja yang sanggup bersekongkol dengan Bollywood menghina dan memfitnah agama Islam dan umat Islam ! Karut Khan adalah contoh kucing kurap penjilat kaki produser kafir.

Anonymous said...

Adakah Bollywood berani menerbitkan filem yang menjadikan orang-orang Hindu sebagai pengganas dan orang Islam sebagai mangsa di India? Munafik sentiasa menyokong tindakan orang kafir menghina dan memfitnah agama Islam dan umat Islam. Tanpa merasa malu dan segan , puak munafik akan menggunakan alasan bodoh yang tidak masuk akal untuk menyokong tindakan pihak kafir menghina dan memfitnah umat Islam.

Unknown said...

Dato' Shah Rukh Khan.
Hmmmm.... kat malaysia orang sanjung.
Buang la title tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails